Pages - Menu

5 Nov 2012

Perempuan Merokok


Rokok dan merokok ada yang suka ada juga yang tidak suka.Hari ini jika kita berjalan di bandar-bandar besar bukan sesuatu yang menghairankan jika kita terjumpa dengan orang perempuan yang merokok.Dahulu kalau kita terjumpa orang perempuan yang sedang merokok secara automatik muka kita akan berubah dan melihat mereka dengan satu pandangan yang agak kurang menyenangkan.

Kalau bukan pelacur pasti dia ini emak ayam atau perempuan jenis sundal lagi jalang.Semua yang buruk dan busuk pasti akan diterima oleh perempuan yang merokok tidak kira dia tua atau muda.

Itu dahulu tetapi tidak pada hari ini semua itu sudah tidak lagi dilihat sebagai sesuatu perkara yang ganjil dan menjijikkan.Ianya sudah menjadi satu trend yang terkini dan tidak lagi nampak menjengkelkan seperti satu masa dahulu.Diluar bandar juga nampaknya trend ini sudah semakin dapat diterima walaupun masih ada lagi yang kurang senang dengan tabiat baru ini.

Aku...aku memang tidak kisah sangat dan ambil pusing.Haram tidak berdosa juga tidak...So tiada sebab untuk aku marah dan sakit hati!

Jika sebab dia perempuan kita marah?

Lelaki juga merokok malahan ramai kaum lelaki yang mati kerana dapat barah hati kerana merokok.Sekarang bila orang perempuan merokok para lelaki pula mula mahu naik angin dan marah-marah.Kenapa harus marah? Dia adik perempuan engkaukah?Dia guna duit engkaukah? Dia bukan siapa-siapa dengan engkau maka itu hak mereka untuk buat apa sahaja yang mereka fikir mereka berhak boleh buat!

Kadang-kadang aku terfikir kenapa marah sangat? Itukan hak mereka kenapa kita lelaki mesti marah sangat?

Tolonglah rasional sedikit dan adil terhadap mereka.

Aku faham mungkin orang lelaki ini bukan sahaja marah tetapi sangat kurang puashati kenapa tiba-tiba orang perempuan juga merokok seperti mereka seperti seorang lelaki.Orang lelaki didalam kepala otaknya memang selalu akan berfikiran yang bukan-bukan.Kepada mereka jika seorang perempuan yang merokok pasti sekali mereka ini bukan perempuan jenis yang baik-baik.Perempuan jahat yang sudah rosak ahlak dan jenis perempuan yang bekerja di lorong gelap atau perempuan yang bekerja sebagai escort jantan dan bekerja di spa-spa urut tradisional ...kononya...hehe!

Mungkin juga mereka ini bekerja di kelab malam atau di pusat karaoke...ini nampak tidak begitu jalang sangatlah...rasanya lah...aku tak tahu...hehe!

Merokok salah ke? Jika kita merokok kita nampak jahat ke?

Itu yang selalu aku dengar dari mulut orang perempuan yang merokok.Masalahnya yang aku dengar ini bukan dari mulut perempuan yang bekerja di lorong gelap belakang bagunan tetapi dari mereka yang mempunyai kerjaya yang sangat hebat-hebat belaka.Doktor,Peguam,Pensyarah,Engineer....eh! macam-macam lagilah...dan aku kerap sangat terjumpa dengan mereka-mereka ini dan mudah sangat terjumpa jika kita ini yang jenis rajin melepak di cafe-cafe yang ala-ala coffie bean atau starbuck!

Ramai jumlahnya bukan sedikit ...apa yang engkau risaukan sangat wahai kaum sejenis ku...kerana kerjaya mereka lebih hebat dan gah dari kamu?

Terima sahaja hakikatnya dan sepatutnya orang lelaki harus ada rasa malu apabila kuasa ini semakin terhakis dan berkurangan kini.Oleh itu kenapa harus marah-marah jika mereka merokok?

