Pages - Menu

7 Oct 2012

Panduan



Kali ini aku mahu menulis tentang panduan menulis blog.Mula-mula sediakan pensil dan kertas dan juga secawan nescafe gold yang panas.Jika tidak keberatan sediakan juga 2 dulang garam kasar,semangkuk gula melaka yang sudah dimasak cair,7 jenis bunga hari raya yang berlainan warna dan 3 ekor ayam jantan yang masih belum tumbuh tajinya.Bila semuanya sudah siap bungkus ke semuanya didalam satu guni dan sangkutkan dileher kamu dan lakukan larian anak di sekeliling kawasan perumahan anda!

Itu terpulang kepada hati masing-masing kalau mahu buat dan ikut ...buatlah...tapi kalau rasa macam semacam jer dan rasa macam orang gila dinasihatkan tidak perlu...hehe!

Ini contoh tulisan yang tiada kena mengena dengan apa yang aku mahu tulis tetapi untuk melancarkan otak agar datang ideanya aku mulakan dengan tulisan yang mengarut dan merepek-repek.Perkara ini sering berlaku kepada aku setiap kali aku mahu buat satu entry.Sememangnya tidak masuk akal lansung tetapi dari situ aku akan mula dapat mood untuk menulis...ini cara aku.

Kalau suka ikutlah...hehe!

Semua orang termasuk aku juga pada permulaan dahulu ketika awal-awalnya membuka akaun blog sentiasa sahaja hilang arah dan tidak tahu apa yang mahu ditulis dan diperkatakan.Buka dan tutup silih berganti adakalanya termenung lama didepan laptop melihat skrin yang putih kosong sambil-sambil mendongak ke siling tengok kipas berpusing.Begitulah selalunya dan akhirnya tiada apa yang ditulis.

Ini perkara biasa kepada blogger yang baru mahu berjinak-jinak menjadi pemilik blog.

Jika ikut cara aku dahulu bagaimana mengatasi masalah ini ialah aku akan rajin merayap ke seberapa banyak blog yang ada di laman maya ini.Tidak kira yang baru atau lama.Popular atau tidak popular semua aku terjah dan tujuannya cuma satu iaitu mahu melihat dan mencuri idea-idea mereka.Jangan amalkan kaedah copypaste itu tidak akan membantu kita dalam penulisan kita nanti.Itu palsu dan meniru!

Kita cuma curi bagaimana cara mereka menulis dan mempersembahkan kepada kita.

Aku sangat percaya bila kita rajin membaca tulisan-tulisan dari blog orang lain dengan tidak secara lansung pasti kita akan mendapat idea dan cerita mengikut apa yang kita fikirkan dan imaginasikan.Aku pasti ada tulisan-tulisan itu kita suka dan tidak suka maka dari situ kita boleh buat satu entry mengikut cara dan gaya tulisan kita dan luahkan apa yang kita fikirkan.Tidak perlu kita perlecehkan mereka tetapi buat ikut suka dan kepala kita.

Jangan cari musuh tetapi cari kawan.

Pada permulaannya memang agak canggung kerana kita menulis berdasarkan tulisan orang lain tetapi percayalah lama kelamaan kita akan jumpa akan sentuhan dari buah fikiran kita sendiri.Kena tahan sikitlah kalau ada yang komen bukan-bukan.Itu juga biasa kalau tiada kesilapan bagaimana kita mahu jadi yang terbaik.Kalau bukan untuk orang lain untuk diri sendiri pun sudah cukup memadai.Bukan mudah sebenarnya jika mahu menulis didalam alam maya yang bernama blog ini.

Ini kerana setiap tulisan yang kita tulis akan ada yang berikan komen kecuali kalau kita tiadakan kotak komen itu maka kita selamat dari anasir-anasir sakit hati.Itu yang dinamakan syok sendiri!


"....ahh! mampos la ini kan blog aku ...kau ada! Ada aku kesah!..."


Lantak kau la labu!


