Pages - Menu

24 Jul 2013

Tenang Yang Indah


Sikap tenang dan kool sebenarnya bukan mudah untuk kita amalkan sebagai salah satu rutin kehidupan kita sebagai seorang manusia.Ianya tidak mudah kerana ianya harus di lakukan selalu dan sekerap yang mungkin.Bukan mudah untuk menjadi seorang yang tenang dan tidak terburu2.Lebih sukar lagi kalau kita ini masih muda dan masih lagi mentah dengan semua onak dan duri didalam kehidupan.

Bersabar tetapi jika tiada bersikap tenang juga susah.Kita bersabar tetapi didalam masa yang sama kita binggung dan fikiran kita kusut.Orang lain tak nampak yang kita ini diam bukan kerana bersabar tetapi sebenarnya hilang punca.Kita diam macam orang bodoh dan kita seperti tersesat tiada bertemu jawapan.Ini juga masalah besar.

Tahu2 kita dah terjun dari bagunan tinggi.

Kalau yang bijak dan beriman pasti tahu bagaimana cara dan kemana arah harus di tuju.Jika di rumah kita ramai orang dan ramai kawan2 atau adik beradik mungkin kita tak mampu nak bersendiri dan mengadu kepada yang satu.Kita terpaksa keluar dan mencari alternatif. Surau dan masjid ada banyak didalam negara kita.Itu tempat yang sesuai untuk kita berdiam dan beristirehat.

Rehatkan minda dan juga jiwa.

Itu kalau yang berakal kalau yang kurang berakal atau dalam bahasa yang lebih mudah kurang matang.Muda dan masih kurang pengalaman bagaimana?

Semua orang pernah jadi muda remaja begitu juga dengan aku.Sikap kita pada awalannya pasti kurang kawalan dan kurang berfikir.Kita akan lakukan apa yang kita mahu bukan apa yang kita fikir.Kita berfikir setelah apa yang kita mahu dan kita telah lakukan.Kalau elok maka eloklah tetapi kalau tidak maka buruk akibatnya.

Begitu juga didalam meluahkan sesuatu pendapat atau buah fikiran.Jika ada pengalaman kita akan berhati2 dan berfikir panjang bila cuba memberikan jawapan.Namun jika kita masih mentah kita pasti ghairah untuk menunjuk2 dan cuba menjadi yang terbaik.Kita konon2nya tahu dan serba tahu walaupun hakikatnya kita kurang tahu.Kita cuba menjadi hero.

Semua orang pasti melalui konflik yang sebegini.

Pasti ada baik dan buruknya jika kita bertindak sedemikian.Proses menjadi matang dan tenang memang harus di lalui dengan cara yang agak kurang bijak.Jika tidak kita tidak tahu apa dan bagaimana cara untuk memperbetulkan keadaan dengan baik dan waras.Kemudian baru kita faham tanpa ketenangan kita tidak akan dapat memperbaikinya.

Proses ini bukan mudah dan sekejap.Namun yang pasti bila kita sudah laluinya secara otomatik kita akan memahaminya.Kita akan sedar bagaimana ketenangan memainkan peranan yang besar dalam mengharungi kehidupan kita yang seterusnya.Senang cerita bila sudah menguasai sikap yang bertenang secara pakej kita dapat bersabar juga.

Ramadan memang bulan yang penuh dengan cubaan.Bila memiliki sifat yang tenang segalanya dapat diatasi dengan mudah sekali.Ketenangan memberikan kita nikmat kepada kesederhanaan.Bila sifat2 ini ada maka insyaallah kita tidak akan mudah lupa diri.

chow!



21 comments:

  1. Memang tak dinafikan, nak pakej yg lengkap mmg susah, tambah2 dalam bulan ramadhan ni.

    nak-nak pula akhir2 ramadhan ni, rasanya lagi menipis kesabaran yg ada..

    dan setuju bila kata menjadi matang kita akan melalui proses yg kurang bijak, dari kurang bijaklah kita akan menjadi bijak. pendek kata pengalaman mematangkan seseorg...

    p/s: org perempuan kan pemalu, sebab tu lambat sikit nak tegur2 ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu la al-kisahnya.



      p/s:tahu mmg org pompuan cam tu kadang2 terfikir malu ke sombong...:)


      Delete
    2. Sombong tu mgkin ada sikit...
      Tapi lebih kepada malu sebenarnya....

      Delete
    3. aah la...org pompuan kan pemalu.

      Delete
  2. bertenang atau dalam erti kata matang tu perlu masa yang panjang... masalah, konflik, cabaran, dan seangkatan dengannya itu semua latihan dari masa ke semasa dlm proses ke arah kematangan... hari2 mau ingat, tenang.. tenang... tenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan ertikata lain ..sabar2.

      Delete
    2. Sabar dan bertenang itu adalah antara 2 benda yang amat mudah disebut, tapi nak buat memang payah.

      Delete
  3. nak praktikkan benda benda baik ni mmg sesuai sgtlah dimulakan di bulan ramadhan sebab iblis yg selalu dok hasut manusia buat kejahatan tengah dibelenggu sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. cantikla picture bergerak2 mcm tu..awak amik kat mana ? ke beli ? hehe..nak jgk pic mcm tu (n__n)

    ReplyDelete
  5. aku rindui tenang semacam foto tu...

    ReplyDelete
  6. Ya. Aku pernah alami konflik, sampaikan aku kembali semula pada DIA. Dan dari situ... aku belajar untuk jadi manusia positif walau kekadang terbabas juga. :)

    ReplyDelete
  7. sabar .. walaupun hanya satu perkataan namun sukar untuk dilaksanakan bila menerima ujian yg hebat.. namun insyaa allah dengan dekatkan diri padaNya kita mampu untuk menghadapi apa jua insyaa allah

    ReplyDelete
  8. nama aku punyai maksud yang tenang. tapi ada certain2 part aku susah nak bertenang sedangkan bila kita hadapi apa2 musibah, ketenangan yang paling dituntut sebenarnya..

    ReplyDelete
  9. bukan semua bisa bertahan untuk mengawal diri.
    kekuatan nurani itu perlu seiring dengan iman.jika tidak
    hilanglah diri...

    ReplyDelete
  10. nak tgk org sabar, cuba pegi ke bndar time posa pastu jam pulak..macam2 leh tgk..potong keta org x bg signal, bunyikan hon..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar membeli dengan banyak yer adalah ...hehe.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...