Nasib baik aku ini bukan begitu sikapnya.Aku tidak melihat orang perempuan yang merokok ini sesuatu yang ganjil dan pelik.Tiada apa yang aku perlu risaukan cuma aku lebih risaukan mereka yang tidak merokok tetapi mampu sangat melahirkan anak tanpa perlu ada ikatan pernikahan yang sah!Benar atau tidak mereka yang nampak baik dan tidak merokok adalah mereka yang mudah sekali diperdayakan oleh orang lelaki tetapi tidak sama sekali dengan orang perempuan yang merokok kerana mereka ini sangat berkeyakinan sekali...kalau tidak percaya cuba lah perdayakan mereka-mereka ini!

Pasti komen yang bakal aku terima nanti agak keras tetapi aku tidak kisah kerana itu hak masing-masing dan pendapat juga pandangan peribadi mereka ...itu hak mereka!

Hari ini mungkin engkau seorang pelajar dan masih mentah lagi dengan hal-hal dunia.Didunia luar ini semuanya berkemungkinan dan jangan terlalu yakin bahawa ujian yang bakal diterima adalah yang mudah-mudah belaka.Ujian dan dugaan yang datang tidak memilih siapa kerana itu semua hak siapa kalau bukan hak mutlak yang satu.Oleh itu setiap lontaran kata-kata harus berlapik juga berkias kerana jika datangnya ujian nikmat dunia maka semua yang kamu pegang pasti akan terlepas dari gengaman tangan!

Jika kamu berjaya melepasi semua ujian dan halangan itu maka kamu itu sangat hebat tetapi jika kamu melihat di sekeliling kamu adakah ramai yang hebat seperti kamu?

Disini apa yang cuba aku sampaikan ialah jangan kita melihat diluaran sahaja.Jangan pula mengata dari jauh dengan tanpa menyelidikinya dahulu.Jangan terlalu percaya dan yakin dengan apa yang kita lihat dan pandang.Dekati dan fahami itu lebih bagus daripada kita meneka membuta tuli  sembarangan....ingat kita juga manusia bukan malaikat!

Namun tidak dapat dinafikan bahawa apa yang kita lihat dan dengar itu bohong.Sememang agak kurang manis bila seorang gadis itu merokok.Lebih tidak manis apabila berlagak bodoh seperti tiada siapa yang memandang dan melihat.Aku dengan dunia aku dan engkau dengan dunia engkau dan jangan ganggu aku kerana aku tidak ganggu engkau.Lebih menyakitkan hati bila diatas meja dia ada anak kunci kereta yang berlogo BMW atau Merc...memang makan hati you!

Tiada apa yang perlu dihairankan sangat itu semua sudah menjadi perkara biasa sekarang cuma jangan diambil sebagai teladan dan contoh yang baik!

Jika ada yang bertanya dengan aku suka x dengan perempuan yang merokok?

Ini jawapan iklas dari aku.Entah mengapa aku dari dahulu lagi  memang ada citarasa yang agak luarbiasa sedikit dengan orang perempuan.Perempuan yang lasak dan perempuan yang merokok kepada aku mereka sangat comel dan sexy.Bagi aku mereka ini adalah jenis yang mempunyai tahap keyakinan yang amat tinggi.Ianya sesuatu yang mencabar buat aku dan aku memang suka kepada sesuatu yang mencabar walau ada ketikanya aku sendiri tidak dapat menangani cabaran yang aku tempuhi...hehe!

Cuma satu yang aku paling pantang ialah jika melihat orang perempuan merokok sambil berjalan pada pandangan mata aku perempuan itu nampak murah sangat!

Hari ini tidak sama seperti dahulu dan tidak perlulah kita risaukan sangat dengan fenomena ini kerana ianya pasti akan berlaku juga akhirnya kerana ianya memang tidak dapat dielakkan lagi.Mungkin bukan kita tetapi orang lain yang akan buat.Cuma ianya semakin merimaskan apabila terlalu ramai pula yang merokok sekarang.Dahulu lelaki sahaja tetapi sekarang orang perempuan turut serta.

