2 Aug 2013
Transformasi Dunia
Kita sebagai umat islam adalah di larang sama sekali melakukan pembedahan untuk merubah kejadian semulajadi kita kecuali jika terpaksa atas sebab2 kesihatan demi menyelamatkan nyawa.Hukumnya haram di sisi agama islam.Jika kerana anda tidak berpuas hati dengan anugerah yang diberikan oleh tuhan dan kemudian berniat juga bercita2 untuk merubahnya maka anda telah melakukan pengkhianatan yang besar terhadap tuhan kamu.
Akibatnya neraka jahanam adalah tempat yang anda telah pilih.
Oleh itu dinasihatkan hindari diri anda dari transformasi di dunia ini.Budaya ini sedikit sebanyak telah berjaya mempengahruhi segelintir kecil bangsa melayu yang beragama islam di negara kita.Ianya bukan sahaja berlaku terhadap kaum perempuan malahan kaum lelaki juga turut serta terlibat.Lagi menyedihkan apabila hukuman telah mereka terima di dunia terlebih dahulu.Transformasi yang mereka lakukan dengan budget yang rendah untuk merubah bentuk wajah mereka telah mengakibatkan kesan yang teruk dan dasyat.
Bila kita membayar dengan harga yang murah untuk satu2 pembendahan yang mahal maka keputusan yang kita terima pasti mengejutkan kita.Perkara ini berlaku bila kita berjumpa dengan pakar yang tiada bertauliah dan juga di negara yang pakar bedah mereka tidak bagus dan hebat contoh seperti di Thailand.
Pakar bedah kecantikan yang terhebat pada masa ini dan agak mahal ialah di Korea Selatan.
Ini aku dengar dari mulut seorang amoi yang baru sahaja melakukan pembedahan hidung dan mata.Cantik sekali perubahan yang dia lakukan tapi agak mahal kosnya.Lansung tak nampak kesan dari pembedahan itu.Amoi itu juga mengakuinya dan dia sangat2 berpuashati.Bila ditanya kenapa pilih Korea dan bukan negara Thailand.Jawapnya biar mahal sedikit tetapi berbaloi.Kalau kita melihat gambar di atas itu perubahan yang dilakukan amat berjaya sekali dan menggagumkan.Ini baru real dari hodoh kepada cantik jelita.
Ini kalau balik beraya kompom orang kampung tak kenal kita.Tahun lepas rupa macam tin biskut lemak tahun ni dah tukar rupa macam TV Plasma 42 inci..hebat2!
Syabas K-pop!
Tidak dinafikan bila bercerita tentang kecantikan ada ramai wanita di luar sana sanggup melakukan apa sahaja asalkan kecantikan dapat mereka miliki.Kalau ada yang cuba menafikan mungkin cuma sedikit sahaja itu pun kerana mereka tidak mampu.Jika mereka mampu aku tidak rasa iman mereka kuat untuk diam dan berpeluk tubuh sahaja.Lihat sahaja artis2 kita pada hari ini.Kita dapat melihat dengan jelas siapa yang buat dan siapa yang tidak buat.
Kalau tanya Makcik Sharifah Aini dia akan jawap kerana makan ubat tahan sakit...ialah tu kan!
Dinasihatkan mana2 gadis yang tidak berapa cantik yang ada di Malaysia ini janganlah cuba2 buat transformasi yang sebegini.Kalau hasilnya cantik tidak mengapalah dan nasiblah pintu mana yang akan kekal kamu pilih nanti.Itu hak dan dosa kamu.Andainya jadi lain jadi lagi teruk bagaimana?
Itu naya dunia akhirat namanya.Tepuk dada tanya selera!
chow!
Labels:
Story Meluat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
biar tidak cantik di mata manusia
ReplyDeleteasal di mata Tuhan jangan.
