Pages - Menu

15 Aug 2012

Sabar je laaa....


Fikiran aku terganggu dalam 2 ke 3 hari ini.Aidilfitri semakin hampir aku pula sudah hilang mood bila habuan yang di nanti-nantikan belum kunjung jelma lagi.

Siang ke malam dan malam ke siang semula ...tup tap tup tap itu juga tiada apa-apa yang berubah atau yang terkini.Seram sejuk dibuatnya satu badan bila segala macam barang datang meminta untuk dijelaskan segala bagai bil bulanan yang tertungak.

Ahhhh! Stress gila aku!

Hendak marah tak tahu kepada siapa dan apa.Semuanya harus bersabar waktu ini dan banyak-banyak berdoa agar ada sedikit solusi yang dapat diterima.

Termenung juga la aku ketika ini memikirkannya.Beraya ke tidak aku tahun ini.Kalau ada duit barulah terasa rayanya kalau tiada apalah sangat...rasa tawar dan kelat jer.Apa yang ada sekarang bukan tidak cukup tetapi tidak cukup meriah.Mana hendak bagi anak-anak buah yang berterabur ramai tu ...kurang-kurang seorang sekeping note kaler merah kalau kaler lain mau kena hamun reramai.

Budak-budak sekarang pun bukan main demand lagi boleh pula request kaler apa nak.Ialah bukan selalu sekali setahun kalau itu pun mahu berkira baik jangan balik kampung jumpa anak-anak buah buat sakit hati kita dan hati mereka ...kedekut punya uncle!!!

Entahlah harap-harap adalah rezeki dari langit jatuh ke riba dalam waktu-waktu terdekat ini.Tak dapat banyak sedikit pun ok sekurang-kurangnya dapat cover seluar jeans 3 helai baju 6 helai kasut 2 pasang...baju melayu dalam 2 pasang sudahlah...tak nak membazir beli banyak-banyak...hehe!

Cuba pujuk hati sebenarnya ni ....jalan nak balik kekampung kabur-kabur sahaja la ni...hai nasib2...sabarjela...

38 comments:

  1. insyaallah ada rezeki nanti tu ^^

    ReplyDelete
  2. amboi...tak membazir dia tu lain macam..!


    baliklah kmpung..keluarga tunggu tu...

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya, uncle! #eh Haha.
    Tak usah pening-pening. Nanti raya dapat juga makan free di rumah saudara-mara.

    ReplyDelete
  4. aku nak duit ungu boleh?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai...dah tua2 pun teringin...sendiri mahu ingat la bhai...hehe

      Delete
  5. Takde color merah, color hijau pun jadi. kehkeh. InsyaAllah ada je rezeki. Amin =) Yg penting hari raya kena seronok2 takleh sedih2. kehkeh. Selamat hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak sedih la sangat cuma budak2 tu la yg sedih...

      Delete
  6. kenapa gambar-gambar dlm blog ni sume mcmni..? kurus puasa i.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurus takpe asalkan masih kenyang...hehe

      Delete
  7. alahai sayunya. tahun ni memang raya kurang 'feel' lah. entah kenapa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau wang tarak maka kurang la feel cuba kalau ada banya kan beraya sakan...haha!

      Delete
  8. berayalah dengan apa yang ada. duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit.

    ReplyDelete
  9. Ohoiiii 3 helai jeans, 6helai baju, 2pasang kasut tu kira tak ada duit ke. Amboiii, padan la anak sedara mintak not color merah. Patutnya mintak yang hijau petronas. Hehe.

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah adanye rezeki tu.. mne la taw kn tetibe dpt durian runtuh ke. haaa. tp bab bg duit rye tu memg kena note merah ke? demandnya ank buah. kasi kaler biru or hijau pun dah ok ptotnye. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg patut note kaler lain tapi...malu la sekali setahun...macam cikai sangat pak sedara aku ni kan...hehe

      Delete
  11. teringat plak dengan rakan kampus aku .
    sejak minggu lalu mereka menanti duit PTPTN .
    agar dapat shopping raya , tapi tak masuk2 jugak duit PT tuu ..
    hahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa macam itu juga la aku sekarang ni...tercungap2...

      Delete
  12. eh awak , it's ok . raya kan sebulan ! hehehe . sempat lah save sebelum habis sebulan tu nk beli baju raya . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai...rasa macam dah nak basi masa tu la...hehe

      Delete
  13. selluar jeans 3, baju 6, kasut 2, baju melayu 2... boleh tahan jugak selera macam gunung. hahaa... salam ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera tak mahu kalah kan...biar papa asal bergaya lebih kurang gitu la...haha!

      Delete
  14. Demand punyer la byk baju,kasut,jeans awak kata tak bazir??

    sebelum ni beli sekali harong je eh? hahahah!

    ReplyDelete
  15. insyaAllah , dpt laa tu nnti.. hihihi :)

    ReplyDelete
  16. Beraya tak bererti nak kena semua baru.. Cukuplah sekadar apa yang ada. Mungkin mood beraya tu kurang, tapi sekurang2nya kita masih menikmati raya berbanding mereka yang kurang bernasib baik di luar sana. Bersyukur & bersederhanalah.. MM pon kurang buat persiapan tahun ni. Cukuplah apa yang ada. Alhamdulillah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakalanya kita kurang ambil pusing apa yang berlaku diluar sana ...itu realiti hari ini dengan kata mudah..." ada aku kesah! "


      ramai diluar sana begitu hari ini!

      Delete
  17. kalau bonus bulan ni xde..msti ade bonus akhir tahun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak seindah bonus untuk sambut raya...huhu

      Delete
  18. bkn main byk dia rekues nk beli baju raya, baju melayu n kasut, kata xmembazir.. erkkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...