Pages - Menu

9 Oct 2012

Dunia


Dunia maya dan dunia realiti ada perbezaan atau tidak?

Ini pandangan aku.Tiada perbezaannya malahan ianya lebih kurang sama saja cuma cara kematian kita didunia realiti dengan didunia maya memang sangat berbeza.

Di dalam dunia maya sebenarnya kita melakukan perkara yang sama seperti mana kita berada di dalam dunia realiti.Jika kita buat baik dengan blogger yang mana-mana kita kenal maka dia turut sama melakukan perkara yang sama seperti kita.Sama juga di luar jika orang itu buat atau bercakap baik dengan kita maka kita juga akan membalasnya dengan cara yang baik juga.

Jika kita saling berkunjung kerumah rakan-rakan kita maka mereka juga akan membalas balik kunjungan kita.Begitu juga disini malah didunia maya ini kita lebih mesra walaupun kita tidak pernah berjumpa muka tetapi cara kita mengalahkan macam pernah duduk serumah mesranya!

Kalau di luar seandainya kita didalam kesedihan atau didalam kemurungan sudah pasti ada kawan yang paling kita kenal dan rapat yang akan sudi mendengar dan memberikan kita nasihat juga sokongan.Disini ianya agak sedikit berlainan bukan seorang tetapi mungkin berpuluh yang datang memberikan kita kata-kata peransang agar kita lebih kuat dan tabah walaupun kita tidak kenal dia dan begitu juga dia.

Ianya semakin bermakna bila ayat-ayat yang kita terima bukan dari mulut tetapi dari tulisan kawan-kawan blogger kita.Ayat yang tidak mungkin cepat terpadam seperti mana kita terima dengan cara mendengar.Bila kita mendengar kata-kata nasihat juga sokongan adakalanya ianya akan cepat hilang dari ingatan kita tetapi jika kita terima dari tulisan ianya tidak akan secepat itu kerana kita boleh berkali-kali membacanya dan melihat semula apa yang rakan blogger kita tuliskan!

Secara tidak lansung kita mendapat kekuatan dengan hanya membaca bukan mendengar...hebat bukan!

Sebenarnya banyak kebaikan yang kita boleh perolehi didalam dunia maya ini jika kita mahu.Disini kita susah untuk berjumpa dengan kawan yang makan kawan.Talam dua muka depan kita baik belakang kita dia tikam semula.Susah dan amat sukar untuk kita temui yang post mereka menghentam kita dari belakang didalam dunia maya ini.Kalau ada pun cuma teguran yang bersifat iklas.Tiada yang berbahasa kasar atau kesat dan paling kuat pun jika dia menyampah dia tidak akan datang lagi ke blog kamu...itu jer!

Kalau didunia luar mungkin kita akan bermasam muka atau bergaduh seperti mana yang biasa kita lihat di youtube!

Apa yang tidak baik didunia maya ini ialah kita dengan mudah dapat melihat perempuan bogel dengan hanya sekali klik sahaja.Diluar kalau kita boleh buat macam itu maka kita adalah tuhan...hehe!

Kita masih boleh melihat perempuan bogel di dunia luar tetapi bukan dengan sekali klik tetapi dengan beberapa helai kertas yang ada simbol kepala harimau.Lagi banyak harimau lagi banyak perempuan yang kita boleh lihat dan miliki!

OK! Sekarang aku sendiri sudah keliru dengan apa yang aku tulis dipermulaan tadi.Tiada perbezaan di antara dunia maya dan dunia realiti!


"....Pening kepala aku...macam mana tiba-tiba boleh jadi tidak sama niiiii....!"


Jap biar aku berfikir semula....



chow!

57 comments:

  1. tanpa sedar....apa yg berlaku di alam maya ini hampir sama aturannya di alam realiti.

    ReplyDelete
  2. Hidup di 2 dunia yg berbeza tapi lebih kurang sama. Ntah! Tak paham jugak! -_-"

    ReplyDelete
  3. Kadang kadang aku rasa aku lebih suka dunia maya dari dunia realiti.

    ReplyDelete
  4. yang paling best bila kita dapat bertemu di dunia reality kawan alam maya kkta.

    hehe.

    weh, aku lupa pulak nak letak blog kau dapam bloglist.
    heheh.
    baru perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg best tu kan...mana la tahu ada jodoh...huhu!

      Delete
  5. aku sokong dgn komen fifie. aku lebih suka berada di alam maya. lebih aman.

    ReplyDelete
  6. kalau kita pikir balik semuanya sama. putaran

    ReplyDelete
  7. aku pun samalah dengan fifie n si robot comel tu

    ReplyDelete
  8. aku suke dunia maya.. wlu jauh, tp terasa dekat.. kwn di dunia realiti?? hurmmm, dekat pun rs jauh.. tp yg sama, dedua dunia ada faker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang pasti cuma x nampak sangat di dunia maya...

