Pages - Menu

5 Sept 2012

Cerewet


Perlukah cerewet atau tidak ketika memilih pasangan kekasih kita.Kalau cerewet sangat nanti susah pula mahu berjumpa yang berkenan di hati.So sekarang macam mana harus kita buat.Perlu memilih atau tidak.Perlu cerewet atau tidak?

Semua persoalan ini kadangkala amat memeningkan kepala kta .Di telan mati bapak di luah mati emak.Mahu atau tidak kita terpaksa juga memilih dan buat pilihan.

Begitu juga dengan diri aku.Aku akui aku sangat memilih orangnya.Bukan kesempurnaan yang aku cari tetapi kepuasan di hati yang aku ikuti.Kita harus jujur bila mencari atau memilih pasangan kita.Kita bukan memilih seperti membeli sepasang kasut yang di pakai di kaki tetapi seseorang yang bakal berkongsi hidup sehingga terhenti nyawa.Semua perkara akan kita kongsi bersama ketika waktu senang dan juga ketika waktu kita susah.Harus ada seseorang di sisi kita untuk mententeramkan kita dan menyokong kita.

Perlu sangat ke semua ini?

Halooo...kita ini bukan hidup di dalam dunia drama atau filem ok.Kita hidup di dalam dunia realiti dan bukan dunia yang main-main.Mungkin hari ini tidak... kerana kau masih lagi belajar.Kononnya harus tumpukan semua perhatian kepada pelajaran dan benda-benda yang berkait rapat dengan perhubungan dua hala adalah tidak sesuai dan bukan tepat pada masanya.

Habis itu bila?

Di dunia realiti hari ini terlalu ramai gadis-gadis yang terlajak usianya yang sedang solo dan keseorangan bersendirian sekarang.Jumlah mereka bukan sedikit tetapi ramai.Siapa yang mereka tunggu dan siapa pula yang akan datang menghampiri untuk mengisi tempat dan kekosongan hati mereka?

Siapa agak-agak kamu? Siapa yang berani datang rapat dan memikat?

Setahu aku lelaki yang sedikit berusia lebih kurang sekitar  35 tahun ke atas dan sudah mempunyai 2 atau 3 orang anak!

Cuma mereka-mereka ini sahaja yang berani rapat dan mencuba nasib kerana mereka tahu yang mereka tidak akan rugi apa-apa kalau di reject.Kalau mereka bernasib baik dan mereka ini di terima pula maka siapa yang beruntung dan siapa pula yang terpaksa?

Itu jugalah situasi yang berlaku pada hari ini.Salah siapa? Siapa yang harus di persalahkan? Kita atau orang tua kita atau orang di sekeliling kita?

Aku tidak nampak kesalahannya bercinta sewaktu sedang belajar tetapi apa yang aku nampak ialah kesalahan bila terlalu bercinta sehingga hilang tanggungjawap sebagai seorang pelajar kerana terlalu mengejar cinta.

Kenapakah tidak di selarikan sekali 'Cinta dan Cita'?

Susahke?

Susah bila kita tidak mahu menerima semua ini sebagai satu keperluan.Keperluan sebagai manusia yang hidup dan punya perasaan.Bila kita terlalu mengejar cita-cita maka kita pasti akan tertinggal cinta tetapi bila cita-cita sudah berada di dalam genggaman di mana pula harus di kejar cinta?

Ingat mencari Cinta bukan semudah membeli baju di shopping komplex.Pilih mana sahaja yang di suka lalu di ambil dan di bawa ke kaunter bayaran dan di bawa pulang dan esok hari kita sudah boleh menggunakannya! Haiwan yang tiada berakal juga susah mencari pasangan dengan sekelip mata sebegitu tahu!

Itu yang selalu aku terfikirkan kenapa tidak boleh di selarikan cinta dan cita-cita? Dimanakah susahnya sebenarnya?

Adakah ini di namakan cerewet juga? Atau takut?

Takut kalau-kalau terputus cinta dan makanya cita-cita juga turut putus di pertengahan jalan? Itu menujukkan kamu cuba menafikan realiti kehidupan.Kita hidup di dunia ini bukannya semua telah disediakan dan dipermudahkan.Petik dengan jari dan dengan sekelip mata semua tersedia di depan mata!

 Mana ada semua itu!

Dalam drama TV dan dalam filem adalah.Di dalam alam sebenarnya tidak sama sekali.Semuanya ada rintangan dan pengorbanan.Takut berumah di tepi pantai jangan cuba-cuba tetapi bila kalau tidak di cuba mana kita tahu akan akibatnya.Siapa pula yang akan bercerita kepada kita tentang bagaimana rumah roboh di badai ombak laut!Siapa pula yang sudi memberikan gambaran sebenar-benarnya?

