Seorang kawan datang minta tolong dengan aku semalam.Pertolongan yang dia minta dari aku buat aku jadi serba salah.Bukan aku tidak mahu tolong cuma aku takut mahu tolong.Takut nanti dia menjauhkan diri dari aku.Sebelum ini ada beberapa orang kawan datang minta tolong dan dengan iklas aku tolong.Selang beberapa ketika mereka semua hilang lesap entah kemana.
Hilang kerana malu dan hilang kerana tidak tahu malu.
Pertolongan yang berupa wang ringgit memang cukup rumit.Walau kita iklas sekalipun pasti dibelakang hari nanti ada sahaja benda yang tidak akan menyenangkan hati kita.
Bila pertolongan yang bersandarkan kata " pinjam " maka pertolongan ini harus dikotakan.Kita mungkin tidak kisah sangat tetapi mungkin dia tidak.Sipeminjam mungkin ada rasa serba salah.Takut apa yang dikata tidak dapat dikotakan janji.Kita pula mungkin iklas tetapi apabila telah diberikan kata2 janji kita pasti akan menuntut semula kata2 itu nanti.Bila semua itu gagal berlaku pasti kita atau dia mulai ada rasa sangsi diantara satu sama lain.Kita sangka begini dia pula sangka yang lain.
Akhirnya kita kehilangan kawan dengan tidak secara lansung.Begitu juga dengan dia.Mana yang iklas mungkin kita dapat terima dan maafkan.Jika sebaliknya tidak banyak sedikit hati kita pasti berkata2 yang bukan2 dan kita sendiri kurang sukai.Tolong salah tidak ditolong juga salah.Serba salah dibuatnya.
Itu yang aku tidak sukai.Bila sudah ditolong kita pula yang melopong.
Namun aku selalunya buat tidak peduli akhirnya.Tolong tetap tolong dan aku berserah.Jika nanti ada rezeki aku pasti akan ada semula semuanya.Jika tidak maka it's ok with me.Cuma aku rasa ralat jika mereka hilang begitu sahaja tanpa ada sedikit rasa bersalah.Tidak kisah jika tidak mampu kerana aku faham.Bila ada pulangkan jika tiada tidak perlu menyorok bawah katil.Cakap jer aku memahaminya.
Hati manusia siapa boleh baca dan mana ada samanya.
Aku percaya semua ini bukan hak milik kita kalau itu bukan milik kita.Rezeki tidak akan kemana jika sudah tersurat itu hak kita.Bunyi macam pelik tetapi aku suka cara begini.Senang tidak perlu fikir panjang sangat.Tolong ikut kemampuan itu yang selalu aku amalkan.Terpulang jika mereka tidak muncul kembali.Cuma sedihlah kerana wang ringgit silatulrahim terputus.Pasal duit!
Bosan!
chow!
Bagus ni sharing nya :)
ReplyDeletetenkiu u.
Deletebro, duit bukan segalanya. tapi zaman sekarang kita perlukan duit untuk dapat most of segala nya.
ReplyDeletetapi sebab duit jugak la kita hilang nilai-nilai murni.
DeleteSetuju. Duniawi semata-mata.
ReplyDeleteterpaksa akur dengan semua ini.
DeleteSakit wei, tolong lain boleh. Bab duit, memang serba salah dibuatnya. Tutup mata tido tak lena bro.
ReplyDeletehahaha tahu tu kan.
Deletetolong kalau kau ikhlas je. KAlau kau tak ikhlas, kau mintak la singgit dua buat minum kopi
ReplyDeleteaah selalu mmg cam tu.
DeleteSenang cerita, tak payahlah pinjamkan duit dekat orang. Tapi bab2 duit nih memang sensitif sikit hmm entahlah
ReplyDeleteaku x kisah asal jgn hilang terus...duit kan boleh kita cari.
Deletetentang ni memang setuju sangat. kerana wang boleh hilang sedara walau atas dasar 'mintak tolong' kan.. saya pernah pinjamkan seseorang wang, sikit tak sikit, banyak tak banyak. tapi adalah.. janji nak bayar lama dah. tapi sampai sekarang ni takde pape pun. hari2 berpandang muka, tapi si peminjam buat dono mcm takde pape je. sesekali dia pulak pandang pelik kat kita. seolah-olah mcm saya pulak yg berhutang dgn dia. Alhamdulillah, saya pun dah tak kisah sangat skg ni. seikhlas hati memberi dengan harapan dia juga seikhlas hati memulang. Saya tau dia sesak ketika tu... cuma harap dia xbuat dekat orang lain sudahla,
ReplyDeletemmm...hati manusia mmg ssh nk dirungkai...kita pk len,dia pk len.normalla...klu dh tputus hubungan tu mknannya bukan rezeki nk berkwan lama la kot dgn dia..mgkn blh amik pedoman mcm tu :) sama klu xdpt blik jmlah yg dipinjamkan..kita fikir bkn rezeki :))
ReplyDelete