Pages - Menu

24 Oct 2012

Orang Asing



Orang kita kalau bab bercakap dan buat komplain memang hebat dan bertenaga.Segala macam mereka boleh perkatakan dan mereka juga boleh perlekeh ikut sedap mulut bila bercakap.Lantaklah apa orang lain mahu kata atau tuduh yang penting mereka bebas berkata apa sahaja walaupun ianya nampak bodoh dan dungu!

Mahu tidak mahu terpaksalah kita akui itu memang sudah menjadi budaya orang kita sekarang iaitu pandai cakap tapi tak tahu buat.

Pandai buat cadangan dan pandai bercakap tetapi apabila di minta memberikan kerjasama mulalah gelabah dan mulai mencari helah untuk melarikan diri.Jika ada yang berani kedepan menyahut cabaran dan mengambil bahagian lain pula yang terjadi.Bila bercakap lain bila diberikan tugas atau kerja lain pula yang berlaku.Orang Cina cakap...

"....cakap tak serupa bikin..."

Itulah dia perangai orang kita yang petah bercakap dan tidak suka pula dibetah cakap-cakapnya!

 Orang kita bukan bodoh tetapi sangat bijak tetapi memiliki sifat malas yang sangat terkenal.Bukan semua tetapi sebahagian darinya.Maksud sebahagian bukan kecil tetapi sebahagian besar bersifat begitu.Tidak setuju atau tidak boleh terima hakikat?

Lihat orang asing yang datang ke negara kita untuk mencari sesuap nasi buat orang yang mereka tinggalkan di kampung halaman.Sanggup meredah launtan dan daratan yang panjang.Sanggup bergadai nyawa hanya semata-mata mahu keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Orang kita sanggup?

Bukan mahu diperlekehkan bangsa sendiri tapi kenyataannya yang benar ini amat pahit untuk ditelan.Lihat bagaimana orang acheh,indonesia dan bangladesh juga myanmar yang tanpa segan silu merebut peluang yang ada didepan mata.Mereka bukan merampas tetapi mereka merebut peluang yang dibiarkan sahaja oleh orang kita!

Jika kita rajin berjalan pasti terjumpa akan mereka-mereka ini yang begitu komited untuk memajukan diri.Tiada keluh kesah dan rasa lelah juga letih.Sentiasa sahaja begitu bertenaga dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.Tidak kiralah pekerjaan itu mudah atau susah.

Kerana apa?

Mereka terpaksa satu hal tetapi yang pasti mereka tahu apa yang bakal mereka dapat dan miliki jika rajin dan tekun dengan apa juga benda yang mereka lakukan di negara ini.Di negara mereka sendiri mereka tiada berpeluang kerana rakyat mereka terlalu ramai dan sukar ada peluang seperti di negara kita ini.Mari kita sama-sama bayangkan jika tiada seorang pun orang asing di negara kita ini?

Apa yang bakal terjadi?

Benar ada masalah sosial bila terlalu ramai orang asing di negara kita ini tetapi boleh sangat dikira dengan jari berapa kerat daripada mereka ini membuat onar di negara kita.Kalau di buat kiraan dari 10 maka 2 sahaja yang dimiliki oleh orang asing ini.Lebihnya siapa yang punya?

Jangan kita terlalu jengkel sangat dengan orang asing ini jika mereka lebih pandai dan berjaya dari kita.Jangan ada kebencian juga rasa cemburu yang melulu.Fikir dahulu kenapa kita tersadai tetapi mereka berdiri megah berjaya.Salah kita atau salah mereka?

Begitu juga jika anak gadis kita terlalu taksub dengan permainan cinta yang mereka mainkan.Mana mungkin berbunyi jika tidak ada dua tapak tangan berlaga.Itu juga namanya mengambil peluang yang tersedia ada di depan mata.Bukan semua tetapi bukan sedikit jumlahnya.Itu belum kira lagi orang kita yang tersangkut dengan orang asing ini...hehe!

Jangan berkecil hati jika kita dibiarkan oleh orang kita yang bertukar selera kepada orang asing ini.Cinta tidak mengenal rupa.Rambut sama hitam tetapi hati dan selera lain-lain mana ada serupa.Mungkin layanan kita agak terlalu kuno dan purba.Terlalu berkira-kira atau mungkin juga kedekut.Susah mahu melafazkan puji-pujian.Sukar sekali memujuk dan membelai manja.Selalu suka mengambil kesempatan dan pelbagai lagi acaranya...hehe!

Marah bila melihat anak dara kita berkepit dengan mat bangla.Sakit hati tengok sepupu kita bernikah dengan gadis indon pelayan restoran.Sinis bila terpandang pakcik belakang rumah jalan berdua-duaan dengan isteri baru yang muda dari kemboja.Malahan meluat dan nak termuntah bila ternampak apek tua berkaroke dengan amoi cantik sexy dari china dan vietnam!

