13 Aug 2012
Persoalan Bohong Tipu juga Dusta
Aku selalu terfikir kenapa manusia suka menipu berbohong dan melakukan dusta sesama manusia.Orang yang selalu dibohongi dan didustai selalunya adalah orang yang kita paling sayang dan cintai.
Kenapa kita harus melakukan perkara itu kepada orang-orang yang kita sayangi dan kasehi?
Aku tidak faham dan juga binggung kenapa kita perlu bersikap begitu? Adakah kita terpaksa atau kita perlu demi menjaga hati mereka?
Ianya bertambah lagi tidak faham bila kita diulangi ditipu dan dibohongi dan kita pula masih sudi memaafkanya! Ini semua salah siapa kita atau dia?
Persoalan-persoalan beginilah yang membuatkan kita kadang-kadang hilang pertimbangan dalam membuat perhitungan dengan diri sendiri.Kita mungkin bertindak ganas dan mungkin bertindak bodoh dan selalunya kita akan merasa puas setelah melakukannya tetapi kita menyesal tidak sudah di kemudiannya.
Cuma aku selalunya cuba meletakan diri aku ditempat mereka.Kenapa mereka melakukan perkara buruk itu terhadap kita.Berkemungkinan besar kita ada melakukan kesalahan yang kita sendiri tidak perasan atau sedari.Mungkin juga ini karma yang harus kita terima dengan redha disebabkan ada benda-benda yang kita lakukan di masa silam yang barangkali kita terlepas pandang.
Jika benar ini karma kepada kita adakah adil kita terus di dustai dan dibohongi?
Ini lagi satu persoalan yang mudah namun sangat berat untuk dijawap! Betul tak!Sekiranya ini semua adalah balasan dan ketentuan daripadanya mungkin ada benarnya kita harus tunduk menerima dengan tangan yang menadah keatasnya.
Mudah jika kita mampu menerimanya dan sangat sukar bila kita menafikannya dan lebih teruk lagi sememengnya kita ini bersih lagi jujur didalam menjalani kehidupan seharian.Mengapa pula kita harus menerima semua haramjadah ini didalam kehidupan kita? Lagi satu persoalan timbul...
Aku adakalanya termenung dan berfikir adakah mereka-mereka ini tidak punyai perasaan dan hati? Mereka sedar atau tidak apa yang mereka lakukan? Hati orang yang mereka cintai tercarek robek luka menahan rasa kecewa terhadap apa yang mereka lakukan.Apa yang peliknya orang yang disakiti masih sudi menerima dan memaafkannya!
Tidak diketahui sampai bila perkara begini kita harus hadapi dan terima.Lagi sakit hati jika perkara yang sama ini diulangi berkali-kali tetapi hati kecil kita masih sudi menerimanya lagi...ahhh memang parah sangat!
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yg berbohong tu kejam.. selfish n xrasa org lain ada hati n perasaan.. yang dibohong pulak msh sudi nk memaafkan sbb mls nk bertekak, nk berdendam atau mungkin terlalu baik smpi org pijak kepala sesuke hati.. ingat, doa org yg teraniaya tu Allah akan makbulkan..
ReplyDeletetapi kenapa masih direlai didustai ...itu yang peningnya.
Deletesbb sayang maybe
Deleteitulah dia...
DeleteAku juga tak faham kenapa mereka sanggup menipu org yang sayang mereka. Sungguh celaka sekali perangai macam tu.
ReplyDeleteyang peliknya yang didibohongi masih redha menerima...hebatkan!
DeleteItu pun bodoh juga. Dan sebenarnya, ramai manusia dah jadi bodoh gara-gara dibohongi.
Deleteatau tahu mmg diri itu bodoh ...dan rela dibohongi!
Deletekadang2 bohong itu perlu untuk elak perang...hahaha... kidding ~
ReplyDeletecantik gambar Lana Del Rey...
aku pun rasa juga ...bohong terpaksa...hehe!
Deleteberbohong pun kadang2 terpaksa & x sengaja. tapi jangan pulak selalu amalkan
ReplyDeletekalau terpaksa selalu bagaimana pula?
DeletePernah jugak berbohong tapi bukan niat nak berbohong...eh? camna tu?
ReplyDeleteniat tanpa niat la tu...hehe!
Deletekita yg dibohongi ni kdg2 mudah sngt nk maafkan . kononnya nk jernihkan yg keruh . tp klu berulang-ulang dbohongi,parah plak jd nye Y___Y
ReplyDeletemungkin kita jenis mudah memaafkan...syukurla..
DeletePssst! Nak bagitau nih! Aku bukan adam tapi Anuar Zain. Ang rase aku bohong ikut ang la. Hahaha. Tapi aku de jawab persoalan nih dalam entri keluh kesah #2. Keh3.
ReplyDeletekau ni kan....aku nak jawap macam maner yer...hehe
Deletehahaha. mohon jangan jawab.
Deleteitu pasal Nabi saw kt je leh pggl al-amin.
ReplyDeletekita???
xmungkin!
*kenal ini blog anak dara sape!! ^_^
psssttt....diam2 tahu kalau kenal nak dara ni...hehe!
Deletemohon dedahkan.
DeleteYa. Mohon dedahkan identiti pemilik blog ini.
Deletehehe...janganla ...malu la i....
Deletesejujur,
ReplyDeletedulu aku banyak menipu.untuk menjaga hati.tapi lama-lama
aku sedar ia nya memakan diri sendiri.perit.
dan semua m.u.s.n.a.h
dan sejak tu,segala kata yg aku tutur adalah benar belaka.walaupun
org yg menerima tu sendiri bakal terasa mahupun merana.
tp,aku selesa.bercakap benar.ya.
benar adakalanya membakar diri...
Deletelupa,
ReplyDeleteaku suka blog kau.ya.
salam kenal :)
ooo tenkiu!
Deletesometime, kita berbohong kerana terpaksa untuk org disayangi dengan niat yg baik.. niat yg suka2 tu, memang urghhhh la... tp lebih elok jujur lah... bak omputih kata "I prefer an ugly truth, than pretty liar"
ReplyDeletesenang jika yang berfikiran begitu tapi tidak mudah untuk dilakukan!
Deletemungkin perlu jika tiada pilihan ....aku rasa la
ReplyDeletekadangkala aku tergolong dalam kelompok Bodoh.
ReplyDeletebiar sudah ditipu , tapi masih mahu menunggu . celaka perasaan ini
hehe mmg sangat celaka...
Deletebila bercerita soal sayang,usah cakaple...kentut pun bau wangi...apatah lagi tipu...tapi bila berkali2 ditipu,sayang bole pudar...bila sayang pudar,chow!haha
ReplyDelete