Pages - Menu

13 Aug 2012

Tulisan aku terlalu bogel!


Tulisan aku adakalanya terlalu lurus terlalu iklas terlau bogel...sehinggakan yang membaca pun turut serta terasa kenikmatannya.Nikmat sakit atau nikmat suka itu aku kurang periksa kerana aku tidak tahu dan tidak nampak mereka.

Jika dilihat dari komen2 diatas tulisan aku yang lama dahulu ada yang ibu jarinya arah keatas dan tidak kurang juga ibu jarinya yang kearah bawah...biasalahkan!

Kalau semua suka dan setuju sahaja dengan apa yang kita tulis nampak sangat kita ini perfect dan tiada cacat celanya.Aku didalam blog yang lama cara penulisan aku memang agak terlalu bogel dan terlalu jujur.Tulis terus dari dalam hati dan jiwa aku dan jarang kali aku ulangi untuk membacanya.Aku cuma telitikan sahaja agar perkataan dan ayat2 aku tidak sumbang dan terlalu cela.

Bila kita menulis dengan begitu iklas dan jujur pasti ada mereka-mereka yang membaca tidak bersetuju dengan kita.Itu yang selalu aku lakukan dahulu.Engkau berkata A aku berkata B memang selalu kontras dan selalu membungakan debu kesakitan di hati dan memancarkan percikan api kemarahan dan disusuli dengan kebencian!

Cuma aku berharap dirumah baru ini aku akan lebih berhati-hati bila menulis terutama sekali bab-bab agama dan juga politik...hehehe!

Lama juga aku berdiam diri tetapi hati bergelojak teruk untuk menulis walaupun tulisan2 aku adakalanya keluar dari batas-batas otak seorang manusia yang sebenar.Benar aku manusia yang suka cari pasal dengan kemahuan hati dan fikiran.

Dan adakalannya aku tiba-tiba sahaja mahu berhenti menulis ketika ini...aku rasa mahu pergi berbuka sekejap...chow!

22 comments:

  1. pakaikan pakaian pada tulisan mu, biar berkias tapi jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakala bukan semua pakaian aku itu mereka nampak dengan jelas....

      Delete
  2. nak pi bbuka apanya, awai lagi nih...huhu

    Ooo apa nama blog nama tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab berbuka harus cepat2 mana boleh lewat2 nanti melepas juadah habis di sapu....

      nama blog lama tu...biarlah rahsia...hehe!

      Delete
  3. tang gambarnya tu...

    tu pembuka cerita

    ramai yg kantoi

    ReplyDelete
  4. hai :) follow you done , hit me back ! thanks :)

    ReplyDelete
  5. selamat berbuka....jangan berbogel ya..

    ReplyDelete
  6. Akak suka lukisan tatoo tu cantiklah memang kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tatoo itu ialah lambang perjalanan hidup kita dibadan yang bogel...

      Delete
  7. i wish i could write 'nakedly' too. tapi masih ada byk filter yg saya letak dlm tulisan. hehe. keep writing!

    ReplyDelete
  8. Saya pulak suka tulis ikut suka saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut suka ...maka mmg adakala terbogel juga...

      Delete
  9. tak kisah tulis apa pun...jangan lebih2 sudah hihihi

    ReplyDelete
  10. cantik lukisan kat badan tu..tatoo ke?? atau dakwat sementara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yg itu i lupa periksa dengan jarak dekat la pulak...:)

      Delete
  11. Aku suka cara penulisan kamu. Ayat yang diolah begitu hidup. Teruskan menulis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...