Pages - Menu

28 Feb 2013

Bosan ....dan akhirnya?






Satu sifat yang aku ada dan aku tak berapa minat ialah cepat bosan dengan sesuatu benda yang aku buat.Bukan bosan sangat tetapi macam jadi malas ada ketikanya.

Contoh terbaik ialah bila aku mulai kenal apa itu blog.

Permulaan dahulu ketika mula-mula terlibat dengan dunia blog bukan main lagi.Hari-hari ada sahaja cerita yang aku mahu kongsikan di blog tetapi bila sudah menjangkau lebih 3 bulan mula lah sifat bosan aku muncul.Aku tak tahu kenapa tetapi aku rasa bukan aku seorang sahaja yang mengalami situasi yang sama seperti mana aku alami.

Dahulu mula-mula aku adakan blog ini tujuannya ialah untuk meluahkan segala isi hati aku tentang kekecewan di dalam dunia percintaan.Setiap kali aku jiwa aku rasa kacau aku mulai menulis tanpa henti dan ada ketikanya aku sendiri kurang faham dengan apa yang aku tulis dan luahkan.Tulis ikut kemahuan hati adakalanya amat melampaui batas minda aku.Entah apa-apa yang aku tulis.Ikut sedap perasaan sahaja lakunya.

Ianya seperti satu kepuasan bila semua kesakitan dan penderitaan hati diluahkan dengan cara penulisan.Sedikit sebanyak jiwa kacau aku dan sakit hati aku reda dan tenang.Ini mungkin cara yang terbaik buat aku untuk melupakan semua azab di dalam menghadapi keperitan akibat putus cinta.Apa lagi yang azab didalam dunia ini kalau bukan kerana bahana kisah cinta.Jarang aku temui orang bunuh diri kerana sebab lain.Semua yang aku baca dan dengar selalunya bila bunuh diri adalah gara-gara cinta.

Bunuh diri bukan kerana cinta di antara uda dan dara tetapi ada juga kerana terlalu cintanya terhadap seseorang yang mereka puja di dunia ini.

Satu lagi masalah aku ialah bila mula sahaja menulis pasti ceritanya akan lari dari apa yang mahu aku tuliskan.Orang seperti aku yang suka menulis ikut sedap hati memang selalu tersasar dari landasan sebenar.Permulaan cerita lain di pertengahan lain cerita dan penutupnya pula entah apa-apa yang lansung tiada kaitan dengan permulaan dan pertengahan cerita.

Terhenti sekejap aku sekarang....

Mulai terfikir hendak tulis apa sebenarnya.Senang cerita aku menulis ini kerana aku rasa aku sudah mulai terasa yang blog aku ini semakin sejuk membeku.Tiada tulisan-tulisan terbaru dan kerap seperti permulaan dahulu.Ialah daripada tiada cerita lebih elok aku merepek dengan tulisan yang tiada arah tujunya.Setidak-tidaknya adalah story baru dari blog ini walaupun tulisan ini seperti tulisan dari tong sampah.

Masalah-masalah seperti ini sebenarnya ramai yang telah dan sedang hadapi apabila idea semakin kurang dan semangat semakin lemah.Otak jadi blur dan tidak tahu apa lagi yang mahu dikisahkan diblog sendiri.Panduan dari senior-senior blogger memberitahu bagaimana cara untuk mencari idea penulisan ialah kita kena lah rajin-rajin membuat lawatan ke blog-blog rakan taulan kita dan dari situ kita mungkin akan temui idea dari penulisan mereka.

Namun macam biasalah pada awalannya kita memang rajin tapi lama-lama tahap kemalasan kita mulai mencapai tahap yang sangat membosankan.Kita mulai menyampah dan meluat dengan apa yang kita buat sekarang tidak seperti mula-mula dahulu.Sindrom ini memang sangat terkenal didalam dunia blog hari ini.Itu aku akui sangat-sangat lah....

Sebab-sebabnya mungkin banyak kalau ada yang bertanya dengan aku.

Pertama sebab aku lelaki yang tiada berani mendedahkan diri dan identiti maka tiada gambar yang dapat aku promosikan untuk menyakinkan gadis-gadis agar terpikat malahan tergoda dan jatuh cinta dengan aku.Itu satu hal.Jika aku kacak dan kiut mungkin bukan satu halangan besar tetapi rupa aku hanya cukup-cukup makan sahaja.Manis memang ada tetapi kurang kacak.Tidaklah sampai tidak boleh disukai bila direnung sigadis tetapi mungkin kurang rasa ada minat untuk membuat dan mempromosi diri didalam dunia blog.

Semalam aku pergi menonton filem Gengster Celop heroinya si blogger Hanis ....apa ntah lupa lak.Orang ada rupa memang mudah pergi jauh rasanya tidak sia-sia dia terlibat dengan dunia blog dan hasilnya dia sedang tuai sekarang.Kalau aku macam dia aku juga pasti akan popular di suatu hari nanti tetapi masalahnya ialah aku tidak mempunyai rupa yang komersil yang boleh dijual dan ditemberang!

Sekarang jelas terbukti tulisan aku kali ini memang carca marba tiada arah dan tujuan.

Entah aku sendiri tersenyum ....malas aku nak baca semula dari awal.Lantaklah apa hendak jadi pun yang penting hari ini aku berjaya buat satu entry yang terbaru....hehe!

so....chow bhai!

 





13 comments:

  1. menaip ikut suka...itu yg terbaik sbenarnya.

    ReplyDelete
  2. Sama lah dengan aku, mudah bosan dengan apa yang dibuat.

    ReplyDelete
  3. Aku menulis ikut kapasiti sendiri
    Kalo bosan aku rest jap
    Time banyak idea up entry kencang
    Kadang2 bosan dgn hidup
    Any idea?

    ReplyDelete
  4. Sama macam lady Windsor. Walaupun aku ni bkn jenis yg cepat bosan, tapi tulis blog ni kadang2 bosan terutamanya bile takde idea dalam masa yg sama gedik nak post sesuatu. So, kalo ko bosan, ko takyah le tulis entry baru. Take your time, takde sape nak bagi markah.

    ReplyDelete
  5. aku juga alami perasaan yg sama.

    ReplyDelete
  6. Memang kebetulan sama. Tak tipu. Hampir setiap perenggan tu perasaan kita pada blog, sama. Hehe. Bukan takde idea, tp semangat kut yg takde. Benti tulis lama2 nanti mesti org dah lupa blog kerdil tu. Hwaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Aku nampak pointnya, rupa bukan ukuran. Klise? memang pun. tiap dari kita punya sisi kecantikan masing-masing. Tuhan itu maha pencipta. :)

    ReplyDelete
  8. menulis ikut naluri ko je..
    bosan tu jangan di pupuk sgt..
    bile ko nak bosan hidup bujang?
    ehh...tertanye pulak..ekekekkek

    ReplyDelete
  9. kadang2 nak terus ada entry2 hebat tapi ..undur balik apakan daya banyak kerja yang lebih realiti..blog tak apalah sesekali ada entry ..dah molek lah tu...

    ReplyDelete
  10. ikut je naluri ko...aku percaya penulisan itu indah. :)

    ReplyDelete
  11. Buat apa sahaja yang menyenangkan. Aku pun cepat bosan. Tapi blog? Aku menanti bila aku akan bosan dengan blog. Hurmmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...