Pages - Menu

30 Sept 2012

Nasib


Setiap manusia yang hidup didalam dunia ini telah tersurat akan nasib masing-masing.Tidak semua menerima nasib yang serupa dan sama.Mungkin kamu yang mempunyai nasib yang sangat baik sentiasa sahaja menerimanya tidak putus-putus.Susah dan sukar macam mana sekalipun kamu tetap bernasib baik dan selalu sahaja di sudahi dengan kegembiraan dan kepuasan juga kejayaan.

Nasib yang baik ini kepada sesiapa yang seringkali menerima seharusnya kamu bersyukurlah dari sekarang kerana nasib baik ini tidak mungkin akan muncul lagi jika kamu sengaja menafikan akan pemberiannya!Disini kemungkinan besar kamu tiada banyak persoalan dan mempersoalkan kenapa dan mengapa nasib baik kamu sentiasa sahaja berpihak kepada kamu.

Itu mungkin sudah nasib kamu yang sentiasa bernasib baik...beruntunglah kamu!

Begitu juga yang sebaliknya dimana kamu tidak sudah-sudah ditimpa musibah dan kesukaran.Sentiasa sahaja menerima nasib buruk yang menghantui kamu berkali-kali.Nasib ini yang kamu sendiri tidak faham dan dapat menerimanya dengan hati dan akal yang rasional.

Selalunya kita tidak akan merungut banyak atau marah-marah jika nasib yang kurang baik itu menimpa kita sekali atau dua malahan kita rela dan redha sekali akan ketentuan yang diberikan olehnya.Namun bila ianya terlalu kerap dan berkali-kali apakah kita masih boleh menerimanya?

Adakah kita benar-benar jujur untuk rela dan redha menerima...?

Jelas sekali bila kita sudah sampai ketahap ini kita mulai hilang pertimbangan dan kewarasan.Ketika ini kita mulai berkira-kira dan mulai pula menimbang tara dan di susuli pula dengan sedikit kekacauan didalam jiwa.Kita mungkin ada sedikit keberanian untuk mempersoalkan kenapa dan mengapa kita dihujani dengan bertubi-tubi musibah dan nasib tidak baik ini!

Kenapa dan apakah salah aku?

Ramai diantara kita disini pasti ada dan pernah mempersoalkan kenapa dan mengapa nasib kita selalu sahaja di timpa malang dan tidak bernasib baik.Tidak kira lah sama ada didalam kehidupan atau pun didalam alam percintaan.

Cuma dua perkara ini sahaja yang kerap menggangu kita...kehidupan dan percintaan!

Kehidupan adalah sesuatu yang amat luas untuk diperkatakan dan dibincangkan.Agak sukar untuk dihurai dan dirungkaikan.Ianya terlalu komplikated dan berselirat.Umpama urat yang ujud didalam tubuh badan kita.

Kalau bab percintaan mungkin agak mudah untuk kita cerita dan kisahkan.Lebih mudah dan senang untuk difahami oleh kita-kita disini.

Percintaan sebenarnya juga adalah salah satu dari cabang kehidupan kita.Tiada cinta bagaimana bisa meneruskan kehidupan.Semua yang bermula didalam dunia ini adalah kerana cinta.Jika tiada cinta mungkin kita tidak ujud di atas muka bumi ini.Apa-apa pun cinta memang tidak dapat lari dari kehidupan kita ianya sama seperti darah yang mengalir didalam urat-urat kita yang berjuta banyaknya yang penuh berselirat didalam tubuh badan kita!

Bila nasib kita didalam percintaan sering sahaja gagal malahan membawa kepada penderitaan pasti sekali kita akan mulai mempersoalkan.

Percaya atau tidak kita sebenarnya kurang faham kenapa dan mengapa kita sahaja yang harus menerima semua nasib yang tidak baik ini selalu dan berkali-kali.Kenapa kita yang tulus iklas dan jujur seringkali diperdaya dan dipermainkan?


