Pages - Menu

14 Aug 2012

Cubaan serta dugaan


Tidak semua diatara kita bisa tabah berhadapan dengan cubaan juga dugaan.Ianya bukan perkara mudah untuk kita hadapi dan harunginya.Adakalanya kita seperti mahu lari jauh-jauh dari terus menerima juga menahannya.

Namanya manusia punyai perasaan yang selalu berputar di persekitaran kita.Tidak mungkin dapat lari dan menyembunyikan diri dari cubaan juga dugaan yang sering suka datang tanpa ada rasa jemu dan penat.Mustahil kita mampu mengelakkannya mahu pun menentang....

Hari-hari ada sahaja dugaan yang datang dan disulami dengan pelbagai cubaan.Dugaan yang datang adakalanya benar-benar mencabar sifat kemanusiaan kita.Kalau mempunyai ubat yang bernama sabar mungkin kita sembuh dengan kadar yang agak pantas dan segera.Sekiranya tidak kita mungkin akan terbelenggu selama-lamanya!

Ah! memang malang dan sial nasib kita jika dugaan dan cubaan tidak berhenti-henti datang menguji kita!

Mana mungkin kita mampu bertahan jika datangnya bersilih ganti.Hari ini begini dan esok pula begitu.Kita jadi keliru dan mula mahu memaki hamun sesiapa sahaja yang muncul dihadapan kita.Lagi teruk bila kita hilang pertimbangan dan mula mempersoalkan kepada yang menciptakan kita!

"....kenapa dan apa salah aku yang buat kau marah sangat dengan aku ?..."

Jika betul dan benar sekalipun aku mempunyai kesalahan dan membuat kesilapan tiada kemaafan dan tolenrasikah?

Cuma sesetengah dari kita mampu tersenyum setiap kali dugaan dan cabaran yang datang.Bernasib baiklah kamu kerana faham dan mengerti akan tujuaan setiap dugaan dan cubaan ini.Itu kepada mereka yang mempunyai kematangan dalam soal berfikiran.Jika tiada kebijaksanaan bagaimana pula?

Pasti bagunan dan jambatan menjadi jawapan yang mutlak!

Aku sentiasa cuba bersangka baik dengan apa jua cubaan dan dugaan.Tabah dan sabar seringkali aku guna pakai sebagai bekalan dan juga senjata.Namun memang mudah berkata dari melakukannya.Adakalanya aku juga tergelincir dari landasannya kerana tidak tertahan dengan cubaan juga dugaan yang mendatang.

Rasanya aku tidak berseorangan dalam menangani hal-hal begini.

Apakah benar datangnya dua perkara ini kepada kita sekadar ujian kehidupan semata? Mungkin juga mencabar kepercayaan kita terhadapnya? Sekiranya benar apakah rahsia disebaliknya?

Engkau ada jawapan untuk aku?

chow!

15 comments:

  1. Kita adalah orang-orang yang dirahmati
    Justeru Dia sentiasa mahu menguji kita
    Dengan ujian bersilih ganti
    Sila sabar banyak-banyak ya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah suratan yang tertulis mana mungkin aku elak lagi...

      Delete
  2. setiap dugaan dan cabaran itu ada hikmah disebaliknya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang selalu aku katakan kepada hati...

      Delete
  3. Kau kunci cintaku di dalam hati mu~~ eh?

    ReplyDelete
  4. kadang dugaan buat kita bijak

    buat kita belajar

    ReplyDelete
  5. Allah dtgkn ujian n dugaan nk tgk sejauh mana hamba-Nya dpt hadapi.. hanya insan terpilih je.. bykkan bersabar.. ada hikmah disebaliknya.. dgn dugaan ni la buat kite jd lbh kuat.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...