Pages - Menu

19 Sept 2012

Impian



Setiap dari kita ada impian.Impian ini bermaksud lebih kurang yang aku fahami ialah cita-cita yang sangat  kita inginkan dan boleh dikecapi.Kalau salah tolong ajar aku semula ok!


"....impian aku kalau boleh mahu berkahwin dengan gadis yang cantik jelita badan sexy muka macam adriana lima...bla bla bla..."


Bukan mahu riak atau bongkak gadis impian seperti diatas lebih 8 tahun telah aku miliki tetapi impian untuk kekal bersama dan sehidup semati tergendala di pertengahan jalan.Tiada jodoh atau mungkin belum sampai masanya.

Impian aku yang terlalu tinggi mungkin kini memakan diri.Silap aku yang terlalu jauh memandang ke depan.Lelaki seperti aku ini yang terlalu sangat mahu kesempurnaan dan ketepatan adakalanya agak sukar kepada sidia untuk menerimanya.Sesiapa pun akan rimas kalau terlalu teliti dan kemas!

Hari ini aku tidak fikir cinta sahaja sudah cukup memadai.

Kehidupan hari ini yang begitu tinggi kosnya akan membuat kita berfikir panjang untuk menbina satu kehidupan yang baru.Alam yang memerlukan dua jiwa bersatu menjadi satu.Satu alam yang amat indah dan nikmat yang digilai oleh semua manusia dibumi ini.Haiwan juga suka apa lagi kita manusia yang punya akal fikiran dan perasaan.

Impian aku kalau boleh mahu sediakan segalanya dan biarkan tuan puteri melangkah masuk ke istana dengan hanya berkaki ayam dan bogel.Biar semua aku sediakan dan hanya tubuh dan roh kau bekalkan kepada aku!

Kalau sekadar berharap kepada cinta dan kaseh sayang sahaja aku tidak nampak ianya akan mampu berkekalan selamanya.Hanya kekuatan cinta yang kita sandarkan agar kita dapat sehidup semati.Jangan lupa ujian dan dugaan sentiasa datang kepada kita untuk melihat sejauh mana kekuatan kita bila bersama.

Cinta kita walau sekuat mana sekali pun jika kekurangan bekalan untuk meneruskan kehidupan seharian aku percaya kekuatan itu akan terlerai dengan sendirinya mungkin tidak dengan cepat tetapi perlahan-lahan.Tidak sebulan tetapi bertahun sedikit demi sedikit rasa cinta dan kekuatan itu terhakis dan roboh.

Itu aku amat yakin kerana aku telah melaluinya.

Jika sempat kita kesan akan keretakan ini mungkin kita berusaha untuk melakukan sesuatu bagaimana untuk diperbaikinya.Jika sudah runtuh bagaimana kita mahu bina semula dari mula ianya bukan mudah kerana masa yang diambil bukan sekejap tetapi bertahun!

Takdir....mungkin juga.

Kalau bukan takdir apa pula.Pasti ada sebab-sebab lain yang membuatkan takdir ini datang kepada kita.Jika sudah tawakal dan berusaha dan dengan segala macam iktiar dan kesabaran tetapi tidak juga berjaya maka itu aku percaya takdir!

Dalam hal aku ini aku fikir ianya karma kerana seperti yang kamu sedia maklum kalau sesiapa yang mengikuti tulisan diblog ini akan berjumpa dengan tulisan-tulisan aku yang memperkatakan tentang kurangnya aku menghargai pasangan aku dengan secara betul dan jujur.

Aku yakin ini karma aku sekarang.

Ini bukan takdir kerana kami masih saling lagi berhubungan tetapi tidak berjumpa lagi.Kalau takdir pasti dia sudah lenyap dari pandangan mata aku.Maksudnya dia sudah dimiliki oleh orang lain tetapi ini tidak lagi jauh kami berlari lagi dekat bayangan kami merapat!

Adakah aku sedang mempersoalkan takdir atau aku mempersoalkan diri aku sendiri?

chow!


36 comments:

  1. impian yg baik dan menjadi umat yg baik d'sisi Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua org mempunyai impian yang sama begitu...

      Delete
  2. insyaallah . one day akan tercapai impian tu ^^

    ReplyDelete
  3. cakap pasal impian. Dari apa yang aku faham, kalau Tuhan tidak makbulkan impian kita, itu bermakna Tuhan mahu berikan impian mengikut kesesuaian diri kita. Everything happens for a reason.

