Berita INI membuat aku berfikir siapa yang harus dipersalahkan?
Anak atau bapanya?
Tuntutan si anak kepada bapanya seperti dia anak derhaka.Namun jika dibaca secara teliti kenapa dia menyaman bapanya adalah kerana demi hakmilik ibunya.Aku sendiri kurang faham apa yang mereka rebut dan pertahankan!
Perkara begini sebenarnya bukan baru dan bukan asing sebenarnya kepada orang kita.Hal-hal perebutan harta dan hal-hal tidak bertegur sapa diantara anak dan bapa dan juga adik beradik sering terjadi gara-gara berebutkan harta peninggalan orang tua kita.
Kalau kita baca sekali imbas nampak sangat si anak ini seperti gilakan harta benda dan wang ringgit.Pelabagai lagi tuduhan yang mungkin kita akan lemparkan kepada si anak.Ialah kita buat begitu berdasarkan berita yang kita baca didada akbar dan selebih dari itu mana kita tahu...betul tak!
Namun aku percaya ada sebab lain yang memungkinkan si anak bertindak demikian.Cuba kita tempatkan diri kita ditempat dia dan hanya sebab tertentu dan sangat kuat sahaja yang mampu menolak si anak bertindak demikian.
Budaya orang kita yang suka ambil mudah kepada banyak perkara adakalanya menyusahkan mereka yang ditinggalkan.Contoh harta dan wang ringgit kalau ada banyak mungkin berbaloi sekali untuk direbutkan dan memecah belahkan keturunan mereka.Itu jika mereka memiliki harta yang banyak tetapi jika hartanya cuma sekankang kera bagaimana?
Sikap orang tua yang degil serta ego dan tidak mahu mendengar kata orang yang menasihatkannya akan membuatkan kemusnahan kepada keturunannya selepas kematiannya.
Cukup aku tidak faham dengan sesetengah orang tua kita yang begitu sukar dan sulit sekali untk dibawa berbincang tentang harta yang dia miliki.Dia fikir kita ini hendak melahap hartanya! Bukan itu sahaja malah mulalah bertindak seperti budak-budak bila menuduh anak-anak cuba merampas hartanya dan mulai bertindak melampaui batas...
"...ini harta aku bukan harta dan hak kau dan tak perlu kau nak ajar aku bagaimana untuk menguruskannya..."
Ayat yang biasa kita akan dengar bila orang tua ini sudah hilang kesabarannya.Maka mahu tidak mahu anak-anak pun berlalu pergi dengan seribu satu macam perasaan.Benci dan kasihan pasti tidak terlepas dari ingatan sianak.Tidak semua anak berniat jahat dan tidak semua juga ada berniat baik tetapi sebagai orang tua yang sudah cukup matang seharusnya tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah begini.Jika tidak pasti belum sempat dia menutupkan matanya lagi dia dapat melihat keruntuhan keluarga yang dia bina selama ini di depan matanya sendiri!
Hari ini perkara begitulah yang selalu kita lihat dan dengar.
Anak-anak yang ada akal dan fikiran tidak akan terniat sedikit pun dihatinya untuk merampas semua harta yang dimiliki oleh orang tuanya dan bakal pula ditinggalkan kepada mereka.Untuk apa? Tiada faedahnya dan malahan ada juga anak-anak yang malas hendak ambil tahu dan buat bodoh sahaja tentang wang dan harta yang dimiliki oleh orang tua mereka dengan begitu sahaja.
Kerana apa?
Buang masa dan buat dosa sahaja kalau bertekak dengan orang tua kita sendiri.Kalau yang jenis faham dan mudah dibawa berbincang itu tidak mengapa tetapi yang jenis kepala batu dan jenis macam tidak pernah pergi sekolah semuanya dia tidakkan...ishhh!
Silap-silap sekejap sahaja jadi anak derhaka yang tidak disengajakan gara-gara bertekak pasal harta yang tidak seberapa!
Cuma diharapkan kita ini bila tua nanti dan jika mempunyai harta walau tidak banyak sekalipun tolong agih-agihkan lah dengan adil dan saksama ketika kita masih bernyawa dan bernafas lagi.Jangan kerana kebodohan kita yang selalu berlengah dan tidak berfikiran jauh maka genarasi atau anak-anak kita nanti akan berpecah belah dan tidak mengaku adik-beradik gara-gara kelalaian kita yang siang-siang tidak membuat surat wasiat!
Susah sangat ke atau leceh sangat ke awal-awal dibuat surat wasiat ini?
Kalau esok lusa kita mati pasti mudah orang yang kita tinggalkan dan sayangi menerima bahagian masing-masing dengan hati yang redha dan gembira.Tidaklah nanti ada yang sampai ke tanah kubur minta dan bertanya kenapa ketika bernyawa tidak diserahkan semua urusan pembahagian harta kepada pihak yang tahu menguruskannya!
Masa itu agak-agaknya tidur lena atau tidak kita di dalam tu?
"...hidup pun susah mati pun susah....hehe!..."
Kalau wang berjuta dan harta bertimbun ..lantaklah kannnn...pandai-pandailah nak rebut!Biar putus saudara yang penting aku kaya raya!
Itu sudah tentu bukan aku tetapi mungkin pasti itu kamu!
chow!
hurmm, pasal harta, bergaduh anak beranak.. sy sendiri ada pengalaman mcm ni.. tp bkn adik beradik sy la.. sedih tgk.. harta blh dicari, ikatan kekeluargaan, bila dh pts, ssh nk sambung semula.. bermasam muka bertegang urat..
