Pages - Menu

23 Aug 2012

Retak



Permulaan demi permulaan mencari yang sebenar kemana harus dituju begitu tersangat berlalu memesong aku ke laluan yang berliku.Seolah aku bangun mencari aku yang dahulu bukan kerana aku malu tetapi aku terlupa siapa yang aku ingin bertemu selalu.

Sebegitu rumit untuk difahami begitu juga aku.Biar berputar bila berfikir biar berpusar di hati bila meneka apa yang telah berlaku dahulu.Jika kita selalu beranggapan semua yang kita lakukan adalah jelas benar sebaliknya ianya adalah cuma seberkas ego yang maha jahanam.Tiada yang terlepas bila terlupa siapa yang punya bumi dan matahari.Tersandung kaki baru mengerti jika tidak maka tidak sekali-kali.

Sepintas lalu merenung kembali kisah lalu bukan terbaik kini.Semua harus dikembalikan semula kepada yang memilikinya.Aku sentiasa terlupa akan itu siapa yang harus aku lalui sebelum aku temui lagi.

Siang malam pagi dan petang selalu kita temui sehari-hari tetapi tidak kepada mereka yang gelap mata hatinya. Semua itu cuma satu cerah membelah kehangatan siang yang panas melekit dipancar matahari.Kadangkala dan ada ketika kita cuma berteduh tetapi tiada terasa dingin malahan terasa bahang mengigit-gigit kulit tubuh badan kita.Sukar untuk dipercayai tetapi yang itu juga yang punya kebenarannya.

Tulisan mengikut jalur-jalur hati berpaksikan minda memang bukan mudah untuk difahami lagi dimengertikan.Selam dalam-dalam sampai tiada tergapai oleh jiwa hati kita.Seharusnya begitu berjalan tiada berperasaan dan berpandukan apa-apa lagi.Tersesat dalam keriangan amat terasa membebaskan walau sedar itu bukan pilihan yang terbaik setakat ini tetapi menolong banyak sekali.

Pendek jika itu yang dirasakan maka harus aku akui akan kebenaran hakiki.Tidak perlu berdrama selalu nanti akhirnya termakan kata-kata palsu dari hati sendiri.Dahulu adalah dulu yang bukan kini hari ini namun sentiasa beradu didalam hati sehingga mati.

Biarkan berlaku bukan seperti yang diingati.Biarkan berlaku bukan seperti yang diketahui.Ianya pasti bukan seperti yang selalu dan bukan yang terganggu.

Malam ini  aku bermula seperti mula-mula dahulu tiada lagi kemanisan cuma kenikmatan dalam mengharungi setitian kehidupan kekal yang abadi.

 ( Ini tulisan dari blog lama aku)

chow!

24 comments:

  1. wahai lelaki semalam...hik...hik...adakah anda sedang berduka??

    ReplyDelete
  2. Hidup tanpa liku tidak akan manis. Seperti tea boh tak ada gula. tak umphh.

    ReplyDelete
  3. like an ecg. no up n down means u dead

    ReplyDelete
  4. wahh...ayat2 puitis gitu...=)

    ReplyDelete
  5. sensored le pic previous entry... (",)

    *blog lama dah arwah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog lama i dah arwahkan...pic tu kan biasa jer...:)

      Delete
  6. Liku-liku itulah yang menjadikan hidup kita berada pada jalan yang lurus sebenarnya..
    Cermin retak tu...ngerilah!

    ReplyDelete
  7. aku kena baca kuat2 supaya aku lebih faham :/

    ReplyDelete
  8. pergh..ayat2 ko dasyat jugak ye bro..hehe. terbaekkkk

    ReplyDelete
  9. pengalaman itu kan perlu utk hidup

    ReplyDelete
  10. rasa gembira itu ada selepas hilangnya rasa duka :D

    ReplyDelete
  11. semua model2 di dalam blog ni diambil paksa-rela di tenet ke?opss??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...