Pehhh! Boleh mati juga walaupun pada dasarnya kita memang tidak merokok!


chow!

95 comments:

  1. lelaki merokok nampak biasa tapi kalau perempuan merokok nampak dia gengster je.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi pantas benar datang komen....seramnya!


      gengster gak ni kannn!


      hehehe!

      Delete
  2. tak suka tengok orang merokok. tak kire lelaki ke perempuan. hehe.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..Apa yang dicari pada seorang wanita dan lelaki segalanya telah diceritakan oleh islam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam!


      siapa yang x tahu?


      :)

      Delete
    2. Kalau kita terasa nak buat dosa, pilih salah satu jari daripada 10 jari yg kita ada, kemudian letakkan pada nyalaan api (lighter ke, mancis ke, dapur gas ke). Kalau tak dapat tahan selama seminit, fikirkan api neraka Tuhan dimana seksaannya beribu-biru tahun. Maka apa dan dimana indahnya dosa itu? Untung la orang yg hisap rokok sebab mereka ada lighter.

      huhuhu.. peace bro!

      Delete
  4. Hahaha entry menarik!
    Na suka! Sbb btul ape awk ckp
    Dyeorg menilai sesorg perempuan tu klau merokok confirm JAHAT! Lagi org yg SGT educated (kesian)
    Tp masing² ade pandangan masing² awk kan..

    #Maribolro ice 1 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm.....i know you!



      hehe!

      Delete
    2. ehh mcmne awk taw?? pasang cctv eh?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Setiap hari, balik dari kerja, aku akan ikut tangga belakang, senang. malas nak tungu lif pnuh dgn orang. exercise... hahaha... setiap hari tu jugalah aku tgk seorang pompuan pakai tudung hisap rokok, sambil jeling2 aku. aku senyum. dan aku lalu. actualy, aku taklah heran sgt dia nak merokok ke apa, aku takda hati nak komen apapun yg lalu depan aku, sebab bagi aku, setiap kejadian, bersebab... kau nak tahu apa jadi pada pompuan pakai tudung yang merokok di tangga setiap hari tu? akhirnya... setelah berbulan-bulan... dia tetap tak balas senyum aku, dan aku tersedar sesuatu... mungkin jug senyuman aku tu pada tanggapan dia, satu sinikal... dan aku juga bertudung. pada dasarnya, niat aku untuk senyum tu, takda meaning langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sahabat lama selamat bersua semula!


      kenal siapa aku?


      :)

      Delete
  6. nampak ganas. tp cam cool

    haha, x sopan la sbnrnye! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg x sopan jika salah cara dan tempatnya!

      Delete
  7. merokok sambil duduk membeku batu di bangku setempat, itu lebih manis erk?? merokok sambil terlentang baring sambil melayan nikmat langit biru tuhan.. agak selesa.

    ReplyDelete
  8. xde la pulak SYARAT WAJIB MEROKOK TU LELAKI.. tu semua terpulang pd pandangan masing².. siyesli, suke entry ni.. mentaliti org skang, "pempuan merokok itu jalang".. well, dia sape nk tentukan org tu jalang ke x.. amboi, teremo pulak.. nmpk kurang sopan n xbrape manis je hakikatnya, bknla jalang pun.. hurmmm.. mcm sy ckp td, terpulang pd pandangan masing²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak x gembira yer juga bukan....hehe!

      Delete
  9. Tak pernah ambil kisah tentang perokok wanita.
    Hidup masing-masing.

    Cuma akan marah bila perokok menghembus asap ke muka Gill.
    Gill tak tahan asap rokok dan mahu mengelak kesihatan tercemar ;)

    ReplyDelete
  10. aku tetap tk suke perempuan merokok .

