24 Oct 2013
Pandangan Ini Pendapat Itu
Pendapat dan pandangan kita bukan selalunya sama masing2 mempunyai sebab dan alasan tertentu.Bila keadaan ini berlaku adakalanya kita seperti kurang selesa dan tidak berminat untuk lebih lama lagi dengan orang yang kita temui.Kita mungkin rasakan yang dia bukan lawan untuk kita bercakap.Bukan baik untuk kita jadikan kawan untuk satu2 perbualan kerana pendapat dan pandangan yang agak berbeza dengan kita.
Tidak semua orang mampu untuk terima kritikan dan pandangan yang berbeza.
Secara semulajadinya apabila ada bangkangan atau pendapat yang berbeza secara segera kita memang akan terasa kurang selesa.Kita rasakan apa yang dia katakan dan apa yang kita katakan adalah sesuatu yang bukan boleh diterima pakai oleh kita atau juga dia.Ini kadangkala boleh membuatkan hubungan kita akan jadi kurang mesra cuma kerana kita tidak mempunyai pendapat yang serupa.
Bila ini terjadi semua yang sebelum ini nampak mesra akan bertukar jadi seperti agak celaka.Semua perkara yang bukan2 tiba-tiba akan muncul.Dahulu sebelum berlaku situasi ini kita sangat bertimbangrasa dan mempunyai sikap yang sangat tolenrasi tetapi dek kerana satu isu yang kita mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza kita menjadi tidak gembira dan mulai ada rasa sakit hati dengan orang yang sebelum ini kita sangat senangi untuk bergaul bersama.
Perlahan2 kita mulai menjauhkan diri kita dari dia.
Perkara berbeza pendapat dan pandangan ini jika kita tidak bijak tangani ianya bakal memberi kita impak yang sangat maksima yang kita sendiri tidak sangka.Kita fikir ini mungkin sementara tetapi dia tidak begitu malahan beranggapan ini adalah sesuatu yang amat serius dan bukan jenaka.Bila timbul perkara sebegini kita atau dia mulai terasa bersalah dan menyesali dengan apa yang telah berlaku.
Semua ini adakalanya berlaku tanpa dirancang.Ianya berlaku secara spontan dan secara tidak sengaja apabila salah seorang dari kita telah hilang kawalan emosinya.Kita beriya2 memberikan hujah dan alasan2 yang kukuh terhadap apa yang sedang kita bincangkan.Kita mungkin terlepas pandang atau mungkin juga terlepas cakap akan sesuatu yang mungkin mengusik hati kecil orang yang kita hadapi.Ialah adakalanya apabila kita terlalu ghairah bila bercakap kita mungkin terlupa sesuatu.Kita terlupa guna akal dengan cermat bila memberikan sesuatu pendapat dan pandangan.Secara diam2 dia kecil hati dengan kita.
Tahu2 dia angkat kaki lambung dan membiarkan kita tersentap seorang2 disitu.
Ini boleh berlaku dengan sesiapa sahaja.Semua orang boleh terbabit dalam hal2 begini.Kita mungkin berhadapan dengan orang tua kita dengan adik beradik kita dan juga rakan2 kita.Bila kita mulai sedikit dewasa kita merasakan kita berhak untuk memberikan pendapat dan pandangan pada satu2 isu yang sedang diketengahkan.Cuma yang tidak baiknya ialah apabila kita kurang bijak mengawal setiap apa yang kita perkatakan.Kita kurang cermat apabila mengunakan ayat2 atau juga perkataan.Suara kita mungkin sedikit tinggi dan kasar bila bercakap.Mata kita dan bahasa badan kita memberikan rasa kurang selesa kepada sesiapa yang melihatnya.
Kita bukan mahu memberikan pandangan tetapi kita seperti mahu membuat tendangan penalti.
