Pages - Menu

1 Oct 2012

Plan


Dari aku budak sehingga aku meningkat dewasa aku selalu mengamalkan formula ini.Plan A dan Plan B.Ini juga kerap kali membantu aku ketika aku dalam kekusutan dan dalam keadaan  terdesak.Ini formula yang aku sering gunakan dalam kehidupan hari-hari aku.Ianya jelas sekali terbukti cukup berjaya dengan begitu sukses sekali.

Alhamdullilah selama ini formula ini amat berkesan buat aku.

Cuma bila berkait dengan dunia percintaan aku tidak lansung mengguna pakai akan kaedah formula ini.Tidak sekali akan aku cuba.Ini bukan cara aku dan dengan apa yang aku percayai mengenai cinta.Ini mungkin akibatnya kepada mereka-mereka yang terlalu angkuh memegang kuat kepada amalan kesetiaan dalam bercinta!

Ini mungkin kelemahan aku yang paling ketara didalam dunia percintaan iaitu terlalu setia kepada kekasih yang tercinta.Bercinta hanya dengan satu perempuan dalam satu-satu masa.Tiada 'sparetyre" atau plan B.Sama ada aku tidak mahu atau tidak suka aku sendiri kurang memahaminya.Apa yang jelas aku memang begitu sikapnya bila jatuh cinta.Tidak pandai bermuka-muka dan berpura.Aku suka akan engkau dan tidak aku khianati akan engkau.Itu style aku dari cinta yang pertama sehingga kini.

Dan yang paling bestnya ialah aku selalu tertarik dengan gadis-gadis yang bernaung di bawah bintang "aries" dan aku tiada jawapan untuk soalan kenapa.Jangan ditanya aku mengapa itu yang aku selalu cari.Aku tidak tahu kenapa dan mengapa.Aku sendiri kebinggungan bila memikirkannya.Adakah aku yang bernaung dibawah bintang "capricorn" memang itu pasangannya dan lawannya?

Entah! Aku sama sekali tidak tahu!

Kembali semula kepada plan A dan plan B.Aku memang tidak suka mengamalkan formula plan B didalam dunia percintaan.Kepada aku itu tidak elok dan tidak bagus dan amat menyusahkan diri sendiri di kemudian hari.Maksud aku dengan plan B ini ialah kita punya 'kekasih 1' dan 'kekasih 2'.Diwaktu yang sama kita punyai 2 orang kekasih.Nombor 1 kita anggap adalah Cinta kita yang paling utama dan yang nombor 2 adalah Cinta kita didalam simpanan dan persediaan jika yang nombor 1 buat hal.

Maka kita tidak akan terlalu sakit sangat jika terputus cinta.Kita sudah awal-awal lagi membuat persediaan.Persediaan untuk menghadapi bahana dan bencana dari derita putus cinta.Aku memang tidah mampu melakukan itu.Susah untuk aku cuba melakukan perkara yang aku sendiri tidak tahu dan tidak suka.

Aku jenis yang setia kepada yang satu .Baik atau buruk aku terima seadanya.Namun dari segi rupa paras memang aku agak memilih sangat-sangat.Tidak cantik atau bergaya aku memang siang-siang tolak tepi.Ini juga jangan tanya aku sebab soalan itu aku tidak tahu akan jawapannya.Orang cakap lagi cantik dan sexy pasangan kekasih kita nanti hati dan jiwa kita akan terseksa merana!

Itu bukan masalah besar buat aku.Jika kita beli baju atau beli kereta atau mahu membeli rumah ...kita pilih yang mana satu...yang cantik atau buruk? Beli benda yang mati dan tiada bernyawa pun kita pilih yang cantik-cantik sahaja inikan pula 'barang' yang bakal sehidup semati dengan kita suatu hari nanti!

Mungkin bukan setahun bersama tetapi jika ada jodoh mungkin sepanjang hayat kita.Sanggupkah kita menipu diri kita sendiri di satu hari nanti!