    ReplyDelete
  11. arwah nenek aku merokok..tapi hisap rokok daun la..dulu2 selalu curi2 hisap rokok dia..hehehe

    pasal perempuan merokok, aku rasa biasa jer sekarang ni..in fact aku ada ramai kawan2 perempuan yg merokok..siap kongsi rokok dengan aku pun ada..kehkeh..tapi masing2 baik jer perangai..normal..ada keje yg elok2..

    benda ni sebenarnya based pada mentaliti..kita dah terbiasa anggap perempuan yg merokok tu sebagai teruk, or jahat, or sosial, or anything..padahal benda ni biasa..aku selalu prcaya kawan2 perempuan aku yg merokok tu, suatu masa nanti akan berhenti..lagi2 bila diorang dah kawen and dah nak jadi ibu..mak mana yg x sayang anak ye x? :D

    ReplyDelete
  12. hmmmm... aku tak merekok. apakah aku layak untuk membendung mereka dari merokok. bagaimana kita bisa membantunya. harap2 bkn dari adik2 aku untuk semua ini.

    ReplyDelete
  13. perempuan x elok kalau merokok..hilang sopan kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya itulah hakikatnya tetapi hari ini mana bisa ditahan lagi...:)

      Delete
  14. sesungguhnya awak itu seorang yang pelik...tapi lain orang, lain citarasanya.....ni first time dengar orang laki suka perempuan yang merokok.....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time?


      maknanya you belum jumpa dunia lagi...:)

      Delete
  15. 1st bace..terbek.btul.pmpuan yg merokok pd pandangan ayut pon seorg yg self confident tinggi.then pasal atas meja ada knci BMW or Merc tu mmg bikin respek gak kot.hahaha..apa pon klu blh ditegah bek ditegah dr membiarkan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik jangan nanti susah nak berhenti....jika kena batuk2 macam nak mati tu ....lambatlah!


      hehe!

      Delete
  16. hahahaha.. aku terkekek2 gelak baca komen yang pertama tu..hehehehe...

    aku pulak, aku nak cari perempuan yang tak merokok..sebab nanti mulut dia busuk, hilang nafsu serakah aku.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun laaa...hehe!


      komen yang agak brutal...hehe!

      Delete
  17. Aku tak kisah berkawan dengan perempuan dan lelaki yang merokok. Nilai persahabatan bukan diukur dengan hal rokok. :)

    ReplyDelete
  18. Saya seorg jejaka berusia 28thn dan akan berkawin hujung tahun ni.masalah nya tunang saya seusia dgn saya seorng perokok.dan merokok sekian lama dan susah nak berenti.family dia open minded dan dia memang merokok depan parent dia.yg saya risau bila berkawin nanti family saya tahu isteri saya merokok mahu terkejut family saya nanti.lebih2 lagi bila tunang saya tak pakai lipstik memang nampak kesan hitam pada bibirnya kerana tunang saya berkulit putih.ada sesiapa boleh bagi pandangan x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  19. Cutting down your cigarettes?

    Saya ada cara utk berhenti merokok dgn mudah. Harga rokok pun dah melambung2. Baik guna duit tu utk beri reward pada anak2 ke, utk bawa isteri candle light dinner ke, htr mak ayah g umrah ke, derma kat tahfiz ke, bayar zakat ke.....kan....

    So, siapa nak berhenti merokok boleh contact saya 01137007328 Azah

    ReplyDelete
  20. Perempuan merokok ni terpulang kpd diri masing2.saya dibesarkn dgn family yg merokok.saya mula merokok semasa berumur 16 thn.family dpt hidu saya smoking.tapi Mak dgn ayah xkisah abg2 jg xkisah walaupon saya perempuan.cuma mereka xbg merokok bila saya pakai uniform sekolah.saya ulang kaji pelajaran sambil merokok dirumah.
    Cuma saya rasa beruntung boleh smoking depan family berbanding rakan2 lain.parent xmengalakn saya merokok tapi terpulang pada diri saya.hampir 4thn saya smoke saya ketegori seorg yg heavy smoker.Abg saya pon xsekuat saya merokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sporting family awk. Sy pun jenis x kisah perempuan merokok ni. Bertudung or x bertudung, itu xda kena mngena. Sebab merokok just merokok. X semestinya merokok tu jahat. Wow awk heavy smoker ye. Mesti kuat dr sy juga