Akhirnya apabila semua sudah selesai dan masing2 membuat haluan sendiri dengan arah yang berlainan maka barulah kita perasan yang kita mungkin sudah keterlaluan dalam memberikan pendapat dan pandagan.Mulai kita sedar bahawa kita secara tidak sengaja telah menyakiti hati seseorang yang selama ini mungkin kita sangat sayangi dan cintai.Cuma kerana satu isu yang mungkin remeh kita telah kehilangan seseorang.Kalau kita bernasib baik mungkin kita atau dia akan bermaafan dan melupakan segalanya.Anggap itu semua satu perkara yang baik untuk difikirkan dan demi kebaikan bersama.
Jika sebaliknya kita telah mencipta satu lagi musuh baru.Jika nasib kita kurang baik mungkin itu musuh kita yang sangat kita takuti selama ini yang kita tunggu2kan.Pernah dengar kawan jadi lawan? Kawan makan kawan?
Perkara ini memang nampak seperti tidak ada apa2 yang buruk.Percayalah kerana perkara berbeza pandangan inilah yang telah membuatkan umat yang paling ramai didunia ini sekarang sedang berperang sesama sendiri.Tiada arahan dari yang terakhir atau juga yang memiliki.Tiada bukti dari bacaan yang satu akan perkara ini.Siapa mereka memberikan arahan tentang kumpulan yang empat itu? Kecelaruan ini telah terlalu lama dan semakin menyesatkan umat yang paling mulia dimuka bumi ini.Tidak difahami kenapa terlalu taksub dengan idea2 manusia selepas perginya yang terakhir?
Lupakah akan janji2 yang memiliki?
chow!
Labels:
Story Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kawan jd lawan mmg bahaya
ReplyDeletesebab dia dah tau segala cerita silam kita...
itu naye namanya...
Deletesebab tu Leverage kata, "Sometimes bad guys make the best good guys."
Deleteaku adalah salah seorang yang jadi agak celaka
ReplyDeleteyg penting saling menghormati pendapat masing2
ReplyDeletePNJANGNYA CERITA... SAYA BACA SEKALI IMBAS JE.. APA-APA PUN TERBAIKK. TERUS MENULIS.. :)
ReplyDeleteFai, sangat jujur komen kau. hahaha.
Deletesemua ni berkaitan dgn ego..kalau msing2 nk mng mmg susah la..hubungan confirm ke laut punya..kalau berpasangan ni, seelok2nya biarlah ada tolak ansur dan kena belajar terima pendapat orang lain..sma juga mcm berkawan..ramai je yg lalui semua ni..tp ramai gak yg mnyesal di kemudian hari..ho3
ReplyDeleteAku selalunya akan kalah dalam nak beri pendapat atau pandangan. Last3 aku diamkan diri sehingga orang kononnya berlagak pandai itu habis memberi hujahnya. Dam kemudian aku angkat kaki.. dan esok masih berkawan seperti biasa itupun kalau dia tak cuba berlagak pandai lagi.. :3
ReplyDelete"manusia yang paling dibenci Allah adalah manusia yang gemar bertengkar" riwayat muslim...
ReplyDeletebiar apa pun arguement... bincang elok2.. jgn sampai bertengkar...
Pasal syiah kan? Kalo di peringkat global itu la isu yg jadi punca telagah, tapi kalo kat Malaysia, apa lagi kalo bukan politik dan bolasepak.
ReplyDeletesemuanya dihuraikan satu persatu..nak memahaminya kita kena berada dalam kasut itu..itulah bezanya antara pandangan/pendapat dan pengalaman...
ReplyDeletetau xpe..bak kata patah2, rambut sama hitam tapi hati laen2..
ReplyDeleteyup...hnya kerana berbeza pandangan saanggup berbunuh...sanggup berdemonstrasi.sanggup bt ap sahaja.;upa ap yg wajib mne yg tak wajib...bak kata org,klu kita diam nampak sgt kit abodoh..tp bila fikir balik..tu kata orang...kata Allah tak dia fikir pulak kan.... :)
ReplyDeleteTerkena kat diri sendiri. I tend to be away from her/him. Malas nak pening2 kepala.
ReplyDeletekita sekarang sukar nk trma pndgan org.ati keras mgkin..
ReplyDeletemsalah komunikasi tu boleh dibaiki..
ReplyDelete