Pages - Menu

27 Aug 2012

Drama


Pagi tadi sekitar jam 10 aku terbangun dari tidur dan terus buka tv.Malam tadi beraya sakan sehingga ke pagi biasalah orang bujang yang belum punya isteri.

Namun niat murni aku ingin ke bilik air untuk bersiram terencat dek kerana terdetik di hati ingin terus bermalas di depan tv.Ketika itu aku rasa drama ini sedang bersiaran kurang lebih setengah jam.Aku tidak tahu mengapa aku tiba-tiba berminat untuk terus terpaku di situ dan melayan drama tersebut sehingga akhir ceritanya.

Drama dengan tajuk..." Perempuan di Hujung Ramadan"!

Lelaki seperti aku yang punya jiwa jantan boleh menitiskan airmata dengan agak begitu mudah ketika menghayati setiap watak yang dimainkan dengan begitu hidup sekali.Sebak hati aku beberapa kali didepan tv dan kadang kala aku tersenyum sendiri.

Tersenyum sendiri kerana aku boleh menitiskan airmata hanya kerana sebuah drama tv!

Mungkin ada yang tidak menontonnya dan tidak tahu akan jalan ceritanya.Biar aku story sedikit lebih kurang disini apa kisahnya...


"...Munira seorang isteri yang setia dan bekerjaya telah dikhianati oleh adiknya sendiri dan difitnah oleh suaminya.Munira diceraikan kerana sisuami telah terlanjur bermain cinta dengan adik iparnya iaitu adik Munira.Mereka berdua telah mereka-reka cerita kononya Munira telah berlaku curang terhadap suaminya.Sisuami yang telah kemaruk cinta terpaksa menceraikan Munira kerana dia tidak boleh bernikah dengan adik Munira selagi dia adalah isterinya!

Maka Munira telah dimaki dan dicerca oleh ibunya dan adiknya sendiri kerana fitnah yang direka-reka.Munira merana dan derita kerana terpaksa berpisah dengan anaknya,suaminya,adiknya,ibunya...selang beberapa tahun Munira pun redha dengan segala ketentuan dan memaafkan mereka semua setelah adiknya sendiri membuat pengakuan yang sebenarnya.

Dalam perjalanan ke hospital untuk berjumpa dengan mereka Munira kemalangan....

Dan akhirnya...semua yang terlibat...pelakon dan penonton bersama-sama meraikan air mata!!!!


Tamat! "


Lebih kurang 3 kotak tisu aku habiskan semata-mata untuk mengesat airmata jantan aku dari terus membanjirkan bilik aku.Ianya sangat terkesan dihati aku yang lembut ini.Walaupun aku lelaki tetapi adakalanya aku perlu membuang segala perasaan sedih dan pilu bersendirian walaupun ianya cuma sebuah drama TV!

Kata seorang doktor pakar yang pernah aku baca artikelnya bahawa menangis itu baik untuk mata dan juga jiwa.Benar selepas itu aku rasa segar dan hebat.

Aku terasa bagaikan seorang hero...aku rasa aku seperti SUPERMAN!

Engkau rasa adakah seorang lelaki yang menangis kerana menonton sebuah drama tv itu adalah.... SEXY?

chow!

41 comments:

  1. Assalammualaikum.

    Alamak, cepat sangat ko punya sinopsis tamat,hahaha.

    "Aku terasa bagaikan seorang hero...aku rasa aku seperti SUPERMAN!" - macam terlebih2 je ni,hahahah

    Aku tak pasti lah nak jawab mcmna soklan ko yang terakhir tu. Yang pastinya, kalau dah ceritanya sedih, siapa2 nangis tak pa..dah mmg sedih..tak penah gi aku jmpa org yg ktawa melambung2 bile tgk cite sedeyh,keh3

    ReplyDelete
  2. Mengikut sinopsis kau bagi, tak lah sedih mana. Tapi kemain tiga tisu kotak habis. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi mmg sedih gila laa....

      Delete
    2. okay, aku percaya :)

      lelaki menangis tak seksi. tapi sweet, comel.

      Delete
    3. sweet n chomel....hummmm not bad ah!

      hehe!

      Delete
  3. lelaki nangis?
    Jiwanya halus gitu.
    Tapi takpe,..bukan salah pun.


    Tengok jugak drama tu tadi. Memang sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal....sedu sedan aku diibuatnya...:)

      Delete
  4. Aku yang membaca pun menitik air matanya. Sedih!

    *pinjam tisu sket*

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak beno nipunyeeee~

      HAHA bye!

      Delete
    2. jalan-jalan nak kena tumit ada je kannn....

      Delete
  5. tgk gak drama tu td. tp x de la sampai guna tisu pn. maknanya hang lg hebat dari aku ah.


    srottttt srotttttt *lap hingus kat bahu hang*

    ReplyDelete
  6. kah kah kah

    dalam hati ada jambangan gitu

    hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan jambangan saja siap taman jugalah...

      Delete
  7. Cehhh ayat membastik gitu.. 3 Kotak tisu, superman hehe

    Sexy la tu lelaki menangis tp lg sexy kalau ditambahh dengan rengekan alololo

    ReplyDelete
  8. eh rasa nya movie dah pernah tayang tahun lepas. Ke silap. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama tv jer ler bukan movie kak oii...:)

      Delete
  9. kalu rupe menangis mcm dlm gmbar,sexy2...haha

    ReplyDelete
  10. lelaki menangis tu kelihatan sweet n comel..

    ReplyDelete
  11. aku nangis tgk cite Baitul Rahmat... walaupun cliche cite tu aku layan hahaha

    ReplyDelete
  12. kira jantan normal la ni leh lagi nagis2
    ehehe

    ReplyDelete
  13. Aku dah tengok drama tu.. huhu. Agak sedih la juga. Hebat kau mengalirkan air mata. Aku tak keluar air mata pun cuma sebak je.. ngeh ngeh. =D

    ReplyDelete
  14. ala tak sempat tgk
    mcm best je baca sinopsis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...