Ingin aku perkenalkan beberapa blog yang aku suka baca dan gaya penulisan mereka.Jangan salah sangka bukan semua blog yang aku baca adalah blog-blog yang sangat lama atau otai tetapi ada juga blog-blog yang baru sebulan dua wujud tetapi tulisan mereka sangat cantik-cantik.Namun aku percaya mereka bukan blogger yang baru tetapi membuka akaun blog yang baru...hehe!

Blogger ini RasaHati aku cukup tergoda dengan cara beliau menulis.Begitu simple dan sempoi.Tulisan beliau cukup teliti dan berhati-hati malahan cukup berisi dan tidak dibuat secara membuta tuli.Semuanya secukup rasa kita yang membacanya pun dapat merasakan apa yang cuba beliau cuba sampaikan.Kalau kita baca satu persatu post-post beliau yang lepas-lepas kita faham beliau sangat berilmu orangnya.Bukan budak hingusan!

Ini blog pula aku baru temui baru-baru ini BlogSampah.Tulisan beliau tiada had dan tiada peduli kiri kanan.Beliau menulis ikut apa yang dia rasakan.Blog seiklas hati kepada aku.Aku belum banyak baca lagi post beliau yang lepas-lepas tetapi aku tertarik cara dia menulis.Telus dan terus terang tiada belok kiri atau kanan.Lihat bagaimana beliau menulis walaupun benda itu simple sangat tetapi kita faham dan layan tulisan beliau.

Itu tulisan yang panjang-panjang dan biasa.Tulisan yang luar biasa siapa dan bagaimana contohnya.Ok disini aku bagi 5 orang blogger dengan cara dan tulisan yang berlainan.

Pertama dari blog  Ghostwriter 
tulisan-tulisan beliau kalau kita ikuti memerlukan sedikit kepayahan kerana tulisan beliau agak berat dan bukan mudah untuk difahami jika sekali baca.Beliau boleh dikatan sangat otai dilaman maya ini.

Kedua dari blog Adam
tulisan yang sangat sempoi dan aku paling santai baca kerana tahap imaginasi beliau agak keterlaluan.Spesis jenis ini sangat jarang kita boleh temui sekarang dan aku berharap kau jangan malas sangat nak update entry ok!

Ketiga dari blog syazwan@Pilot 
tulisan beliau mengenai diri beliau dan kerjaya yang sedang beliau kejar sekarang.Insyaallah dia pasti berjaya di satu hari nanti.Seoarang yang sangat galak menulis.Blogger yang aku rasa sangat rajin merayap dan paling rajin sekali bagi komen.Kalau kita lihat setiap komen yang dia berikan sentiasa sahaja panjang-panjang dan banyak baris...hehe!

Keempat ini pula TheMalayMale
tulisan beliau pendek-pendek sahaja tetapi sangat rajin juga merayap seperti si pilot itu.Rajin juga buat post.Blogger yang aku rasakan agak lama juga di alam maya ini.

Kelima ini BoniKacak
ini salah satu contoh blog yang serius didalam berblog.Jika beliau teruskan aku rasa beliau mampu pergi jauh dan mampu juga dapat income yang agak berbaloi dari blog beliau.


Semuanya lelaki.Dua blog terawal yang aku perkatakan tulisan mereka memang panjang-panjang tetapi kita tidak akan berhenti membaca separuh jalan sebab bila nanti kita mahu berikan komen kita pasti takut berikan komen jika kita tidak baca habis dan fahamkan apa yang beliau bebelkan.Biasakan jumpa cerita lain tapi komen lain.Itu maknanya kita baca separuh jalan atau komen ikut tukang komen yang lain...


"....malas yer nak baca panjang-panjang ni...ikut shortcut sudah...hehe!..."



Biasa buat atau selalu buat?


Kalau blog dari blogger perempuan pula aku rasa ada banyak dan aku tak tahu yang mana satu harus aku letak linknya disini tetapi aku bagikan beberapa blog yang sesuai untuk kita jadikan panduan bila mahu menulis atau buat blog kita jadi menarik kepada blogger yang datang berkunjung.Blog perempuanlah paling mudah dan cepat jadi popular kalau kita mahu popular.Tetapi kalau tak mahupun ianya akan automatik akan jadi popular bila tulisan dan blog kita memang menarik dan berbaloi untuk dilawati dan ikuti.

