Pages - Menu

24 Sept 2012

Sempurna


Setiap manusia yang hidup di dalam dunia ini sudah pasti mahukan kesempurnaan.Kesempurnaan yang sempurna.Aku juga mahukan kesempurnaan.Engkau juga sama mahukan.Semua orang mahu juga.

Untuk menjadi manusia yang sempurna bukan mudah.Cakap memang mudah tetapi bila mahu dilaksanakan terlalu amat sukar dan susah.Aku juga cuba tetapi ianya seperti sesuatu yang mustahil yang akan dapat aku capai dan mungkin bukan aku sahaja tetapi semua manusia di dunia ini.

Tetapi kita pasti pernah berhadapan dengan mereka yang mahukan kesempurnaan.Dari mana...mungkin dari rumah iaitu ibu bapa kita.Tempat kita sedang belajar sekarang guru atau pensyarah kita.Kekasih kita yang sangat kita cintai.Kawan-kawan kita yang paling kita gemari dan kasehi.Kalau boleh semua dari mereka mahu yang terbaik dari kita .Mereka mahukan kesempurnaan dari kita sebagai anak,pelajar,kekasih dan rakan ...tetapi mampukah kita tunaikan semua impian dan harapan mereka...?


Aku tidak fikir taraf kita sebanding dengan mereka-mereka yang terlindung dari dosa.


Kita cuma manusia biasa-biasa dan tiada kesempurnaan yang sepenuhnya.Tidak mungkin kita akan miliki ...mustahil sekali!


Namun kita tentu sekali pernah berhadapan dengan manusia yang pada fikirannya dia sudah cukup sempurna.Jika di rumah kita kan berhadapan dengan Ibu bapa kita.Mampu atau tidak kita membantah cakap-cakap mereka terhadap kita walaupun kita sedar itu salah? Kepada mereka itu sudah cukup betul dan hampir sempurna .Kita tahu itu tidak betul dan kita ambil jalan yang juga hampir sempurna iaitu diam dan tidak membantah kerana kita sedar kalau di bantah semakin tidak sempurna jadinya.


Kepada aku itu satu kesempurnaan bila kita mampu berdiam dan beredar pergi tanpa banyak bunyi dan bantahan.Kerana siapa mereka kepada kita yang telah membesarkan dan melahirkan kita.Sendiri mahu ingat kalau fikir Ibubapa kita kurang sempurna ...ok! Mereka juga manusia biasa tiada terlepas dari kurang kesempurnaan.Itu sudah pasti sekali.


Di tempat kita mencari ilmu.Di sini mudah sikit ...agak-agak macam tak betul sahaja bunyinya kita mampu buat bantahan.Jikalau dia bantah semula kita baru tutup mulut diam...hehe! Itu sahaja sakit hati kita tiada yang parah sangat-sangat!

Kekasih kita ...ini lagi berat dari Ibu bapa kita sendiri dan kalau boleh semua apa yang dia kata dan minta kita harus ikuti tanpa bantah kalau membantah ugut minta putus.Kalau tidak minta putus pun muka bertukar warna.Silap -silap bukan muka sahaja bertukar warna orang yang kita cinta pula bertukar jadi manusia yang kurang sempurna akalnya.Tahap-tahap binatang pula dia...hehe!


Nasib kau lah kan...Cinta punya pasal apa yang terjadi tetap di hati ...i luv u forever!


Kawan pula paling ringkas dan mudah kalau kau fikir kau cukup sempurna kau boleh blah! Dan sama juga kalau kau fikir kau juga sudah cukup sempurna di tegur pun buat tak endah ...kita pula pun boleh blah! ...mudah bukan!


Jika di blog pula bagaimana peelnya...hehe!


Tulisan sudah cukup sempurna kepada perkiraan si penulisnya tetapi bila di baca komen ...ya allah ...ANON jer ada 30 komen..tak campur lagi yang lain-lain ...pitam kepala! Tulis bagai nak rak ...konon-konon ini demi kesedaran dan ke arah kebaikan tetapi orang lain baca mereka fikir kau ni tulis macam bagus-bagus pulak ...kau ingat kau cukup sempurna ...pi raahhh!!!


