Pages - Menu

13 Sept 2012

Lelaki Bertuah


Lelaki hari ini ikut pandangan aku sangat bertuah.Ini kerana mereka tidak perlu sangat beriya-iya berusaha atau bekerja.Saingan dari orang perempuan yang diterima pada hari ini lelaki sudah mulai mengalah.Tiada tekanan dan tertekan sangat seperti zaman orang tua kita dahulu.

Apa yang perlu dibuat oleh lelaki hari ini ialah jaga kesihatan dan jaga perangai.Jangan malas dan jangan banyak bercakap.

Muka tidak perlu kacak sangat cukup sekadar sedap mata orang perempuan memandang.Kalau kacak dan hensem orang perempuan cuma suka tengok dan tergila-gilakan sahaja tetapi kalau bab mahu dibuat laki dan sehidup semati itu bukan pilihan utama.

Hairan?

Tidak apa yang perlu dihairankan sangat kerana orang perempuan zaman sekarang majoritinya bijak-bijak dan pandai-pandai belaka.Paras rupa bukan tarikan utama mereka sekarang apa yang penting ialah sihat dan tidak bengkok seleranya.Jangan ada penyakit kelamin dan lemah tenaga batin.Teruna atau tidak itu tidak penting kerana memang tidak boleh dipercayai dan diyakini ketulenannya.Aku sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk membuktikan bahawa seseorang lelaki itu teruna atau tidak.Kalau orang perempuan senanglah lelaki boleh kesan.Jika senang sahaja sorong tariknya maka dia akan claim perempuan ini sudah kena tembak dahulu sebelum dia yang tembak!

Kenapa aku katakan orang perempuan bijak dan pandai.Buktinya ada banyak ketika ini.Jika dipusat-pusat pengajian tinggi siapa yang lebih ramai lelaki atau perempuan?Lihat sahaja diatas jalanraya siapa yang lebih ramai duduk didalam kereta.Pemandunya hanya seorang lelaki tetapi perempuan ada 3 ke 4 orang duduk disebelahnya. Begitu juga di shopping kompleks dan juga di pusat-pusat hiburan yang halal atau juga yang haram semuanya adalah orang perempuan!

Persoalan aku disini adakah benar lelaki hari ini sangat bertuah?

Ya...itu jawapan dari aku kerana lelaki hari ini ramai diantara mereka sangat santai kehidupan mereka.Jarang sangat aku dengar mereka kepupusan calon untuk digoda atau diracun.Hari ini putus selang 3 hari sudah ada penggantinya.Jika suka dia layan kalau tidak dia buang begitu sahaja.

Perasan atau tidak orang perempuan ramai yang bela dan jaga orang lelaki.Ramai lelaki hari ini bekerja ditempat yang agak simple dan mudah.Bahagian-bahagian yang susah dan remeh semuanya diserahkan kepada orang perempuan yang buat.Cuba lihat semua jenis kaunter dimana-mana dan tempat didalam negara kita semuanya adalah orang perempuan!

Jika lelaki ini pelajarannya kurang dan pendapatannya juga kurang adakah orang perempuan ambil kisah?

Tidak ...itu jawapan dari aku kerana yang paling penting bagi orang perempuan ialah lelaki ini mesti jujur dan kuat. Jujur agar mudah dijaga dan dibela.Jika tidak jujur maka banyak akan datangnya masalah.Lelaki ini perlu kuat sekiranya tidak kuat tiada perempuan yang akan tunggu lagi.

Walaupun nampak remeh tentang hal kuat ini bagi orang perempuan ianya adalah sangat penting untuk terapi minda dan jiwa.Jika tidak kita akan melihat muka belacan dan tempe di esok paginya selepas terjaga dari tidur.Mungkin akan terbawa-bawa sampai ke tempat kerja dan itu yang selalu terjadi di bahagian hadapan setiap pejabat atau bahagian urusan perhubungan kemanusian!

"...hai tanya sikit pun nak marah-marah...tak dapat ke malam tadi?..."

Gurauan yang agak sarkastik dari orang lelaki yang kurang terma-terma baik budi bahasanya.Biasalah orang lelaki bab mengusik tahap gaban begini memang sudah jadi trend di sebilangan besar orang lelaki.Baik yang berhingus atau juga yang dah nak mampos!

Pernah dengar....

"...rumah I bayar...kereta I bayar ...bil handphone,air,api,astro....bla bla I juga yang bayar tetapi nasib baik dia baik dan power U...kalau tidak lama dah I tinggalkan dia...hehehe!..."


Orang perempuan yang sedang membaca tulisan in jangan nak mencebek bibir.Kalau yang dah kahwin dia faham tetapi yang masih belajar kompom tak faham lansung!

Jangan nak eksen sangat tunggu jer ko berlaki nanti tahulah apa yang aku maksudkan ini.Orang perempuan kalau sudah kemaruk bercinta bulan dan bintang pun sanggup di cari untuk buah hatinya.Itu belum lagi bab-bab berkorban dan sehati sejiwa.

Siapa yang paling ramai lari dari rumah dari keluarga dan dari suami sendiri?

