Cinta sesungguhnya memerlukan banyak pergorbanan baik dari lelaki mahu pun perempuan.Bila cinta kita yang dibina bersama telah sampai ke hujung jalan dimana kita akan diberi pilihan atau terpaksa membuat pilihan.
Pilihan pertama ialah berjumpa lalu bercinta dan akhirnya terikat bersama ikatan yang sah.Satu penamat yang sangat menggembirakan untuk pasangan yang bercinta dan juga mereka-mereka yang bersama mereka selama mereka menjalani zaman percintaan.
Bukan sahaja kita yang bercinta bahagia tetapi semua orang yang mengenali kita juga tumpang bergembira bila hubungan yang selama ini disemai kini membuahkan hasilnya.Rakan-rakan dan kenalan kita juga darah daging kita semua turut bersyukur kerana akhirnya kita di ijabkabulkan!
Pilihan kedua pula bila kita terpaksa berpisah dan berkorban.Berpisah mungkin kerana kita sudah tiada persafahaman dan hala tuju.Kita sering sahaja berbalah mengenai segala benda dan ianya seperti sudah tiada lagi jalan penyelesaian dan semakin hari semakin kusut.
Perpisahan yang begini mungkin ramai yang dapat terima akhirnya walaupun ada yang mengambil masa yang agak lama untuk melupakannya.Sakit tetapi tidaklah terlalu derita kerana kita mungkin dapat faham yang kita mungkin tiada jodoh dan sudah tertulis akan hakikatnya.
Namun perpisahan kerana terpaksa berkorban adalah satu perpisahan yang sangat menyakitkan dan terlalu amat pedih lagi derita.Perpisahan yang terpaksa dilakukan demi cintanya kita terhadap pasangan kita ini adalah satu korban cinta yang paling sadis dan kejam.
Tiada siapa memaksa atau menghalang kita cuma kita terpaksa kerana kita terlalu mencintai dia.Rakan -rakan kita keluarga kita dan sesiapa sahaja pun tiada dapat memberikan jawapan kenapa kita harus berpisah dan berkorban tetapi kita faham yang kita harus berkorban demi kebaikan semua!
Satu sahaja pertayaan aku...pernahkah kamu rasakan dan alaminya?
Jika kau tanya aku pasti kau tahu jawapannya.Kalau tidak mana mungkin aku menulis tentang hal ini.Nasib baik aku lelaki kalau aku perempuan aku tidak tahu bagaimana pula caranya mahu menanganinya.Faham aku faham ...berserah dan redha dengan segala ketentuan tetapi bagaimana caranya itu yang aku mahu tahu andaikata ada diantara kamu yang membaca ini pernah alaminya....
Best tak?
Sedap lagi menjilat jari lazatnya tahu apa yang pernah aku laluinya di satu ketika dahulu.Kini aku sudah sangat ok.Happy dan sangat-sangat bahagia cuma adakalanya terasa kesunyian bersendiri.
Sekarang aku baru sedar kenapa ada orang yang putus cinta tidak kisahlah sebabnya apa sekali pun sanggup menggorbankan diri demi orang yang dia cintai.Terjun dari bagunan tinggi lah,minum racun lah...ah! macam-macam lah semuanya tujuannya cuma satu iaitu bunuh diri!
"...Bodoh...otak letak kepala lutut...macam dah takder tuhan..."
Itu suara-suara orang yang belum kena lagi tetapi kepada mereka yang pernah merasainya pasti akan faham kenapa dan mengapa perkara begitu boleh berlaku.Paling kuat pun mereka akan berdoa agar mereka-mereka ini diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapinya.
Tolong? Tiada siapa lagi yang dapat tolong!
Tuhan?
Benar jika mereka meminta pertolongan darinya dan pastinya akan ada bantuan yang tiba dengan sekelip mata tetapi adakah mereka mampu tabah dan sabar sebelum semua yang diminta tertunai?
Bukan semua adapat ditunaikan dengan mudah kerana ada sebab-sebab tertentu bantuan lewat dan lambat sampai tepat pada waktu dan ketikanya!
Pernah terfikir kenapa hal begitu tetap terjadi?
Cuba engkau pula yang bagi ulasannya ...asyik-asyik aku jer letihlaaaaa....hehe!
