Pages - Menu

31 Jan 2013

Kita Siapa?






Lama juga aku perhatikan kenapa mereka ini orang perempuan suka sangat dengan laman sosial yang bernama Facebook.

Setiap 10 minit akan ada sahaja status dan gambar baru yang dimuat turun.Gambar yang cantik dan sexy itu jika dia sexy.Jika yang tidak suka terdedah dan sexy maka gambar yang berhijab cantik pula yang terpapar.

Hari-hari dan setiap saat ada sahaja yang perlu diberitahu kepada semua.Jika suka maka semua yang best-best akan diceritakan.Begitu juga yang tidak best pun turut sama juga gayanya.Itu lah ini lah ada sahaja yang idea yang mahu dikongsikan dengan rakan-rakan laman sosial tersebut.

Itu yang kalau single dan belum berteman lagi.

Kalau yang sudah bercouple atau berkahwin maka lain pula al kisahnya.Gambar bersama memang wajib untuk diperlihatkan sebagai bukti betapa cinta mereka itu tulus murni dan sejati.Biar satu dunia tahu bahawa mereka sangat sayang menyayangi di antara satu sama lain.Jika yang sudah bernikah itu maka boleh lah kita faham dan maafkan.Ialah orang sudah ada sijil rasanya tiada salah kot buat begitu.Ini yang belum ....alahai bukan main melaram sakan macam dunia ini aku yang punya dan tidak mungkin akan mereka terpisah selama-lamanya!

Bila terjadinya perpisahan dan pergaduhan ...satu dunia juga tahu!

Cuma persoalan aku ialah apa sebenarnya matlamat berlaman sosial ini?Apa yang aku lihat ialah mereka orang perempuan seperti berlumba-lumba membuka pekung didada dengan penuh kebanggaan.Tiada lagi segan silu dan ada rasa malu.Semua perkara kalau boleh mahu dihebahkan.

Apa tujuannya?

Maaf cakap sebahagian besar daripada mereka memang riak.Bangga dan menujuk-nunjuk sesama mereka.Aku ada kau ada ke?

Jika dikatakan itu memang sifat semulajadi kaum yang bernama hawa ini mungkin ada benarnya.Tiada kesangsian lagi yang dapat disangkal.Namun jika ada juga yang membantah dan menafikan cuba pergi buka akaun laman sosial kamu siapa yang paling rajin dan paling sibuk sekali dengan akaun Facebooknya?

Aku rasa orang yahudi memang hebat....ops! Bukan aku rasa tetapi mereka memang terbukti sangat hebat!

Lain zaman lain pula cara pendekatannya.Kita tetap dan masih lagi terjajah oleh mereka.Mahu dipersalahkan tidak boleh juga kerana setiap kemajuan yang berlaku didalam dunia ini mereka yang selalu mendahuluinya.Cuma kita ini jadi bahan ujikaji mereka pada setiap zaman lah nampaknya.

Ini kerana laman sosial ini sebenarnya telah membawa kita ke alam lain.Kita umpama tidak berpijak di bumi yang nyata.Kita seperti hilang didalam alam yang realiti.Kita terpasung dan terantai di alam fantasi yang kita bina sendiri dengan secara tidak sengaja.Kadang kala kita rasa kita ini artis pujaan ramai.Kita lalai dan alpa dengan segala macam pujian dan hinaan.Jika sesaat tidak melihat atau membuka laman sosial ini hati kita macam tidak sedap dan lemah lesu.Kita mulai ketagih.

Perlu dadah ke untuk kita ketagih?

Hebat bukan ciptaan mereka.Apa sahaja yang mereka cipta kita mudah ketagihan.Kalau dadah mungkin tidak hairan sangatlah semua orang tahu apa akibatnya.Percaya atau tidak ramai di antara kita mulai lalai dengan tanggung jawap kita sebagai seorang manusia yang bernama insan.

Kita semakin jauh tersesat...

Kita itu orang perempuan atau lelaki?

chow!

21 comments:

  1. aku dah tinggalkan facebook. secara perlahan-lahan.

    kerana ia mencetus gaduh dan rasa annoying orang lain terhadap aku.

    jadi untuk elakkan semua tu, aku tinggalkan terus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggalkan jika rasa tiada faedahnya....ianya mungkin ada baiknya.