Blog dari FatinLiyana
ok semua orang dari dunia blog amat mengenali beliau.Lihat bagaimana beliau selarikan tulisan dan kecantikan beliau didalam blog beliau.Bila tulisan kita cantik dan berisi dan ada pula rupa tidak secara lansung beliau cepat dikenali dan popular.Aku tertarik cara dia menulis.

Blog dari Nameeroslan
mula-mula dahulu aku minat dengan blog beliau kerana tulisan beliau yang sangat best untuk dibaca.Tulisan dia merangkumi pelbagai cerita dan topik.Cuma baru sekarang dia rajin tampilkan rupawajah beliau kerana sedikit masa dahulu ada cerita mengatakan beliau ini adalah lelaki...hehe!

Blog dari DuniaSebelahZara
tulisan-tulisan beliau memang superb.Maklumlah penulis dari blog Terfaktab!

Blog ini juga bukanpenggoda pun aku suka baca.Jarang-jarang aku komen sebab segan dgn owner blog ini...hehe! Maklumlah dari Terfaktab juga!

Dan aku tambah satu lagi iaitu blog ini Selendangkuning tulisan-tulisan beliau aku agak keberatan untuk berikan komen sebab ianya seperti sebuah lukisan abstrak yang mempunyai pelbagai maksud mengikut apa yang kita faham.Selalunya aku baca tulisannya dan juga komen-komen yang sedia ada baru aku berikan komen.Bukannya apa takut tersalah komen...hehe!

Kalau diikutkan ada banyak lagi blog-blog yang bagus-bagus dan baik untuk kita jadikan panduan.Cuma aku tak larat nak letakkan kesemuanya.Mana-mana yang tak aku tulis atau link janganlah terasa hati ok! Apa yang aku buat disini ialah untuk menunjukan bagaimana cara kita boleh memantapkan lagi tulisan kita dan dari blog mana dan tulisan yang bagaimana dan blog yang bagaimana yang kita inginkan.

Semoga sama-sama kita berkongsi idea jika ada lagi idea dan panduan yang baik.


chow!



60 comments:

  1. Bila menulis sesuatu entri tu mesti ada isi atau mesej yang ingin disampakikan. Thumbs up bro. Boleh jadi panduan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita share mana yang patut yer dak...hehe!

      Delete
  2. Pasal blog sampah tu mmg terbaik kan??? Sy pun baru je jejak ikot blog dye..ape yg terbaik dye tu mentality dye I LIKE Stick 2 the 1 prinsip yes mean yes no means no..xyah nak jaga hati sesiapa hakhakhak

    ghostwriter yg best sbb simple tp entry dye padat x sombong langsong selalu je nampak dye commnt kat mna ² entry blogger ² lain!

    Syazwan lak sy x slalu cmmnt kat dye sbb takot salah bg pendapat.dye mm sgt educated for me..tp selalu je bace new update from his dye ade cita ² n wawasan yg tggi suka bace bila dye crita pasal diri dye and this person are very nice guy..klau dye cmmnt entry blogger ² yg lain looks like mcm nk buat entry kat blog org..tu yg dikatakan dye bace full the story n faham entry others ppl.

    The malay male pun sama nice guy! Ayat smua simple tp terbaik pun xsombong klakar pun ade heheh.

    Lelaki smlm perhhh smua entry dye mmg 100%
    Xde yg ngarut from beginning - ending tip top so true! And make ppl feel nak bace lagi dan lagi dan lagi.. Next new update plz :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. jna....u i rasa semakin garang sekarang ...teruskan u mungkin boleh jadi yang terpopular juga di satu hari nanti!

      Delete
    2. Hi wan! >.<

      Alaaa xyah kot jd fofular..tu bukan concern I pun..
      Utk menjadi fofular ni risiko dye tggi..so xberani nk ambek risiko ni jd jelaa org yg x fofular..bukan nye dye tu pewittt nak SIGN!

