Pages - Menu

2 Sept 2012

Kaseh Sayang



Bila kita semakin dewasa kita semakin sedar betapa kita semakin faham tentang kasih sayang sesama kita.Kita mulai tahu membezakan kasih sayang di antara manusia dan manusia juga di antara manusia dan dengan maha peciptanya.

Ketika kita sedang memasuki alam remaja kita sememangnya tidak begitu mengerti akan kisah kasih dan juga sayang kita.Kita waktu itu masih hijau dan masih muda remaja tiada terasa apa-apa.Cuma yang kita tahu ialah bagaimana mahu berasa seronok dan mencari keseronokkan.Semasa mencari keseronokkan di alam remaja kita kurang sangat untuk berfikir.Kita buat apa sahaja yang kita suka dan kita minati tanpa banyak sangat berfikir.Berfikir setelah kita di timpa kecelakaan atau kita telah melakukan kesalahan di mana kita sedar akan akibatnya.

Pasti sekali ketika kesusahan kita akan mencari orang tua kita untuk selesaikan masalah yang sedang kita hadapi.Mungkin waktu itu kita melakukan kesalahan yang mengakibatkan kerosakkan harta benda orang lain atau mungkin juga kita melanggar undang-undang keselamatan.

Bila orang tua kita tahu dan datang membantu kita ianya bukan sesuatu yang disukai oleh orang tua kita.Kita juga tiba-tiba tidak suka juga dengan bantuan yang datang dari orang tua kita.Semua orang faham apa akibatnya jika orang tua kita datang membantu apabila kita membuat kesalahan atau kesilapan.Kita pasti sekali akan di marahi dan di herdik.

Walaupun kita memang mahu sangat orang tua kita datang membantu tetapi di masa yang sama kita takut dan seram dengan akibat yang telah kita lakukan.Kita secara tiba-tiba jadi benci dengan orang tua kita.Pada hal dia datang untuk menyelesaikan masalah yang kita lakukan.Kita terlupa bahawa kita yang panggil orang tua kita datang untuk menghulurkan bantuan kepada kita.

Sebaliknya kita boleh pula melawan balik setiap apa yang mereka katakan dengan tanpa ada sedikit rasa bersalah atau kekesalan di hati kita!

Orang muda dengan darah muda memang selalu bertindak dengan terburu-buru dan sentiasa rasa menyesal kemudian.Lumrah orang muda apa lagi yang mahu dikatakan lagi.Semua orang pernah jadi muda dan jadi remaja.Sentiasa sahaja ghairah untuk memperlihatkan watak yang cuba kita bina dan bawakan.Kita mahu orang lain tahu bahawa kita mampu berfikir dan membuat keputusan yang benar dan tepat.Namun sebaliknya semua keputusan yang kita buat adalah berlawanan dengan apa yang orang tua kita fikirkan.

Kita semakin sombong dan bongkak atau lebih mudah kita semakin mempunyai ego.

Kita pasti sekali pernah melawan balik kata-kata orang tua kita sama ada secara lembut atau juga kasar.Kita tidak peduli dengan hati dan perasaan mereka cuma yang kita fikirkan adalah hati kita dan perasaan kita sahaja.Segalanya seperti tidak kena bila kita berhadapan dengan mereka.Kita jadi seperti canggung sangat dengan mereka.Kita tiba-tiba jadi dingin dan juga cuba berjauhan dengan mereka.

Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang melalui zaman-zaman ini.Zaman remaja zaman yang sangat huru hara kepada aku.

Namun hari ini bila kita semakin dewasa kita baru sedar kerana adanya kasih dan sayang maka orang tua kita datang membantu walaupun hati mereka sakit dengan perbuatan kita.Mereka menyalurkan kasih sayang mereka tanpa dengan kata-kata atau ucapan yang mengandungi perkataan kasih dan sayang.Waktu itu sememangnya kita tidak tahu dan faham tetapi hari ini bila kita semakin dewasa kita semakin faham dan sangat-sangat menghargainya.Malahan kita seperti masih berharap dan tercari-cari lagi akan indahnya perbuatan mereka itu terhadap kita.

Ketika kita mahukan belaian kasih sayang dari mereka dan sedang kita fahaminya mereka pula telah pergi menemui kembali kepada yang maha peciptanya.Maka kita seperti terasa sesal teramat.Waktu mereka bernafas lagi kita buat tidak peduli kepada mereka tetapi bila mereka tiada kita pula tercari-cari.

Keindahan cinta dan kaseh sayang arwah ayah aku terhadap aku amatlah aku tidak fahami sebenarnya.Beliau seorang yang amat tegas dan agak bengis sifat-sifat yang kini aku warisi sedikit.Sekarang ini aku cukup fahami sekali cara kaseh sayang arwah ayah aku terhadap aku.Cumanya aku lambat menangkap gaya dan cara beliau menyalurkan sifat-sifat kaseh sayang beliau.

