Pages - Menu

26 Aug 2012

Tembak!


 Lama juga berblog tapi bukan otai sangat cuma baru mula mengenal dunia blog yang sebenar.Dulu sebelum kenali blog aku sendiri kurang pasti apa kejadah benda namanya blog.Myspace ke Tagged ke atau Facebook memang aku faham apa tujuannya dan untuk apa tetapi bila bercerita tentang blog aku lansung blur ketika itu.Haram aku tidak tahu untuk apa blog sebenarnnya.

Cuma apa yang aku ingat tentang blog ini ialah bila aku sering mencari mutiara kata yang berunsurkan cinta.Maka setiap kali aku ke Google pasti aku akan "meredah" masuk ntah siapa-siapa punya blog yang aku kurang pasti apa itu blog waktu itu.

Secara terus terang aku berblog kerana aku terbaca satu blog INI.Blog ini yang membawa aku kedunia blog.Cukup aku terkesan dengan tulisan -tulisan beliau yang jujur dan keras.

Perlahan-lahan aku merayau dan meneroka dunia blog ini.Walaupun aku baru lagi didalam dunia blog tetapi ada beberapa post aku yang menjadi agak panas dan hangat.Aku menulis apa yang aku rasa betul dan yakin maka aku tulis jika tidak aku tidak aku menulis.Itu pasal ketika tulisan aku diserang aku buat tidak peduli kerana bagi aku apa yang aku tulis adalah pendapat aku dan hak aku jika aku salah tulis engkau harus nyatakan apa kesalahan aku dengan tepat dan betul.

Jika nak "tembak" aku tidak tentu hala minta maaf banyak-banyak engkau boleh tibai orang lain tapi bukan aku.Engkau otai atau orang baru kepada aku itu bukan persoalannya.Jika tulisan engkau betul dan mempunyai hujah-hujah yang tepat lagi benar maka tiada salahnya jika engkau harus bertegas dan berdegil.Namun jika apa yang engkau percaya dan pertahankan dapat mereka patahkan dengan komen dan hujah yang bernas sudah seharusnya engkau dengan cara berhemah mengakui akan kesilapan dan dengan jujur merendah diri meminta maaf.Malu atau rasa sakit hati buang jauh-jauh tiada guna bersikap ego dan bodoh!

Hari ini aku semakin jelas dan faham dengan masyarakat blog.Yang jelas sekali apa yang aku nampak ialah sifat dan sikap kolot dan kuno yang agak terlampau.Itu tidak boleh dan ini tidak betul.Jangan buat begini ini salah atau jangan kau ikut budaya ini semua itu adalah buruk dan membawa kepada kerosakan.Tiada salah kalau cuba membuat kebaikan dengan menulis sesuatu post yang berunsurkan nasihat dan panduan.Cuma apa yang aku perhatikan mereka suka tulis sesuatu perkara atau fakta tanpa disebutkan sekali dari mana sumbernya.Ikut rasa hatikah...

Tiba-tiba ...."...ustaz ini kata haram..."!

Itu yang kadang-kadang hendak sahaja aku komen dengan ayat yang agak kurang ajar.Sesuka hati jatuhkan fatwa itu ini haram.Siapa engkau yang suka-suka jatuhkan fatwa ini? Engkau Nabi yer!

Masalah umat islam diblog ialah mudah cepat tergoda dan percaya dan mudah sangat terpedaya.Pantang sahaja jika ada orang yang kononnya ustaz keluarkan satu ayat yang berunsurkan fatwa syok sendiri maka berduyun-duyunlah umat blog menyebarkan keseluruh pelusuk alam maya yang bernama blog.Sahih ke atau tidak itu belakang kira dan belakang cerita yang penting aku dahulu yang mula-mula buat post tersebut!

.Bila ramai lagi yang bijak pandai dalam agama mempertikaikannya.Kepada yang tidak tahu apa-apa dan juga kepada bangsa lain yang berlainan agama apa tanggapan mereka.Itu orang kata haram Ini orang kata tidak haram.Nampak sangat orang Islam ini bercelaru tiada muafakat dalam membicara atau menentukan hala tuju sesuatu perkara yang diutarakan.

Begitu juga apa yang berkeliaran didalam dunia blog.Semua berlumba-lumba cuba menjadi "Hero" agama.Jika kita melihat di youtube ramai betul pakar-pakar agama ini.Promosi cara yang terbaik dan terpantas.Cuba jadi yang terbaik dan yang terpopular.Jika banyak ceramah maka banyak fulusnya.Faham ke atau tidak faham?

Aku juga ada menulis sedikit-sedikit tentang agama tetapi jelas sekali apa yang aku belajar dan percayai agak menyimpang jauh dengan apa yang aku baca dari kebanyakkan blog yang menulis tentang agama.Aku lebih kepada apa yang tertulis dari Al-Quran tetapi mereka suka ambil dari sumber berbagai-bagai kitab tulisan manusia dimana aku percayai ianya boleh dipertkaikan dan disanggah kerana jelas tiada salah atau dosanya! Bagaimana kita dapat yakinkan diri kita bahawa apa yang kita baca dari tulisan manusia ini benar-benar tulen dan tiada kesilapannya?

