Pages - Menu

15 Sept 2012

Anak Amanah


Anak adalah satu anugerah yang sangat -sangat mulia dari yang maha berkuasa untuk hamba-hambanya.Anak juga adalah peyambung generasi ke generasi.Anak juga menjadi satu jaminan untuk kita terus kekal bahagia sehingga akhir hayat.Anak juga membuatkan kita menyesal seumur hidup.Setiap orang yang bergelar anak tidak semua kekal menjadi anak yang selalu di impi-impikan.

Anak yang tidak mahu di terima sebagai anak sekarang semakin banyak terjadi.Tidak adil kalau kita katakan hari ini sahaja tetapi dari dahulu juga.Cuma dahulu cerita dan berita begini tidak mudah tersebar seperti hari ini.Dulu suratkhabar ada tetapi siapa yg mampu sahaja akan memilikinya.Sekarang semua orang mampu dan mencari-cari suratkhabar.Pemberita yang memburu berita berterabur di merata-rata.Suratkhabar yang harus di baca hari ini juga tidak mampu di baca kesemuanya...terlalu banyak ada.

Anak sebenarnnya bukan sahaja anugerah sebaliknya juga seperti menerima satu rezeki.Namun ramai sekali manusia hari ini yang terlupa ...anak juga satu amanah!

Bila di katakan amanah maka kita harus jaga amanah ini dengan penuh bertanggung jawap.Sekiranya kita tidak mampu menjaga amanah ini bagaimana mereka-mereka berani melahirkan anak dengan jumlah yang agak banyak dan sentiasa berkata begini....

"...anak-anak ini ada rezeki mereka masing-masing...kita jangan risau sangat...insyallah..."

Mereka sebenarnya terlupa atau buat-buat lupa tentang perkara "amanah".Mereka sengaja "membuat" anak-anak walaupun tidak mampu menjaga,membela apa lagi memegang amanah!

Aku secara jujur memang tidak bersetuju bila ada manusia-manusia yang rajin menghasilkan anak tetapi tiada kemampuan membesarkan anak-anak mereka.Seringkali alasan dan jawapan yang mereka berikan begitu menjengkelkan aku...

"...bila mereka besar nanti pandai-pandailah mereka hendak hidup...yang penting makan minum aku sudah berikan ..."

Sedapnya mulut dan lidah berkata-kata seperti tiada ada kesalahan yang telah di lakukan.Lupakah mereka selagi anak itu bernyawa selagi itu kita sebagai ibu bapa masih kekal bertanggung jawap terhadap anak-anak kita!

Aku memang belum punya anak tetapi aku adalah anak kepada ibu bapa aku.Aku tahu sejauh mana tanggungjawap yang di pegang oleh ibu bapa aku.Aku cuma tiga beradik dan ianya bukan sesuatu yang mudah kepada ibu bapa aku untuk membesarkan kami dengan sepenuh kasih sayang dan semua keperluan di penuhi dan juga kos-kos yang harus di bayar untuk menjadi anak yang berjaya dengan bekalan pelajaran.

Cuba bayangkan jika mereka sebagai ibu bapa gagal melaksanakan tanggung jawap sebagai ibu bapa bila mana mereka sendiri terkapai-kapai bagaikan lemas dalam lautan.Anak ramai sehingga berbelas dan pendapatan hanya cukup-cukup untuk makan dan minum sahaja .Pakaian seperti baju dan seluar setahun sekali di tukar itu pun nasib-nasib sahaja.Serba serbi kekurangan.

Bagaimana mereka boleh melakukan semua ini dengan tanpa ada perasaan merasa bersalah?

Aku memang cukup-cukup tidak faham.Kenapa tiada perancangan dalam membina keluarga? Kenapa tidak melihat kemampuan yang ada untuk memeliki berapa ramai anak? Kenapa mereka sengaja mempermainkan amanah yang telah di berikan oleh yang maha kuasa kepada mereka? Kenapa mereka begitu berani melakukannya?

Persoalan demi persoalan bermain di dalam kepala otak aku.Mereka tiada berakal fikiran ke atau mereka  terlupa yang otak yang terletak di dalam kepala mereka itu harus di gunakan dan bukan dengan secara sengaja di tempatkan di situ!

