Pages - Menu

26 Sept 2012

Free Hair


Semakin hari semakin ketara pula pura-pura ini.Mereka ingin berlaku jujur tetapi terpaksa berpura-pura jujur.Bila cuba berlaku jujur tiba-tiba terus sahaja di hina bagai tidak mahu.Hilang sudah kejujuran yang iklas.Kejujuran yang palsu terpaksa di guna pakai waktu ini.Jujur yang terpaksa akan membawa kepada mala petaka akhirnya.

Di sini di dunia blog pada hari ini terlalu ramai yang berpura-pura dan tidak jujur bila mereka membina blog .Pada permulaannya jujur mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu meniru blog-blog yang lain .Mahu jadi yang tersendiri dan beridentiti.Tidak mahu terikut-ikut dengan cara dan rentak orang lain.Cuba berdiri sendiri menjadi siapa yang kita mahu.

Kebanyakkannya blog kaum hawa.Mereka ini pada permulaannya mahu jujur menulis dan berkarya tetapi bila sahaja mahu jujur tiba-tiba di minta pula berubah menjadi orang lain.Hati orang perempuan bukan kuat sangat pun hati mereka mudah terusik dan merajuk. Cuma yang handal-handal sahaja mampu kekal lama di sini di dunia blog.Mana-mana yang tiada pilihan terpaksalah mengikut sahaja telunjuk-telunjuk mereka.

Blog seharusnya tempat kita meluahkan apa sahaja yang tersimpan di dalam hati.Kalau ada yang bercita-cita ingin menjadi popular pun terpaksa berfikir banyak kali.Bukan mudah mahu popular di dunia blog.Jika kamu tidak bertudung kamu memang dengan mudah akan jadi bahan lawak jenaka dari mereka-mereka yang perasan alim dan ulama.Mereka akan mudah-mudah melabelkan kamu dengan macam -macam label.Seperti mereka pula pemegang amanah dunia.

Lain kalau kamu itu lelaki tulislah apa sahaja dari yang paling sopan sampai yang paling celaka sekali gaya tulisan dan penyampainnya.Tiada siapa yang ambil peduli paling kuat pun cuma kena serangan maki hamun sahaja tetapi kita lelaki sudah terbiasa dengan "keganasan-keganasan" yang begitu.Bukan hal besar sangat pun.

"....susahnya untuk kita berjumpa dengan penulis-penulis wanita yang sangat kreatif dan bagus.Kalau ada pun boleh di kira dengan jari  itu pun mereka yang jenis agak kebal dari segala caci makian.Apa yang aku perasan sangat mereka -mereka yang berani menulis tidak kira apa topik pun selalunya mereka ini tidak bertudung mereka ialah golongan yang Free Hair..."

Kalau ada yang berani pun mereka tidak menonjolkan diri mereka.Mereka sangat berselindung dan susah untuk kita dapat kenali wajah si penulis blog .Mereka bertopengkan dengan bermacam jenis rupa bentuk.Ada yang berupa bunga atau benda-benda yang nampak kiut bagi mereka.Mereka tidak sesekali akan mendedahkan siapa mereka.Mereka sangat berahsia.Mereka terpaksa berlaku jujur hanya di penulisan.


Aku rasa aku dapat meneka siapa mereka .Mereka ialah golongan yang tidak bertudung!Mereka-mereka yang Free Hair! Aku amat-amat bersimpati dengan mereka.Mereka terpaksa menjadi orang lain.Mereka terpaksa pendamkan semua keinginan mereka untuk beramah mesra dengan pelawat-pelawat blog mereka dengan jujur tetapi apakan daya nanti mereka akan  di hina di keji pula.

"...pandai-pandai kau mahu nasihatkan orang lain ...diri kau sendiri pun belum cukup betul! Free hair dan tidak bertudung ...tak takut ke kena campak dalam api neraka nanti..."


Pasti akan terdiam seribu bahasa jika di serang begitu.Pasti akan rasa amat kesal teramat-amat sangat kerana mempunyai blog!Sumpah esok juga dia delete akaunnya.Semangat jujur dan prihatin yang sebenar terpadam dan terkubur sekali.Kita pula kehilangan seorang blogger wanita yang bagus dan bijak cuma gara-gara dia tidak bertudung...dia Free Hair!

Aku ada satu entry yang paling "panas" sekali mengenai tudung.Lihat berapa ramai orang yang alim-alim beri ceramah kepada aku.Aku cuma senyum sinis sahaja.Mahu sahaja aku ketuk kepala seorang-seorang supaya sedikit terbuka biji mata mereka.Lihat betul-betul daripada sumber mana aku ambil.Itu pun mereka berani pertikaikan!

Cuma satu sahaja yang aku tunggu sehingga hari ini tetapi "beliau" seperti cuba melarikan diri.Aku tahu kau hebat tetapi kau belum cukup hebat jika kau berani patahkan ayat dari kitab yang satu itu! Biarkan dia dengan dunia dia.Berani buat berani tanggung.Aku tidak rugi apa-apa pun sehingga hari ini.

Al-Quran ini di turunkan untuk siapa sebenarnya? Jika susah sangat untuk di fahami dan di mengerti buat apa diadakan khas kepada manusia di dunia? Itu yang sangat aku tidak faham dengan mereka-mereka ini yang cuba menakut-nakutkan orang islam untuk tidak berkasih mesra dan sayang dengan Al-Quran.

Bila kau beri kata-kata beramaran begitu agak-agaknya orang islam berani atau takut mendekati Al-Quran?Padahal Al-Quran di turunkan di dunia ini sebagai bahan rujukan sehingga akhir hayat dunia ini.Namun malang sekali terdapat banyak sangat "suara-suara" jahanam agar tidak berkaseh bercinta dengan Al-Quran!

