Hari ini aku belajar sedikit tentang bagaimana mahu rasa bersyukur dan beruntung.Ialah sejak putus cinta aku mulai terlupa bagaimana cara untuk rasa lazat hidup di atas muka bumi ciptaan yang maha kuasa.Faham-faham sudah bila sakit putus cinta semuanya gelap gelita bagai sudah tiada jalan dan tiada harapan untuk terus berdiri dan terus hidup.
Semua orang yang pernah putus cinta pasti faham sangat dengan keaadaan ini begitu juga dengan aku.Lama jugalah masa yang aku ambil untuk sembuh dari penyakit putus cinta ini.Aku rasa ada lagi yang lebih lama dari aku.Ikut kekuatan masing-masing ada yang kebal ada juga yang lemah semangat.Cumanya nasib aku ada sedikit baik dari orang lain.
Cerita sebenarnya begini ...
Hari ini hari jumaat maka sebagai umat islam dan berjantina lelaki wajip ke masjid untuk bersolat jumaat.Aku pergi kerana takut bukan pergi kerana terikut-ikut atau terpaksa.Sekarang ini aku tahu apa itu takut tetapi tidak sebelum putus cinta aku lansung tiada rasa takut pun.Dunia ini umpama aku yang punya engkau punya dosa engkau yang jaga begitu juga dengan dosa-dosa aku.Pendek cerita bila ingat aku buat bila tidak aku buat-buat tidak ingat.Nasiblah apa mahu jadi jadilah!
Kadang-kadang aku rasakan putus cinta ini banyak betul faedahnya.Tuhan mahu kita kembali kepadanya adakala menggunakan pelbagai kaedah.Secara sedar atau tidak itu sahaja yang kita dapat rasa atau tidak rasakan.
Berbalik semula kepada sembahyang jumaat aku pada hari ini.Seperti biasalah ambil wuduk dan sembahyang sunat dan cari dinding untuk aku duduk bersandar.Ini adalah perkara yang biasa aku lakukan supaya mudah untuk aku bersila sambil bersandar.Penat duduk bersila 1 jam begitu-begitu sahaja tetapi jika ada dinding lagi syok melayan khutbah.Bunyi macam pemalas dan tidak iklas tetapi sebenarnya aku sangat iklas daripada aku merungut dengan imam yang baca khutbah lembab sangat lebih baik aku bersandar didinding dan mendengarnya dengan penuh khusyuk dan iklas.
Sedang aku leka melayan khutbah sambil tutup mata bukan untuk tidor ok tetapi sedang cuba merakamkan semua percakapan imam agar dipermudahkan untuk dihadamkan ke dalam minda aku.Adalah seorang hamba allah ini datang duduk menyempit disebelah aku tanpa meminta kebenaran dari aku.Apahal dia nak minta kebenaran dari aku ...gila ke aku ni! Suka hati aku je nak tulis apa kan....keh! keh!
Orangnya muda lagi lebih kurang sekitar 25 tahun umurnya.Apa yang jelas beliau ada sedikit kecacatan di tangan dan kaki.Tangan bengkok sedikit dan kaki singkat sebelah sedikit dan ada kesan-kesan lama mungkin dari kemalangan.Aku perhatikan sahaja dari mula dia datang sampai habis sembahyang jumaat.Aku rasa aku kurang sangat bersyukur kalau mahu dibandingkan dengan dia.
Dia bersembahyang secara duduk kerana kakinya tidak mampu didirikan sama rata.Kaki beliau juga tidak boleh dibengkokkan untuk duduk bersila.Makanya kakinya memasuki bahagian tengah tempat untuk aku bersembahyang nanti.Aku cuma tersenyum bila dia memandang kepada aku seraya meminta maaf secara hati ke hati.Aku faham dari pandangan matanya.Bila tiba waktu bersolat kedua tangannya seperti mahu bersujud tetapi sayangnya dahinya tidak mencecah ke lantai.
Ketika inilah aku yang bersolat bersebelahan dengan dia menjadi serba tidak kena kerana hati aku terusik dan merasa sayu sangat.Melihat beliau bersungguh untuk mengerjakan solat membuatkan aku seperti ditampar sekuat-kuatnya.Aku terasa terhuyung hayang dan hampir-hampir hilang tumpuan untuk meneruskan solat.Sesungguhnya petunjuk yang diberikan telah membuka hijab kepercayaan aku terhadap apa yang harus aku percayai.Perkara begini bukan selalu dapat di lihat.Mungkin ini adalah hadiah khas buat aku agar percaya dan lagi kuat mempercayainya.
Moralnya ialah jika kita percaya maka percayalah sepenuh hati.Bukan percaya yang terpaksa atau disengajakan.Bukan mudah diperlihatkan sesuatu yang mampu mengusik hati kecil kita untuk kita mengakui akan apa yang kita percayai.
Sayang rasanya jika kita yang mampu tetapi sengaja meniggalkan solat.Semua orang ada alasan masing-masing untuk tidak melakukannya tetapi tidak kepada aku lagi kini.Sebelum ini aku bersolat juga tetapi bagai tiada makna dan tujuannya.Bersolat kerana untuk bersolat bukan kerana bersolat untuk berterimakaseh dan bersyukur kepadanya.Aku rasa selama ini aku tidak adil kepadanya.Semua yang aku mahu aku dapat dan aku terima tetapi aku jarang ada rasa untuk berterimakaseh malah bersyukur.Bukan disengajakan tetapi tiada tahu akan keperluannya untuk berterimkaseh seiklas hati.
Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang berkelakuan begitu.Kita tidak adil kepada tuhan kita?
Cuba kita sama-sama ingati semula adakah selama ini kita benar-benar bersikap adil kepada tuhan kita.Semua yang kita miliki dan hajati kita telah terima dan rasai tetapi adakah kita benar-benar sedar dan pernah untuk menguncapkan rasa bersyukur atau mengucapkan terimakaseh kepada tuhan kita?
Ada tetapi kita mengambil masa yang agak lambat untuk memberikan ucapan-ucapan itu kepada yang berhak!
Sekarang ini aku sangat menyedarinya dan merasa amat tidak adil kepadanya.Seharusnya aku tidak merasa kesal atau merasa derita atau juga mempersoalkan apa yang yang telah berlaku kepada aku.Cubaan dan ujian yang dia turunkan kepada aku cuma beberapa bulan sahaja tetapi aku sudah seperti sudah hilang semangat dan ada rasa sakit hati.Adilkah aku bila terlupa berterimakaseh selama lebih 8 tahun bercinta dan sekarang dia menarik semua keindahan itu daripada aku?
Aku memang tidak adil kepada tuhan aku!
Jika sihamba allah itu tahu apa kisah aku pasti dia akan ketawakan aku...
"...cuba kau lihat diri aku ini tangan dan kaki aku cacat tetapi aku masih gagah untuk menguncapkan rasa terimakaseh dan syukur kepadanya ...kau cuma diuji untuk gagal bercinta tetapi sudah seperti hilang harapan...hey! malu lah sedikit dengan yang menciptanya..."
Aku bukan malu itu sahaja tetapi ada rasa malu sebagai manusia yang sempurna.Sudahlah tidak adil kepadanya malah berterimakaseh pun jarang-jarang.Terlupa adalah alasan yang kurang tepat.Aku rasa kita terlalai dan ambil mudah kepada perkara-perkara yang sangat mudah.Perkara yang sangat mudah sekali seperti menguncapkan terimakseh.Aku rasa perkara tidak adil kepada tuhan adalah ramai yang sedang mengamalkannya kini.
Cuba kita tanya sendiri diri kita....aku adil ke kepada tuhan aku?
(Tulisan ini aku cedok dari blog lama aku...)
chow!
Aku adil ka kepada tuhan ? =='
ReplyDeletebila perlu saja baru tahu mahu menadah tangan . sungguh memalukan
yer la...
Deletehai repu*****ku! hehe
ReplyDeleteakhirnya kan...ko korek bukan main yer...
DeleteDugaan datang dari Dia, untuk uji setakat mana kita ingat padaNya.
ReplyDeleteitu la pointnya...
Deleteaku juga pernah putus cinta. mmg terasa gelap semua. ya, Allah mahu kita kembali kepadaNya.
ReplyDeletebersyukur dengan apa yang ada. dunia ini pun kita pinjam sahaja.
dill.
ya boss!
Deletehehe!
adekah aku bosmu? maka kamu diarahkan untuk memberikan sebatang dua lemang kepada aku. haha
Deletedill.
erk!
Deletebersyukur kerana ditunjukkan melalui pengalaman orang dan bukan dari pengalaman sendiri...
ReplyDeletesemuanya ada hikmah tersendiri....
Deletemaksud kau nak kesan taubat yang kuat kena putus cinta? kehkehkeh. aku faham.
ReplyDeleteemmm... macam tu la sebab lain mungkin ada tapi itu kena tunggu selepas engkau berkahwin pula...lagi hebat!
Deleteagreed!
ReplyDeletebila dah ditimpa musibah baru kita igt tuhan. manusia. hmm...
aku pun pernah alami benda yang sama cuma situasi berlainan. before ni hidup senang, semua dapat. study ok, exam score, family bahgia, boyfriend pun ok. walaupun solat penuh tiap hari tapi kurang bersyukur. still rasa tak cukup dengan apa yang aku ada.
sampailah final sem tahun akhir (waktu praktikal). aku dapat lecturer paling moody dan nightmare untuk semua student. masa tu la semua jadi terabur. selalu kena maki ngan lecturer, prestasi makin menurun, break up ngan bf, kawan baik meninggal dunia. sekelip mata je nikmat hidup tu aku rasa hilang. masa tu memang keje aku menangis sujud atas sejadah je sepanjang masa. Alhamdulillah Allah syg aku, Allah bantu aku. Akhirnya aku berjaya grad dengan baik dan makin ok.
Tapikan, kalau difikir balik sekarang, aku rasa hidup single ni jiwa lebih tenang kot. Sebab banyak masa diluangkan untuk bersama Tuhan. Jauh dari maksiat. Sumpah hidup single lagi best! Haha
Pergh dah macam taip entry baru plak kat sini. Ok chow lu beb. Nite nite.
p/s: 8 taun? gile ah ko. kaple 8 bln pun aku sakit jiwa dah, apatah lagi 8 taun. Tabik spring ah kat hang!
8 tahun ....apa lagi yang perlu aku cari...tapi itulah manusia tak tahu bersyukur...
Deleteumm..aaa..aku jg bangkit dri putus cinta..bnyk yg ak pelajari lpas bangkit..
ReplyDeleteaaa..emm..ye..ye..bnyk..bnyk yg dpt dipelajari..moga..moga ko terus tabah..dn x mnzalimi dri sndiri..aaa.emm..haa...