Itu pasal aku cakap orang lelaki hari ini sangat bertuah.Belajar ala kadar sahaja.Keputusan bila keluar cukup-cukup makan dan ok sahaja.Cari kerja ditempat yang ramai orang perempuan kerana mudah buat pilihan dan cari yang terbaik dan tercantik dan terbanyak gajinya.

Lagi nak yang terjamin masa hadapan cari yang bekerja dengan kerajaan.Semua cukup dan mudah.Buat pinjaman dan ntah apa ke benda lagi semua tersedia.Cepat selamat dan senang hati aku!

Siapa?

Lelaki itu lah siapa lagi.

Orang perempuan yang mana perasan cantik dan sexy memang kejar yang hensem.Cuba perhatikan betul-betul yang hensem dan kacak selalunya bekerjaya atau tidak?

Kalau yang senget-senget badan ,benjol kedepan dahi atau perutnya.Muka asal boleh jer ala-ala hensem sikit dari mr.bean tu memang sangat lumayan poketnya.Namun berapa kerat sahaja yang dapat kita jumpa begini.Kalau ada pun dia sudah berfamili dan sering kesurau atau masjid.

Jika kita terjumpa dikelab-kelab atau spa atau lain-lain tempat yang sewaktunya dengannya itu bermakna lelaki itu adalah lelaki yang dah putus harapan atau mungkin juga lelaki yang sudah hilang nilai kemanusiannya.

Itu pun masih jadi rebutan juga dari orang perempuan!

Bertuah atau tidak lelaki hari ini?

Bertuah sangat....hehe!

chow!


43 comments:

  1. bertuah sgt..diakui..



    sy mmg suke lelaki yg jujur..

    ReplyDelete
  2. memang sangat bertuah..lelaki moden zaman sekarang..hehe

    ReplyDelete
  3. bertuah2 laki sekarang..hehehhe

    ReplyDelete
  4. btol! cukup la lelaki tu caring dan berikan perhatian, dah okay.. tu je perempuan nak.. kalo setakat sayang je, mak bapak punya kasih sayang dah berlambak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak payah nak komen ...angguk2 jer ni


      hehe!

      Delete
  5. He...he... betul jugak tu....senang cakap....perempuan ni belasah ajelah janji lelaki... tapi OKje rasa tak jugak... bergantung jugaklah....

    Apa pun sebagai manusia jadilah lelaki yang terbaik yang dapat membimbing perempuan dibawah tanggungannya.....

    ReplyDelete
  6. lelaki semalam ni,
    harini lelaki lagi tak..?

    keh3..

    ReplyDelete
  7. Ambil sebagai teguran positif wahai kaum hawa.. just sharing....hope,Allah will prevent us from hellfire..

    syukran

    ReplyDelete
  8. lelaki sekarang x perlu kan rupa,ada personaliti baik perempuan dah suka :) true.

    ReplyDelete
  9. untunglah kan huhu...tapi jgn lupa kamu ketua keluarga dan pemimpin bagi wanita jangan terbalik kan pulak...

    ReplyDelete
  10. lelaki jangan lupe tanggungjawab tu y penting..hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ok....percayalah aaaaa...by siti nurhaliza!

      Delete
  11. Untuk menjamin kehidupan masa depan, perempuan cari lelaki yang bijak berfikir dan stabil ekonominya. Titik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm pilihlah aku jadi temanmu.....by hail amir....agaknya kot hahahaa!

      Delete
  12. aku hanya cari lelaki yg ada kerjaya :)
    tapi banyak lelaki yang pemalas dan kurang matang -__-
    ~~~~

    ReplyDelete
  13. laki yg x smoke..lg lah perempuan suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsmoke tapi malas tahap dewa...ada berani?

      Delete
    2. tolongla pempuan..jgnla desperate sgt..huh

      Delete
  14. tentang lelaki..
    entah. malas nak komen. sebab lagi kita taknak, yang kita taknak tulah duk datang dekatnya..kehkehkeh..jd, terima seadanya dengan petunjuk dariNya.

    ReplyDelete
  15. syukurlah aku sudah bertuah karena telah beroleh wanita yang jujur dan mencintaiku apa adanya, salam ziarah jiran

    ReplyDelete
  16. part yang 'lelaki pelajarannya kurang pun perempuan tak kisah tu' aku tak berapa setuju. sebab aku kisah. bijak itu penting.

    Kalau tak takdela bila anak balik umah bawak exam result si mak akan cakap " Haa tak pas lagi? Tu la. Bodoh macam pak hang."

    Hahaha. Peace XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. percaya atau tidak lelaki yg tidak berpelajaran bukan tetapi sangat bijak sebenarnya...contoh bill gates!

      Delete
  17. haha...hoi..untungnya lah lelaki...kalau yang duit berkepuk-kepuk tu, petik jari je dapat pompuan cun melecun...haha

    ReplyDelete
  18. atau mungkin perempuan hari ini terlalu senang memberi?

    ReplyDelete
  19. bertuah ke? tu bukan bertuah,tu namanya ambik kesempatan diatas keadaan wanita zaman sekarang...dari amek laki (as mentioned above) baik takyah...kalau u guys berjaya buat sesuatu yg rasanya tak perlulah nak dibangga-bangga kan,tu bukan bertuah, tu loser~sekian

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...