Pages - Menu

26 Oct 2012

Cinta Semula




Sekian lama aku menghilang membawa diri jauh dari keriuhan kota mencari ketenangan jiwa nun jauh di pantai timur negara tercinta.Bersendiri belajar untuk mengerti akan kehidupan ini.Bukan semua yang aku mahu dan ingini kini bukan menjadi sesuatu yang wajip aku miliki.Biarkan semuanya datang dan pergi dengan sendiri...

Sekarang baru aku fahami apa itu dunia dan realiti.

Tidak mudah melupakan semua dengan segera aku kerana aku faham aku perlu masa untuk melupakannya.Tiada guna memaksa diri dan tiada guna lagi memujuk diri...ya biarkan sahaja semua berlaku dan berlalu.

Hari ini aku bebas terbang dan kembali menjadi kuat setelah patah sayap ku dahulu.Malahan semakin teguh dan matang menilai segala kejadian yang telah aku terima dahulu.

Aku cuba menulis sebaik mungkin tetapi ianya seperti di paksa-paksa! 

Cuma satu perkara yang jelas aku sudah mulai merasai nikmat apa itu yang dikatakan kebebasan yang tidak bebas.Terpenjara namun amat gembira.Pelik tetapi benar.Hikmah yang tiada siapa mampu perkatakan jika bukan diri sendiri yang merasainya.

Bulan dan bintang dan juga laut kini begitu dekat dengan aku.

Tenang di hembus angin laut tersenyum melihat ombak memecah pantai ...malam yang gelap ditemani bunyi cengkerik dan cicak tokek...ya cicak yang begitu popular satu ketika dahulu yang kononnya mampu mengubati penyakit AIDS!

Ikan dilaut dan ikan dipantai sama cantik dan indah...ahhh! mata aku mulai keliru membezakan yang mana satu haiwan dan manusia...hehe!

Kini jelas aku amat gembira dengan kehidupan yang baru...tenang dan bebas.

Aku ingin bercinta lagi...!


=====================================


Tulisan di atas ini adalah tulisan terakhir aku di blog yang lama dahulu.Lebih dari 3 minggu berkelana di pulau perhentian mencari ketenangan di hati.Namun aku terpaksa kembali ke kay el apabila rakan boatman aku telah pergi buat selamanya mengadap ilahi.Insiden yang tidak terduga berlaku bila arwah tiba-tiba di serang strok ketika berada di dalam air laut! al-fatiha buat beliau!


===================================



Lihat ayat terakhir aku itu..." aku ingin bercinta lagi..." adakah mungkin ianya bakal aku temui sekarang? Satu persoalan yang sangat ingin aku ketahui di ketika ini.

Entry yang lepas adalah satu percubaan aku yang agak berani mati untuk cuba memikat hati seorang gadis yang aku kira agak menarik untuk didekati.Cuma aku tertanya-tanya adakah segalanya berkemungkinan sekarang.Sudah menjadi sikap aku setiap kali mahu melakukan acara memikat gadis iaitu tiada dolak dalik hanya terus ke sasaran.Ala-ala kamikaze begitu...hehe!

Jika tiada penolakan aku akan teruskan pula ke peringkat kedua iaitu merapati dia dengan lebih rapat lagi cuma persoalannya adakah ini satu kemungkinan yang bakal menjadi satu realiti.Setiap dari tulisan kita yang kita tulis akan menyerlahkan siapa kita tanpa kita sedari.Dari ayat-ayat yang kita tulis ianya bakal menjentik satu emosi yang pelbagai.Sekiranya itu satu kejujuran maka ianya pasti akan menjadi satu fenomena yang tidak dijangkakan.

Sesuatu yang luar biasa pasti akan menjelma nanti.

Bahagian yang paling best ialah bagaimana harus aku lakukan di dunia maya ini?Sekarang dia sudah kenali rupa paras aku yang sebenar.Dia suka atau tidak aku belum tahu lagi akan jawapannya tetapi nampak gaya dia macam ok sahaja.Itu satu petanda yang agak baik kepada seorang pemikat seperti aku ini.

Seandainya ini satu cinta didalam dunia maya sahaja dan bukanya di dunia realiti aku tetap gembira dan suka  apa yang penting ialah aku dapat bercinta walaupun di dunia mana sekalipun.