      Delete
    2. family memang sporting..asalkan saya pandai menjaga diri.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Saya girl yg merokok hampir 10 tahun sejak umur 16 thn..bila tamat sekolah semakin kuat merokok hingga skrg.paling nikmat merokok bila waktu pagi dan lepas makan.Mak dan ayah dah puas membebel dan marah.tapi saya still merokok. Tak tahan klu tak merokok.akhir sekali mereka da tak kisah dgn tabiat merokok saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. alahai bro,perempuan skrg sama je mcm lelaki.mak bapak dah tak kisah diorang merokok.kalau dah bibir dgn gusi dah hitam takkan mak bapak tak tahu anak dia merokok.byk kali aku dah jumpa kat restoran selamber je merokok dpn mak bapak.
      aku pernah sekali semasa kat kk mart beli rokok,aku tgk mak belikan anak perempuan dia rokok kat kaunter.siap tanya ko isap rokok apa.aku dengar dia nak rokok dunhill.mahal tu.aku yg tersipu2 malu rasanya.

      Delete
  22. Sy pun perokok. Asal merokok sbb punca dr buat thesis. Cepat jee pulak idea dtg. Pastu lpas mkn..lega jer beb. Haha. Kalo time nk buat keje org kira...la laju ada rokok. Sy seorang business women dan berpewatakan keras.

    ReplyDelete
  23. Aku pulak nak berkahwin hujung tahun ni.tunang aku dah mula pakai tudung tapi still merokok.susah nak berenti kata nya.take time.aku tak kisah sbb aku pun smoking hihi..adik perempuan dia pun smoking gak.

    ReplyDelete
  24. Bini aku merokok gak. Prwatakan die lemah lembut je, slalu pakai baju kurung n mmg org yg brtudung. Tp kuat merokok smpi nk habis 2 kotak sehari. Hisap marlboro plak tuh. Aku yg laki ni pun tak merokok. Tp aku still can get along with her. Aku faham jiwa perokok mcm mane. Dh 10 tahun kot die merokok. Kategori perokok tegar la bini aku ni. Skang die umo 25. Adik pompuan die umo 20 pun merokok gak. Pakai tudung gak lemah lembut mcm die. Tp taktau la bape batang sehari. Family die jenis tak kisah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes kite same bro.. Cuma bezanye kami blom kawen. Awek aku isap rokok.. Aku x isap rokok. Nk kate awek aku jahat x pon. Die lemah lembut gak.. Hormat org tue.. Bertudung awek aku ni.. Memg cun and ayu la.. Tp kuat gak la isap rokok.. Ade la kot skotak 1 ari. Aku x halang dia isap rokok wlupon dpn aku.. Cuma jgn hembus asap kt muke aku dh la..

      Delete
    2. Cannot brain mcm na bleh accept ppuan merokok jadi bini 😱

      Delete
  25. perempuan merokok ni dah tak boleh kawal lagi.dah setaraf dgn lelaki.saya pernah lepak restoran mamak satu petang waktu balik keja.satu famili ni seramai enam orang termasuk mak bapak diorang semua merokok termasuk anak perempuan diorag.muda lagi tu..dasyat betul.sporting gila mak bapak diorang.yang pompuan tu muka baik kot.tapi bibir hitam mungkin da lama merokok.pakai baju tampa lengan plak tu..

