Pages - Menu

21 Sept 2012

Cuma Cinta



Perempuan adakalanya kita faham dan adakalanya kita tidak faham lansung apa yang mereka mahukan.Sering aku menerima bahan-bahan yang begini dan aku selalunya bertanya semula kepada tuan punya badan...



"...oleh itu apa yang kau tunggu lagi? engkau sudah tahu akan sifat-sifat dia tetapi kenapa engkau masih lagi setia dan berharap yang dia akan berubah?..."


Habis aku bertanya dan selalunya jawapan yang diberikan pasti akan dimulai dengan air mata.Aku akan tunggu dan melihatnya sahaja walau ketika itu ramai mata yang memandang kepada aku dan dia.Permulaannya didalam HP katanya boring dan perlukan seseorang untuk di ajak berbual dan minum.Waktu itu jam di tangan sudah lebih pukul 9 malam.Aku tiada masalah untuk keluar dan berjumpa dengan dia kawan perempuan aku yang agak lama telah aku kenali.


Old Town Whitecoffe jadi pilihan aku untuk melepak dengan dia.

Aku tahu apa yang mahu dia kongsikan bersama aku cuma untuk tidak mengecilkan hati dia aku turutinya sahaja.Tidak kisahlah apa pun alasan dan juga sebabnya yang penting ketika aku juga lapar dan perlukan seseorang sebagai teman berborak aku.Semuanya ok sehingga aku mulai memetik api untuk menyalakan sebatang rokok.


Ceritanya pun bermula...

"... adakah semua lelaki bersifat begitu? Adakah mereka tidak kasihan atau punya sifat ego yang tinggi dan rumit?..."


Permulaan yang baik dan buat aku sedikit tersedak terbatuk kerana dari banyak-banyak persoalan kenapa persoalan yang begitu harus dia tanya kepada aku.Sebatang rokok sudah semakin hampir habis aku sedut dan dia semakin rancak berbicara.Itu dan ini dia perkatakan sehinggakan aku tidak punya ruang untuk berfikir dan yang mana satu persoalan yang harus aku berikan jawapannya dahulu.



"...dia tidak sayang dan cinta dengan aku ke? kenapa aku di maki di hamun di depan orang ramai seperti aku ini binatang dan seperti aku telah melakukan dosa yang besar terhadap dia?..."



Sebatang lagi rokok aku nyalakan dan dia masih tidak berhenti bercakap dan diselang seli dengan jatuhan air mata dia.Mamat meja sebelah aku terpandang-pandang dan tersengeh kepada aku.Mahu aku buat apa dengan mamat sebelah meja aku ini? Ingin sangat aku datang dekat pada dia dan bagi salam sayang biar dia faham apa itu sakit kalau menyibuk.Kaki aku disepak dari bawah meja oleh dia dan aku boleh fahami apa maksudnya.Pedulikan jangan ambil kisah!


Persoalan bertubi-tubi dan aku masih belum memberikan apa-apa jawapan lagi...

"...kenapa kau diam sahaja? Kau dengar ke atau tidak apa yang aku cakap tadi...?"


Tertawa kecil aku di buatnya.Bagaimana hendak aku berikan jawapan jika engkau tidak berhenti-henti bercakap dengan nada marah dan melepaskan semua yang terbuku di hati engkau.Dia tersentap dan seperti baru tersedar dari lamunan.Aku biarkan dia tenang sebentar dan biarkan dia sambung semula makan makanan dia.Aku pula sambung lagi sebatang rokok dan entah masuk ke berapa batang aku pun tidak tahu untuk mengiranya!


Aku mulai dengan...

"...ini semua cinta bhai!!!
Engkau tidak perlu tanya aku dengan bermacam persoalan dan pertayaan kerana aku tiada jawapan kepada setiap persoalan yang engkau ajukan.Engkau sudah sedia maklum dengan siapa engkau bercinta dan engkau lebih kenal dia lebih dari aku kenali dia.Engkau sudah berapa kali putus dan sambung semula dengan dia tetapi akhirnya masih berbaik dan bersama 
semulakan!..."



Akhirnya malam itu dia balik dengan muka yang sedikit berseri bila aku memberikan dia sedikit nasihat dan peransang.Semua terletak didalam tangan dia mahu atau tidak, suka atau sakit haruslah sendiri tanggung kerana mungkin sudah itu coretan perjalanan cinta dia.

Tidak semua love story adalah best dan gembira semata-mata seperti di dalam drama tv atau di dalam filem.

