Ramai gadis hari ini seperti celaru
mencari kekasih hati.Kalau memilih sangat nanti lansung tiada siapa yang
sudi .Jika tidak membuat pilihan takut kemudian hari menyesal
pulak.Ialah mahu hidup bersama dan susah senang bersama selamanya .Bukan
untuk sehari dua tetapi sehingga berpisah nyawa dari tubuh kita.
Setiap pilihan kita hari ini adalah penetuan di akan datang jika pilihan kita betul dan tepat maka kita menjalani kehidupan kita dengan penuh kebahagian yang menggembirakan.Jika sebaliknya pula kita pasti merana dan sengsara dengan pilihan yang kita telah pilih.
Bila pilihan sudah di tetapkan maka kita terpaksa pula berhadapan dengan seribu satu macam ujian dan dugaan.Biasalah kehidupan waktu bercinta bukan semua indah sahaja.Jikalau semua indah tiadalah masalah tercipta sesama kita.
Setiap pilihan kita hari ini adalah penetuan di akan datang jika pilihan kita betul dan tepat maka kita menjalani kehidupan kita dengan penuh kebahagian yang menggembirakan.Jika sebaliknya pula kita pasti merana dan sengsara dengan pilihan yang kita telah pilih.
Bila pilihan sudah di tetapkan maka kita terpaksa pula berhadapan dengan seribu satu macam ujian dan dugaan.Biasalah kehidupan waktu bercinta bukan semua indah sahaja.Jikalau semua indah tiadalah masalah tercipta sesama kita.
Bukan mudah untuk kita mencari seperti yang kita impikan, Umpama macam mimpi yang tidak pasti pula.Lagi kita duduk memikirkannya lagi bertambah buntu fikiran kita.
Sehari demi sehari usia kita semakin meningkat tapi kita masih sendiri.Sampai bila hendak begini.Belajar tetap belajar tapi kalau tiada cinta yang kita jumpa hendak cari bila pula.Selepas habis belajar?
Boleh jumpa ke?Kalau tidak terjumpa ...bagaimana pula?
Bila kita pandang kanan kita nampak
kawan kita dengan buah hati dia.Pandang pula sebelah kiri gadis tu
dengan tunang dia.Kita masih duduk tengah-tengah macam kera
sumbang.Semua serba tidak kena.
Perlu sangat ke kekasih ketika belajar ? Perlu sangat ke lelaki dalam hidup kita ini?
Bila masa yang sesuai untuk mempunyai si buah hati.Kalau orang lelaki mudah sahaja cari mana yang di suka di hati dan kita buru sampai dapat.Jika gagal kita cari pula yang lain selagi tiada dalam genggaman selagi itu misi pemburuan tidak akan berhenti.Kalau kita gadis masakan kita boleh ikut rentak orang lelaki.Nanti macam-macam gelaran dan label di terima.
Bila sudah bertemu yang berkenan di hati lain pula hal yang akan kita tempuhi.Cakap-cakap dari mulut orang sekeliling kita bukan mudah untuk di tutup ada sahaja "itu dan ini" yang mereka bicarakan.Semuanya boleh jadi kalut dan kusut.Ada pun susah tiada pun sama juga.
Nanti di tuduh sebagai pembiak maksiat dan penternak dosa.
Bila masa yang sesuai untuk mempunyai si buah hati.Kalau orang lelaki mudah sahaja cari mana yang di suka di hati dan kita buru sampai dapat.Jika gagal kita cari pula yang lain selagi tiada dalam genggaman selagi itu misi pemburuan tidak akan berhenti.Kalau kita gadis masakan kita boleh ikut rentak orang lelaki.Nanti macam-macam gelaran dan label di terima.
Bila sudah bertemu yang berkenan di hati lain pula hal yang akan kita tempuhi.Cakap-cakap dari mulut orang sekeliling kita bukan mudah untuk di tutup ada sahaja "itu dan ini" yang mereka bicarakan.Semuanya boleh jadi kalut dan kusut.Ada pun susah tiada pun sama juga.
Nanti di tuduh sebagai pembiak maksiat dan penternak dosa.
Dimana-mana ada maksiat.Cuma sama
ada kita ini teringat untuk gunakan akal fikiran atau tidak semasa
berkasih.Semua manusia ada kelemahannya.Kalau kita terus di belenggu
dengan cerita-cerita kawan kita ...pasti semua tidak menjadi.Kita
jadilah tunggul kayu seorang-seorang di situ.