      Delete
    3. ala dah tulis kat atas tu kalau x nak pun pasti popular juga...hehe!

      terima je ler!

      Delete
  3. saya cuba untuk jadi positif dalam blog. 'pura-pura' positif pun selalu. tapi kdg2 guna juga CAPS LOCK, tanda seru, ad#$D^74. so yeah. hehe.

    i write from heart, filtered with my mind.

    ReplyDelete
  4. list blogger girl blom difolo lg.hik

    yg blogger lelaki..mjoriti folo.mmg the best.
    xkurang juga blog lelakisemalam..

    ReplyDelete
  5. aiseyman...blog sy x tersenarai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory la bro ...lain kali insyaallah boleh...:)

      Delete
  6. bila aku baca ayat " Kali ini aku mahu menulis tentang panduan menulis blog ".

    aku rasa, eh, lain pulak entry kali ni.
    hehehe..
    selaunya kau bagi pasal keadaan semasa dan pendapat jitu beserta kiasan dan contoh.
    tapi entry kali ni lain.

    Thanks bro!

    by the way, namee dah tunjuk rupa.
    dah tak berselindung dah.
    kau ni memang lelaki ea bro?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tanya lagi....tentulah lelaki!

      Delete
    2. by the way.
      blog yang kau list kat atas tu.bagus bagus.
      santai.

      aku ada letak dalam bloglist aku.
      bahagian adam
      tak banyak bloglist laki aku.

      Delete
    3. banyak lagi ada tapi x larat nak cari..hee

      Delete
    4. Btw u ni laki ke ppuan ??
      Cute soalan wan tu!
      Kalau laki buktikan kakakakka

      Delete
  7. PELIK AJE BILE BACE ENTRY YG ATAS SKALI TU .. KUIKUI ..

    HAMBOI .. NAK KENA SEDIA KAN PEN N KERTAS ERK ?

    BLOG DIORANG MEMANG SUPERPOWER ROOT .. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mula2 tu tgh cari idea...

      Delete
    2. BGUS TOL CRE CARIK IDEA KEN .. LEH TIRU .. HIHI

      Delete
  8. mmg panduan! jauh arang dari panggang dgn blog sy! hahah betul ke peribahasa tu? jgn ikot kalau takut sesat

    ReplyDelete
  9. owh..kena terjah lah blog2 yg tersenarai tuh...! heee...

    ReplyDelete
  10. Banyak bermain dengan emosi dan fikiran bila baca blog-blog lelaki tu semua. Lagi-lagi abam Ghost.
    Adam? Santai dan boleh bikin aku gelak.
    Abam Malay Male? Ringkas dan padat. Aku suka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog lelaki mmg ada macam2 mungkin kerana dia org ini adalah lelaki kalau perempuan agak bertapis sikit...nama pun perempuan kannnn!

      Delete
  11. mula - mula aku pung macam tu jugak taktahu nak tulis apa benda dan selalu melalut . sekarang baru jumpa jiwa dalam blog . ahaks .

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk penilaian jujur kau tentang blog rasa hati, aku rasa terharu sebab diletakkan sebaris dengan blogger2 ternama.

    Panduan yang kau bagi tu betul. mulakan dengan baca penulisan orang, dan kemudian berlatih mencari gaya penulisan sendiri.

    p/s dari struktur ayat, aku mcm kenal kau ni, blog kau ni akaun baru kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ikar tak perlu la rendah diri sangat...:)


      kau pun boleh tahu siapa aku yer...betul la tu!

      Delete
  13. Aku rasa blog ni pun sama juga, tulisan panjang tapi menarik tak boleh stop tengah2 jalan xD
    Aku tahu blog Ym.Bundle dgn boni kacak tu je, yg lain2 nk terjah lah lps ni ^^

    ReplyDelete
  14. tqvm for preview :-) blog ni pun apa kurangnya, mantap2 isi yg dikupas. Hehe

    ReplyDelete
  15. terjah dari link yg diberikan oleh tuan belog Rasa Hati..(^_^)

    kebanyakan belog lelaki yg tersenarai di atas belum pernah baca lagi..sebab kurang rajin blogwalking..hehe..btw, tenkiu share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! tenkiu sudi singgah ke teratak patik ini...

