Pages - Menu

13 Nov 2012

Kisah Cinta Gila

Tulisan ini aku ambil dari blog lama dan aku rasakan amat seronok untuk disiarkan atau dikongsikan disini.Tulisan ini berdasarkan kisan pergaduhan Rihanna dan Chris Brown sikit masa dulu.Bagaimana mereka bercinta dan berakhir dengan trajedi silelaki membelasah si kekasih didalam kereta hingga lebam-lebam.

Namun mereka dikhabarkan telah bersatu semula dan...blabla...dan di bawah ini tulisan aku pun bermula...

Hebat bukan penangan Cinta! Jangan hairan sangat dengan contoh yang aku berikan.Semua itu silap-silap akan terkena ke batang hidung sendiri.Jangan nak berlagak atau nak tunjuk hero lah ,kalau cinta punya penangan semua yang tidak mungkin akan berlaku pasti tetap akan berlaku.Tak percaya...tak per ...tak kena boleh lah cakap banyak nanti kalau sudah terkena masa tu lah baru nak beringat dan berfikir!

Aku? pernah? itu rahsia tapi kalau hendak cerita hal orang lain aku boleh ceritakan .Bukan sengaja kita nak bodohkan mereka cuma kita ambil sebagai iktibar dan pengetahuan.Mereka yang hendak aku ceritakan dengan sangat ringkas ini adalah kenalan aku juga.Jika mereka terbaca kisah mereka di blog aku ini? Mereka akan tersenyum malu dengan aku kerana aku juga yang selalu mereka hubungi untuk selesaikan masalah mereka.Berani nak marah aku ,silap-silap kata-kata"manis" aku berikan nanti.

Mereka juga sama hebat seperti Rihanna dan Chris Brown.Kes Rihanna ni aku tak nampak tapi kes mereka-mereka tu aku nampak depan mata aku sendiri!


Kes 1....dari awal perkenalan lagi memang sudah ada banyak masalah.Lelaki ni memang baik budi pekertinya kalau bercakap antara dengar atau tidak .Aku memang geli dengan jantan patern ini.Buat "good-good"!Aku memang jenis tidak peduli kau siapa.Kalau aku agak-agak tak berapa suka mula lah aku layan tak layan....
Setelah setahun perkenalan mereka dan sudah memasuki alam percintaan dan sudah mula merancang untuk mengikat tali pertunangan....belang lelaki ini sudah mula di perlihatkan.Bila aku dengar tabiat dia yang ringan tangan ,aku buat macam tak dengar dan tak tahu tapi kalau sampai mak bapak budak perempuan ini cari aku minta tolong terpaksa jugak lah aku masuk campur.Aku malas nak ambil tahu sekiranya awal-awal lagi aku sudah beri peringatan yang aku tak suka budak ni...tapi biasa lah orang perempuan sudah jatuh cinta ...kerbau pun dia nampak comel!

Bila muka sudah "blue black" barulah nak cari aku minta tolong.Mula-mula memang aku beraksi bagai hero melayu terakhir,siap boleh tadah muka gantikan muka budak perempuan tu ...takut pulak dia!
Kalau dia hayun jugak kompom aku tersungkur jatuh.Badan punya lah besar tak ingat! Mungkin dia pun cuak juga kot...ialah tetiba aku boleh tadah muka pulak...aku kalau ingatkan semula memang gila ,suka-suka jer nak bagi free muka kat orang!

Hari ini ...sudah punya  1 anak tapi masih kacau bilau jugak!

Sudah punya anak satu,aku kira itu sudah cukup bagus.Walaupun ketika di alam percintaan,mereka sering bercakaran dan bergusti.Tapi telah tersurat yang mereka punya jodoh untuk hidup bersama.Aku fikirkan pasti tak panjang usia percintaan mereka,ialahkan begitu punya haru hubungan percintaan mereka .Sesiapa pun akan terfikir akan apa yang aku fikirkan.Ada sekali tu mereka berdua bergusti di depan kedai mamak...cerita bermula begini...

Si perempuan ni call aku minta tolong, dia cakap "jantan" dia buat hal ,katanya ada "betina "lain ikut tunang dia.Ketika itu pula aku memang free ,boring duduk rumah.Dalam hati aku bercakap..

"...mesti best kali ini boleh tengok diaorang berdrama lagi...silap-silap boleh tengok gusti free!...hehe!"

Bila sampai sahaja di depan kedai mamak tu,dia terus bergegas turun dan berlari kearah meja yang tunang dia lepak.
"doop-doop! daap-daap!"