Nafsu?
Siapa yang tidak bernafsu.Haiwan
pun bernafsu.Sampai bila boleh simpan dan kawal nafsu? Nanti satu hari
di duga oleh nafsu dapatkah kita mengelakkannya? Padahal kita tiada
pengalaman.Kalau ada sekelumit pengalaman dapatlah kita berfikir sambil
bertindak tidaklah kita seperti dungu sahaja.
Semua persoalan ini pasti bermain-main didalam kotak fikiran kita.Orang bercinta kita juga mahu ikut bercinta.Tetapi bila terdengar mereka yang putus cinta dan akibat-akibatnya kita jadi cuak dan tidak berani pula.Mulut kata mahu hati kata tunggu dahulu.Jadi yang mana satu harus diikuti dan turuti.
Benar zaman bercinta ialah zaman yang cukup indah untuk dirasai dan sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata.Semuanya manis dan mood kehidupan hari-hari juga ikut serta bergembira.Tiada rasa susah hati atau murung.Semua hanya yang happy-happy belaka.
Kita cakaplah apa sahaja atau berikan nasihat supaya dia berpada-pada ketika menjalani kehidupan bercinta.Haram mahu dia dengar atau ambil pot! Alih-alih kita pula yang akan di sekolahkan.Bukan apa takut nanti kalau kena tinggal baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah!
Namun bila semua nasihat yang cuba kita berikan dia nafikan kita pasti tidak dapat hendak memberikan apa-apa bantuan dan pertolongan lagi bila masa dia di tinggalkan atau sudah tiada lagi semua kegembiraan dan keseronokkan dalam hubungan berdua dalam bercinta.
Biasalah kalau tidak merasa bagaimana pula harus dikatakan.Tiada kesilapan di mana akan kita dapat pengalaman.Tiada kesakitan tiada kesukaran tiada juga kehidupan yang normal.Kalau semua kehidupan berjalan dengan jaya dan berjaya itu adalah sesuatu yang tidak normal .
Orang sakit jiwa atau sakit mental mereka mungkin orang yang bahagia.Itupun bila sudah tidak terdaya lagi menerima segala macam tekanan-tekanan kehidupan.Itu tidak di kira normal tapi sudah tidak normal lansung!
Mahu atau tidak kita terpaksa juga hadapinya.Kita terpaksa mencari cinta walaubagaimana sekalipun.Tiada alasan dan tiada pilihan .Mungkin tidak hari ini tetapi esok hari sudah pasti.Tiada siapa pun di dalam dunia yang mampu hidup tanpa cinta.
Cinta ialah satu anugerah yang Maha Agung kepada hambanya.
Kalau itu juga kita nafikan itu bermakna kita ada sedikit masalah.Jika tidak pun kita mungkin sudah hilang normal.Kita sudah bahagia...hehe!!!
Siapa yang belum atau tidak pernah bercinta anda memang belum merasai kehidupan sebenar di dalam dunia.Jangan cerita akan kewajipan kita bercinta dengan yang maha berkuasa .Itu semua wajip dan selama-lamanya.Jangan cerita bercinta dengan Ibu bapa kerana itu tanggungjawap juga selama-lamanya!
Jangan beri alasan yang begitu-begitu semua orang tahu.Cinta yang aku maksudkan ialah cinta sesama manusia .Ini juga sebenarnya wajip.Cuma ramai diantara kita melihatnya dari sudut pandangan yang negatif.Dimana positif mereka telah ke tepikan.
Cinta dan bercinta tiada apa yang salah.Cuma yang mengamalkannya yang selalu buat kesilapan.Kesilapan yang tidak di sengajakan dan kesilapan yang memang telah dirancangkan.
Aku tidak tahu kamu pengamal yang bagaimana.Dirancang,merancang atau terancang!
Pandai-pandailah mahu hidup.Sendiri rasa sendiri tanggung!
Peace...I LOVE U!
chow!
Jadi bagaimana dengan Lelaki semalam. sudah ada kekasih hati?
ReplyDeletemak ai pantasnya komen....dulu ada la ni ...tarak!
DeleteMuncul di dashboard. terus aku datang melawat ke sini. Kekekek.
Deleteoh macam tu!
Deletehihi...macam2
ReplyDeletemacam mana tuuu...:)
Deletebetulkan yang biasa, biasakan yang betul. moga redha Allah sentiasa bersama kita =)
ReplyDeleteKita bijak menjaga syariat! ^___^
ok boss!
