Pages - Menu

2 Sept 2012

Akal di Hati



Semua orang berhak cakap apa sahaja.Buat apa sahaja...

Namun seandainya kamu rasa didalam kepala kamu itu ada benda yang dikenali sebagai otak harap-harap digunakanlah sebaik mungkin.Ialah mana tahu mungkin segelintir dari kita tidak tahu atau mungkin juga tahu tetapi terlupa mahu digunakan atau juga malas mahu digunakan.

Hari ini apa yang aku nampak dan lihat ada begitu banyak sekali manusia yang semakin kurang menggunakan otak yang mereka miliki.Kalau dilihat dari luarannya mereka ini tiadalah cacat celanya malah sangat sempurna sekali tubuh badan mereka.

Cuma tindakan dan perlakuan mereka-mereka ini pada hari ini semakin diragui akan kesahihan adakah mereka ini ada mempunyai otak didalam kepala mereka.Jika dilihat tiada bezanya diantara kita semua ini.Mereka berbaju dan berseluar begitu juga dengan kita.Mereka makan dan minum kita juga sama.Mereka tersenyum dan tertawa serupa seperti kita juga ...cuma mereka suka kepada jeritan!

Tiada salahnya kalau arah tuju dan haluan kita berbeza-berbeza.

Mahu ke neraka dan syurga juga berbeza cara perjalanannya.Tidak salah berbeza pandangan dan berlainan arah.Itu hak masing-masing tiada siapa akan mampu untuk rompak atau samun dari kamu!

Sila lah...cuma kalau boleh gunakanlah otak yang terbenam didalam kepala itu sebagai panduan ketika menggunakannya yang dikenali dengan nama akal untuk berfikir.

Jangan sia-siakan atau salah gunakan!

Semakin hari semakin teruk aku melihat mereka-mereka ini.Semakin lagi sayu hati ini bila melihat mereka-mereka ini ialah dari keturunan aku sendiri.Mereka bertelagah kerana cuba untuk menjatuhkan keturunan yang sama seperti mereka-mereka ini juga.

Kononnya keturunan yang satu lagi yang sama seperti mereka-mereka  ini adalah sangat celaka dan sangat durjana tindak tanduknya.Selama ini mereka itu dengan secara sengaja telah menghisap darah keturunan mereka sendiri.Mereka sanggup menyamun semua harta kekayaan yang ada dibumi yang tercinta ini.Mereka tiada berhati perut...dan seribu satu macam lagi dakwa dakwi mereka!

Aku cuma tersenyum sambil tertawa kecil...engkau dan mereka tiada bezanya!

Mereka itu penyamun lama dan kamu pula adalah penyamun baru...betul atau tidak?

Apa yang kamu mahu dari mereka sebenarnya?

Hak berkuasa?

Jika suatu hari nanti kamu berjaya membunuh keturunan yang satu lagi yang kamu panggil pengkhianat adakah kamu boleh beri jaminan yang " kami " ini akan terbela nasibnya?

Penyamun tetap penyamun walaupun cara penampilan dan pergerakan mereka berbeza.Makan tetap ikut mulut dan buang najis juga tetap ikut lubang dubur!

Tiada perbezaannya!

Kamu silap....siapa? akukah silap?

Mungkin ya dan mungkin tidak tetapi yang pastinya ...bila Hang Jebat dan Hang Tuah berentap siapa akhirnya yang menang?

Hang Tuah kah atau Hang Jebat?

Oleh itu gunakanlah akal yang kamu miliki sebaik mungkin dan bukan rujuk kepada hati kamu sebagai akal kamu!

chow!





29 comments:

  1. ni pasal yg pijak gmbr njib ke? eh tnya plak. huhuhu

    ReplyDelete
  2. akal anugerah yg BESAR. terpulang pada mereka menggunakannya.

    paling aku suka bila guna akal utk bertujuan JAHAT, ia bertindak dgn bagus dan bernas sekali idea2 jahat ni.

    ReplyDelete
  3. fikir dulu sblm pilih...

    jgn terpengaruh dengan nafsu..

    ReplyDelete
  4. kadang2 nafsu kuasai akal yang waras..

    ReplyDelete
  5. honestly, aku suka pada entri2 ko bro. setiap susunan ayat sangat best untuk dibaca. Dan penuh dengan maksud tersirat.. aku berani katakan yang ko memang berbakat menjadi seorang tokoh bahasa mahupun sastera satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana sudi melawat blog saya dan follow saya. saya dah follow balik.

    ReplyDelete
  7. mohon supaya Allah pelihara akal kita, semoga sentiasa waras kan..
    tapi ada juga yang macam akal udang...huhu!

    ReplyDelete
  8. semua manusia ada otak. tapi bukan semua manusia tahu menggunakan 'aql yang Tuhan beri.

    tak gitu?

    dill.

    ReplyDelete
  9. gunakan akal dgn sewajarnya. jgn pakai akal letak kt lutut. eh? haha

    ReplyDelete
  10. ala,biasala tu...kita takleh melawan atau benci sgt dgn semua kebodohan masyarakat gni,nnt dgn semudah kacang dorang gelar kita gila...kita kena buat tak tahu,baru dorang panggil kita normal...orang normal xmarah bak kata dorang,kalau marah nnt kita ada split personality...bila kita bongkarkan kebodohan dorang,sesedap rasa kita dihukum anti masyarakat...aku lebih rela jadi anti masyarakat yg gni punya perangai...buang masa ikut jadi watak dalam drama ciptaan dorang...bila aku rasa nak cari bahan gelak,baru aku join manusia2 gni...tgok perangai dorang bole buat aku gelak smpai nangis...

    ReplyDelete
  11. u bile nak letak gambar lelaki ensem kat entry? asyik gambar pompuan sexy je.

    haha XD



    p/s: akal itu anugerah. jika tak hargai, jangan menyesal kemudian hari :)

    ReplyDelete
  12. guna akal dgn betul.
    guna hati dgn berhemah.
    :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...