Bolehkah kita percaya bulat-bulat apa yang mereka cerita kepada kita dan pada masa yang sama dia juga karam dengan kisahnya.Hidup perlu ada keberanian.Perlu berani jatuh dan gagal.Juga tahu bila harus bangun dan bangkit pada waktu yang tepat.Salah masa dan tempat juga akan membantutkan segala perancangan kita.

Ini juga sifat cerewet.

Cerewet yang membawa kepada kesakitan.Jika cerewet memilih itu lain ceritanya .Mungkin bukan hari ini nasib kita kurang baik tetapi siapa tahu akan esok harinya. Sekurang-kurangnya kita tidak cerewet untuk mencubanya.Tidak cerewet juga adakalanya membawa masalah.Kita bila tidak cerewet itu bermaknannya kita tidak berhati-hati dan akibatnya kita yang jatuh tergolek dalam menahan kesakitan akibat tidak mengakui akan kebaikan cerewet.

Cerewet seorang yang bernama lelaki tidaklah menyusahkan atau sangat terbeban.Cerewet lelaki cerewet mahu yang terbaik.Jika lelaki itu tidak cerewet maka lelaki itu jalan cerita kehidupannya agak hambar.Tiada kesukaran dan tiada kenikmatan dalam kehidupan.Terima semua seadanya.Redha dan berserah sahaja.Padahal usaha pun belum lagi.Tidak tahu kitab yang mana satu telah di baca dan ikuti.

 Bosan betul orang lelaki macam ini...keh3!

Kalau ada lelaki yang terlalu cerewet pula seharusnya kamu para gadis pandai-pandailah mencari kaki untuk membuat sedikit tendangan bebas...ok!

Lelaki seharusnya jangan terlalu sangat cerewet bila sudah bertemu dengan yang berkenan di hati.Man-man...sudah! Sikit lebih kurang mana yang terlebih atau terkurang.Kau pun bukannya cukup sempurna.Tidak mengapa cerewet ketika memilih tetapi jangan cerewet ketika bersama dengan orang yang kita pilih.Mana ada orang dapat semuanya cukup Tip Top sempurna!

Begitu juga dengan aku cerewet ketika memilih adalah wajip kepada aku dan jika sudah terpilih harus aku terima segala hitam putih rupa dan peel si dia dengan tangan terbuka.Sebabnya aku tahu kenapa dia di padankan dengan aku.

Mesti ada ying dan yang...betul ke ni...keh3!

Cuma berpada-pada ketika bersifat cerewet jangan sampai sifat yang terlalu akan memakan kita di kemudian hari.Jika tiada sedikit pun ada rasa cerewet di hati itu maknanya kamu cukup bersedia menerima apa jua yang datang dan pergi seadanya.

Itu bukan berserah tetapi menyerah kalah!

Jangan hidup kalau takut cerewet....Ok apa kalau cerewet!.Itu juga sifat manusia...Haiwan cerewet atau tidak ...kamu rasa?


Chow chin chow!

43 comments:

  1. kadang kala klu kita terlalu memilih bila dah serumah sebantal sepinggan segala.. baru kita tau ying n yang yer..

    ibarat memilih buah.. kita memilih lama2 harap buah yang di beli manis tapi akhir nya bila bawa pulangk ke rumah xsmua buah itu rasa nye manis pasti ada yg masam dn juga tawar..

    segalaye adalah rahsia yang maha esa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti mahu cerewet ...mana mungkin tidak...:)

      Delete
    2. memang la klu gua pon cerewet nk cari yang betul2 yang tak tinggal perkara yang wajib.. tau peranan dia.. tapi klu la gua boleh nampak tu semua..

      kadang cerewet sgt pon susah jgk lelaki semalam oii unless la ada tulis smua kt dahi dia..

      Delete
    3. mana tahu mmg ada yg tertulis kat dahi...hehe

      Delete
  2. dulu aku ada lecturer yg cukup risau bila student dia x mencari2 masa bljr..
    lebih2 lg student prmpuan..

    bukan dia galakkan bercinta..cuma dia risau, zmn bekerja pilihan makin kecil..

    tp mslhnya aku dengar dia kata gitu lepas abis bljr.. kah3..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masih ada pilihan walaupun pilihan makin kecil. selamat memilih cik ;)

      Delete
    2. mesti cerewet juga ketika memilih...:)

      Delete
  3. memilih pasangan itu wajib. tersilap pilih memang naya ouh.

    tapi sebenarnya jodoh kita memang Allah sudah pilih. hanya masa yang menentukan

    :)



    ReplyDelete
  4. perempuan pun bab memilih pasangan sangat cerewet gak. haha. tapi lebih molek pilih yg sekufu ye x.. nak lebih2, diri sendiri ni biasa2 aje. hee ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tahu takper...hak wanita ialah memilih dan terpilih!