Namun jika ini adalah satu permulaan yang sebenar aku juga akan gembira dan suka kerana tiada salahnya mencuba.Kalau tidak di cuba bagaimana mahu tahu akan keputusannya.Sekiranya cubaan ini bukan hanya bertepuk di sebelah tangan maka tentu sekali ada jalan cerita yang panjang bakal terjadi di dunia maya ini!


Ketika ini hati aku sangat berdebar-debar adakah aku cuma bermain dengan ilusi aku sahaja...hehe!



chow!


46 comments:

  1. rajin2 la dgr lagu 'sedang ingin bercinta-dewa19'

    ReplyDelete
  2. Gill punya satu entri yang seakan-akan related dengan entri ini, tapi Gill menyatakan di sana, Gill ingin bercinta lagi, tapi bukan sekarang :)

    Bila rasa cinta itu datang lagi, jangan hentikan. :)
    Sukar untuk memiliki rasa yang suci itu dengan penuh rasa debaran begitu.

    Gill doakan yang baik-baik untuk kau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ini rasa cinta di dunia maya ...lain macam sikit rasanya...

      Delete
  3. satu yang aku tabik dengan bro, bro tak takut untuk mencuba.. haha. dapat atau tak belakang cerita. yang penting kita dah cuba. ia lebih baik daripada diam dan duduk sahaja tanpa mengambil apa2 tindakan.. aku doakan yang terbaik buat bro.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakin dan berani untuk gagal....itu kunci kepada ketabahan...ye ker!

      belasah je la...hehe!

      Delete
  4. Kehkeh, aku rasa mcm pernah tgk ang somewhere sebelum nih kat dunia maya nih, dgn tulisan yg sgt berbeza dari di sini mahupun kat repu*****ku.

    Kemain lagi dia. Hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kau kemana lama menghilangkan diri...bertapa apakah!

      Delete
    2. Kehkeh. Aku dah lama dah delete blog aku. Tak menulis dah. Hoho

      Delete
    3. Adam! Mana hang pi? Awat delete blog? Cheq rindu nak kutuk hang. Haha XD

      Tak best ar hang takda bro :(

      Delete
    4. Kahkah. Kan dah habaq nak delete dulu. Aku tak in skit dgn laman sosial nih. Dah bosan dah. Tgkla cemane nanti. Aku wat blog br ka. Haha

      Delete
  5. salam qorban...
    cinta perlu pencinta berkorban atau terkorban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkorban dan terkorban adalah hukum cinta!

      Delete
  6. alam maya? kalau sudah ada rasa tarikan, why not. teruskan. like u said, permulaan itu buat u gembira, so go on. u never know, something interesting might happened.

    ReplyDelete
  7. mana tuan punya badannya..? selalunya dia dulu..hehe..

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah utk kawen awk.

    Hehe berbunga² entry awk kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape pulak kawen SORRY "KAWAN..
      Typing error!

      Delete
    2. yup...al-fatihah buat arwah "wokah"!


      yer u berbunga2 sebab u ...x tahu ke...:)

      Delete
  9. Entry berani mati ni. Hehe.

    Falling in love? Just follow wherever your heart leads you. And I hope it will leads you to her! ;)

    ReplyDelete
  10. Woww... aku kagum dengan kamu. hehe. Semoga berjaya. You got my blessing. Huuu.

    #aku tak mahu jatuh cinta lagi. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan takut jatuh cinta kerana cinta memang akan selalu terjatuh ke kita...hehe!

      Delete
  11. annur hadiahkan lagu wann,aku dia dan lagu untuk kamu berdua...heee~

    senyum selalu ya!

    ps:berkawan biar berbatas,supaya tahan lama...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya jika di blog cinta pasti terbatas sangat...:)

      Delete
  12. wahh wahhh.. goodluck yee! wish u all the best dlm menjlinkn perhubg bru ni. hihi

    ReplyDelete
  13. wow...hihi..all the best...:)

    ReplyDelete
  14. Harapnya takda lagi hari-hari derita.
    Eh baru seronok macam ni.
    Moga kamu terus bahagia ke akhirnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...