 
"...kenapa aku tidak memilih yang cantik-cantik dahulu yer..."

 
Pernah jumpa orang yang sudah beristeri dan punya anak 5 ke 10 orang tetapi masih lagi menggatal tidak 
sudah-sudah.Bila ditanya kenapa dan jawapannya...

 
"...dulu tidak punya keyakinan untuk pikat yang cantik-cantik ini..."

 
Tiada salahnya dan juga tiada dosanya kalau kita memilih cuma yang cantik-cantik sahaja.Ingat lagi dengan 4 perkara yang harus kita selediki untuk memilih bakal isteri kita.Cantik ialah salah satu daripadanya.Itu dari sudut pandangan agama.

Tidak puas hati lagi.Ikut suka hati engkaulah siapa juga yang engkau pilih aku tetap dengan gaya dan lagak aku...hehe!

Aku tidak serik dan jemu untuk mencari atau mencuba lagi.Kehidupan seharian kita harus diteruskan juga.Sakit memang sakit tetapi ada batas-batasnya dan hadnya.Ada waktu dan ketikanya kita harus bersedih dan bermurung dan harus tahu juga akan masa untuk menamatkannya.

Kali ketiga patah hati dalam percintaan.Sedih dan kecewa.Penat dan letih.Apakan daya lagi sudah itu ketentuan yang aku terpaksa terima dan redha.Tidak mengapalah mungkin ini bukan jodoh aku dengan 'dia'.Mungkin juga ini satu ujian buat aku untuk diketemukan dengan yang mungkin lebih lagi cantik dan lebih baik lagi.Siapa tahu !


Chow!

29 comments:

  1. Suka tengok followers dah 123. Hehe.

    Btw setuju sangat dengan pendapat kau, kalau nak bercinta pilih la yang sedap mata memandang nanti dah berkahwin esok esok tak rasa rugi. Bukan apa nanti bila dah kawen mula lah nak pasang yang lain kesian si bini

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. bro pasti akan ketemu someone yang lebih baik daripada sebelum ni.

    ReplyDelete
  3. mungkinkah wujudnya fenomena bertukar2 pasangan kerana terlalu asyik dalam memilih rupa paras 'cantik' sahaja?hehe...cantik itu subjektif...tarikan sebenar bagi annur adalah seri wajah....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tukar sangatlah kerana masa yang diambil makan tahun juga utk satu2 ikatan...:)

      Delete
  4. hahah mungkin akn dapat lebih cantik *thumbs up
    untung gf dye dpt bf yang setia....

    ReplyDelete
  5. cantik (fizikal) itu bonus pada aku, tapi ya, terpulang..

    ReplyDelete
  6. hurmm..org kata, cantik dalaman serta merta luaran cntik..tp bergantung jugak.. semua org sukekan sesuatu yg cntik, sedap mata memandang, tapi jangan sampai terlalu demand.. ukur baju di badan sendiri.. semoga beroleh apa yg diinginkan..

    boleh pulak cri yg berbintang aries je kan.. ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang aku x faham bintang yer boleh sama pulak...ish!

      Delete
  7. wah...siap ada 2 org.
    1 cinta 1 spare
    haip

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini x baca kannn...main komen terus ni...hehe!

      Delete
  8. biarlah sparetyre tu hanya di perut aku dan bukan pada wanita. aku taknak pasangan aku buat, so aku tak buat. takut berbalik kat diri sendiri je kang.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. nak maintain 2 blog pun pening lagikan manusia!

      Delete
  10. bab bercinta tak perlu kot ada plan B . ia kana datang dengan sendirinya

    ReplyDelete
  11. aku rasa kita tak akan pernah dapat lelaki atau perempuan yang kita mahukan. =)

    ReplyDelete
  12. Aku tak berani ada Plan B dalam bercinta. Tak mahu sesiapa dilukai.

    ReplyDelete
  13. saya berbintang Aries

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...