    ReplyDelete
  26. Ade gak ye kt sini bini merokok tp laki x merokok. Ingt aku sorg jer. Isu pompuan merokok ni dh jd perkara biasa. Aku pun same, bini aku ayu, lemah lembut, bertudung, tp merokok. Muda lg umo baru 24. Aku plak x merokok. Dh pernah nasihat tp die ckp susah nk stop. Aku pun faham lah, dh name perokok tegar. Sehari sekotak lebih gak dia merokok. Kwn2 die pun ade yg merokok. Penah dtg rumah aku. 2 org, bertudung. Cun gak.. Hehe. Tgk2 perokok gak dua2 org tu, merokok dgn bini aku. Aku yg laki ni plak x merokok. Rasa trcabar gak la. Tp aku still boleh adapt dgn perkara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pregnant??xkn hisap gak???

      Delete
    2. Pregnant x merokok la

      Delete
    3. Wife awak x mau stop ka?Smua org tau bahaya rokok dan xda kebaikan pon merokok ni.

      Delete
    4. Kalau mindset kata susah,susah la.P la Klinik Berhenti Merokok.Insyallah dgn smngt org tsyg,dia snang stop.Ksian la kat anak2 🤔.

      Delete
  27. Sy merokok sejak form 2 lg. Sy pon prmpuan bertudung. Tp biase la mase tu bdk2 lg, bru nk up. Duk pula at hostel. Kwn2 1 dorm rmai yg merokok so sy pon trikut ar skali. Lame2 jd habit, susa nk benti. Smpi la da bsr ni umr da 25 da jd perokok tegar. So jgn kecam sy merokok sbb sy bertudung. Parents thu sy merokok. Mule2 kena marah juga sbb dlm family takde sesape merokok. Sy ade 3 org abg pon tak merokok. Tp kn sy susa nk benti. Lame2 diorg da fedup nk marah n da tak kesah sy merokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dh sakit,maybe depa xmau amik port dah.Advise pon x jln.

      Delete
  28. Sy pon isap rokok sejak sek men..form 3 xsilap.. Skang umo da 19 still isap rokok.. Sy pon pakai tudung.. Mak abah pon sporting dia org tau isap rokok bkn jahat.. Xsalah pon pakai sopan pakai tudung tp isap rokok.. Pakwe sy pon sporting jer wlpon die x isap rokok..

    ReplyDelete
  29. Prmpuan pkai tudung isap rokok ni dh rmai..dlm fmly n sdara2 aku yg aku kenal yg isap rokok majoriti prmpuan..kaklong aku,adik prmpuan aku no 3 n no 4 isap rokok..aku x isap rokok.. Adik bradik prmpuan je isap rokok..pakai tudung plak tu..belah makngah aku..anak2 prmpuan smua 3 org isap rokok..pakai tudung..yg laki sulung je isap rokok..lg 3 org x isap..

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Jaga skit maruah seorang wanita tuh merokok nk ikut sama level dgn jantan.. Bgi aku xlyk jd bini atau gf aku memalukan je.. sbb tuh lah aku berhenti rokok dlu sbb tgk perempuan merokok ikut style lelaki terus aku jadi anti dgn rokok... aku betul2 geram makin melampau kalau kita tgr kan dia jer betul.. Pada perempuan xyah lah bangga sgt merokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepulang kt ko la..tp xperlu la judge a book by its cover ok..ko rase aku bangga ke isap rokok?? Aku isap rokok sbb da jd habit,start isap rokok zaman skola ikot kwn2.tp aku xbuat jahat pape cuma isap rokok je.klau isap rokok ni jahat nape pak imam isap rokok??so pak imam jahat la?? Pade aku la isap rokok ni mmg memudaratkn baik laki or prempuan.mentality msyrakat melayu mmg camni pandang hina prempuan isap rokok.masih otak kuno..ko rase yg x isap rokok tu sume baik2 ke?? Please la ko xpayah judge org.aku isap rokok bkn utk bangga diri tp da jd habit.and ambik mase tuk benti

      Delete
    2. Jgn sampai sakit,bqu nak stop.

