17 Aug 2012
Suram Sahaja Suasana
Tahun ini aku rasa...aku rasalah kan raya tak best!
Pertama sebab duit bonus yang aku idam-idamkan lepas raya baru dapat! Apa ke benda lepas raya baru nak kasi aku? Orang nak pakai sekarang alih-alih katanya lepas raya baru nak bagi konon-konon yer la takut anak-anak buah habiskan duit sebelum raya dan lepas raya nanti nak mintak advanced....
Eeee pandai-pandai jer buat tuduhan TETAPI sebenarnya itulah plan aku ...hehehe!
Apa barang lah boss aku ni bodoh macam lembu sakitlah! Bagila tahu awal-awal tak lah aku habiskan duit aku tuuuu...eeee bodoh betul la boss aku ni...atau aku yang bodoh?
Engkau orang rasa la aku bodoh ke atau boss aku yang bodoh? Siapa yang cakap aku bodoh kau memang nak kena bodoh dengan aku...sia-sia jer markah posa aku terpotong!
Walau macam mana sekali pun aku rasa tetap suram beraya tahun ini.Mata air dah tak der duit pulak dah makin nak habis...anak buah 24 jam asyik msj tanya balik ke tidak tahun ni.Ingat aku ni gabenor bank negara ke ...tahula tahun lepas mewah dapat duit raya dari aku.Ingat tiap-tiap tahun boleh bernasib baik ke dapat duit raya note merah 2 ke 3 keping seorang!
Tolong ingat sikit la kadang-kadang orang pun ada barang nak beli yer dak!
Kalau aku marah nanti kau kata aku ni jahat...ish2 budak -budak sekarang bukan mahu tahu apa masalah kita.Tahu cuma dia punya seronok jer ! Apa dia ingat kita ni tiada perasaan tiada hati...aku tahu la kau orang budak -budak umur 5 ke 6 tahun!
Siapa lagi aku nak salahkan sekarang ni...hehe!
Heh! Jap lagi aku nak turun jalan TAR mahu shopping sikit.Mana tahu terjumpa baju yang mari-mari boleh aku sambar lagi biar budak-budak tu tak dapat duit raya ...puas hati aku...hehehe!!!!
chow!
Labels:
Story Pening
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alah bagi yang mana ada dah la..jgn ajar budak2 tu mewah sgt tiap kali dapat duit raya..bak kata GOC saya tadi..tahun ni bagi sorg singgit pun cukup dah sebab duit baru...budak2 dpt duit baru pun dah seronok dah. heh kan?
ReplyDeleteaah la tuuu...budak2 sekarang...mahu pakai cangkul jer baru faham..hehe!
Deletenak nak , nak duit raye bro , duit kaler oren ok hehe
ReplyDeleteumur ko ni berapa yer...kalau bawah 6 tahun ok no hal ...tapi kalau atas 6 tahun ...aku bagi kaler ungu nak?
Deletehehe!
maka dengan ini sudilah kiranya kamu kirimkan duit raya barang sekeping dua.
ReplyDeletedill.
hai....boleh muflis ni semua yg tua2 pun ikut nak....haha!
DeleteMata air adalah diharuskan sewaktu hari raya. Haha.
ReplyDeletelemah aku dgn mata air tahu...
DeleteMohon bagi duit raya. Kih kih.
ReplyDeletehaha...tak der la nampaknya...
Deletemodel dlm entry ni mmg superb!
ReplyDeletekalau sy dpt tafsirkan gni; seorang perempuan yg tertekan jiwanya kerana satu sebab yg sgt rahsia...walaupun camera blink sana sini,jiwa dia sakit...
ReplyDelete