Pages - Menu

29 Aug 2012

Rogol Itu Free!





 Ini kes semalam...


"....Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama...."

Ini pula kes bulan lepas...

".... kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun...." 


Kalau macam ini punya kes masih boleh dipertimbangkan malah dilepaskan dengan alasan yang tidak masuk akal agak-agaknya adik-adik kita yang bersekolah itu selamatkah sangat masa hadapan mereka nanti?

Ini seperti memberikan ruang dan petunjuk yang lebih besar lagi kepada penjenayah yang bernama perogol untuk lebih berhati-hati bila memilih mangsa.Mereka sekarang sudah tahu mangsa yang bagaimana harus mereka pilih dan tahu juga bagaimana untuk melepaskan diri dari hukuman!

"....ini kesalahan pertama mereka ...dan mereka masih muda dan punya masa hadapan yang cerah...."


Bagaimana pula masa hadapan si mangsa rogol?
Hakim tidak ambil kira ke apa pula nasib mangsa yang kena rogol itu? 

Eh! aku sudah mulai curiga dengan undang-undang yang diguna pakai di negara aku sendiri.Sejak bila kesalahan yang begini punya besar boleh jadi mudah kepada si tertuduh?

Agak-agaknya la kan selamat lagikah semua gadis-gadis yang berusia dibawah 16 tahun berada sendirian dijalanan?

Ini siapa boleh jawap sekarang?

chow!

52 comments:

  1. aku baru lepas bengang di twitter gara gara isu ni. lepas ni kalau nak rogol budak bawah umur, dipersilakan lah. Usah ragu dan malu. hek!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tapi masih boleh terlepas jika keluarga simangsa memaafkan si pesalah...

      Delete
  3. lepas criminal tu dah dilepaskan, boleh la dia buat lagi ya? mangsa rogol tu pun tak habis lagi dari trauma..huhu

    ReplyDelete
  4. aku pun sakit hati! malas nak cakap pasal undang-undang kat mesia ni..lagi bertambah sakit hati..

    ReplyDelete
  5. undang yang digubal manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi undang2 ini tidak patut...

      Delete
    2. memang le nama jer negara merdeka tapi masih di takuk lama cara kita berfikir.. ntahler..

      Delete
  6. owh ini memang sedap bagi para2 perogol.

    apa kebangangnya undang2 begini



    salam kenal bro

    ReplyDelete
  7. suasana mcmni buat org takut ada anak. persekitaran sosialmasyarakat yg menakutkan..

    ReplyDelete
  8. hudud.

    mgkin kemaafan tu dapat selesaikan kes, tapi ambe tak rasa ramai keluarga yang mampu memberi kemaafan jika dibandingakn dengan hukuman sekarang.(banyak pesalah terlepas )

    paham tak?

    ReplyDelete
  9. eh teman wanita usia 12 tahun ? Itu bukan rogol kalau dah dua kali, itu rela tapi sebab gf under age dicharge under rape case.

    ReplyDelete
  10. Salam.

    U see, aku tak terkejot.

    Bukan jenayah rogol je.. jenayah kemanusiaan peringkat dunia pun, tiada sapa nak berbuat apa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab dunia ...kita cuma boleh perhatikan sahaja kini...

      Delete
  11. semoga perogol2 di malaysia bertemu ajal lebih awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ramainya perogol dimalaysia...aku pulak yang seram...:)

      Delete
  12. merdeka.

    merdeka kan perogol.

    chait

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sangat la tema tu...ishhh!

      perogol pun boleh merdeka..apakah?

      Delete
  13. undang² kt cni makin xboleh pakai.. perogol dilepaskn.. yg jd mangsa untuk mempertahankan diri dari dirogol, di penjara.. WTF???

    ReplyDelete
  14. bongoknye undang2.! camne lak dengar moral simangsa.. kesian..

    ReplyDelete
  15. huh.... masa depan gadis macam mana pulak... langsung tak di fikir kesannya...
    bikin hati ni jadi panas jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heran kannn ...hakim ni otak ada kat bahagian mana la niii...

      Delete
  16. YAHOO!!! lepas ni semakin ramai lah lahirnya perogol2 kat malaysia ni. tahniah kepada undang-undang Malaysia..

    ReplyDelete
  17. Benih Lucifer makin rancak tersebar nampaknya di bumi Malaysia. Merdeka di ambang sore. Hahah.

    ReplyDelete
  18. Aku yang sudah masuk alam 20-an ni pun masih takut bila dengar pasal kes rogol. Haih. Apa nak jadi lah.

    ReplyDelete
  19. Memang sakit hati.....undang2 sekrg....tak kuat sangat.....sepatutnya perogol tue...kena potong anu dia....

    ReplyDelete
  20. aku berbulu gak bila dgr kes tu. skang dah 2 org terlepas. pasni mgkn ramai lg yg akan terlepas. dgn syarat buat muka insaf dpn hakim.

    ReplyDelete
  21. aku un ta ska lha dgn suma ny!!maruah pempuan da ilg pztue lki tue leh truskn idop dy ngn aman...ap yg mreka sdang lkukan utk kbaikan pempuan hah!!pntingkan lki ja kha!!!???

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak berapa nak faham ap yg ko tulis ni...


      heheehee!

      Delete
    2. aku juga x paham...

      Delete
  22. menakutkan sekarang ni. kat mana2 rasa tak selamat. tapi ada yang lagi menakutkan. kos nak kawin pun makin mahal.huuhuuu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...