      Delete
  9. Kdg2 kite kne ingt di alam maya ni ade yg hipokrit..ape yg pasti alam maya ni mendamaikn..

    ReplyDelete
  10. dalam dunia maya, aku tak dapat cium wangi, sentuh kelembutan dan belai kemesraan...aku perlukan isteri yang realiti.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Bagi Gill sendiri, sebenarnya byk bezanya dunia nyata dengan dunia maya.
    Gill lebih selesa di dunia maya ini.
    Jujur.
    *senyum*

    ReplyDelete
  12. yes as usual saya akn tetap sokong entry awk 100%
    and smua nye BTUL!! mcm saya baru je join blogging ni 3bulan..
    saya rasa saya MCM DA RAMAI SGT kawan dalam alam maya ni..dan yg lagi best even tak pernah kenal n jumpa..saya rasa dyeorg lebih bijak menasihati memberi sokongan .btul ke?btulaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. u nak makan apa malam ni...i belanja u?

      Delete
    2. I da masak utk u..jgn lupa balik rumah mak KITA :)

      Delete
  13. memang tiada beza di alam maya dengan alam realiti.. dan sorry to say...aku rasa kawan2 dalam alam maya ni lebih supportive daripada kawan2 kita yang sentiasa ada disekeliling kita. itu yang aku tempuhi selama ni.. yang aku harap2kan sentiasa memberi sokongan moral pada aku semuanya memberi kata2 berunsur negatif..semuanya mempertikaikan apa yang aku buat. semuanya mengondem setiap apa yang aku lakukan. tapi yang aku tak pernah sangka sekalim, yang selalu memberi motivasi dan sokongan moral pada aku adalah kawan2 di alam maya ni..sungguh aku tak sangka..

    naluri aku seakan2 memberitahu kau adalah seorang yang aku pernah kenali bro..hehe.. betul tak Lan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubaan yang baik tetapi tekaan yang salah ...cuba lagi boni!


      hehe!

      Delete
  14. Dunia maya, mudah untuk mati. berulang kali kadang-kadang. *senyum*

    http://sigaretperisakafein.blogspot.com/

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
  15. setuju x kalau saya kata blogging 'is a way to find true friends and a way to cure your stress'...for me la...

    ReplyDelete
  16. Hidup dan mati adalah taruhan. Keputusan ini samada membawa ke syurga atau menempah sebelah kaki ke neraka.maya dan realiti =dosa yang sama.
    Garisan penamat..Achieve or not ur GOAL!!..U choose U decided :=))
    inilah kehidupan..

    ReplyDelete
  17. aku rasa kalau aku jumpa dgn kawan - kawan maya aku ni mesti ohsem gila !

    ReplyDelete
  18. dan kalau alam ghib pula agak berdebar juga bila berkawan dengan depa. kahkah

    ReplyDelete
  19. alam barzakh tetap menunggu..hahaa..
    betul bro..kawan2 kat alam maya ni walaupon tak jumpa tp sempoi la..nk kwan real pon apa salahnye..lagi bagus..mai ler kene teh sama2..

    ReplyDelete
  20. sila ke entry saya anda di tag :)

    ReplyDelete
  21. http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/10/lelaki-ini-lelaki-semalam-dan-poligami.html

    ReplyDelete
  22. sesetengah orang lebih selesa dgn teman alam maya. mcm aku. sebab jenis aku susah nak cerita masalah atau mengadu pape kat orang. asyik pendam sensorang. hanya mampu meluahkan melalui tulisan. bilamana teman alam maya memberi sokongan dan nasihat serta ambil berat, seriously rasa terharu gile babem. dan rasa diri dihargai.

    p/s: sayang teman-teman alam maya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga sayang awak...awak sayang saya kannnnn!

      hehe!

      Delete
  23. kdg kdg lagi seronok kwn kt dunia maya .
    dorang lg kenal kite dr pnulisan compared ngn kwn realiti.

    ReplyDelete
  24. haip haip yg pompuan bogel tu jangan. jentik tangan karang

    ReplyDelete
  25. Kawan maya lebih best. Dia tak kenal kita.. So, suka kita nak cerita pa lebih-2 lagi dekat blog. Hishh, apa kaitan harimau dengan perempuan bogel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harimau tu kannn suka kan perempuan bogel....hahaha!

      Delete
  26. Setuju 100%. Tak rugi buat baik kan. Tak kiralah kat alam maya ke atau kat realiti coz selalunya kita akan tertarik kepada sesuatu yang dapat menyentuh hati kita seperti cara kita melayan visitor-visitor and komentar kat blog kita...walaupun kita tak kenal siapa mereka..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...