Pages - Menu

7 Sept 2012

Kopi dan Pasta


Pada permulaannya memang kita jenuh memikirkan cara bagaimanakah untuk kita menghasilkan satu tulisan yang bagus dan menarik untuk pembacaan orang lain.Kita mungkin cuba meniru cara atau gaya blog orang lain demi mencari tapak permulaan di dalam berblog.

Kita mungkin main belasah sahaja tulis atau cedok dari mana-mana sumber.Kalau kita bernasib baik orang akan fikir tulisan kita memang hebat walaupun masih baru didalam dunia blog!

Dunia blog sebenarnya bukanlah besar sangat jikalau tulisan kita datangnya dari sumber yang dicedok dan dicebok...ahhh! tak payah tunggu lama sekejap jer orang tahu dan datang ke blog kita komen sambil perli-perli atau sindir-sindir kita.Itu kalau yang baik budi bahasa dan tinggi budi pekertinya tetapi jika yang datang itu jenis kereta kebal dan tak pernah kesekolah mahu sebakul dua kita dimaki hamun...hehe!

Dulu waktu aku mula-mula mahu berblog pening kepala aku memikirkan apakah style dan apakah benda yang mahu aku tulis dan utarakan.

Orang berblog kita juga mahu berblog tetapi bila kita sudah punyai satu akaun blog kita mulai pening dan jadi bodoh tiba-tiba.Pada mulanya kita bukan main ghairah lagi mahu berblog tetapi bila sampai saat mahu lahirkan satu tulisan untuk pertama kalinya kita mulai blur dan hilang arah.

Lama kita tercegat didepan laptop kita.

Kalau tidak kuat semangat mahu di off kan sahaja laptop kita tu....hehe!

Biasalah benda baru tentu sekali mempunyai banyak halangan dan cubaan.Niat kita memang baik cuma cara kita mungkin tidak baik.Ini kepada mereka-mereka yang mahu popular didalam dunia blog secara cepat dan senang.Orang cakap kopi dan pasta!

Macam itulah bunyinya kira-kira ...aku bukan reti sangat benda-benda ni...!

Mari aku ajar sedikit cara-cara buat kopi dan pasta yang palsu tetapi sangat tulen.Baca dan fahamkan apa juga isu yang kita baca di mana-mana blog yang kita kunjungi.Bila kita sudah faham kita boleh kopi dan pasta isi ceritanya dengan cara kita sendiri.Bagaimana caranya?

Jika dia kata hitam kita tulis putih jika dia kata bodoh kita tulis pandai dan jika dia kata sokong kita tulis dia bodoh...hehe!

Tulisan yang sepatutnya di kopi pastakan akan menjadi satu tulisan yang sangat kontra dan berlainan dan silap-silap akan menjadi satu karya yang sangat tulen dan pembaca tidak dapat mengetahuinya.Itu cara yang paling selamat dan bergaya jika kita mahu membuat satu permulaan.Itu juga satu idea kepada blogger lama yang sudah hilang idea untuk melancarkan satu post yang baru setelah berminggu-minggu blur dan jemm dengan otak untuk mencari idea baru...hehe!

Perlu banyak membaca baru ada banyak idea untuk menulis.

Otak kita akan jadi jemm jika tiada sos baru yang masuk.Sumber dari pembacaan sebenarnya banyak membantu kita melahirkan idea dan tulisan-tulisan yang menarik dan baik.

Macam real jer aku menulis bagaimana cara-cara mahu berblog padahal aku sebenarnya mahu tulis cerita lain tetapi taip cerita lain.Ini bukan kejadian pertama yang berlaku terhadap aku.Tersangat selalu dan selalunya aku akan tersenyum sendiri.

Apa punya otak la aku ni...hehe!

Engko orang pun sama jugak kannn macam aku idea lain tulis lain!


chow!


28 comments:

  1. hahahaha.. selalu jugak terjadi tu.. idea lain, tapi hasilnya lain,hahahaha..

    tapi kadang2 rasa bengkek jugak dengan orang2 yang kopi pasta bulat2 ni.. pernah terkena..sakit hati je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sebenarnya nak tulis pasal tak sempat nak balas komen dengan balas balik kunjungan...last2 ini pulak yang keluar macam haram kannnn..hehe!

      Delete
  2. kalau tiada sos pergi la beli kt kedai! haha. ok x lawak.

    ReplyDelete
  3. haha,setuju2! selalu gitu.kita fikir lain,plan lain,bila tulis lain pulak kuar.bila da dipost kita gelak sendiri,ape punya sengal da...susah sgt nak nulis sebenarnya ni,apatah lagi bila kita xda feel,mmg kopi pasta je slalu orang buat...janji ada post,hehe...entry kali ni santai.best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kena santai gak....kalau semua berat susah gak...:)

      Delete
  4. idea lain tulis lain . ahahaha sama lah kita (Y) :D

    ReplyDelete
  5. selalu bila ada masa free takde idea nak taip entry. bila idea mencurah-curah mesti time tu keje berlambak nak kena settle. last2 idea terkubur macam tu je -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulislah kat kertas kecik apa idea yang datang nanti bila tak sibuk barula tulis...kalau tak jangan harap la...hehe!

      Delete
  6. lama2 dah berblog nih kita dah bule rasa stail kita mcm mana

    just be ur self

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lama mmg dah faham kemampuannya dimana.... kepada yang baru2 tu mmg boleh pusing kepala ...hehe

      Delete
  7. Dulu aku pun macam tu waktu mula-mula buat blog. Memang tak tahu gaya penulisan macam mana yang nak memikat hati pembaca. Nak meniru gaya orang bukan cara aku. Lama jugak la baru nak rasa selesa dalam penulisan sekarang. huhu. Keep on writing awak. Pray you for the best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama2 kita tahu apa yg kita mahu dan tulis...

      Delete
  8. slalu ja jadi blurr...tambah2 jika rutin harian sama ja setiap hari...kalau ada masa baru la godek2 cari idea dalam internet....sbb blog perlu sntiasa di update....jika tak, hilang la pembaca setia...=)

    ReplyDelete
  9. selalu plan nak masak lain tapi buatnya lain. eh!

    ReplyDelete
  10. memang dah selalu sgt jadi camtu, mula2 nak cerita lain tp bila dah mula menaip, lain pulak hasil dia.

    aku suka cerita hal sendiri je. dan aku baru perasan yg template kita, kaler dan sebagainya seakan sama tapi yg pentingnya utk ko tahu aku tak kopi pasta ko punya tau. hehe

    eh, apa nama font ko guna? aku berkenan la...staiiii maa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. template kita mmg sama ....aku pakai font puritan!

      Delete
  11. Haha. Dah selalu mcm tu. Last2, takyah plan nak tulis apa. Pakai tipe je. siap. publish. selesai :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham sangat...namanya " belasah jer! "

      hehehe!

      Delete
  12. hehe..den ingat den sorang yo yg idea lain tp hsilnya lain....keh...keh...

    ReplyDelete
  13. hehe. kalau nak copy paste pun, letaklah sumbernye kan. ;)

    ReplyDelete
  14. Elakkan kopi pasta dan cari gaya penulisan sendiri. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...