 Aku sudah laluinya dan mungkin kamu sama juga seperti aku.Semuanya bukan rancangan dan rencana kita.Kita ini cuma pelakon yang diberikan watak untuk di lakonkan sahaja dan penamatnya bukan kita yang dapat tentukan.Baik atau buruk sekalipun drama percintaan kita di dunia ini kita harus terima dengan tangan terbuka.

Kita cuma hambanya.

chow!

34 comments:

  1. Salam sayang dan kishh sekali kat dahi org bz body tu baru laa dye terasa kasih sayang org yg dye cbokkk nk ambek taw tu keke

    Okay..girl is like dat normaly for girl they will stay untill the end sbb tu yg kene pukul lipat gulong pun paling lama pun nages sedih pasty ckp kat member ² *sumpah aku xnk dye da dye xguna xguna xguna ! End up esk da ade luv bite kat leher taw ! ( Eh mcm pengalaman je.. Hahah! But this entry awk it sooo true!

    ReplyDelete
  2. Cinta kalau tak pada orang yang betul memang betul betul menyerabutkan.

    ReplyDelete
  3. heheh. penat menadah telinga Bang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat juga la...tapi layan tengok muka dia sejuk sikit hati aku...huahua!

      Delete
  4. ye betul tu...kita cuma watak...tapi disetiap kesakitan penghujungnya pasti kebahagiaan...sakit tapi inilah realiti percintaan...pilihan terletak pada tangan kita sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi selalu sangat pilihan kita berlawanan dengan apa yang di fikirkan oleh hati...

      Delete
  5. ni kt blog lama kan?
    inilah cinta...hmm,byk nk hurai tp xpe lah.nanti panjang berjela-jela pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah....

      mana2 tulisan yg agak ok dan masih relevan aku postkan semula disini...

      x lah berlapuk kat sana ...hehe!

      Delete
  6. rasanya elok je dia tinggalkan lelaki tu.. itu belum kawin lagi.. kalau dah kawin, aku rasa lagi teruk.. tangan kaki boleh naik.

    ReplyDelete
  7. lelaki tu mgkn blom sedar kepentingan dia dlm hidup. just bole doa lps ni dia sedar sblm terlambat.

    ReplyDelete
  8. kesian.

    tp elok jugak klu dia tinggal je terus lelaki tu.

    ko kan ade.

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh!

      mana boleh u i nak letak kat mana lak...

      hehe!

      Delete
  9. hmmmmm... mcm pernah baca kisah ni tapi tak ingat di blog siapa? atau tuan tanah ni adalah tuan yang sama dgn blog lagi 1 tu?


    *tak ingat blog mana aku baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu...


      nasib baik tak ingat...hehe!

      Delete
  10. hoho.. nice answer! persetankan aje persoalan2 tu. bila hati kata sayang, selagi tu lah cinta masih bertakhta.

    ReplyDelete
  11. cinta ada pasang surut.

    ramai ke jenis yang putus sambung ni?.

    eh, bila baca komen, ramai yang dok kata hang ada blog lain sebelum ni.
    blog mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu tapi blog tu dah aku kuburkan....


      hehe!

      Delete
  12. Kalau betul cinta, terus ja kawen. takyah bercinta lama2..buang masa.

    Itu pengalaman sendiri..bercinta bertahun akhirnya berpisah. kan buang masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tetapi adakalanya x tahu kenapa terpaksa juga bercinta lama2 dan berpisah....


      udah rencana yer begitu rasanya.

      Delete
  13. cINTA, Ya masih ada.. tapi masih bukan buat siapa2. Bertuah si jasad yang berkongsi cinta.

    Indah bukan?
    Nanti, ya aku rasa cinta itu bagaimana taste-nya.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya, cinta tu apa? Masih lagi jadi tanda tanya.

    ReplyDelete
  15. singgah dan terfolo kt sini

    gilamodified.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum.

    Aku taktau nak bicara apa pasal cinta2 ni.

    Memang suma org melaluinya..for sure, macam ko kata, kat realiti, mana mungkin sama ngan drama bersiri..lagi2 mcm drama korea..nak indah belakaaa.

    Yang ak tau, kalau asyik berendam air mata..tu bukan cinta.

    Tengok cam aku..bukan ak yg asyik berendam air mata, org sebelah sana yang asyik bertakung n berkolah2 air matanya,bahhaahhaha. Ok, tipu jep tu >_<

    ReplyDelete
  17. aku dah lama tak bercinta..kehkehkeh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...