      Delete
  5. ops....ini isu berat...memilih pasangan hidup...tapi pilihan terletak ditgn masing2...salah pilih merana smpai kemati...tapi ada jugak org sebut takdir...benda susah nak cakap...tapi bg aku,untuk lelaki tanggungjawab+cinta=perfect...kalau nak tambah pakej,ada rupa yg menyejukkan hati...tapi selalunya cinta itu buta...haha

    ReplyDelete
  6. kalau tak cerewet, nanti menyesal kemudian hari, kan..? hehe..

    ReplyDelete
  7. Bro, sebak aku baca, even bukan crita yg tragis pun.
    **tapi agak tragis lah bagi aku. --nanges lagi

    "aku x memilih, tp yg tak dipilih itu selalunya aku"

    --sambung nanges bawah gebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar je laa...nak buat cam ner itu sudah nasib masing2...

      Delete
  8. cerewet memilih tu boleh tapi jangan memilih sangat.

    lagi pun soal hati ni.

    kalau nak kenal betul2 isi hati dan sifat kompom yg dah berkahwin belum tentu dapat mengenali pasangan hidupnya lebih mendalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu memilih pun naya juga tapi mesti memilih...

      Delete
  9. TH baca komen LS sume sama je.memilih.....
    cerewet.cerewet.cerewet sungguh.ehehehe

    ~~utk hidup sampai mati...memang kena memilih dan biarlah yang dipilih itu adalah terpilih.okeyh!!!



    TH kawin tapi masih belajar ni ok je?

    ReplyDelete
  10. Bagi aku tak perlu fussy sangat. Cermin diri kita, kalau kita tak ada lah perfect sangat, jangan nak meminta melampau batas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi tetap kena memilih dan cerewet juga kannnn....

      Delete
  11. aku memang jenis laki cerewet dalam memilih pasangan ni. tu gagah je membujang bertahun tahun. haha

    bukan cerewet, cuma nak yang terbaik. aku percaya kata2 tu. harap tak makan dirilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahu yang terbaik seharusnya cerewet yer tak...

      Delete
  12. ok ah. gua nak duduk rumah tunggu ada awek masuk meminang gua. kahkahkah. kalo takat jadi suri rumah, rasenye power dah. hahah

    ReplyDelete
  13. thanks for visited my blog =)

    cerewet yer...hurmm...entah. klu dah jumpe jodohnya tu lupe terus tentang cerewet. semua pon OK =P

    ReplyDelete
  14. boleh cerewet tp berpada-padalah... Tgk diri sendiri sbg sandaran ukuran dan penilaian...

    aku kalu makan kompom x cerewet,,,

    ReplyDelete
  15. Aku tak cerewet, tapi aku tak pandai memilih. Terutama bila di beri pilihan. Baik aku diam jer. Tunggu masa yang tentukan.

    ReplyDelete
  16. jgn terlalu cerewet, buat org menyampah.. even nk cri pasangan pun, boleh cerewet, tp jgn terlalu nakkan yg sempurna..


    sy xcerewet, tp dikelilingi dgn org cerewet.. bykkn sabar je la..

    ReplyDelete
  17. terlalu cerewet pun merimaskan jugak..cerewet biala kene tempat

    ReplyDelete
  18. Salam kenal, pendapat saya bersederhanalah yang terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus juga buat pilihan ....walaupun bersederhana.

      Delete
  19. cerewet ni kdg kdg perlu jugak. tapi takleh la melampau sgt. ;)

    ReplyDelete
  20. aku tergolong dlm umur yg dinyatakan di atas, 34 thn. cerewet?? mungkin tidak tetapi haruslah memilih yang terbaik untuk pasangan hidup, 4 perkara yang perlu dicari..harta, rupa, keturunan dan agama, jika memilih agamanya, nescaya hidup kita lebih selamat.

    agak2 berapa ramai dari kalangan lelaki masa kini yang masih berupaya melengkapkan rukun islam yg ke-2? sangat sukar di cari!

    kadangkala rasa lebih baik begini....buat apa la fikir sangat, makan diri kemudian nanti....happy all d time. tua usia muda jiwa yg pastinya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...