ReplyDeletepsl kes tu, btl la..maybe anak dia ada sebab tersendiri.. klu ikut logik, xkan la dia suke² saman bapak dia..
wallahua'alam..
kannn...macam sesuatu jer kes tu!
Deleteni yang aku takut nak kumpul harta banyak2 nih..
ReplyDelete(alasan tak kaya-kaya).... hahaha
hehe alasan yang kukuh!
Deletekdg2 manusia selalu menidakkan apa yg dorang tahu....utk bg keselesaan pd hati utk melakukan sesuatu...
ReplyDeletenak cakap apa lagi...
DeleteAnak!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteayahh....!
Deleteaku tak paham dengan orang yang rampas harta mak ayah.
ReplyDeletemacam mana didikan mereka masa kecil dulu.
dalam family umi aku ada kes claim harta.
si kakak pandai ambik hati ayah dan adik beradik supaya adik adik yang lain tak terasa nak claim duit tanah yang dia duduk sekarang ni.
masing masing cakap belakang je.
tak berani nak sound.
lihat siapa yg mendidik pula...kalau gajah maka gajah juga yang datang!
DeleteBagi aku, kalau kes berebut harta antara family nie lebih lebih lagi antara ayah dan anak je tak perlulah dibawa ke peringkat tinggi. Hingga akhbar pun tahu. tak malu ke.
ReplyDeleteWell, mungkin kita tak tahu si ayah pernah buat apa apa ke dekat family dia, tak tahu masalah dalaman dia. Tapi elok ke si anak buat begitu pada ayah?
elok atau tidak itu juga bukan persoalannya...kenapa dan mengapa itu yg penting!
Deletekesian kat ayah dia ..
ReplyDeletex perlu kasihan kerana allah ada sebab terjadinya perkara itu...
Deletedemi HARTA semua boleh jadi...sampai hubungan kekeluargaan juga boleh musnah.
ReplyDeletemoga2 ia tidak menimpa pada keluarga aku.
dijauhkan...
Deletejalan yang terbaik, perbincangan dua hala face to face antara anak dan bapa.jadi, masa perbincangan tu, segala emosi marah harus diketepikan dahulu.kerana dengan adanya emosi, perbincangan akan jadi hancur...
ReplyDeleteitu yang sebaik2nya...
Deleteada sesuatu yang kita tak tau.. apa pon, kita doakan mereka kembali seperti sedia kala..
ReplyDeleteini harta ahmad albab yg punya.keh
ReplyDeleteoh iya aku terlupa la pula...hehe
Deletehahha baru nk buat komen pasal ini harta ahmad albab yg punyaaa
ReplyDeleteda ade org buat okay laa copy paste jerkk jgn marah syafiqa ;)
hahaha!
Deleteharta dunia bukan boleh bawak masuk kubur ponn...berusaha dengan tulang 4 kerat dengan peluh keringat sendiri tanpa mengharapkan sesiapa itu lebih nikmat jadi harta :)
ReplyDeletepersoalannya bukan itu tetapi harta yang ditinggalkan....
Deleteabah..
ReplyDeletedia dah mula bagi harta2 dia kt anak-anak..
perasaan dia macam, sedihnya..! tak suka..! T__T
n mcm2 dia pesan utk benda sikit tp kene kongsi ramai-ramai..
riso kitorg gaduh sesama adik beradik la tu..
itu yang paling terbaik sekali jgn susahkan anak2 di kemudian hari berebutkan harta yang tak seberapa...
DeleteKdg2 bila pikir balik. Lg baik takda harta dr pecah belah keluarga. Harta boleh dicari bukan? =D
ReplyDeletebenar boleh di cari tetapi harta yg ditinggalkan bagaimana? kalau ada yg salah gunakan untuk diri sendiri mampu tersenyum melihat adik2 kita merana?
Deleteaku takde harta..patah lagi kawen gan org berharta..
ReplyDeletetapi aku rasa harta tu buat org buta..
dah macam citer hindustan kan?
entry ini maksudkan harta org tua kita...bukan harta kita yer...
DeleteUntuk apa? Harta bukan boleh bawa ke kubur pun. Tapi itulah. Desakan hidup membuatkan semua fikir harta itu segala-galanya, meskipun segala-galanya perlukan duit..
ReplyDeletekena faham bila tiada harta tidak mengapa jika ada jgn kan kubur ke neraka pun mahu dibawa!
DeleteMungkin ada sejarah silam yang mereka simpan dan tak ingin khabarkan.
ReplyDeletemungkin...siapa tahu?
Deleteentri yang paling terbaik aku rasakan!
ReplyDeleteaku rasa aku faham kenapa si anak menjadi begitu..aku dapat rasakan
"Sikap orang tua yang degil serta ego dan tidak mahu mendengar kata orang yang menasihatkannya akan membuatkan kemusnahan kepada keturunannya selepas kematiannya."(nanti aku nak copy ayat ni ek)
siapa yang faham akan faham dengan cepat dan mudah!
Deleteharta punya pasal pun ada yg sanggup putus pertalian darah sebagai adik beradik..tapi jadi musuh seteru..
ReplyDeleteitu realitinya bukan hari ini tetapi dari zaman hang tuah lagi!
Deletekecik - kecik kemain rapat , bila dah besar gaduh rebutkan harta . minta dijauhkan .
ReplyDeleteYes. Kadang2 bila pikir, baik wasiatkan semua harta parents untuk kebajikan. Anak2 dah bagi pelajaran semua, cari harta sendiri ja.
ReplyDeleteDapat gak ibu bapa saham akhirat nanti. InsyaAllah :D