...perempuan ni hayun penumbuk ke muka tunang dia!!! Aku yang duduk dalam kereta sedang syok layan lagu "madonna"...terkejut beruk bila aku lihat si perempuan ni tiba-tiba "naik hantu"!....Apa lagi menggelupur lah aku keluar dari kereta berlari kearah mereka.Orang punyalah ramai ...tapi semua cuma pandang dan lihat ...yer lah orang punya hal apa bikin mau masuk campur ,silap-silap kena sebiji ...sia-sia jer kan.

Dari jauh aku nampak tunang dia tergolek jatuh terlentang ke belakang ,meja terbalik kedepan...memang ganas gila...dan bila tunang dia bangun ,aku tak sempat nak tahan mamat tu dari melepaskan tumbukan padu semula kearah muka budak perempuan tu!!!

Budak perempuan tu ...hmmm... tumbang muka berdarah,10 saat terdiam setelah terjatuh...semua orang masih kekal di kerusi masing-masing cuma memerhatikan sahaja.Tergamam kot! Hero sampai...aku tolak mamat ni sampai dia terlanggar meja sebelah,habis tumpah semua minuman dan makanan atas meja brader tu!

"...HEY!....p****T! Apa punya b*** kau ni ...perempuan tuuuu! yang kau tumbuk,nak sangat tunjuk jantan ...huh! mari dengan aku!
Terkebil-kebil biji mata dia pandang aku...nak lawan ke atau tak nak?...aku rasa dia macam kesal... bukan lah takut dengan aku ...kesal bila melihat muka tunang dia berlumuran darah!

Al kisahnya bukan kerana tunangnya jumpa perempuan lain tetapi sebab mamat tu sedang syok layan mesin kuda! Itu yang jadi hal...aku pun tak tahu masa tu ada mesin kuda.(selepas kejadian itu ,baru aku tahu apa itu mesin kuda)!

Itu sikit lebih kurang aku ceritakan .Betapa punya gila hubungan mereka tetapi akhirnya ke jinjang pelamin juga.Tapi kenapa sampai hari ini masih lagi terus bercakaran dan hari-hari bergusti tak kira siang atau malam...malam gusti wajip la kan...hehehe!

Aku masih di hubungi dan di minta beri cadangan berupa nasihat.Aku tak tahu kenapa aku mesti dengar semua cerita mereka,dah tak der orang lain ke selain aku...hairan aku.Sehingga satu tahap aku mengalah aku cakap...

" aku tak larat lah nak layan kau orang punya hal lagi...pergi kelas kaunseling lah lagi bagus...aku cakap sampai berbuih pun kau orang ulang lagi peel yang sama...penat lah!...aku rasa mereka 2x5 jer..."

Tapi sebenarnya aku tahu kenapa mereka telah "dijodohkan" juga...itu akan aku ceritakan di lain episod.

Kes kedua....anak ada 2!...dari permulaan mereka bertemu dan bercinta ...aku jadi saksinya....ini lagi kelakar! Budak perempuan ni anak orang berada ketika itu dan mamat ni ...pernah popular satu ketika dulu di tanah air kita...ini kalau aku sebut nama dia semua budak perempuan zaman tu kenal! siapa? itu tidak penting kerana apa yang aku nak ceritakan ini bukan untuk memalukan dia .Cuma untuk kita jadikan renungan dan pelajaran bersama.

Umur budak perempuan ini lebih tua dari buah hati dia.Oops! sebelum aku pergi jauh lagi ,budak ni sudah ada boyfren sebelum jumpa mamat tu dan hari ini boyfren yang dia tinggalkan sudah jadi jutawan! memang kaya gila! hari tu aku dengar dia baru saja beli sebiji ...Lamborghini aventador kaler putih! pehh memang gorges gila!


Ini Lamborghini...harga lebih kurang rm1.7 m!

Budak perempuan ni suka dengan mamat ni kerana dia "artis".Itu jer...dan adalah kiut-kiut sikit.Setiap kali keluar aku jadi mangsa...sebab aku ada kereta dan aku ada lesen kereta.Kereta bapak aku...hehe! Kereta jenis apa?..ahhh malu aku nak cerita....tapi memang itu kereta.Mudah nak kemana-mana tak perlu naik bas... 

" apa barang naik bas...malu lah weii..hehe!"

Aku? seorang-seorang jer atau jadi driver...gilaaaa! mestilah ada "kodok" yang ikut juga ...siapa?... itu juga rahsia! ini bukan kisah aku tapi kisah kenalan aku.

