Itulah kita bila diberikan sesuatu jarang sekali menghargai dan menjaganya bila sudah tiada baru terasa sia-sianya.
Satu ketika dahulu dia begitu aku hargai dan aku jaga dia dengan baiknya tetapi selang beberapa waktu aku mulai gagal menjaganya dengan baik.Mulai acuh tidak acuh sahaja dengan segala perlakuan aku terhadap dia.Semuanya seperti satu beban yang harus aku bawa ke hulu dan ke hilir.
Sudah tahu erti bosan dan jemu.
Namun sebenarnya dia bukanlah susah sangat untuk dijaga tetapi amat mudah dan sangat santai.Tiada permintaan yang diluar jangkaan dan yang bukan-bukan.Permintaan yang dipinta rasanya sama sahaja dengan semua kaum hawa didunia ini.
Iaitu ...perhatian!
Kala itu aku bukan sengaja mencari alasan untuk tidak memberikan dia sepenuh perhatian tetapi ada-ada masanya aku perlu bersendirian.Bukan lari dari dia tetapi mencari ketenangan dari kepenatan seharian mencari rezeki.Dulu aku terlalu cintakan kerja.Sehinggakan aku terlupa yang mana satu perlu aku berikan perhatian dahulu.
Benar aku yang bersalah...
Cuma aku terlambat mengetahui dan mengakuinya.Kesal sangat bila dia pergi kerana terpaksa.Begitu juga dengan aku.
Sengaja aku sia-siakan dia dengan ketamakkan aku kepada masa hadapan aku dan dia.Pada fikiran aku jika aku berusaha kuat dan bersungguh-sungguh untuk mencari sesuatu yang bakal membawa kegembiraan bersama dimasa hadapan akan membuatkan dia bahagia tetapi sebaliknya berlaku bila dia terasa dipinggirkan dan dibiarkan.
"...Wang dan harta bukan segala-segalanya...sayang!..."
Aku terdiam sejenak.Mata aku tajam melihat ke mata dia yang berlinangan airmata.Aku cuba untuk memegang tangannya agar dapat aku menenangkan hati dia tetapi secara perlahan dia menolak.Dalam tangisan semuanya dia luahkan.Katanya...
"...u terlalu sibuk dengan kerja u...u lansung tidak ambil peduli lagi dengan i...i tak minta kereta besar atau rumah besar i cuma mahu u disisi i..."
Terkebil-kebil mata aku melihat dia menangis tidak henti-henti.Aku cuba merasai apa yang dia rasai tetapi aku seperti tidak dapat memahaminya.
Adakah aku ego?
chow!
salam
ReplyDeleteaku juga pernah lalui keadaan yang sama cuma berlainan situasi hingga hampir hilang kasih yang 10 tahun aku miliki.
aku bersyukur disaat aku hampir kehilangan ia..aku disedarkan dimana aku sedar aku x mampu hidup tanpa cinta dia..
semua kerana wang dan harta..juga kesenangan yang tak aku kecapi
Apa yang aku ingin katakan wang dan harta bukan segala galanya..kesenangan tak akan mungkin menjamin kebahagiaan biarlah hidup dengan apa yang ada tapi bahagia.
-ana asl-
Story Iman Sara...
Deletepasti ini bukan yang terakhir...kerana ia akan bersambung2...
setuju dgn apa yang kau katakan...
hoh ! love -__- make me depress ~
ReplyDeleteni kalu si dia membaca mesti meleleh airmata ni...kahkahkah...
ReplyDeletekompom...cuma dia tak tahu yg aku dan buka blog baru...blog lama dulu dia selalu ikut...komen dalam hp aku...
Deleteah! parah!
aku bagitau nnti blog bru ko ni..izinkan.. :P
Deletehaha.kira okla tu...xda gaduh lepas clash mmg sempoi...ala bgtau jela,mana tau ada peluang kedua kan..sbb dari gaya penulisan ni ada sedikit sesal,hehe.mesti rindu kat kenangan lama kan?samala kita...haha
Deletetunggula ...ini baru permulaan cerita...