Marah?

Tidak perlu itu semua.Tepuk dada tanya selera jika suka buat jika tidak tutup mata pekakkan teliga.Mereka bukan budak-budak hingusan yang boleh kita tarik teliganya.Semuanya sudah akil baligh tahu yang mana satu itu putih dan yang mana satu itu hitam.Pilihan hidup adalah hak kepada setiap daripada kita.Tiada paksaan didalam dunia ini untuk kita membuat pilihan dan cara hidup kita.

Dosa juga pahala dan syurga juga neraka adalah pilihan dan juga hak setiap umat manusia didalam dunia ini untuk mereka membuat pilihan!

Cuma yang pasti orang asing atau orang kita ...kita tetap sama dan serupa.Kita manusia dari kejadian yang sama sifatnya.Semua yang ada dinegara kita yang tercinta ini akan habis dan hilang jika orang kita terlalu manja dan lalai dengan segala kemudahan dan kesenangan yang disediakan.Orang kita mudah lupa diri tetapi marah jika haknya diambil dan dirampas.

Bukan dirampas tetapi kita sendiri yang tidak tahu bagaimana mahu menghargainya!

Senang cakap...Tidak tahu bersyukur!

chow!

26 comments:

  1. yg buruk buruk semua "orang kita" ....

    ReplyDelete
  2. LIKE lagi :))
    Hehe begini laa nasib diri ku yg malang(orang kita)..xbole bersenang lenang :)

    ReplyDelete
  3. Takkan Melayu hilang di dunia tetapi memang Melayu mudah lupa.

    Nama pun Melayu. Bab gossip & hiburan no 1. Bab keje tolak tepi. Not all Malays macam tu but lots of them are in this category. Sayang bukan. Patutlah warga asing makin ramai yang datang dan rebut peluang. Sometimes I feel like I'm a foreigner in my own country. (-__-)


    p/s: u! jgn tersangkut ngn org luar ok. kalau tak siap la u!


    ReplyDelete
  4. hmmm.. aku setuju juga dengan pendapat ko ni..banyak kebenarannya. :)

    ReplyDelete
  5. Gill suka entri kau kali ni.
    Cuba mencari satu ayat yang mungkin Gill boleh berdebat dengan kau, tapi Gill setuju dengan semuanya.

    Benar, Melayu kita bijak sebenarnya, sangat bijak namun kelebihan itu disalah gunakan. Disebabkan bijak, jadi malas.

    Looking forward untuk membaca entri kau yang lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijak sangat bijak...cuma orang kita x nampak!

      Delete
  6. melayu sgt memilih..keje nk yg bagus pdhal bila dpt keje xla gigih mana.. bergosip no satu..

    kt cni, kebanyakan operator mmg org asing n terkejut bila ada di kalangan diorg ada degree.. medic lagi.. so proud sbb diorg sgt xmemilih keje.. btl ckp awk, diorg bkn merampas, tp merebut peluang..

    org kite ni kufur nikmat.. keje clener yg halal pun dihina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gossip2 tu kann kerja full time org perempuan kita...kami lelaki bz la nak gossip2...hehe!

      Delete
  7. Sebab bercakap lebih senang dari buat. That's the point.

    ReplyDelete
  8. Ada jugak betulnya. Dulu saya ni mmg anti jugak dgn org2 asing yang datang ke Malaysia. Kalau kat sesetengah kawasan di KL ni, dah jadi lubuk satu bangsa tu terus. Dah rasa mcm kita plak yang ada kat negara mereka. Masa tu rasa mmg cukup meluat dgn kebanjiran mereka. [Rasa terancam pun ye jugak kot].

    Tapi bila dah makin matang, saya fikirkan, apa salahnya mereka datang ke sini? Bumi ini milik Allah sepenuhnya. Malaysia ini juga termasuk dalam milik Allah. Jadi, apa salahnya mereka mencari rezeki di bumi Allah. Walaupun ada yang jahat, tapi itu bukan kerana mereka itu pendatang asing, tapi kerana mereka manusia. Manusia yang ada jahat dan ada baiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua manusia serupa namun ada yang tidak sama...

      Delete
  9. sedangkan berfikir itu lebih laju dari bercakap.
    tapi...itulah kan


    ReplyDelete
  10. takda salahnya selagi mereka datang tak bawak bala dan buat onar . kan

    ReplyDelete
  11. jangan terlampau bangga kan mereka . kelak kita yang merana . ada baik , ada buruknya mereka ke sini .

    ReplyDelete
  12. Kebanyakan dosa datangnya dari pandangan. Sesiapa yang tidak pandai menjaga mata, maka hati dan mindanya akan diracuni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diracuni masih ok lagi kalau terus mati dan tak mampu berfikir...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...