Deletegaji penuh bulan ni :D
Deletehihihi...lelaki semalam sudah ada awek ya...cinta itu indah...carilah cinta gadis cepat2 ya...
ReplyDeletebelum lai la...sedang mencari2 ni...mintak2 adalah yang sudi..auw!
Deleteok, jap aku baca lagi sekali.
ReplyDeleteok, done.
Deletecinta lelaki kat uni ni, semua dah berpunya. sekian.
pilih i laaa...hehe
Deleteyup back 2 previous Q..jd anda bagai mana?? sudah bermah tangga ataw hanya berumah sahaja heeee~ btul laa tu awak.. sy dah give up dlm cinta..utk sy cinta itu penat!! itu je yg bole sy bgtw..now berserah klau btul da tertulis mmg sy akn kawen mesti ada jodoh kn kan?? klau xde anak daro tuo laa den hihkhik
ReplyDeletecinta mmg penat kerana disitu ada nikmat jika kita tahu di mana matlamat!
Deleteok...u dgn i ok x?
hehe!
yekerr tp bnyk penat jee rasa nye.. huhuu
Deleteu dgn i ok x?
hehee!
ok la u...:)
Deletejodoh tu semua dah ditetapkan...
ReplyDeletetak perlu risau kalau xde calon skrg.. insyaAllah, pasti ada.. banyak2kan berdoa ;)
benar namun jika x berusaha mana mungkin datang sendiri...begitu juga rezeki...mana ada yang jatuh datang dari langit tetiba!
Deletekebiasaannya adalah kesilapan yang memang dirancang..hehehe
ReplyDeletehaha...macam faham jer !
Deletedah mntk mak tlg carikan..
ReplyDeletetapi dia taknak..
dengan abah, belom mintak lagi..
rasa takut pulak kalo betul2 dia carikan..
nampk x macam ngade2 dia.. haha..
ngade2 yer....hehe!
Deletehaha..part pilih tu penting. tapi sejak akhir-akhir ni mcm nak give up je..pasrah, boleh..? tapi nanti esok2 asyik menangis dibelakang hari..hai..pening-pening..
ReplyDeletejgn give up selagi terdaya....nanti sapa yg nyesal?
Deletecinta satu misteri
ReplyDeletetak semestinya misteri itu cinta.
cinta mmg misteri dan misteri tetap misteri...
DeleteSalam.
ReplyDeleteCinta gadis..aaa..
Memandangkan zaman dah berubah..ak rasa, ada keperluan tuk gadis cari teruna semasa dikampus. Ini kes yang sambung belajar.
Orang tua ak pun sedar pasal ni. Bukan tak boleh cari didunia kerja..tpi serius, mmg susah nak cari bila dah kuar dari u nanti.
Ayahanda ak sndiri kadang2 membebel, apsal tmpt kejanya banyak beno pompuan dari laki. sdgkan laki belum lgi ada tanda2 nak pupus kat dunia ni.
Hehehe, pasal nasihat dicurahkan pada gadis yg sdg hangat bercinta tu, ak tak leh nak kata apa. Ak rasa, nasihat diwaktu2 'indah' ni mmg tak makan saman. Nak buat camna bila bercinta tidak didahulukan dengan akal.
tiada salahnya masa belajar disertai cinta namun salah bila bercinta melebihi tahap yang di benarkan itu yang mambawa bencana ....ramai yang berjaya bercinta ketika belajar cuma sekelumit kecil sahaja yang kecundang di tengah jalan...itu perkara biasa!
Deletetak nak komen tak nak komen.
ReplyDeletehuhu *_*
komen lah....i nak tahu sangat ni!
Deletetetibe lagu flop Poppy..kehkeh
ReplyDeletejadi lelaki semalam, ko bercinta jarak jauh ke sebelum ni?
SaddLone single lg? Jom bercinta
DeleteHaha XP
jommmm!
DeleteJodoh itu rahsia Allah, terlalu memilih pun tak boleh tak memilih lansung pun tak boleh
ReplyDeletejadi mana rahsianya?
Deleteyg seswai pasti dtg nanti...jangan jemu bertanya pada NYa...smoga ketemu jawapan.:)
ReplyDeletebertanya namun tidak berusaha mana mungkin diberikan jawapan?
Deletecinta tu boleh dtg tanpa kite sedar. x pun secara kebetulan. cuma kita kene pandai2 manage diri sendiri supaya x terlalu leka dengan cinta
ReplyDeletebenar...jgn terlalu leka...bawa kereta atau motor kalau leka apa jadi ..kemalangan kannnn!
