Pages - Menu

25 Aug 2012

Hang Jebat



Dalam hikayat Hang Tuah,Hang Jebat adalah watak kedua yang paling menonjol didalam mitos itu dan telah tewas di tangan Hang Tuah.

Mitos Hang Tuah dan Hang Jebat adalah sangatlah popular dikalangan orang kita iaitu orang melayu khasnya.Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang melayu ini.Banyak tafsiran dibuat terutamanya dengan mengaitkan psikik orang-orang melayu kita  dengan watak-watak yang ada didalam Hikayat Hang Tuah.

Ada orang menyanjung Hang Tuah kerana setianya kepada Sultan Melaka.Ada orang membenci Hang Jebat kerana derhaka kepada Sultan Melaka.

Begitu juga sebaliknya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah itu cuma balaci dan pak turut kepada Sultan Melaka dan Hang Jebat itu pula wira kerana cuba menuntut bela diatas kematian sahabatnya.

Maka dengan jelas disini mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberikan dengan berbagai tafsiran demi tafsiran dari pelbagai generasi ke generasi.Disini kita lihat ianya tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang melayu pada hari ini.

Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik melayu.

Kita lihat bila Sultan Melaka menganiya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan,rakyat tidak menyalahkan sultan tetapi Jebat.Ini kerana Jebat tidak berada didalam kolompok gelombang arus perdana.

Kenapa Jebat tewas kerana Jebat tidak berada bersama golongan majoriti,menjaga daulat dan kemulian sultan.Biarpun sangat jelas Sultan Melaka bersalah tetapi dari sudut pandangan orang kita lebih baik mengikut dari menentang arus.

Apakah maksudnya disini?

Hikayat ini dengan jelas memberitahu kita bahawa sesetengah dari orang kita mereka menolak suara-suara yang lantang,kritikan dan apa sahaja dari orang yang tidak berkuasa seperti Hang Jebat!

Biarpun ada orang berkata kesetian Tuah bukan kepada Sultan tetapi kepada simbol pemerintahan iaitu bersama dengan golongan majoriti atau pun lebih mudah bersama mereka di arus perdana.Tuah bermain politik selamat .Dia tahu Sultan bersalah tetapi takut untuk menegur atau memberitahunya.Sebaliknya Jebat beliau dengan berani menghalau Sultan dari istana dan menggangkat dirinya lebih layak sebagai Sultan!

Malangnya ramai orang kita mempunyai semangat Hang Tuah maka Hang Jebat mati bukan kerana Taming Sari semata tetapi kerana sikap takut kepada kebenaran.

Jebat tewas kerana ada segelintir dari kita tidak berani mempunyai pandangan yang berbeza.Kita tidak mungkin akan berubah jika Jebat seringkali sahaja dibunuh.Sampai bila-bila pun kita terpaksa bersama Tuah kerana kita sering sahaja berkata YA bukannya TIDAK!

Hari ini orang kita memerlukan ramai " Hang Jebat " yang berani lagi lantang melontarkan pendapat dan pandangan yang berbeza dan tentu sekali tidak popular.Jika tidak kita pasti akan terus merana kerana kita sayang untuk berubah sikap demi kebaikan.

Orang kita mulai hari ini tidak boleh melihat Hang Jebat dari sudut pandangan yang lama dahulu sebagai penderhaka dan biadap kepada Sultan Melaka!

Itu satu kesilapan yang harus kita perbetulkan dari sekarang!

Chow!

30 comments:

  1. bagus entry ni..could agree more ^^

    penulisan yang banyak tersurat dan tersiratnye.. good job! hee

    ReplyDelete
  2. terlalu berani..takut memakan diri

    ReplyDelete
  3. sejara kena hacked kot

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sekarang ramai mulai akui siapa hang jebat...

      Delete
  5. Sepertina senario politik kini. Suaka lama dah semacam tak relevan. Ramai menjadi jebat dan moga jebatnya jujur perjuangan.

    ReplyDelete
  6. melihat dari rakaman pita sejarah. lebih baik belajar sesuatu dari sejarah brbnding sekadar tahu. nice post bro. x sngka aku boleh baca kisah sejarah dr awl smpai habis haha

    ReplyDelete
  7. aku pun kurang minat hang tuah. minat lagi kat hang jebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. genarasi hari ramai berdarah jebat tetapi peel tuah...

      Delete
  8. hang jebat sebenarnya adalah seorang pejuang yang hebat. beliau menegakkan kebenaran dan beliau juga adalah seorang sahabat yang sangat setia. hang jebat sepatutnya yang harus kita contohi

    ReplyDelete
  9. sy ada baca hikayat ni di Sulalatus Salatin (klu xsilap) dan kaji semula akan cerita ni.. mmg btl, ramai yg sanjung tuah tapi xselidik kenapa jebat bertindak sebegitu rupa.. even cikgu sy juga amat menyokong perlakuan jebat.. sy sendiri juga begitu.. skang ramai suke jd tuah, angguk!!

    ReplyDelete
  10. bagi aku, mahu tengok tuah atau jebat, rembat kawan sebelah baru nampak 'siapa'.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...