      Delete
  2. Semuanya terletak pada manusia tu sendiri. Dia boleh fikir baik buruknya laman sosial. Cuma kadang-kadang dia malas nak fikir.

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak bukak facebook.
    Sebab rasa macam takde benda yang mberi faedah.

    ReplyDelete
  4. kalau posting makanan tu ok lagi kot ...entahlah ....

    ReplyDelete
  5. mereka suka sembang2...
    tak dapat bersemuka, mereka guna FB. Agak2nya la..

    ReplyDelete
  6. perempuan perlukan perhatian mungkin?

    ReplyDelete
  7. nama pun facebook, klu tak letak 'face' tak nama facebook la ..hehe

    ReplyDelete
  8. twitter-update status setiap 1 minit
    insta-gambar

    gambar yg couple tu kalau sekali sekala uplod ok lagi kot kalau setiap hari rasa muak jugak

    ReplyDelete
  9. Facebook maseh ada. Yang baeknya, drpd situ tak lost contact dengan kwn2. Kwn2 yg tak rapat pun kita boleh tahu khabar mereka. Yg tak baeknya, banyaklah tak perlu nak cakap. Nanti jadik entry pulak kat sini. Hahaha!

    Maseh login facebook hari2, dah jarang update. Tp still nak bukak hari2. Err sbb buat masa ni aku banyak masa kut. Just login, baca2 org punya update. Sendiri update, kadang2 je.

    Aku dah kurangkan penggunaan fb ni. Maksudnya, kurangkan perkongsian kat fb. Tak nafi, pompuan lebih banyak terjurus kpd yg tak baek bila dlm fb. Baru2 ni ada membe marahkan bekas laki dlm fb sbb tak kasi nafkah anak. Err

    ReplyDelete
  10. Aku paling tak suka orang menunjuk nunjuk tentang apa yang dia beli, like beli handbag LV show off. Oh please. Benda macam nie kita show off bila kita pakai, tak perlu kan show off letak handbag macam then captured. Kita lupa pada orang yang kurang dari kita. MasyaAllah, Nauzubillah jangan lah aku tergolong dalam golongan macam nie.

    Sekarang nie dah kurang aktif FB, blog nombor 1.

    ReplyDelete
  11. well, kdg2 sj je diorang upload gmbr utk tunjuk yg diorang cantik. keh3... aku jarang update status kat FB.

    ReplyDelete
  12. sape-sape yang jdi fren dan terlalu aktif dgn status yang merapu-rapu
    terlalu menonjol dengan gambar SS memang terus remove

    huhuhu..skg on9 sbb nk tau berita terkini pasal posting je.

    ReplyDelete
  13. Yg part pompuan single tu kan... ada sorang fren aku kat FB, dia update status, pastu dia sendiri yang like. Pastu kadang2 yang lagi saiko, dia upload gmbr, then dia like gmbr dia sendiri pastu dia jugak komen pada gmbr tu. 2 komen plak tu. Huhu.. Tetiba aku rasa dia sgt2 la kesian. Tak baik plak aku ngumpat dia kat sini kan.

    ReplyDelete
  14. betul jugak tu bro..aku sendiri pun selalu lalai dengan mainan alam maya ni.. adeh..

    ReplyDelete
  15. nasib baik saya tak suka update status kat fb..huhu..

    ReplyDelete
  16. FB saya 70 % berkisar kerjaya saya sebagi guru. Tapi memang saya tak suka geledah FB. Aku suka blog lebih banyak ilmu yang dipelajari. sangat bagus infor anda di blog ...tahniah berani bersuara secara berhemah...

    ReplyDelete
  17. masih berfacebook....sbbnya tu je tmpt yg boleh chat kat tmpt keja hhuhu....best jgk FB sbb dia mcm cerita...slalu nmpk...hri ni dia update psl kngn dia...hapy2 pas tu 2, 3 bln...meroyan....ngs....pas tu dah ok...bole survive ...tnpa lelaki...huhuh kdg lucu jgk...fb adlh tmpt kta bole knl org tu cm mna huhu....

    ReplyDelete
  18. Ohh.. aku baru baca ini. hehehe. Aku dah tak suka Facebook. Ada kenangan menyakitkan. Maybe kena tunggu aku pulih.. buu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...