Kita mungkin boleh berkata apa sahaja tetapi yang jelasnya manusia itu sendiri mencari penyakit dan masalah.Sengaja cari susah.Sengaja buat tidak tahu kenapa dan mengapa perlu buat begitu dan begini.Lebih-lebih lagi dengan anak-anak mereka.Tiada keadilan dalam kasih sayang dan tiada bertanggung jawap.Semua cuba di serahkan kepada takdir.Cukup mudah sekali cara mereka berfikir.

Bila anak itu sudah besar dewasa tetapi sayangnya dia bukan seperti anak-anak yang menjadi impian setiap ibu bapa .Dia menjadi manusia hanya pada namanya sahaja.Ketika itu kepada siapa yang harus kita letakkan kesalahan anak-anak ini?

Kepada Ibu bapanya atau anak-anaknya?

Amanah yang tidak di jaga dengan sewajarnya akan mengakibatkan mala petaka yang tiada terduga kesudahannya.Tiada apa lagi yang dapat diperbetulkan lagi sekiranya punca yang telah sedia di ketahui di abaikan.Itu tanggungjawap mereka yang menerima amanah.Ibu bapa kita.

Kita sebagai anak pula di amanahkan untuk menjaga ibu bapa kita sebagai satu kitaran kehidupan.Tiada dolak dalik lagi.Tiada berkecuali dan tapi-tapi...!

Walaupun ibu bapa kita gagal menjaga amanahnya dengan betul dan baik,Kita sebagai anak tidak dapat mengelak lagi .Suka atau tidak mereka kita harus jaga dan pelihara.Itu sudah menjadi tanggungjawap kita ...kita yang bernama ANAK!



chow!

27 comments:

  1. mohon jadi bapa yg amanah kepada anak2 kite nanti..


    woah~!

    ReplyDelete
  2. anak tu amanah dan anugerah. kalau tak dijaga, takut tersesat.

    ReplyDelete
  3. macam mana pula dengan ibu bapa yang bercerai?.

    2 orang student aku ibu bapanya bercerai.

    dia kata, saya bosan dok rumah.
    mak selalu membebel.
    nak study pon susah.
    sebab tu result saya jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku faham situasi mereka dan aku tahu bagaimana rasanya...kasihan mereka!

      Delete
    2. aku pun sangat2 faham perasaan mereka.. :)

      Delete
    3. boni muka ko yg kacak tu mana ...gelap jer ni?

      Delete
  4. cikgu selalu pesan. kalau kita jaga parents dgn baik, nanti anak kita akan lakukan yang sama kat kita.

    walaupun pernah terasa hati or gaduh dgn parents, in the end mesti rasa menyesal sbb bila terigt ttg susah payah mak ayah selama ni, bagi berapa riban pun takkan cukup utk membayarnya.

    dan aku tak paham kenapa orang zaman sekarang suka buang anak. walhal berlambak lagi orang yang nak anak tapi belum dapat menimang anak sendiri. life is so unfair.

    p/s: rasa bersyukur kerana masih bernyawa sebagai seorang anak, dan berdoa supaya dapat menimang anak beberapa tahun lagi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. beberapa tahun lagi ...i rasa macam lambatla u...:)

      Delete
  5. peranan ibu bapa sgt penting.. anak2 itu amanah kita..

    kita pon tak tau apa yang bakal kita hadapi bila kita menjadi ibu dan ayah kelak

    ReplyDelete
  6. yup. haz pun 3 org je adk bradik. parents dh lame bercerai. so skrang tggl my mom je. sian dia kne sara kitorang sorang2. selamat tinggl haz je yg msh di U. bila dh kerja n ada duit nanti boleh la balas balik jasa mereka. hee =)

    ReplyDelete
  7. bila tah ada ank ek?

    ReplyDelete
  8. Btul katamu. Semuanya... So jadilah ank yg mengenang jasa, klaupun mak ayah kita hanya tau mengadakan kita dgn hanya bg makan minum yg cukup2 je, tp bls la jasa mereka sekurang2nya dia tk cmpk kita dlm lubang tandas.

    ReplyDelete
  9. Amanah Tuhan kena jaga dengan sebaiknya. =)

    ReplyDelete
  10. bengang dengan golongan pandai "buat" tak pandai jaga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cam ner....itu pilihan yang mereka buat...

      Delete
  11. :) Teringat kedua ibu-bapa saya.

    ReplyDelete
  12. bila anak buat kesilapan...bukan semuanya salah ibubapa...kadang2 anak salah jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau salah anak tidak mengapa tetapi jika salah ibu bapa bagaimana pula?

      susah juga bukan...ish2

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...