29 Aug 2012
Mungkin Kita
Mungkin ada benarnya bukan semua yang kita hajati boleh termakbul dengan mudah dan segera.Cuma kalau kita bernasib baik mungkin kita akan dipermudahkan dengan segala apa yang kita hajati.Mungkin kita lansung tidak diberikan peluang untuk merasai apa yang kita inginkan.
Mungkin ini semua suratan dan takdir yang terpaksa kita terima selama-lamanya.Adakah ini adil kepada kita dan bolehkah kita mempersoalkannya?
Mungkin juga bukan hanya kita sahaja yang terima semua ini tetapi ramai yang turut serta merasainya.Bagaimana kita menerima dan memahami semua ini disitu mungkin ada perbezaannya.Kita mungkin redha dan pasrah dan mungkin juga kita akan jadi gila dan terus terusan mempersoalkannya.Jadi apakah yang harus kita lakukan sekarang?
Mungkin kita harus tabah dan gigih lagi.Mungkin kita perlu muhasabah diri.Mungkin kita terlupa akan sesuatu yang sememangnya bukan hak milik kita.Mungkin kita selalu terasa kekurangan dan terasa seperti dipinggirkan.Mungkin kita lupa diri!
Mungkin juga kita tiada kesabaran dalam menangani semua kekurangan dan juga sengaja digagalkan segala yang kita hajati dan ingini.
Mungkin waktu dan ketikanya belum lagi sampai untuk kita merasai dan meraikannya.Namun kita juga sedar kita mungkin bukan yang terbaik yang mampu bertahan dan bersabar dengan segala macam kemungkinan.Ada masa-masanya kita seperti kehilangan semangat dan haluan.Kita sudah mencuba yang terbaik dan melakukan yang sehabis bagus tetapi kemungkinan untuk kita gapai benda yang kita hajati masih lagi jauh dan samar-samar.
Mungkin ada benarnya kita jangan terlalu berharap atau menagih sesuatu yang sebenarnya bukan hak milik kita.Sengaja kita kejar dan sengaja kita membutakan mata dan sengaja kita membodohkan diri semata-semata kita ikutkan kata hati dan juga nafsu kita.
So macam mana kita perlu terima hakikat yang kita ini tidak mungkin miliki apa yang kita hajati?
Mungkin sudah sampai masanya kita berpaling semula ke belakang dan melihat apa yang kita sudah tinggalkan atau yang tertinggal.Mungkin kita kurang prihatin dengan apa yang telah kita lakukan dan buat.Mungkin itu adalah benda dan perkara yang terbaik buat kita sebenarnya dari apa yang kita hajati dan kejar selama ini.
Mungkin kita ini kurang faham erti bersyukur dan mungkin kita ini tidak memehami apa itu erti tamak.
Mungkin kita ini manusia dan bukan binatang yang sengaja tidak dianugerahkan akal fikiran.Kita ada akal maka kita kerap kali mempergunakan daya fikiran kita kearah benda dan perkara yang diluar batas kemanusian dan terlalu luarbiasa!
Mungkin ini semua salah nafsu yang terlalu sangat mengikut arahan hati kita.Namun apa lagi yang mampu kita lakukan kerana kita ini hanya manusia yang selalu keliru pintu mana harus dipilih...
Pintu syurgakah atau pintu nerakakah?
Mungkin kita tidak tahu apa yang sebenarnya yang kita mahu.Kita mungkin terlalu mengikut apa yang berlaku dipersikitaran kita.Mungkin kita terlalu terikut sangat kekalutan yang sengaja diwujudkan oleh orang-orang yang kita kenali dan tidak kenali.Mungkin kita seperti hilang arah dan seperti bosan dengan apa yang kita miliki.
Mungkin kita terpaksa terima semua itu dengan tangan terbuka walaupun hati kita sangat terluka...
Mungkin ini sudah suratan hidup kita!
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tiada perkara yg DIA jadikan sia-sia. semuanya ada hikmah disebalik sesuatu kejadian..bertabahlah.
ReplyDeleteyer i faham u...
DeleteMungkin semuanya akan berubah sekelip mata.
ReplyDeleteMungkin. Segalanya mungkin.
p/s: Bila hang nak ajaq aku camna nak set 'reply' utk setiap comment? Plz - 99x
i dah ajar uuuu...u tgk post yang lepas ok!
Deletepergh. U punye cas mhl gile u. tunggu i kawen ngn anak menteri lu br i bank in ek. x mo sedey2~ good night
Deletebila nak kawen...nak ikut ...hehe!
Deleteada hikmah di sebalik setiap yg berlaku.. redha..
ReplyDeleteapa lagi yang termampu...
Deletedan mungkin bila nanti...
ReplyDeletesegalanya berkemungkinan...
Deletetp gua pelik lu ni lelaki ke ppuan blog lu gile byk pic ppuan heeheh identiti lu meninggalkan tanda tanya
Deletei jantan perkasa yang terlalu taksub dengan wanita...hehe!
Deletehahahah tak menahan jantan perkasa!!! macam suria perkasa itam ko hahaha
DeleteMungkin Neelofa comel kalau tak make up. Mungkin..
ReplyDeletedia mmg chomel walaupun tanpa make up...
Deletekann.. hiks :)
Delete;}
Deletebanyaknya word mungkin. cuba buangkan semua mungkin itu. so ape akan terjadi? ^^
ReplyDeletemungkin juga...
DeleteSemua tue...sudah di tentukan oleh Allah....kita hanya....berdoa dan berusaha...selagi termampu....perjalanan hidup kita sudah tertulis.....
ReplyDeleteTerlalu banyak kemungkinan dalam hidup. Sampaikan kita taktahu kemungkinan yang akan berlaku esok.
ReplyDelete