Kalau sekali dua tidak mengapa tetapi berkali-kali!


Kita juga akan termenung dan binggung memikirkan hal ini.Kenapa kita sukar sekali mempunyai nasib yang baik.Kita selalu sahaja kecundang dan putus di pertengahan jalan.Kita mungkin juga tetap lagi setia menanti dan menunggu bekas kekasih kita walaupun kita tahu hati kita telah dia lukai dan khianti!


Kalau sekali dua tidak mengapa tetapi berkali-kali!


Mungkin sudah nasib kita untuk terus kekal di uji dan menerima semua nasib tidak baik ini untuk selamanya.Kita tidak tahu apakah hikmah kepada semua ini.Kita pasrah dan kita tawakkal sahaja untuk terus kekal di atas muka bumi ini dengan tenang dan cekal.Kita juga tahu ianya bukan mudah untuk kita hadapi bila kita sering sahaja dihujani dengan semua masalah ini.

Bolehkah kita menipu diri kita sendiri untuk menerima nasib tidak baik ini sebagai salah satu dari memori kehidupan kita selama kita hidup?


Ialah kalau tidak menipu apa lagi yang mampu kita lakukan.Mulut memang mudah untuk berkata...



"...engkau redha dan terima semua ini dengan iklas..."



Tetapi mudahkah?


chow!



34 comments:

  1. aku redha nasib ku begini..adakah di pihak sana meredhai aku??

    syukur itu lebih afdhal...

    ReplyDelete
  2. sabarlah...
    psssttt...cantik gambar tu ^^

    ReplyDelete
  3. mampu ke tak bergantung pada seseorang itu :D

    ReplyDelete
  4. Nasib badannnn.. hek.

    ReplyDelete
  5. bab kata Sepah ; "barang yang lepas jgn dikenang."

    sometimes the best things for someone u love the most is to let them go.. so let them be. because someday somehow you'll get someone 99x better than the one that u hope for.

    rugi kalau bazirkan masa utk yang tak sepatutnya :)

    ReplyDelete
  6. nasib tak baik sekarang, mungkin akan bernasib baik di masa akan datang, nasib baik selalu, bukanlah tentunya berpanjangankan..sedangkan hujan pun boleh timbul disaat-saat cuaca panas..

    ReplyDelete
  7. ada pepatah pernah mengatakan , kita akan berjumpa dengan ramai orang yang salah sebelum kita jumpa seseorang yang sebetulnya jodoh kita, jadi bersabarlah hingga munculnya orang itu...

    ReplyDelete
  8. KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
    "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
    boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
    Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


    KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
    kesanggupannya."

    :)

    ReplyDelete
  9. sellu hdik kat aku..eeeeeeeee

    ReplyDelete
  10. sesuatu yang kita anggap buruk buat kita tidak semestinya buruk di mata Dia.

    ReplyDelete
  11. Itu semua ketentuan Tuhan. Kita cuma mampu teruskan dengan cara kita sendiri. Itu pilihan.

    ReplyDelete
  12. kalo dah redha, tak boleh merungut~

    ReplyDelete
  13. Aku redha sahaja dengan ketentuan Tuhan. Mungkin itu yang terbaik untuk diri aku?

    ReplyDelete
  14. redha itu suatu nikmat..

    tapi semudah itukah redha?

    ReplyDelete
  15. apa yang terjadi itu ada hikmahnya bukan ? :>

    ReplyDelete
  16. Lahir tidak sempurna mcm org.sush dpat kerja sbb kekurangan aku.hdup kena bgntung pd org..x bleh bahagia mcam org lain...ada penyakit yg ckup memalukan yg takkan bleh sembuh.msa mak bpak ada bleh bgntung hrap lg..kllu dia org dah tak da nnt...x tau oa camna nak hdup.aku x da adik bradik...satu cra je yg tinggal..BUNUH DIRI

    ReplyDelete
  17. Tuhan tu betul ke adil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...