Part yang paling best ialah mereka-mereka yang beri komen...hehe...memang tahap-tahap dewata di langit lagaknya ..."akulah yang paling sempuna komen"..! Kau baca betul-betul komen aku ni...aku Otai kat sini tahu!


Padahal kita semua sama saja kurang kesempurnaan...


Bagi aku memang sukar untuk sempurnakan semua benda dan kehendak-kehendak semua ...mana ada sempurna daaa...kita cuma manusia biasa ,kita tidak cukup sempurna luar dan dalam.Bersyukur sahaja kita dilahirkan cukup sempurna dengan tiada kecacatan dan celanya.Cuma celakanya kita tidak cukup sempurna bersyukur kepadanya.Kita buat macam kita ini sudah sempurna sahaja.


Siapa sebenarnya yang kurang berterimakaseh bila tidak cukup sempurna....kau atau aku ?


Atau kita semua!


chow!


38 comments:

  1. eh.. font lain? double size?

    tidak sempurna itu indah.
    kerana itu tanda manisnya kehidupan.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sempurna bukan...sengaja i besar kan sedikit nak tgk ada org tegur x...rupanya ada...

      tenkiu u...kerana tahu i x sempurna!

      Delete
  2. yang part blog tu aku paling setuju.
    kita tulis bagai nak rak.
    tapi belum cukup sempurna buat orang lain.


    style ibu, dengan bebelan, boleh bagi anak sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ye ye la tulis rupanya mmg x sempurna bagi mereka ...kena terima jugala!

      Delete
  3. Aku kurang berterima kasih, tapi ya aku nak sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju kita kurang berterimakaseh...ramai...

      Delete
  4. anon sampai 30 komen?? banyaknya??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam x percaya kan tapi pernah jumpa 2 ke 3 kali adalah blog tu...rahsia!

      Delete
  5. Replies
    1. seperti suami dan isteri...kalau kita akui kurangnya kesempurnaan pasangan kita...


      amacam dah jadi dah...hehe!

      Delete
  6. ada apa dgn sempurna? adakah sempurna seseorang itu telah mencukupi syarat dalam hidup jika dia merasakan dirinya sudah cukup sempurna?


    * ya lu mmg otai bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalan yang bukan mudah utk di jawap sebenarnya ni...


      x otai la ...orang baru belajar ni!

      Delete
    2. aku lupa...siapa akan dikau? betul2 lupa dgn blog lama kau.
      penat aku fikirkannya.

      Delete
    3. x payah fikir la bro nanti gugur lagi rambut tu..hehe

      Delete
  7. soal mencari kesempurnaan ni membuatkan kita lebih jauh dari erti kesempurnaan itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini baru otai...


      jawapan yang tersirat ni...

      Delete
  8. Pandanglah insan disekeliling kita dgn pandangan kebaikan.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu membuatkan kita semakin hampir dengan kesempurnaan...:)

      Delete
  9. sy pernah buat entry pasal sempurna ni..tp satu aspek je la..

    ni salah satu ayat dlm entry tu, "SEMAKIN BANYAK KAU MENCARI KESEMPURNAAN, SEMAKIN BANYAK KEKURANGAN YANG KAU TEMUI"


    chow.. :)

    ReplyDelete
  10. tak tau nak komen apa dari awal entry ni dipublish lagi. sebab tak suka dengan perkataan 'sempurna'..

    ReplyDelete
  11. sempurna atau tak, yang penting ia sedap dipandang di mata org yg melihat atau membaca atau mendengar, subjektif kan...

    ReplyDelete
  12. tiada manusia yg sempurna dlm dunia ini

    ReplyDelete
  13. from start till the end entry ni.mmg SEMPURNA taw..
    smua pun nk jd seorg yg sempurna..tapi.....

    ReplyDelete
  14. Everyone not perfert ~~ lol tetiba

    ReplyDelete
  15. hebat la kalau mampu jadi sempurna

    sbb manusia mmg pnh dgn cela.
    ketidaksempurnaan tu la kdg kdg bg corak dlm hdp..
    baru thrill
    ye dokk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...