    ReplyDelete
  4. Sampai seru, muncul lar gadis tue nanti, walaupun tak seperti diharapkan. Waktu tue, tak peduli abt perfectionist.

    ReplyDelete
  5. dimana ada impian disitu punya jalan.....

    P/s: follow here :)

    ReplyDelete
  6. Perempuan makin cantik makin seksi makin tinggi maintenance. Huhu. Cinta yang ikhlas sudah memadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggap sahaja perempuan yang aku mahu itu ialah sebuah kereta ferrari!


      faham kannn...hehe!

      Delete
  7. kalau kita nak kan sesuatu,kena la berusaha..lepas tawakal dan doa..insyaallah tercapai..usaha tnga kejayaan :)

    ReplyDelete
  8. tak pe bro.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. aku setuju dengan kata2 tu.. sebab tu aku tak pernah bermimpi lagi untuk bercinta mahupun mendirikan rumah tangga kerana aku sedar aku masih tidak mampu lagi untuk menyediakan yang terbaik buat pasangan aku... biarlah orang nak kata aku ni bujang terlajak, asalkan aku tidak akan menyesal kemudian hari... dan, kisah kau sebelum ni, biarlah menjadi pengajaran untuk tidak mengulanginya semula.. aku rasa, aku pun sama seperti bro.. dan biarlah aku juga mengambil kisah itu sebagai rujukan dan iktibar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulasan kau ini buat aku nak nagis la...kenapa ni....jangan la cakap pasal bujang terlajak...hehe!


      cakaplah belum sampai masa kan sedap sikit bunyinya....

      Delete
  9. Hurm..... What u give, u get back.....

    ReplyDelete
  10. wohoo.x lama lagi jumpa lettew ^^

    ReplyDelete
  11. mungkin persoalkan tentang diri
    apa pun takdir sentiasa menyusul

    ReplyDelete
  12. betul tu.
    sekarang ni, harta perlu seiring dengan cinta dan kasih sayang.
    tapi bukan nak bermewah, cukup sekadar " ada duit".

    aku suka miranda kerr, tapi dia kepunyaan Orlando Bloom.
    sedihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata...duit bukan segala tetapi hari ini segala2nya adalah duit!!!

      Delete
  13. 8 tahun ye? Lame tuu. Tapi dalam kate berpisah masih berhubung pulak, agak2 kalau berjodoh jua, masih hangatkah macam dulu? Masih mampukah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm xpercaya kata2 adam di setiap entry lelakisemalam..

      Delete
    2. Hamboih tak percaya. Janganlah begitu miss. Kehkehkeh

      Delete
  14. impian itu harus...persoal diri daripada takdir yang sedang berlaku...ikut la landasan, jangan tersasar

    ReplyDelete
  15. 8 tahun? pergh~ *tepuk tgn*

    hang hebat. bkn sng nak bertahan utk jangka masa yg lama. tp syg la klu berakhir mcm tu je.. sambungla balik, masih boleh diselamatkan tu :)

    p/s: go go, aku support hang! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. u i dah 4 tahun putus ok!


      entahlah....kalau ada rezeki...adalah!

      Delete
  16. aku ada satu impian yg aku tanam hingga skng

    ReplyDelete
  17. aku percaya semua orang punyai impian tersendiri


    dahulu impian aku musnah, gagal senang cerita.

    aku salahkan diri sendiri. tapi setelah dewasa ini aku terpaksa akur ada hikmah disebalik kemusnahan impian aku tu. Yang penting PERCAYA/BERIMAN sahaja kepada rukun IMAN yang ke 6




    * eh mcm lari topik aje komen aku ni

    ReplyDelete
  18. "Impian aku kalau boleh mahu sediakan segalanya dan biarkan tuan puteri melangkah masuk ke istana dengan hanya berkaki ayam dan bogel.Biar semua aku sediakan dan hanya tubuh dan roh kau bekalkan kepada aku!"


    beb.. bolehlah beb sebab hidup ini satu perkongsian.. cuma ialah klu dia telah ditakdirkan utk kita semua nya mudah jer..namun jika sebaliknye 8 tahun tu memang satu jangka masa yang lama .. tapi mana tau memang rezeki ko utk dia..

    yakin dah usaha.. sbb allah telah takdirkan jalan ye kita perlu usaha~!! chaiyok!! gua caya samalu!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...