Deletemm faham perasaan sara coz mm pun pernah lalui tapi mm bagi peluang kepada dia bila dia kata nak berubah and i hope he'll change.. huhu..
ReplyDeletehehehe, perempuan.
ReplyDeleteeven, benda kecik pun dia nakkan perhatian kita.
walaupun sesibuk mana pun kita.
kalo hatar mesej sekeping especially masa kita sibuk.
pun dah okey rasanya.
itu yg aku ambil mudah dahulu...
Deleteyes! ko ego. sekian.
ReplyDeletewell...aku angkat tangan!
DeleteYa. Aku setuju dengan SaddLone. Kau ego.
Deleteadoi....:)
DeleteBest :) ni kisah betul ke tak ni ? -.-
ReplyDeleteini cerita kisah aku...
Deleteperlu ada keseimbangan antara perihal kerja dan perihal peribadi.
ReplyDeleteharap2 jangan ada yg terlepas antara kedua dua nya.
permulaannya aku ingat lama2...haus!
Deleteperempuan dan perhatian. 2 benda yang ko memang takleh nak pisahkan.
ReplyDeleteklu perempuan tak suka perhatian, maknanya die bukan perempuan. perempuan jelmaan mungkin.
btw, selembut mana pun hati perempuan, once die dah betul-betul terluka and tawar hati, die akan pergi. and they'll never come back. tapi kadang2 jauh di sudut hati die masih mengharap. dan mungkin satu ungkapan maaf dapat melembutkan hati yang terluka.
so, jgn berhenti mencuba dan mendapatkannya kembali. tiada apa yang akan menjadi halangan jika jodoh korang memang sudah ditakdirkan. good luck then ;)
mungkin...
Delete:) a man matured at age of 30. seems an annoying statement right? tapi benar ada kalanya.
ReplyDeletepernah rasa seposen dua. HAHA
:)
DeletePerempuan memang mahukan perhatian yang lebih, kalau 24/7 berkepit dengan kerja dengan futsal dengan kawan selepak. Lama-lama perempuan bosan.
ReplyDeleteitu la dia...
DeleteKalau ada jodoh tak kemana pun. :)))
ReplyDeletemungkin...
DeleteBiasalah perempuan....pasti suka menarik perhatian lelaki untuk bermanja.....
ReplyDeletebetul sekali..
DeletePerhatian dan sayang. Itu sudah cukup. Sudah cukup.
ReplyDeletetapi itu yang selalu diabaikan...
Deletehah.. name nyee pon girls kan.. mmg suka perhatian.. hahaha !
ReplyDeleteyup2..
Deleteperempuan mmg begitu....tapi kadang rimas juga kalau asyik nak diberi perhatian lebih. ala kadar sudah la...
ReplyDeletekalau faham tak per...:)
DeleteLS: memang lu ego tahap gaban.. xkan bz satu mesg or phone call pon lu susah nk kasi.. lu dh amik ati dia pastu lu xnk jaga elok2... dia bukan nak bekepit 24jam pon ngn lu takat dia nk lu sedar n tau kewujudan dia.. bukan tunggul kayu hokeh..
ReplyDeleteanyway if SARA tu ditakdirkan buat lu InsyaAllah tak kemana jadi jangan penah menyerah.. usaha tangga kejayaan.. jangan naik lift nanti lu cepat naik cepat jugak jatuh heheh..
gud luck!!
ok gua ghaku ler....insyaallah
Deleteyeahhhh. perhatian dari org tersayang itu besar nilainya di mata seorang perempuan. ;)
ReplyDeletefaham sekarang...
Deleteaku bkn seperti Iman sara walaupun spesis yang sama sepertinya tetapi lebih persis seperti lelakisemalam, tanpa perasaan kata sahabat seangkatan, tapi yg pasti hati sukar meluahkan....akhirnya semua pergi meninggalkan selepas meluahankan perasaan, adakah aku juga ego?? ^_^
ReplyDelete* aku faham perasaan kau, lelaki semalam....ada jodoh x kemana, apapun doakan sahaja kebahagian dia, itu lebih baik yang pastinya!
tapi rasanya seperti ada sesuatu yang lain bakal berlaku...aku akan tunggu dan lihat!
Delete