      Delete
  32. aku baru setahun kawin dan wife aku seorg yg merokok sejak muda lagi.heavy smoker.aku kesian bila wife aku ni bila balik umah mak aku.dia punya gian nk merokok ni alahai sian aku tengok.bila masa free lepak dlm bilik 3 batang sekali gus dia hisap.kemudian mandi nk hilankan bau rokok.serba salah klu aku ajak dia balik rumah mak aku.nak wat mcmne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn senang dpt suami yg memahami mcm kau bro.. Kau merokok jugak ke bro. Ke wife kau je yg merokok

      Delete
    2. Xphm aku psai pilih jugak ppuan mcm tu wat bini 🙄

      Delete
  33. aku nie pempuan perokok.tapi aku bukan nak citer psal aku.sorang kwn opis aku bertudung cantik plak tu sorang perokok.aku tnye dia knapa merokok klau pkai tudung?dia tnye aku balik knapa aku merokok?knapa lelaki yg pkai songkok baju melayu merokok?knapa bilal imam masjid pun merokok?terkedu jgak aku.merokok ni same la mcm mkn nasik.laki mkn nasik pempuan pun mkn nasik.laki bawak kete pempuan pun bawak kete.laki jadi engineer pempuan pun ada jadi engineer.so perkara ni takda batasan laki pempuan.klau kata pempuan bertudung merokok malukan agama habis tu yg laki tu tak malukan agama?tak perlu diskriminasi dlm hal ni.knapa dia merokok same la mcm knapa aku merokok,knapa laki merokok.jgn lah asyik nak hentam kami pempuan merokok termasuk yg bertudung.tp aku nak ckp,kwn opis aku yg bertudung tu merokok perhh....memg superb.sbb dia cun kot.

    ReplyDelete
  34. aku baru saja berkawin hampir setahun.selama 10thn aku ketagihan merokok tapi akhirnya aku berjaya berhenti.suami aku tak kisah sebenar nya aku merokok.tapi keinginan nak berenti akhirnya berjaya.
    tapi rakan serumah aku sewaktu aku menyewa dulu bukan sekadar perokok tegar tapi juga ketagihan arak.aku cuba nasihan tapi tak jalan la.sebab kan da lama berkawan aku terpaksa turut kan kehendaknya.
    setiap minggu lepas waktu kerja mesti suruh aku teman kan dia minum di mana2 bar sekitar pj.nasib baik la suami aku kenal rakan aku ni.dapat dua atau tiga gelas bir tu kira lega la bagi dia.pernah satu hari aku xsempat teman dia lama kat bar yg kami lepak sebab adik ipar aku excident.dia minum segelas dan hantar aku balik dan singgah ke 7e dia beli lagi 4tin tiger bir.kata nya tak puas la beb satugelas.dari siti aku da rasa rakan aku ni da ketagih arak.boleh sapa2 bagi idea nk nasihat rakan aku balik ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  35. tabiat merokok bagi perempuan yang dah ketagih bukan senang nak berenti.i start merokok sejak berusia 16 tahun masa form 4.I belajar merokok dgn abg I. masa tu dia dah tamat sekolah.saya tinggal dgn mak sbb ayah dah bercerai membuat kan saya bebas merokok bila balik sekolah sbb mak bekerja.masa form 5 bila belajar dirumah sambil saya akan merokok sehingga mak dpt tau.mak mana yg tak marah bila anak perempuannya merokok.lama2 mak da lali dgn tabiat merokok saya hingga tamat sekolah dan semakin berani merokok depan mak.mak pun xkisah sgt sbb di tempat kerja dia pun ramai perempuan merokok.
    umur saya masuk 20thn saya menjadi ketagih merokok dan mak membebel sbb saya lebih kuat merokok dari abg saya.hampir sekotak besar sehari.bila ada duit saya hisap rokok winston,bila xde duit saya hanya hisap rokok murah je.kadang2 bila mak kesian kan saya dia bagi duit rokok utk saya.skrg umur nak masuk 25thn belum ada niat nak berenti.so bagi lelaki jgn kecam permpuan merokok.bila dah lama merokok ketagihnya tetap sama mcm lelaki juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dh kawen,plan nk ada baby tu ssh.So stop arr.

