10 Sept 2012
Hiba
Satu sikap yang cukup susah untuk di ikuti bila kita terasa kita yang terbaik dan terhebat.Aku juga terkadang tidak terlepas dari sikap ini namun aku punya rasa yang agak cepat bertindak sebelum aku terus berjalan mendabik dada dan di sertai oleh rakan-rakan bertanduk kita.
Rakan-rakan bertanduk kita cukup mahir untuk mempergunakan kita demi apa yang telah dijanjikan terhadap si Pemilihara.Rakan-rakan kita itu memang sangat berdedikasi dan berdisplin tinggi.Mereka bukan sebarang kejadian ,mereka yang terhebat sebelum kita .
Aku juga dapat melihat dengan terang dan jelas bagaimana kita yang sangat tinggi ilmunya ,begitu alpa dan bermimpi seakan "Dunia Ini Ana Yang Punya".Kau jangan usik apa yang aku pegang dan juga jangan cuba ubah-ubah apa yang aku pandang...
"Nahas kau aku kerjakan!"
Itu sebenarnya yang aku cuba terokai dan selami tapi memang benar kata-kata itu...
"kau fikir mudahkah memecahkan peti hati mereka"!
Pedang yang terhunus sahaja harus di rejamkan ketengah lautan kekerasan yang penuh dengan butir-butir pasir yang sekian lama telah terbenam dalam di dasarnya itu.Tidak mungkin semudah itu.Dulu dia yang terakhir,lebih besar dan terbentang luas lagi merempuh segala kepayahan sebelum sampai yang terhujung sekali.
Siapa aku manusia yang tiada terlindung dari panahan sang durjana.Setiap dari kita harus mampu menahan gelora jiwa yang tersalut dengan seribu macam kepingan kerlipan cahaya bintang.Semoga aku terpelihara hendaknya dari segala pancaran sinaran keegoan dan kemusnahan.Harus aku jatuh melutut menunduk muka demi mu dan seandainya aku terlupa arah ,berikan aku sentapan dari cahaya kegelapan.
Aku adalah aku.
Jika aku hiba kerana minta direndahkan kata-kata ,aku akur .Namun aku tidak akan semudah itu untuk tunduk.Aku punya hati aku sendiri,kerana siapa mereka harus aku akur...keras hati keras lagi aku.
Cuma yang terpelihara sahaja yang akan aku akur dan taati dan ikuti.Mereka juga aku, tiada sebab untuk di turuti dan di takuti,tak perlu sungguh.Malah juga boleh di bantah dan di persoalkan.Itu aku amat yakin dan percaya,kerana itu aku sudi berdepan walaupun harus berdepan dengan aku yang menongkah arus.Ada aku peduli,tidak sama sekali kerana jalan yang aku lalui ,aku amat yakini.
Begitu juga kamu-kamu,harus percaya diri dan yakin juga fahami setiap apa yang dipijak, kita sudah tahu keras,lembut dan sakitnya.Begitu juga aku yang tiada setitik takut dengan apa yang akan timbul dari amarah hati mereka.
Kerana aku tahu jalan yang aku tujui dan aku idamkan.Namun tidak sesekali aku meludah tinggi ke langit dan menadah dada untuk dimiliki semula .
TIDAK!!!
Tapi yang pasti aku akan tetap menolak diri aku serendah separas bumi.Biar aku rugi disini ,biar aku luka berdiri tapi jangan aku terlepas lepas melalui pintu yang lagi satu itu.JIKA tidak aku pasti terpaku melekat hingga ke hujung tradisi yang terdahulu.Dulu yang kekal sebelum ada kita.Sebelum ada semua.
Aku hiba diketika ini...
chow!
Labels:
Story Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fikir secara rasional seboleh mungkin. :)
ReplyDeleteFikir dulu sebelum membuat perkara yg tidak rasional...
ReplyDeleteJangan terlalu ikutkan hati, pandu diri dengan akal dan iman :)
ReplyDeletehang ok dak ni?
DeleteLain macam hibanya
ReplyDeletebagus juga bila hiba dapat up entry cenggini
ReplyDeleteaku suka!
*sebulan sudah aku hiba dan menyepi dalam rindu
Fikir masak masak, akibat yang mendatang sebelum buat apa-apa
ReplyDeleteorang kata bila dah sampai tahap mendabik dada, kita kena tepuk2nya dan bertanya pada hati. apa sepatutnya aku begini?
ReplyDeletejgn lupa,ALLAH selalu ada dgn kita :)
ReplyDeletetepuk dada tanya selera ;-)
ReplyDeletehiba...mmg hiba...sedih aku baca entry kali ni...dapat rasa kehibaannya,kemarahannya,kekuatannya,ketenangannya...best...
ReplyDeletetapi dalam kehibaannya,terus sebut chow! mmg buat aku rasa tak sabar nak komen kat sini.hahaha
ps:lelaki mmg pandai kontrol emosi...
puitis betul luahan tuan belog..hihi
ReplyDeletetenkiu semua...
ReplyDeleteikut hati mati..ikut rasa binasa.. fikir dl
ReplyDelete