Benci bila terpaksa melayan cerita orang kita yang suka berborak tentang hal-hal politik.Aku yang secara tidak sengaja terlepak salah meja.Kononnya ingin beramah mesra dengan orang-orang tua tetapi sebaliknya yang pula terjadi.Duduklah aku di tengah-tengah kerancakkan orang berpolitik.Aku juga suka bercakap tentang hal-hal politik tetapi jika politik di kedai kopi aku terus terang angkat tangan.Tidak faham dan tidak habis-habis tersenyum.
Kenapa pula aku tersenyum?
Aku tersenyum sebab bila orang tua berbalah dan berdebat mereka berhujah bagaikan mereka benar-benar berada didalam parlimen.Kadang-kadang aku pula yang dijadikan mangsa.Aku pula yang di persalahkan walaupun aku cuma tersenyum tersengeh.Aku juga boleh tiba-tiba ketawa walaupun mereka sedang benar-benar bertegang urat.Ketawa dengan peel orang-orang tua....hehe!
Benci bila aku juga yang akhirnya menjadi mangsa terpaksa membayar semua minuman mereka.Orang-orang tua kalau bergurau memang di luar jangkaan kita.Ada sahaja modal mereka untuk perkenakan kita.Aku sebagai orang muda selalunya akan mengalah,aku faham memang mereka suka bergurau dan aku juga suka.
Orang tua bukan semuanya susah untuk dilayan jika kita pandai dan tahu melayannya maka semua perkara akan menjadi mudah dan senang.Orang tua jangan kita marah-marahkan atau dipersendakan walaupun kita tahu apa yang dia cakap dan buat bukan betul sangat pun.Bukan semua orang tua kepala otaknya betul.Mereka juga pernah muda dan biul macam kita.Jangan hairan sangat pun dengan mereka-mereka ini.
Adakalanya kita mungkin mudah naik angin bila melayan kerenah orang-orang tua ni ada macam-macam hal yang cuba mereka buat dan lakukan.Lagi kita larang lagi mereka buat.Seolah-olah kita ini pula yang tua dari mereka.Aku kadang-kadang ada juga rasa marah tapi apakan daya memang sudah sifat mereka begitu.Sabar sahaja seperti biasa.
Hidup didunia ini harus banyak menggunakan akal fikiran bukan hanya ikut rentak hati nanti mati kata orang-orang tua.Harus banyak berdiam dan berfikir.Harus selalu bertenang dan bersabar bila berhadapan dengan orang yang lebih berusia dari kita.Harus mengalah dan beralah bukan terus sahaja membentak apa yang mereka katakan.Tiada ruginya kita berbuat baik dengan orang-orang tua kerana ada ketikanya mereka juga yang kita cari sebagai sumber terakhir bila kita dalam tertekan dan kehilangan punca.
Hari ini aku melihat ramai orang-orang muda sudah hilang rasa hormatnya terhadap orang-orang tua.Mereka memperlecehkan orang tua.Dilayan seperti rakan sebaya malah seperti budak-budak juga adakalanya.Kerap sangat aku melihatnya dan paling buat aku tersiat hati bila yang berkasar itu adalah anak-anak mereka sendiri.Seperti tiada apa-apa kesalahan yang di lakukan.
Aku memang pantang sekali melihat akan perkara-perkara sebegini dan paling kuat pun aku akan beredar segera dari tempat itu.Aku tahu sikap aku yang cepat panas bila melihatnya.Aku rasa macam hendak datang dekat-dekat dan sepak sahaja anaknya.Kurang ajar sungguh mereka-mereka ini.
Sesungguhnya aku memang kurang faham dengan sikap sesetengah dari kita yang tiada sedikit pun rasa bersalah dan takut.Bila bercakap suara di tinggikan.Dilayan seperti orang lain sahaja orang tua itu.Kenapakah perkara-perkara sebegini terjadi.
Pernah aku terfikir adakah semua perkara ini terjadi kerana ini adalah pusingan yang telah di perkatakan.Jika hari ini kita bersikap kurang ajar dan kurang sopan dengan orang-orang tua atau orang tua kita maka bila kita berusia nanti kita juga akan dilayan seperti itu seperti mana kita melayan mereka orang-orang tua ketika kita muda!
Ada kemungkinan yang sangat besar di sini.Mungkin benar dan mungkin juga tidak benar.
Orang lelaki ketika remaja mereka adalah manusia yang paling banyak bersikap kurang ajarnya terhadap orang tua sendiri dan orang-orang tua.Jika orang perempuan pula sikap kurang ajar mereka cukup terserlah bila umur mereka semakin meningkat naik.Mereka semakin matang dan dewasa dan berani memperkatakan juga mempertahankan hak dan pendapat mereka.
Kamu percaya atau tidak? Percayalah semua wahai kaum Adam mereka semakin lama semakin ranum dan berbisa.Hari ini mereka terangguk-anguk dan mendengar semua apa yang kita kata dan suruh tetapi bila sampai masanya kita pasti akan di tempelak semula!
Bagaimana kau begitu yakin....?
Jawapan yang aku berikan adalah berbentuk soalan juga.Kenapakah ramai pasangan-pasangan hari ini baik yang belum bernikah dan yang sudah bernikah bila bergaduh bukan sahaja mulut dan lidah digunakan tetapi tangan yang bertinju dan kaki yang berkung-fu pun turut serta juga.Kenapa?
Adakah kerana ada tindak balas dari si perempuan terhadap lelaki makanya perlakuan ini berlaku.Mungkin juga kelemahan lelaki bila berdebat dapat dipatahkan dan dipertahankan oleh si perempuan.Mungkin juga ada adengan cabar mencabar di antara mereka.Jika benar jelas sekali orang perempuan semakin dia berusia semakin dia yakin dengan apa yang dia lakukan dan pertahankan.Adakah dia bersikap kurang ajar?
