Pages - Menu

28 Aug 2012

Cantik


Cantik... Gadis cantik!

Kalau ikut aku punya taste lah aku akan pilih yang cantik.Tidak kisahlah apa benda sekalipun.Baik dari boxer hingga ke berus untuk cuci tandas!

Bagi aku memilih yang cantik adalah satu keseronokkan dan satu kepuasan bila kita berjaya mendapat dan memilikinya.Budak-budak juga suka yang cantik.Mereka kalau jumpa gula-gula pasti pilih balutan dan warna yang cantik dan menarik.Begitu juga barang-barang permainan baik budak perempuan atau lelaki pasti cerewet bila mahu membelinya.Pilih hanya yang cantik sahaja.

Pernah jumpa budak-budak pilih benda yang buruk sebagai barang pilihannya?

Bantal busuk bukan buruk ok tetapi busuk!

Inikan pula orang muda macam kita malah orang tua jenis berjantina lelaki juga tidak pernah jemu atau puas mencari dan mengejar anak dara atau mak janda yang cantik!

Teruk kan! Mahu dicampak kemana lah pula yang kurang cantik tu?

Kurang cantik kepada mata kita tetapi kepada mata orang lain itu adalah yang paling tercantik!Kalau yang tahapnya bukan kurang cantik atau dikenali sebagai buruk dan hodoh ...bagaimana pula kisahnya?

Ikut aku punya pandangan setiap ciptaan yang diciptakannya ada kelebihan dan kekurangan.Kalau kita perasan setiap yang berpasang-pasang yang selalu kita lihat adalah sangat seimbang jika tidak pasti mereka tidak akan kekal bersama.Cuba kita amati secara teliti kita nampak atau tidak perbezaan mereka yang ketara tetapi amat sesuai sekali buat mereka untuk kekal bersama-sama.

Besar dengan kecil,panjang dengan pendek ,gemok dangan kurus,hitam dengan putih,mulut murai dengan batubata dan selalunya yang cantik jelita pasti dengan mamat muka ntah apa-apa yang tak kacak dan hensem lansung macam aku ini yang dapat...hehehe!

Ini aku cakap benar dan tak tipu...tak cantik aku tak kacau aku serahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.

Namun setiap benda yang cantik mempunyai risiko yang amat tinggi untuk kita miliki.Barang yang kita miliki akan menggundang seribu satu macam masalah kepada kita.Jika barang itu cantik dan berharga pasti ramai penyamun datang mengendap kita dan jika kita mempunyai gilfren yang cantik pasti ramai lelaki akan mencuba untuk mendekati dan merampas dari kita!

Semua ada harga yang perlu dibayar jika kita mahu memliki yang terbaik!

Cantik dikira adalah terbaik jika tidak cantik adakah dikira terbaik juga? Sudah tentu Tidak!

Cuma terbaik kepada mata orang tertentu dan terpilih sahaja.Itu hakikat yang tiada siapa dapat sangkalkan lagi.Siapa yang tidak boleh bezakan diantara yang cantik dan buruk dia mungkin rabun atau pun mungkin dia hilang kewarasan bila menggunakan akal yang terbenam didalam otak didalam kepala dia!

Apa yang jelas dan paling penting disini semua orang ada naluri mahu miliki benda atau barang yang cantik.Lelaki mahu gadis yang cantik.Perempuan mahu lelaki yang kacak.Mak bapak kita pula mahu menantu yang mempunyai paras rupa dan budi bahasa yang cantik.Tuk nenek kita juga tak kurang hebatnya selalu mahu cucu atau cicit yang cantik juga!

Pernah kita dengar ..."...buruknya cucu aku ni macam penyapu sampah!..." 

Kalau rupa engkau buruk sekali pun dia tetap cakap..." muka ko ni sebijik macam arron aziz la..."

Walaupun kita sedar yang rupa kita lebih kurang macam lori sampah tapi takpe lori sampah hebat kalau tiada lori sampah rumah siapa yang paling busuk?

Aku tidak andaikan aku ini lori sampah tetapi mana-mana yang terasa tu aku minta maaf yer...hehe!

Sifat aku yang terlalu taksub dengan benda cantik adakalanya memberikan aku kesusahan kerana semua barang yang cantik harganya mahal-mahal belaka.Ini bermaksud jika kita mahu barang yang cantik dan gadis yang cantik kita wajip mempunyai sekurang-kurangnya 3 ke 4 buah bank yang terkenal ditanahair kita ini sebagai rakan kongsi kita!

Mati!


Chow!

28 comments:

  1. Bro, lu punya blog pun simple dan cantik. Font selesa nak baca. (off topik sikit) hahaa...

    ReplyDelete
  2. cantik, sesuatu yg subjektif. :)

    ReplyDelete
  3. Cantik. Memang semua suka yang cantik. Lumrah manusia.

    Tapi jgn lupa kekalkan hati yang cantik utk semua.

    ReplyDelete
  4. btol3. sgt setuju dengan entry ni. sudah menjadi lumrah manusia ni memang suka segalanya yang cantik. yang tak cantik juga mahu jadi cantik. tapi cantik pun tak semestinya based on luaran. cantik dalaman juga penting.. tapi tu lah.. tak dapat nak dielakkan yang first skali yang kita tengok mesti cantik ke tidak kan.. hihi

    ReplyDelete
  5. cantik itu subjektif.. manusia pndang cantik ni dari pelbagai sudut.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sudut luaran adalah yg pertama sekali!

      Delete
  6. aku ade bnyk kasut cantik , tapi tak pakai sbb sakitkan kaki . mcm mna ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya lain kali beli yg tak cantik pulak...hehe!

      Delete
  7. Neelofa cantik tak?

    ReplyDelete
  8. sebelum pilih yang cantik , cermin diri sendiri dulu ~ if diri sendiri pun loya di tengok , how orang cantik nak terpikat ??? hahaha :) agree me ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu yang tak kacak dapat yang cantik sebab poket dia cantik sangat!

      Delete
  9. baru nk ngurat ko..tp aku bukan kategori cntik..


    *kecewa*

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa i tak kisah pun...:)

      Delete
    2. Aiceh. Dan2 jek mu lelakisemalam oiii!

      Kahkah.

      Delete
    3. ko ni kacau daun sungguh laaa...hehe

      Delete
  10. manusia yg tak suka cantik mmg pelik...itu fitrah...seburuk2 manusia pun sukakan kecantikan...tp yg lebih menarik adalah,cantik itu subjektif,haha

    ReplyDelete
  11. ada ke yg suka benda yg tak cantik? kadang kadang kita tgk benda tu tak cantik, tapi pada mata orang lain sebaliknya pulak. masing masing ada 'taste' yang tersendiri :-)

    ReplyDelete
  12. haha..sebenarnya malas sentuh topik cantik. sbb sedar diri sendiri..hehe.

    ReplyDelete
  13. Cantik itu subjektif. Menjadi cantik itu susah. Menjaga cantik itu memerlukan high maintenance. Kata si lelaki. Haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...