Mereka bukan orang kafir  tetapi mereka orang islam itu sendiri.Mereka yang  punya angkara.

Aku tidak tahu sampai bila kepura-puraan ini akan terus di lakonkan.Aku juga tidak tahu bila dan ketikanya kejujuran akan menjadi nombor satu di dalam hati kita.Selagi mereka terus "ketepikan" Al-Quran selagi itulah mereka tidak akan sedar dari kealpaan.

Agak lama juga aku tidak menulis hal-hal agama kerana kefahaman aku dengan mereka-mereka agak bertentangan.Aku ambil sumber dari Al-Quran mereka ambil dari sumber-sumber kitab ciptaan manusia.Aku kata begini mereka kata aku ikut saluran yang salah.Kalau aku tanya sumber yang kau miliki itu adakah benar-benar tulin dan jelas?

 Adakah tiada terjadi kesilapan dengan sumber-sumber tulisan manusia yang beratusa-ratus tahun itu? Tiada kemungkinan berlaku kekurangan dan pertambahan dalam setiap sumber penulisan itu? Adakah terjamin kesahihannya?


Siapa yang berani beri jaminan?


Siapa?


chow!


p/s...ini salah satu tulisan lama aku di blog yang telah terkubur...


35 comments:

  1. hebat....aku pun tak tahu nak komen apa.

    tapi


    terpulang pada mereka, kan bagus jadi diri sendiri

    ReplyDelete
  2. aku pn rasa orang yg free hair ni berani dia lain sikit..

    dan aku jeles dengan keberanian tu..

    ReplyDelete
  3. Poor them..kalau x pandai nak positifkan diri mmg akan fikir nk resign dari menulis blog jer kot. Melawan nnt kene saman pulak *cacimaki fesyen lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah ...sebab ramai blogger adalah muda2...

      Delete
  4. Kalau tak kuat, mmg dah lame resign...especially, bila trima komen2 yang...alahai...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. org perempuan susah nak praktik kan ...mereka kan lemah lembut dan mudah terusik...:)

      Delete
  6. Hebat penulisan ini. Aku setuju, lelaki sangat sangat sempoi dalam penulisan. Tak goyah. tetapi perempuan. Aku cakap diri aku juga, kadang2 terkena juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah siapa lagi kalau hendak dibuli...hehe

      Delete
  7. lelaki agak tetap pendirian berbanding perempuan.

    terpulang pada diri masing2.

    tepuk dada tanya iman.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh..

      kenapa rasa macam kenal je entry ni...


      rep******** tu blog u ek?

      Delete
    2. yes u itu i....kalau ada jodoh x kemana kannn...hehe!

      Delete
    3. ehh eva, rep what ? giv la link ke..kehkeh

      Delete
  8. pergh...topik ni betul2 hangat ni...hehehehe.. yang penting, panduan kita Al-Quran. ia bukan untuk hari ni atau esok sahaja, tapi sampai akhir hayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua faham ianya amat mudah tetapi sayang ianya tidak begitu faham tetapi x tahu!

      Delete
  9. Aku baca entry kau ni aku dah suka dengan kau. Maksudnya suka penulisannya lah. Ni yang nak jenguk berkali-kali ni. kikiki :p

    Aku free hair, aku pernah ditegur dengan sinis dalam blog aku bila aku menulis tentang agama. Dia kata macam aku ni tak betul sikit laa.. Free hair tp.. faham2 je laa..

    Aku tersentap dan menangis kot. Last-last aku dah okay lps dpt khidmat nasihat kawan aku. dah kebal dah sekarang.. still ada blog lagi. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang aku maksudkan di entry ini...ketelusan kita diragui dan dipersoalkan!

      Delete
  10. free hair atau tak tak menunjukkan siapa kita di dalam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi mereka lihat kulit dan tidak nampak isinya...

      Delete
  11. pernah kena hentam dlm entry.. jujur salah, putar sikit salah.. tapi peduli apa, cuma nk jdi diri yg sebenar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang terbaik tetapi kena pandai kawal emosi...

      Delete
  12. dalam berblog ni kita x kenal & x tahu pun hati orang tu macam mana.
    bila dah kenal & follow lama2 baru tau dia macam mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari tulisan dia kita tahu siapa dia sebenarnya...

      Delete
  13. Replies
    1. itu yang berlaku...x tahu tapi berlagak tahu...

      Delete
  14. Yang bertutup, tak semestinya baik 100%. Yang rambutnya kelihatan, tidak semestinya jahat seperti mereka tak tahu mana baik buruk. Begitu mudah masyarakat menghukum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masyarakat kita di hari ini ...kulit sangat penting bukan isinya!

      Delete
  15. emm aku nk kata apa ni..
    sebab kata2 aku kelu sbnrnya..jadi, teruskn brkarya lah ye pacik..aku suka santapan ni, dn rasa nk tau jgk blog ko dulu yg mana ye? =..=

    ReplyDelete
  16. nak LIKE entry ni berjuta2 kali..!
    mcm na baru 3bulan berjinak2 dgn blog ni..so tatw la mcmne nak taw sesorg blogger tu itu pentipu..sijujur ataw peniru..(mmg kene bnyk blajar dari yg pakar haishh)
    tp bila da bace entry ni baru terfikir #xkan ade yg berblogging create entry pjg2 or buat cerita sedih ke ape ke hakikat nye cerita itu adalah REKAAN SEMATA2? aduhh parah jugak klau ade manusia mcmni? mungkin kepuasan dyeorg kot ek?

    ReplyDelete
  17. ehem2.nak tgok muka penulis blog ni leh?hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...