Sedar atau tidak bahawa nanti kita disana tiada siapa yang akan membantu kita menjawap segala macam soalan yang ditanya.Kita harus menjawap sendiri tanpa sesiapa pun disebelah kita dan jika jawapan yang diberikan salah maka siapa yang harus kita persalahkan.Salahkan diri kita sendiri atau tulisan kitab manusia yang berkurun kita ikuti dan percayai?

Bab agama ini yang aku nampak sangat banyak sekali akan kepincangannya.Lain-lain hal memang ada tetapi tidaklah seberat tulisan-tulisan yang berunsurkan agama.Jika kita tersalah tulis maka yang membacanya juga ikut turut salah ...panjang ceritanya ini nanti.Siapa yang mahu muflis sebelum tiba masanya.

Tidak sesekali aku!

(Tulisan dari blog lama)

chow!

35 comments:

  1. menghargai perbezaan pendapat.

    ReplyDelete
  2. walopun masih baru..tapi dah macam otai. yg penting pandai menulis dan tulisan awak memang best. Saya pun pandai gakkk tapi main taram je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala lama2 ok lerr..asalkan banyak membaca dan banyak menulis...

      Delete
  3. Aku suka blog yang jujur. Yang tidak berpura-pura dia bagus semua hal. Blog ini adalah salah satu blog pilihan.

    ReplyDelete
  4. Bila menulis, kena jujur. Jujur datang dari hati. Maka, menulis lah dengan menggunakan hati. Bukan hanya mahu perhatian semata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu walaupun ada yang kita tak fahami isinya...hehe

      Delete
    2. Haha. Ada entri yang terlalu deep sampai kita pun susah nak faham.

      Delete
  5. klu nak tembak sesiapa sila roger aku. aku ada peluru spare

    ReplyDelete
  6. kini tulisan2 lelaki semalam makin padu . gua suka gila babeng..
    depa tembak , kita tepis , serang balik !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i malu laa u ckp begitu kat i...i biasa2 jer.....kah2!

      Delete
  7. hai!

    lame tak singgah sini. sekarang ni lebih banyak orang keluarkan fatwa yang kadang2 entah apa-apa. dicedok sesuka hati tanpa dalil kukuh. jika hendak pergi berperang, harus bawa segala kelengkapan lengkap yakni dalil dari Al-Quran & Hadith. kalau setakat kata-kata, tanpa sokongan padu, rasanya tidak mencukupi.

    ye dak?

    selamat hari raya!

    dill.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...nanti yang membaca jadi keliru....

      Delete
  8. hurmm, ramai yg tetibe jd golongan alim ulamak yg bersandarkn pd satu sumber.. kdg² sy sendiri perhati balik entry² lama.. terasa sgt noobnya.. btw, suke entry awk yg ni.. harap lepas ni hasil tulisan sy tak terpesong.. :)

    ReplyDelete
  9. semua orang ada hak masing2. thats why sy xkan suka2 mengutuk blogger utk jadi diri diorang sendiri dan taip apa yang diorang rasa.
    kita sebagai manusia, pandai2 lah tapis apa yang baik dari yang buruk. tapi kalau berlebihan tu, pandai2lah tukar mode blog ke ada adult content. ada budak2 yang tak matang lagi yang akan baca.. :)

    tapi bab agama, jangan bawa main. Kena tau sumbernya dari mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuuu...bukan semua pun dewasa di alam maya ni..

      Delete
  10. bagi saya, blog satu medium untuk saya tidak terlalu serius...

    walaupun saya penulis bukan fiksyen di luar hahaha

    ReplyDelete
  11. dan penulisan kdg perlu berpada.

    ReplyDelete
  12. *mengeluarkan m16*

    Tatatatatatatatatatatatata!!!

    Dah setel bos. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tembak sapa bhai...ko ni main tembak jer!

      kuihkoci laaa!

      hehe!

      Delete
  13. keluarkan bazoooka . kabooommmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboih nak celen nampak dilla?

      *keluarkan tanker*

      Kebabbboooommmm!!!

      Delete
    2. amboi2...berlawan2 lagiii...

      Delete
  14. saya suka islamic blog yg menyelitkan pandangan peribadi. mungkin salah, mungkin betul. saya terima atau tidak, itu belakang cerita. yg pasti saya baca. bukan blog yg penuh copy and paste from different resources.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil yang yang baik dan tinggalkan yang mana kita kurang pasti...

      Delete
  15. terbaik bro. entri berisi. yerp, penulisan perlu bersumberkan suatu yang benar. bukan men petik je. anyway selamat hari raya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...