Mungkin bukan hari ini jawapan itu dapat di dengar tetapi tunggu sahaja pada harinya yang akan bakal datang dan tiba nanti...insyaallah!
Kenapa orang-orang tua juga ada yang terlibat menguna pakai kaedah-kaedah ini sebagai satu jalan penyelesaian.Aku juga adakalanya binggung memikirkannya.Ilmu agama cukup dan dari segi pengalaman hidup juga sudah cukup lama tetapi bila sampai bab-bab begini mereka boleh terlupa bahawa mereka sudah cukup berusia untuk berkelakuan begitu.
Mereka-mereka yang berpisah ketika di hujung-hujung nyawa waktu ini juga ramai jumlahnya.Berpisah kerana kehilangan nyawa itu sudah takdir tetapi berpisah ketika nyawa dikandung badan itu agak luarbiasa.Hendak pula kepada mereka yang berusia.
Oleh itu ada banyak sebab kenapa aku kurang suka bertelagah dan buat "kacau" dengan orang tua atau pun dengan wanita-wanita yang sedikit berusia dari aku.Mereka ini kalau sudah mula terbuka mulutnya hampir-hampir tiada penamatnya....hehe!
Namun jauh di sudut hati aku ...semua orang tua yang berusia dari kita seharusnya kita hargai dan hormati.Cuma jika mereka bersikap kurang ajar mereka seharusnya kita "ajar" sedikit dan bukannya kita marah dan maki hamun mereka.Itu bukan sahaja jahat tetapi bodoh juga.
Bercakap dengan lembut tetapi penuh dengan "isi" yang akan membuatkan mereka tersedar dari lamunan.Biarkan mereka terdiam sejenak dan berfikir.Jika sebaliknya kita harus diam dan berlalu pergi.Biar perbuatan yang kurang ajar tetapi tidak mulut yang lakukan.
Sama-sama kita hormati orang-orang tua.Mereka mungkin tiada lagi esok harinya.
chow!
sbb itu laa x semestinya org muda xbole tegur org yg da berusia (tapi biarlah kene dgn cara dan gaya)dan yg lebih berusia kena laa taw tunjuk contoh baik kepada kite yg muda ni. sbb pernah jd kat depan mata i..mak mneyumpah2 anak dengan kata2 yg kesat dan tak sepatotnye..kesian gila tgk anak dye.hanye mampu mengalir air mata je time tu..T_T
ReplyDeleterasa nak x lempang maknya...hehe!
ReplyDeletekena baca dengan nada sarkastik :)
ReplyDeletehehe..
Deletepatutnye kita fukirkn juga apa yg kita lakukan, takot2 kalau kurang ajar pada org tua, nnti bila tiba masa kita akan berlaku perkara yg sama..harap semua baik belaka hehe
ReplyDeleteinsyaallah...
Deleteada caranya untuk kita menegur orang yang lebih tua.. yang penting, gunakan bahasa yang sopan tapi ada maksud yang tegas di dalam kelembutan bahasa kita itu
ReplyDeletekalau mana yang faham kira ok...ini yang x faham2 camner...
Deletehehe!
tua di hormati. muda di segani. eh
ReplyDeletebetul la tuuu...tapi sudikah mereka?
Deletesama-sama harus saling menghormati. :)
ReplyDeletekalau semua sama berfikiran begini pasti aman...
DeleteEe penah jugak duduk meja sebelah dgn pakcik pakcik yg camni. Fulamak. Rasa mcm duduk keliling wakil rakyat. kah kah kah =D
ReplyDeletetau tak per...
Deletehuh, mcm2...
ReplyDeletebiasalah...
Deletehmm,bila cerita soal ni,kalau bole kita tak berat sebelah.maksudnya,anak dan ibu bapa.setiap satu pasti punya salah.sebelum lahir anak,hanya wujud ibu bapa.bila lahir anak,maka ibu bapa yg mendidik.bila didikan salah,anak2 kurang ajar,maka kesalahan bukan 100% pada anak.ini yg selalu kita lepas pandang.lihat bagaimana ibu bapa melayan nenek dan atok mereka.mungkin jawapan ada disitu.
ReplyDeletetapi bila tersedar.ada eloknya kita ubah sekarang.tq LS,nasihat yang baik...:)
kalau....
Deletekalau x sedar2...itu yg payahnya!
kat sekolah aku mengajar ni kan.
ReplyDeleteramai cikgu tua tua.
aku segan nak bergaul dengan mereka.
takut terlajak kata, tak terbiasa.
tapi aku pantang la dengan beberapa student kat sini.
terlebih gurau dengan cikgu.
depan depan cikgu ejek fizikal cikgu.
cikgu macam layan je.
mungkin ada yang terasa.
budak2 sekarang agak berani sedikit dan tidak kurang bijaknya...terpaksa la para guru melipat gandakan ilmu...:)
Deletelambat laun kita pun akan tua juga
ReplyDeletebiasalah roda itu berputar
itu betul...cuma arah mana ianya akan berputar...
Deletehormat dengan orang tua tu, patut sebab one day kita juga akan lalui hari-hari tua kita sama seperti mereka :)
ReplyDeleteharap2 begitulah hendaknya!
Deletebest apa sembang dengan orang tua..hehe..
ReplyDeletekt office ni adalah beberapa org kategori tu.
walaupun mereka macamtu, layankan aje..
best2 juga tapi yang x bestnya dia buat kepala dia jer ...itu yg x tahan !
Delete