Chow!
Kali ini pasal cinta pula ya? Bagi saya, cinta itu mampu buat apa sahaja. Boleh buat kita merana, boleh buat kita bahagia tak ingat dunia.
ReplyDeletetukar2 cerita baru best..
Deletekalu dapat faham hakikat tiada jodoh ok.
ReplyDeletetapi kalu xdpt faham nak wat camane?adoi.haha
kita kawen jer la...hehe
Deleteadoi.kawen bukan mende mainan.haha
Deleteoh ye ker...hehe
Deletepompuan paling takut gelaran j---a.
Deletetapi janda bukannya berdosa sangat pun ...gelaran janda dipopularkan oleh orang kita..di luar sana single mother sangat popular dan sangat disukai!
Deleteaah.orang kita ni persepsi bukan2.suka rendah2kan golongan2 gni.tapi ada gak term yg best.janda berhias.haha
Deletesebenarnya janda itu indah kalau tidak nabi tidak ambil dia sebagai isteri pertama!
Deletehaih.cinta susah ditafsirkan.percaya pada twinflame?
Deletesetahun jg nk kembali ok..kwn2 slalu marah bila sy bcerita atau sebut apasj tentang dia..sy dah rs & alaminya. masuk thn ni 2thn. dia pun dh bhgia bsama anak & isteri. dan sy bsyukur dia bukan jodoh sy.
ReplyDelete2perkara sy sharekan;
1. berhenti bcerita ttgnya. ia akan mbuat kamu meratapi perpisahan je..
2. spot org yg baru.walau bukan sbgai bakal istri, skurang2nya kamu bersemangat utk menjadi positif semula..
selamat berjaya..
1 dan 2 itu benar....masa menentukan segalanya.
Deletehm.
ReplyDeletetp aku jenis mudah melupakan.
kerana kamu belum bertemu dengan yang sebenarnya...:)
Deletekalau kita rasa kita tak belum berjumpa yg sebenarnya.tapi dia rasa kita yang sebenarnya.apa cite tu?hehe.haa...jawab2...
Deleteitu namanya kita bertepuk sebelah tangan je ler...
Deleteperasaan bole berubah2.jarang manusia setia pada yg satu.wujud ke cinta pertama.kwn sy kata cinta hanya mindset.sabor jela.
ReplyDeletecinta pertama aku percaya ujud cinta sejati jer agak payah dijumpai kala ini...
Deleteslalu cinta sejati datang time muka kita tgh selebet.time kita tgh kelam kabut.time lawa2 takda pulak dia datang.haha
Deleteitu nasib tak berapa baik...hehe
Delete"cintailah Tuhan, maka anda akan memiliki segalanya" ('.^)
ReplyDeleteitu benar semua sudah ketahuinya...
DeleteBagi aku cinta perlukan pengorbanan yang banyak, tolak ansur, persefahaman dan kejujuran. Hensem atau cantik tak dapat guarantee hubungan kekal lama dan kebahagiaan tercapai.
ReplyDeletebenar sekali!
DeleteJiwang tahap dewata raya perginya nih. Hehe. Kemain lagi sentimentalnya.
ReplyDeletesesekali ku rasa teringin...by shima!
Deletehahaha!
aku pun jenis yg susah melupakan .
ReplyDeleteparahkannnn...
Deleteterbaca komen untuk syafika karim--sebab belum berjumpa dengan yang sebenarnya. sampai suatu masa, kita akan dapat rasa dia yg kita jmpa itu adalah yg sebenarnya..walau pada hakikatnya kita x pernah tahu. jodoh di tgn tuhan kan.. aku pernah rasa itu.
ReplyDeletebenar..
Deletetapi kenapa kau memilih perpisahan..?
ReplyDeleteaku pernah dikecewakan..dan pernah jugak mengecewakan..
sakit..
aku sendiri tidak tahu jawapan yang sebenarnya...
Deletejodoh adalah rahsia Allah. Cinta Allah lebih hakiki dan Allah pasti memberi. Tak perlu cari pun. ;)
ReplyDeletesemua itu benar tetapi harus cari tiada bulan yang bakal jatuh keriba dengan begitu sahaja....
Delete