Deletebegitu juga cinta!
pehhh pehhh dh boleh join terfaktab ni
ReplyDeletex larat mereka nak terima i...hehe!
Deletecinta itu indah..pengamal ye kdg2 tersalah.... ^^
ReplyDeletepengamal yang selalu salah guna untuk tujuan yang dikepalai oleh syaitan!
Deleteberharap jodoh yang sedia ada kekal. itu saja..
ReplyDeletemencari cinta itu susah . hohoho
ReplyDeleteitu pasal cinta itu buta...kena buka mata...hehe!
Deletekalau da jodoh, xkan kemana punya..tol x? hihi
ReplyDeletekalau...kalau tiada cam ner?
DeleteKalau tiada, then worry not. Unmarried is not a disgrace (seperti mana orang-orang tua katakan). Everyone want to have a beautiful wedding with beautiful marriage, but why don't we have a beautiful single life where we get to know ourselves and work on our deen first.
DeleteKena cari pasti ada.. Kalu x ada kena ada2 kan..
ReplyDeletehaha...jawapan yg nampak simple tetapi sangat bagus sekali!
Deletenafsu makin tinggi bila cinta tu datang.
ReplyDeletedan selalunya, cinta di awal awalnya, semua manis.
bila makin lama, ada manisnya, ada pahitnya. masa nilah kita diuji, adakah cinta itu sejati.
Jodoh dan Mati tu rahsia Allah.
tapi mati itu pasti.
jodoh itu masih belum pasti.
kalau kita mati dulu.
hilanglah jodoh.
apa lagi yang mahu diperkatakan lagi...:)
Deletex pernah bercinta dan teringin bercinta. tetapi tidak mahu bercouple. cinta yang dipendamkan di dalam hati, itulah jihad cinta. dan cinta disaat telah diijabkabulkan pasti terasa manisnya.^^
ReplyDeletetiada jaminan bahawa ada cinta selepas diijabkabulkan...kalau tidak mengapakah ada perceraian?
Deletebercouple tidak salah jika tahu batas2nya jangan terlalu percaya dengan mimpi yang tak pasti...
cinta yang sebenar pada hari ini mesti tahu siapa dia pasangan kita secara detail kalau tidak kita mungkin tertipu dengan bayang2 kita sendiri!
nice...bgus utk wanita..hehe
ReplyDeleteaah utk u juga...
DeleteSuka entri ni.
ReplyDeleteJangan anggap cinta itu indah belaka.
Memang, akan ada celakanya juga. :)
celaka itu sebahagian dari cinta juga...:)
Deletekalau ada jodoh, tak ke mana.
ReplyDeletemmg la....tapi kenapa ramai gadis yang terlajak jauh dari jodoh?
Deleteorang yang bercinta ni kena orang yang betul-betul berfikir dengan betul
ReplyDeleteyang x betul selalu sangat mahu bercinta itu yang x betul!
Deletesemoga kau cecepat jumpa kekasih hati wei !
ReplyDeleteah! kat sini pun ada banyak kekasih aku...hehe!
Deleteterlalu banyak persoalan empunya blog ni...hehe...semuanya nak ke taknak kenala jawab sendiriii....hahaha :D
ReplyDeleteadoi...hehe!
Deleteassalamualaikum tuan tanah....
ReplyDeletelelaki yang baik untuk wanita baik.... dan wanita yang baik utk lelaki baik.. betul tak???
sudah tertulis....tapi mesti berusaha untuk di cari!
Deletekadan2 dah berjumpa pon belum tentu akn sentiasa membahagiakan..hmm..
ReplyDeletesemoga bertemu kekasih hati..
itu namanya dugaan....:)
Deletemmg jodoh itu sudah ditetapkan....yg penting kena usaha
ReplyDeletebetul dak?
betul tu.. tapi kadang2 aku fikir kan kembali ada sebab kenapa jodoh itu lambat atau sebagainye.. allah tu tak kejam nk biarkan hambanye bersendirian tanpa pasangan..
ReplyDeleteusaha memang penting..kadangkala yang hadir di depan mata nie kita tak tau lagi apa agenda mereka.. usaha mencari..tapi dlm pencarian kadangkala kita keliru membuat perbandingan.. tiada manusia yang sempurna..
andai dia memang jodoh kita semua nya akan jadi mudah jer...