Memang mereka ni "in love" bagai dunia ni aku yang punya.Tidak peduli apa orang nak cerita atau khabarkan."...ahhh pergi mati...." itu jawapan yang selalu aku terima bila aku cuba berikan sedikit "hujah"...maklumlah kau tu artis!

Selepas setahun lebih,bila show dah slow sikit,bila kocek mula ringan...masa itu lah ..."Rihanna dan Chris Brown"...muncul! Ini baru-baru betul sebiji macam kes Rihanna...bergusti dalam kereta....ceritanya bermula begini....

Satu malam yang hening di ikuti sepoi-sepoi bahasa...waktu itu bulan mengambang...pirahhhh!

Sebenarnya macam ini...macam biasa selepas pusing-pusing satu KL ,pergi sana pergi sini ,beli itu beli ini...tengok wayang...habis wayang buat wayang...(aahh percaya lah sangatkan)

Semua sudah penat dan hari pun semakin malam maka sudah sampai masa budak-budak perempuan ni di hantar pulang sebelum di beri pelempang oleh mak bapak mereka...hehe!Biasalah orang perempuan bila nak di hantar balik ,ada-ada sahaja tempat untuk singgah beli barang makanan...lapar katanya.Ok! aku ikutkan sahaja permintaan mereka.Sampai satu tempat nampak Mc D...aku dengan "kodok" aku turun melintas jalan pergi beli makanan.

Semasa aku nak ke kereta semula selepas beli barang, "kodok" aku cuit tangan aku dan muncungkan mulutnya kearah kereta....Mak Ai! kereta bergegar tuuuu! Ini apahal la pulak ni....dari jauh aku sudah tergegar bunyi monyet dengan kera ...terjerit-jerit! Aku cakap dengan "kodok" aku ..." kita relek dulu kat luar ni ...biarkan mereka "habiskan" urusan mereka.

Setengah jam kemudian...senyap tak dengar bunyi apa-apa pun...slow-slow aku tengok dua-dua keluar...Eeeh! Baik pulak...hairan aku.....tapi bila aku datang dekat-dekat....aku cuma boleh tersenyum sengih dan memberikan kata-kata...

" ahhhh puas hati masing-masing...bodoh macam lembu,tak puas-puas bergunti!"

Kedua-dua muka mereka "blue dan black"...tangan bercalar-calar...habis jahanam kereta bapak aku mereka kerjakan! jahanam! Dan mereka juga telah di ketemukan jodoh....Tapi sampai hari ini mereka masih terus "bergusti dan berperang"...walaupun sudah punya 2 orang anak!


Kita hidup di dunia ini harus percaya kepada sesuatu,kalau tiada kepercayaan maka kita mudah sesat melarat.Kalau ada pegangan kuat dan keyakinan maka semua perkara dia atas pasti dapat di elakkan atau sekurang-kurangnya kita tabah menerimanya.Kita tawakkal.

Semua perkara diatas pasti ada puncanya.Dimanakah puncanya? Apa sebenarnya yang terselindung di sebalik semua kejadian itu?Pasti ada jawapannya.Aku secara tidak sengaja telah terjumpa jawapan kepada setiap persoalan KENAPA ?

Semuanya bermula dari rumah! Setiap isi rumah ada ketua dan keluarga.Jika kita tiada rasa hormat dengan mereka ,pasti suatu hari nanti akan dipertunjukkan akan akibatnya.

Kes Pertama....Si lelaki adalah anak no 2 dalam keluarganya .Beliau mempunyai seoarang abang yang kini dianggap sudah cukup berjaya setelah pulang dari luar negara belajar .Apa yang aku tahu dari mulut si perempuan ini ialah rasa amat "cemburu"nya beliau terhadap abang sulungnya.Segala kemahuan dan kehendak anak sulung dalam keluarga beliau, ibu bapanya turuti.

TETAPI bila sampai kepadanya ibubapa beliau menolak  mentah-mentah permintaannya....
kata mereka...

" abang kau banyak nak pakai duit belanja di sana ,kalau kami tak hantar duit susah lah abang kau nanti...."

Itu lah alasan atau jawapan yang akan beliau terima setiap kali beliau minta duit untuk beliau gunakan .Maka beliau mula jadi liar dan jadi anak yang agak sedikit derhaka...mulai saat itu semuanya jadi kacau bilau sehinggalah hari ini.

Walaupun sudah bekerja tetap dengan gaji setiap bulan sekitar rm5000 ke rm 6000 tetapi beliau selalu kehabisan duit dalam tempoh cuma seminggu!Tidak tahu apa yang dibuat dengan duit tu. Semua bil-bil atau apa sahaja tanggungjawap sebagai seorang bapa dan suami telah ditukar kepada si perempuan!