Umpama menafsir lukisan abstrak yang bercelaru dan berwarna warni tetapi di sebaliknya mempunyai makna dan maksud yang amat mendalam.Aku akui aku memang bukan penafsir yang baik ketika itu.Aku terlalu hijau sangat waktu itu untuk memahami lukisan yang dilukiskan untuk aku tetapi aku tidak kesal atau juga bersedih.

Semuannya bersebab dan mempunyai alasan-alasan tertentu makanya direkanya lukisan yang sebegitu unik sekali!

Hari ini aku begitu taksub dengan kasih sayang.

Cuma yang tinggal kini adalah mama aku.Kenapa kasih dan sayang adalah sesuatu perkara yang sangat seronok yang tidak mampu untuk kita gambarkan? Sukar sekali untuk memperlihatkan kasih sayang kita kepada orang yang kita sayang.Dulu bekas kekasih aku juga pernah berkata kenapa aku tidak menunjukkan kasih sayang aku kepadanya?

Aku cuma tergaru-garu kepala ....bagaimana lagi caranya?

Jika dengan Ibu kita... kita terasa dan mampu memperlihatkan kasih sayang kita kepadanya tetapi kenapa kita tidak dapat melihatnya.Kadang kala aku boleh terkeliru sekejap.Dimana kasih sayang yang harus kita miliki dan serahkan?

Begitu juga dengan tuhan ...bagaimana kasih sayang kita kepadanya kita dapat melihat dan rasainya...ini juga sukar untuk aku tuliskan...

chow!

29 comments:

  1. Luahan abstrak yang cuma boleh dikhayalkan dan dirasa empunya saja tapi tak boleh dijelaskan dengan tutur.

    Hebat manapun bait-bait menarik orang untuk turut merasa apa yang kau rasa tetap tak setanding rasa kau sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakalanya ok gak ko ni kann...hehe

      Delete
    2. Hahah. Macam tak percaya jekk. Kamon. Aku memang normal kot.. haha.

      Delete
  2. segala hujah-hujah anda tidak dapat disangkalkan lagi. saya berjiwa muda. oleh itu saya tahu akan perasaannya. dan semakin kita membesar, semakin terasa kasih sayang itu tersangatlah penting. =')

    ReplyDelete
  3. sayang tak perlu diucap, tapi boleh dirasa. what comes from heart, touch the heart :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak diucap macam tak smapai rasanya...

      Delete
  4. berkata abahanda kepada aku "sayang anak tangan-tangankan.untuk mengajar.di luar, macam-macam ada."

    ReplyDelete
  5. adoi...entry kali ni betul2 menyentuh perasaanla...rasa nak nangis ni teringat zaman muda2 dulu...zaman yang penuh warna warni,zaman kita kenal dunia...time tu mcm2 benda nak dicuba,sikit pun tak fikir kesan jangka masa panjang,janji hepy...darah muda mmg penuh dgn tenaga...sikit pun tak rasa takut dgn apapun yg terjadi...last2 tetap mak ayah yang datang bantu betulkan hidup kita balik...entry kali ni mmg perfect!buat aku rsa nak nangis...

    ReplyDelete
  6. One of the most heartbreaking things is seeing your parents get older. Your entire life you look up to them as your rock, and the next thing you know you’re helping them walk making sure they don’t trip on one.

    It’s the small things you pick up on. You start to notice how they can’t lift certain things. You notice how they’re walking a bit slower, more carefully. The wrinkles etched into their skin, filled with memories that they can’t necessarily remember. They’ll forget names. They’ll forget what things are called. It’s the little things. Things that may seem funny, seem like a quirk.

    Keep your parents in your duas. The least you could do is ask Allah (SWT) to have mercy on them like they have been merciful to us. Be grateful as you can still celebrate your Eid with your mom/dad or both of them ♥ :)

    ReplyDelete
  7. aku kehilangan kasih sayang itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kembalikan semula kepada yang lain...

      Delete
  8. hm..itu ler pasal..sebab tu orang cakap, pengalaman hidup mengajar kita erti kehidupan..erti kasih sayang sesama insan..

    ReplyDelete
  9. Aku... aku... ah..aku tak tahu apa yg aku mampu komen. Tapi entryini beri aku kesedarn. =D.

    Hargai apa yang masih ada. =)

    ReplyDelete
  10. hmmm.....menarik,tapi aku tak kisah semua tu kerana setiap orang punyai jalan ceritanya sendiri tapi apa yg aku risaukan....kasih sayang di hari tua nanti(jika panjang umur la) Siapakah diantara darah daging kita yg sanggup memberi kasih sayang dan perhatian pada kita di kemudian hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalan yg menarik untuk kita cari jawapannya...

      Delete
  11. Replies
    1. lambat atau cepatnya kematangan itu yg merisaukan...

      Delete
  12. kasih sayang... jgn sekadar si ucap tp zahirkannya....
    dan kasih sayang dr org sekeliling mampu membantu kita meneruskan perjalanan hidup... :D

    ReplyDelete
  13. Kasih sayang ada dalam setiap diri kita. Cuma terkadang, ia terbatas. Untuk sebab dan alasan tertentu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...