14 Aug 2012
Rahsia DIA...
Rahsia siapakah aku adakalanya begitu meyentap perasaan aku.Di blog yang lama itu aku 80% telah mendedahkan diri aku dan hampir-hampir bertelanjang bulat!
Kini kenapakah aku kembali tetapi dengan blog yang baru ialah kerana aku takut aku mulai lupa diri.Disana segala hijab kehidupan aku hampir tersingkap penuh.Segalanya benar-benar aku luahkan tanpa ada tapisan dan akhirnya aku sendiri terasa bencinya.
Cinta aku kepada DIA.
Juga kelancangan aku bila menulis sesuatu perkara begitu menterbalikkan kepercayaan sesetengah dari pembaca aku.Jika mereka memahaminya aku tidaklah berasa bersalah cuma aku takut mereka tersalah anggapan dengan apa yang aku tulis.
Dahulu tulisan aku lebih banyak kearah keagamaan dan kecintaan aku kepada si DIA.
Benar kelancangan aku bila menulis menyebabkan aku telah tersalah langkah bila mana ada seorang blogger yang aku agak hormati telah aku pangkah dengan sewenang-wenangnya.Aku lambat berfikir tetapi cepat sangat bertindak dan walaupun sehingga ke hari ini dia masih datang menjengok ke blog lama aku dan meninggalkan jejak tetapi aku terasa malu terhadap beliau dan baru-baru ini beliau telah melancarkan beberapa buah buku di pasaran.
DIA pula adalah seorang gadis yang sangat aku cintai tetapi terpaksa pergi kerana aku!
Hingga hari ini DIA tidak jemu-jemu mengejar aku dan tidak serik menjamah segala maki hamun aku yang terlalu jujur dengan begitu iklas sekali.Itulah pengorbanan yang terpaksa aku lakukan demi kebaikan DIA.Biar dia bertemu dengan seseorang yang dia fikir lebih baik dari aku.
Benar aku sangat menCintai DIA tetapi adalah lebih baik dia pergi jauh dari aku demi kebaikan bersama.Jangan nanti kerana aku dia menyesal di kemudian hari.Dendam aku rasa marah aku masih belum reda dari dalam hati aku terhadap DIA!
Ketika ini aku senang sendirian dan bebas!
chow!
Labels:
Story Cinta Dia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mulakan bab yang baru dalam hidup kau. :)
ReplyDeleteini aku sedang mulakan...:)
Deleterestart.
ReplyDeletekompom beb!
Deletehey! untuk dia~~untuk dia~~
ReplyDeletekeh3.
apa daaa...hey2!
Deletetutup buku lama..buka buku baru.. jadikan yg lama tu sbg pengajaran.. khilaf n silap tu la yg mematangkan kite.. chill k.. =)
ReplyDeletebukan mudah mahu ditutup buku ...dan buka buku baru!
Deletemmg bukan mudah..tpi klu kite xcube, manakan nk dpt hasilnya.. cube selagi ada daya..
Deleteadoi dah tak terdaya niii...
Deletesiapun DIA tu move on babe !
ReplyDeleteterpaksa...
DeleteFeeling like your life is on the edge doesn't mean that you're going to end up falling. Find the balance to stay strong and carry on :)
ReplyDeleteawat smp nak bertelanjang bulat tu
ReplyDeletegila...itu kiasan sahaja ler..
Deletemoga dunia baru ni lebih berseri.
ReplyDeletelebih bebas.
bebas sudah pasti...berseri tu belum kompom lagi...:)
Deleteada banyak lagi ikan di luar sana... :D
ReplyDeleteikan? anak ikan atau emak ikan...hehe!
Deletekadang2 pemikiran yang sedikit dangkal bisa membuat kita terjerumus dalam lembah yang tak pernah kita jejaki. walau bagaimanapun kejatuhan itu jua bisa membina semula serpihan diri kita yang bertebaran.
ReplyDeleteusah mengalah. selamat membina semula kehidupan.
dill.
untuk dikumpulkan satu persatu setiap serpihan perlukan ketabahan dan kesabaran jika tersalah cantum bakal membuat kita bertindak mereng...
Deletemohon link blog lama...
ReplyDelete;)
kena cari sendiri wooo...hehe
Deleteowah..
ReplyDeletewow...
Deletesy bloglist kan blog awak,jgn marah ek.hehe
ReplyDeletetak marah ...suka lagi...:)
Deletesiapapun dia tu, jngn ko bogelkn pula dia dlm blog dara ni..aaa..emm.
ReplyDelete