Aku terkadang terasa amat kasihan dengan si perempuan ini,tapi apakan daya "nasi sudah jadi bubur"! Kalau dahulu dia dengar cakap aku ,taklah susah sangat macam hari ni.Atau mungkin ini dinamakan suratan takdir ......Aku kurang pasti tapi sangat percaya.

Kenapa? Kerana....si perempuan ini juga mengalami masalah yang hampir serupa dengan si lelaki...sedikit derhaka dengan ibubapanya!Dia jadi begitu kerana sikap dia.Sikap panas baran dan tiada kesabaran! Dia buat ibu dia seperti orang gaji! Dia bersikap amat jengkel dengan bapanya.Nasib baik walaupun begitu dia masih bertanggungjawap kepada anaknya dan mempunyai pekerjaan yang bagus...sebulan rm 8000 selamba jer!

Aku rasa kamu semua sudah mendapat jawapanya.Dimanakah aku dapat semua info ini? Dari " kodok" aku lah...beliau ialah"kakak" kodok aku!

Kes ke dua pula.....Aku rasa aku amat bertuah kerana dapat belajar semua ini dari orang-orang yang rapat dengan aku dan aku amat kenali.Memang tidak dijangkakan aku dapat melihat semua ini dari dahulu sehingga sekarang...dan aku pernah katakan ayat ini kepada "kodok" aku...." U tengok yer...apa yang I cakapkan hari ini pasti akan berlaku juga suatu hari nanti!" dia cuma tersenyum ...Dan memang benar ianya sudah berlaku dan masih lagi berlaku sehingga kini!

Ok ...kembali kepada kes ke dua tadi...mereka ini kawan rapat "kodok" aku dan tidak secara lansung aku pun menjadi rapat dengan mereka.Apa yang pasti disini Kes Pertama dan Kes Kedua sebenarnya ada persamaan.

Si lelaki datang dari keluarga yang sudah berpecah dua dan beliau memang kurang didikan sivik,bercakap dan berfikir apa yang dia fikirkan betul .Tiada ikut panduan mana-mana ..."ikut suka hati aku"...begitu.Ibu bapa kepada dia cuma pada nama sahaja.Mati ke hidup ke ...itu bukan hal dia..." i don't care!".

Dan si budak perempuan ini pula .Ketika arwah bapanya masih ada beliau amat baik dan berbudi pekerti tetapi setelah dia "kehilangan" bapa tersayangnya ,beliau berubah watak! Kerana dia berfikiran yang "perginya" bapanya kerana perbuatan ibu dia!

Aku pernah berikan dia nasihat,aku cakap semua ini kehendak yang maha kuasa ,ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya telah tersurat .Tiada apa yang mampu kita lakukan,tetapi dia mempunyai pandangan yang berlainan.Aku tak dapat nak tolong lagi ,hati dia KERAS macam batu.

Akibatnya ialah HARI INI...Semua yang di lakukan menuju ke jalan kehancuran dan rumahtangga beliau telah beberapa kali hampir tersungkur hancur.

Sekarang dengan jelas kamu nampak apa yang aku ceritakan...sekiranya kita dengan sengaja "menafikan" ibu bapa kita,kita akan terima TUNAI semua akibatnya.

berbuat baik kepada ibu bapa, tidak berkata "Cis!" kepada mereka, tidak mengherdik mereka tapi ucap perkataan-perkataan yang mulia, di samping tidak menyembah sesuatu selain Dia - 17:23



Chow!

44 comments:

  1. panjang betoii . berpinar mata ceq na baca . hehehe

    ReplyDelete
  2. Aku rasa ini berkaitan dengan ibu bapa bukan? buat baik dengan ibu bapa
    ? Erk... itu je yg aku faham. Betulkan kalao aku salah.. ehehe

    ReplyDelete
  3. Seram pulak bila hal sebegini berlaku. Harap2 dijauhkan daripada perkara sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang baik kita ambil yang x baik kita jadikan sempadan.

      Delete
  4. hmm.. sebenarnya, kisah2 macam ni la yang mampu memberi kita panduan.. agar kita perbaiki diri kita dan tidak menjadi sebegitu...jika ada sifat yang tak elok dalam diri kita, kita berusaha sedaya upaya untuk ubahnya.. InsyaAllah kita mungkin dapat mengelak benda2 macam tu berlaku.. aku dulu pernah tgk cerita shah rukh khan.. shah rukh khan ni panas baran.. dan selalu isteri dia jadi mangsa.. lepas tu berpisah.. namun disebabkan cinta, dorang bersatu kembali.. tapi jalan cerita kemudian tetap sama.. dorang selalu jugak bergaduh..