      Delete
  16. Mula-mula sediakan pensil dan kertas dan juga secawan nescafe gold yang panas.Jika tidak keberatan sediakan juga 2 dulang garam kasar,semangkuk gula melaka yang sudah dimasak cair,7 jenis bunga hari raya yang berlainan warna dan 3 ekor ayam jantan yang masih belum tumbuh tajinya.Bila semuanya sudah siap bungkus ke semuanya didalam satu guni dan sangkutkan dileher kamu dan lakukan larian anak di sekeliling kawasan perumahan anda!


    memang best laa!!!

    ReplyDelete
  17. setuju tu.. aku pun selalu juga merayap merata2 dalam blog ni..dalam pada masa yang sama, dapat melegakan sikit otak yang tgk kelam kelibut mencari idea.. begitu juga dengan mencari kawan. bila kita semakin ramai kawan, semakin bertenaga kita untuk selalu update blog. benarlah kata orang, kawan2 juga adalah inspirasi untuk kita berjaya..

    macam sekarang ni, ko telah membuatkan aku semakin membara untuk mencapai kejayaan.. terima kasih bro.. wish me luck. aku tekad untuk mengubah kesusahan yang sedang aku alami sekarang ni.. sebab tu aku tak pernah putus2 berusaha.. segala kegembiraan, tawa dan senyuman aku ni hanyalah untuk mengaburi mata2 orang lain.. hakikatnya, hidup aku penuh dengan segala macam musibah.. hanya Tuhan sahaja yang tau betapa peritnya apa yang aku alami sekarang.. banyak kali aku tersungkur di medan perjuangan.. tak pernah sekali pun aku dapat berdiri tegak dan teguh. tapi itu bukan alasan untuk aku terus menyembah bumi..walau terus jatuh dan jatuh, aku tetap akan terus bangkit.. itu adalah azam aku. bukan nama yang aku kejar dalam dunia blog ni, tapi aku mengejar rezeki yang ada pada alam maya ini. Jika ditakdirkan segala usaha aku itu berjaya, InsyaAllah aku akan ceritakan apa yang aku tempuhi selama dua tahun ni... Thanks sebab jadi sahabat dan sumber semangat aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. slow2....dan jangan jemu juga putus asa ...jalan dah betul cuma harus kuatkan semangat kerana bukan senang jika mahu senang!


      aku mmg suka support orang yang serius dalam sesuatu hal yang sedang dia lakukan!

      teruskan sampai berjaya!

      Delete
  18. DSZ n namee mmg best.. yg blog lelaki tu adala 2 3 blog dh follow.. yg lain belum.. btw, blog lelaki semalam pun sm.. penulisan yg santai tp penuh isi..

    ReplyDelete
  19. Antara banyak2 blog yg listed tu, pernah baca dua ja. Kena terjah yg lain ni! Hoho :D

    ReplyDelete
  20. Antara blog yang di-list-kan, Mieya selalu baca 3-4 blog je. Yang lain, kena terjah lepas nie.

    ReplyDelete
  21. linda suke dgn gaya penulisan themalaymale..memng sempoi, pendek tapi penuh msg. Hope 1 day linda punye penulisan akn lebih baik :)

    ReplyDelete
  22. blog umpama penasihat yang juga pemberi ingat ^_^ insyaAllah.

    nanti nak terjah blog2 cool kat atas tu.

    thanks bro!

    ReplyDelete
  23. perghhh.. kemain lagi promote blog nampak. hahah. lama tak jengah. sorry. nanti aku ambik masa bace post2 yg aku tak bace lg. hehe

    ReplyDelete
  24. Bab nak komen tapi baca post entry tak abis mmg lawak. Tu la, ada sesetengah blog, memang tak boleh skip baca. Skali komen tak kena tjuk, rasa nak telekup muka. haha

    ReplyDelete
  25. banyak blog2 best yang underground. siap bookmarks lagi blog diorang.

    jika menulis dari hati, pasti ramai yang mengerti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...