Pages - Menu

30 Aug 2012

Sesal


Kenapa kita tidak berfikir ketika kita di alam kebahagian.Kenapa kita mula berfikir bila kebahagian itu hilang dari genggaman tangan?

Seringkali juga aku bertanya dengan diri sendiri kenapa bila semuanya sudah tiada dan hilang baru kita mulai berfikir.Sukar sangatkah ketika kita bahagia kita berhenti sebentar dan bertanya kepada diri sendiri adakah kita benar-benar menghargai kebahagain ini?

Selama aku hidup didunia ini aku mulai tersedar bukan aku seorang sahaja yang tidak tahu menghargai nikmat kebahagian atau sesuatu perkara yang menggembirakan hidup kita.Kita selalunya malas atau mungkin juga terlupa untuk berfikir sejenak adakah kegembiraan dan kebahagian ini akan kekal selamanya.

Begitu banyak persoalan yang timbul bila semua yang kita nikmati tiba-tiba diragut pergi.Aku cuaikah atau aku alpakah?

Bila direnungkan kembali kepada semua kejadian dan kepada semua perkara yang telah berlaku timbul rasa sesal dihati kita kenapa dahulu kita tidak menyedarinya!

Sudah suratan mungkin tetapi bolehkah kita terima semua yang telah terjadi cuma satu suratan semata-mata.Kesilapan kita adalah jawapan yang paling sesuai dan tepat untuk kita.Setiap kali bila dingatkan kembali waktu kita sedang berbahagia dan bergembira kita terlupa kepada kedukaan.Kita seperti sudah hilang petunjuk dan arah kepada apa sebenar yang perlu kita ingat dan di elakkan.

Aku dan engkau kita sama iaitu kita cuma insan yang tidak terlepas dari membuat kesilapan dan juga lupa kepada kesengsaraan.Bila semuanya sudah tiada barulah kita mulai tersedar bahawa semuanya tidak kekal abadi.Bila tiba waktu dan masanya semua kegembiraan dan kebahagian yang kita kecapi terpaksa dilerai pergi.

Kala itu tiada apa lagi yang termampu kita lakukan hanya terdiam menekup muka tertunduk kepala ke bawah seolah semuannya sudah gelap gelita.Mata kita terbuta malah hati kita juga turut ikut sama.Sedih tidak terkira seolah-olah sudah tiada lagi esok untuk kita.

Umpama tiada lagi matahari akan terbit esok hari dan tiada lagi bulan dan bintang dilangit malam!

Perlu lagikah ada rasa sesal dihati kita waktu itu.Aku pernah bertanya dengan diri sendiri adakah aku sudah lupa diri waktu aku gembira dan bahagia?

Jawapan aku ...ya!

Jika sekarang kita diberikan kemurungan dan kedukaan adakah perlu kita nikmati dan rasainya walaupun kita tahu yang rasanya amat pahit kalahkan hempedu?

Jawapan aku ...ya!

Mahu atau tidak terpaksa juga kita adil kepada diri sendiri.Waktu bahagia dan waktu berduka kita sepatutnya terima dengan perasaan yang sama rata.Tiada berbelah bahagi atau cuba membuat helah.Mencari alasan dan juga menuduh yang bukan-bukan kepada perkara yang bukan dalam tanggungjawap dan hak kita.

Namun aku rasa kita ini kerap mencari kesalahan dan kesilapan yang tiada sebagai alasan kepada semua perkara yang kita terlupa dan patut awasi.

Kesesalan kepada perkara yang pernah kita miliki dan kini pergi adalah sesuatu yang tiada siapa mampu elakkan.

Tabahkan hati aku juga hati mu...hehe!

chow!


26 comments:

  1. nikmati kesedihan,
    baru manis nya kegembiraan tu
    melampau lampau manisnya :D

    ReplyDelete
  2. sesal itu perlu juga yang penting jangan ulanginya semula. \

    kesilapan lalu tidak boleh dibaiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi biasalah....bila sudah terlupa kita ulangi lagi...

      Delete
    2. betul mungkin kerana lalai atau pun termakan hasutan.

      Delete
  3. jadi..?
    peluklah ayah dan ibumu selagi mereka masih ada..
    eh..? takde kaitan eh..? ehehe..

    boleh2..jemputlah ke office..

    ReplyDelete
    Replies
    1. acah jer....banyak keje la ni...maklumla ...bercui panjang!

      Delete
  4. rasa mcm nk nyanyi lagu ella bile bace entry u. kelasss la u ni~

    ReplyDelete
  5. so hargaila apa yang kita ada dan kecapi sekarang. hehe

    ReplyDelete
  6. mengikut teori john dewey.
    dlm kehidupan,tiap sesuatu itu akan sentiasaaa berubah

    ReplyDelete
  7. aku pun sama!! dulu aku pernah mengalami situasi macam ni. sekarang bila semua tu da tak ada lagi, mula rasa menyesal tak sudah.. tapi nak buat macam mana, masa tak boleh diputar semula..

    ReplyDelete
  8. Dah terhantuk baru nak mengadah. Kita mengadah sebab terasa sakitnya. Dan kita menyesal sebab baru faham akan erti kehilangan. Cewah!

    ReplyDelete
  9. Salam

    kita hanya manusia biasa tak akan pernah lari melakukan kesilapan atau kesalahan yang akan mendatangkan penyesalan.Kadang2 menyesal itu tiada guna dan ada juga ia mengajar kita supaya beringat untuk tidak mengulangi,.Kerna itu andai ada peluang kedua guna sebaiknya agar kita tak ulangi lagi.Guru yang terbaik adalah pengalaman belajar dari kesilapan itu bagus untuk menyedarkan kita..

    Ini sekadar apa yang aku rasa

    -asl-

    ReplyDelete
  10. kadang2 bila difkrkan mmg ada sesal tpi sudah tertulis kita cuma perlu berdoa agar dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. sesal dulu pendapatan...sesal kemudian tak dak guna da...

    ReplyDelete
  12. aku selalu hadapii:(

    ReplyDelete
  13. beri,tarik,beri semula...satu psikologi utk manusia hargai apa itu erti sebuah kebahagiaan...:)

    ReplyDelete
  14. kadang kala ada juga manusia yang melakukan kesilapan akan sentiasa melakukan kesilapan tanpa ada rasa penyesalan kerna bagi diri mereka benar....sebenarnya.

    tiada rasa kesedaran dan penyesalan dalam diri maka akan tetap begitu sehingga tercabut roh dari jasad mereka.

    ReplyDelete
  15. remind me of my late father . sobss

    ReplyDelete
  16. He was dead. Sampai harini aku rasa menyesal dgn apa yg aku dah buat kat dia =(

    ReplyDelete
  17. Sayangilah mereka....ketika mereka berdua masih hidup....bila mereka tiada..kita akan merasa kehilangannya.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...