      Delete
  36. bab hukum ade kate makruh ade kate haram tp masih ramai ustad dan pak imam serban merokok...merokok hak individu...takde larangan wanita merokok walau bertudung...bahaye tetap ade pada laki dan wanita perokok...tp bende dah addict...saye start merokok umo 12...biar la org ckp bangang ke ape ke...faham2 lah kite zaman budak2 sume bende nak try...sume org pernah lakukan kesilapan...rokok dah sebati ngan saye sampai jadi perokok tegar macam laki malah ade juga laki yg kalah ngan saye...skarang umo 27 saye still kuat merokok...40-45 batang sehari...org tak caye saye wanita bertudung mampu merokok sebanyak tu...bile dah addict saye takleh kawal...husband pun tak dapat kawal saye...

    ReplyDelete
  37. bagi saya merokok hak individu.saya memang da addict merokok.mula merokok sejak form 4 lagi.parent tahu saya merokok tapi xpernah merokok dpn mereka sehingga saya dah bekerja baru saya merokok dpn parent sbb dah ketagih sgt nak merokok bila dirumah.dan skrg berkahwin.suami xmelarang pun saya merokok sbb dia pun merokok walaupun saya dah mula bertudung bila bekerja.kadang2 suami tarik muka juga bila lihat saya kuat sgt merokok.saya memang xboleh kawal tabiat merokok saya.mak saya sampai suruh suami saya nasihatkan saya supaya kurang kan merokok tu takut nanti ada kesan kalau saya mengandung nanti.pernah sekali sekala bila saya bangun malam untuk buang air kecil saya sempat merokok dulu kemudian sambung tido.kalau suami tau masa tu saya merokok mampus saya kena marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 merokok.X syg org sekeliling ke?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  38. saya berusia 25 tahun.dilahirkan dalam keluarga yg merokok.mula merokok sejak berumur 15 tahun.parent mula nya marah juga sbb saya masih bersekolah dan perempuan pula.walaupun mak saya merokok dia tetap marah.tapi saya masih curi curi merokok.umur saya 20 saya dah addict merokok sehingga diketahui parent saya.mereka tak kata apa dah.
    sehingga sekarang saya bebas merokok depan parent saya.saya bukannya jahat.tak pernah ke kelab pun,cuma nak rasa rokok tu mcm mana lama lama ketagih dan susah nak berenti macam mak saya.dalam 3 beradik saya yg agak kuat merokok hampir 25 batang sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila bnyk kott.X mau stop ka?Tau kan bahaya ?

      Delete
  39. ini la realiti perempuan zaman skrg..ramai ketagih merokok dan ada yang kaki minum sbb kelab malam dah jadi rumah kedua mereka.ini tejadi pada wife aku.dia beusia 33 tahun mula merokok semasa umur 16 tahun katanya.dan mula minum arak semasa berumur 19 tahun.bagi aku dia merokok takde masalah kerana aku juga merokok.so aku paham.family dia pun tahu wife aku merokok sekian lama.
    aku pun tahu wife aku sblm berkawin memang sering minum arak bila berkaraoke dan kekelab malam..dan katanya nak stop semua bila berkawin.tetapi selepas kawin baru aku sedar wife aku bukan setakat heavy smoker tapi juga ketagih arak.tapi bila dah jadi isteri aku hadap la semuanya.mujur lahaku bukan kaki minum.aku nasihat supaya berhenti perlahan lahan dari minum arak.kesan dia bila waktu malam wife aku susah nak tidur.bila beli tiger atau carlberg setin tak cukup bagi dia.paling kurang pun 3 tin.paling lama bertahan pun seminggu.lepas tu mula mencari.kadang2 balik kerja sampai rumah dlm pukul 9 dah siap bau arak.lepak dgn kawan2.dan skrg dan mula nak mengandung..aku pu naik risau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...