    ReplyDelete
  5. saya sayang ibu bapa saya. pernah jugak herdik die waktu meningkat remaja..oh berdosannya masa tuh..Alhamdulillah, lepas tu mula berbaik2 pada mereka lepas umur 20 tahun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdullilah masih tak terlewat.

      Delete
  6. dengar kata chris brown dan rihanna bercinta kembali. eh?

    ReplyDelete
  7. ItuLah cinta.. Ibu bapa jangan lupa.. X berkat hati x tenang...

    ReplyDelete
  8. Kenapa yer cinta itu selalunya tak pernah adil pd pemberi dan penerimanya? Boleh LS ulaskan tak selain dari mengatakan "cinta itu buta". Jawapan yg cliche!

    maaf bertanya soalan yg mentah ini krn saya baru berusia 17thn.

    -bukan cinta biasa-

    ReplyDelete
  9. *tersenyum sbb pernah kena kat batang hidung Na =)

    ReplyDelete
  10. hormatilah kedua ibu bapa


    tang bawah skali TH rasa senang nak paham.eheheh

    ReplyDelete
  11. Sape yg kawen dgn artis tu? Siapa artis tu? *walaupun tau ko takkan jawab. Heheh.. Cuma aku tak dpt nak digest cemana ko boleh rajin sgt layan aduan mereka. Baik jugak la ko ni. Kalo aku, mmg aku tak layan dah.

    Last skali boleh faham apa yg ko cuba sampaikan.... Semuanya bermula daripada rumah. Cemana kita layan org tua kita, camtu la hidup kita akan jadi tak tentu hala.

    ReplyDelete
  12. bertuah kamu sbb diberi peluang utk melihat semua ni...bgus gile kan leh jd pndgr setia gitu..hahaha..btulla tu..institusi sesebuah keluarga bsar pengaruhnya.."kodok" tu skrg kwn bek lg ke?hahaha :p

    ReplyDelete
  13. kesimpulannya, buruk mcm mana sekalipun ibu bapa kita, kena tetap hormatkan mereka.. jgn menderhaka, jgn tinggikan suara.. setiap langkah kite perlukan doa dri kedua ibu bapa..


    ReplyDelete
  14. ayat ujung tu je yg masuk dlm otak aku.hehe

    ReplyDelete
  15. cinta oh cinta. tak keruan aku, bila fikir cinta. hehe

    ReplyDelete
  16. bole tahan hebat perempuan tu

    ReplyDelete
  17. Sebelum bercinta...tanya pendapat ibubapa kita....Lagi satu cinta itu buta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya ibu bapa yer...berani ke...hehe.

      Delete
  18. klu da nmnya cinta dan syg....bole jd cm2...xpa la dorang bercakaran...huhu...bek tu..t dah khwn ok skt...boring nk gaduh dh sbb da hri2..so pas kawen mgkn elok....dah bercantum elok la skt huhu

    ReplyDelete
  19. kisah yg berlaku sekeliling kita lah buatkan kita berfikir dan jadi jauh lebih matang dari umur sebenar..

    cinta itu rahsia dan unik, even kita kata kita benci dia setiap hari gaduh setiap hari tapi at the end dia juga yg kita pilih.. cinta sgt pelik. kita takkan tahu sampai lah kita sendiri ada dkt tempat tu.. btw kisah yg best blh jdi teladan.

    ReplyDelete
  20. Kisah cinta memang selalu asyik untuk dibicarakan baik itu oleh remaja, dewasa, bahkan orang tua sekalipun. Karena dengan adanya cinta, hidup ini jadi indah. Terimakasih atas informasinya :)

    ReplyDelete
  21. panjangnyaaaa...

    ReplyDelete
  22. pernah jugak bergaduh dgn ibu ayah..
    tp sy mengalah dulu la sebab dah x larat dah. plus umur dah makin besar, jd pandai2 fikir la.
    ibu ayah pun nak tua. maybe sbb sy anak sulung kut. jd tanggungjwb n hormat ibu ayah tu masih ada.

    ReplyDelete
  23. Just done read it. Agak pening jugak nak digest cerita ni sbb part akhir2 byk jumpin2.
    Tapi sedikit sebanyak terkena kat batang hidung sendiri. Damnit!haha
    "Don't fall in love unless u're ready to be hurt"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...