Tuhan menjadikan kita cukup sifat itu sudah sempurna seorang manusia.masih mahu diubah lagi? nyata tidak bersyukur dgn kurniaan.
anggapkan saja kekurangan di mata manusia itu sebagai sesuatu yang unik,dan tidak ada pada orang lain selain dari kita.
ah,menggunakan solekkan itu juga sudah cukup untuk megubah wajah,mengapa perlu bazir duit untuk sesuatu yang menyakitkan seperti pembedahan?
ini kata2 dari orang lelaki ...hehe kalau org perempuan cara susunan ayat akan jadi lain skit.
Deletex ramai yg ada hati begitu.
memang tak ramai yang begitu,tapi perlu di beri kesedaran untuk itu.perempuan mana yang tak mahu cantik,semua perempuan pun mahu cantik.
Deletesemua orang, tak kira lelaki atau perempuan atau kedua-duanya sukakan sesuatu yang cantik. itu memang sudah sifat kita. kecantikan bukan sesuatu yang abadi. tapi itu juga la yang kebanyakan orang cari. memang itu sifat kita juga.
Deletekebanyakan manusia di zaman ini lebih penting kan cantik di mata manusia. jarang sekali dan amat sedikit yang pentingkan kecantikan di mata Tuhan.
itu juga memang sifat kita.
siapa yang mahu kepada yang tidak cantik?
Deletetak dinafikan cantik tu best, tapi kalau fake/ubah ciptaan macam ni memang tak best. huhu. dulu ingat artis korea ni memang cantik sangat, bila dapat tahu plastic surgery, hm.... *mata ke atas.
ReplyDeletehehe mmg fake.
Deletecantik2...akhirnya tua jugak hihihi
ReplyDeleteYe betul tu. Contoh macam Henry si vampire tu. Bila dah jadi vampire, dia kekal hidup dengan rupa paras yang sama selama-lamanya selagi dia tidak ditembak dengan peluru silver. Tak bosan ke jika orang yang kita sayang semua nya bakal tua dan mati, tapi kita aje yang tak tua dan tak mati?
DeleteSifat manusia cepat bosan dengan sesuatu.
redha sebagai manusia .
Deletekos pembedahan kat korea dah la mahal. nak apply personal loan lak, boleh pinjam takat 10 thn je. mana mampu byr bulan2... #sarcasm
ReplyDeletesekarang ni, kalau kat korea tu... lelaki pun sama naik. sebab tu ramai yang jembu-jembu. apa nak jadi...
ReplyDeletedah trend.
Deletemengubah ciptaan tuhan... cantiknya hanya di dunia... hmmm...
ReplyDeleteitu yg semua mahu siapa yg tidak mahu?
Deletecantik pun hanya sementara..
ReplyDeletecantik juga satu anugerah dari yang maha kuasa.
DeleteTerlalu kejar kecantikan, ramai terlupa akhirat sana.
ReplyDelete*peringat diri sendiri jugak*
segelintir sahaja yg lupa akhirat ...cuma kita terlalu fokus kepada segelintir itu.
Deleteaku juga sedang melakukan transformasi. .
ReplyDeletedrpd freehair kepada bertudung . drpd pakai bj pendek2 skrg alhamdulillah . cukup kain semua . transformasi jugak kannn ? *senyum
Alhamdulillah, transformasi yang menuju arah kebaikan.
Deletesiapa pun mudah jadi juara tetapi mengekalkan juara ramai yang gagal.
Deleteye ke takde effect benda-benda macam ni?
ReplyDeleteke kite semua tak nampak lagi ape kesannya?
mesti ada sebab musabab mengapa kita tak boleh ubah ciptaan tuhan kan?
ada effect cuma lambat...boleh ubah jika darurat tidak jika suka2.
Deletekat tempat aku ni, ada pramugari korea..
ReplyDeletekadang tu tertanya jugak, dorang ni fake ke real.
selamat hari raya bro.
jgn lupa juga dgn gaya make up mereka yg sama jer...dal semacam!
Deleteterlalu terdedah dengan perkataan cantik sehingga lupa definisi sebenar.
ReplyDeletesebab mahu jadi cantik di dunia sanggup membelakangkan dunia akhirat
ReplyDeletebiasa la kafir ...apa ade hal.
DeleteTuhan sudah cipta aku dengan sempurna, aku bersyukur
ReplyDeletesyukur.
Deletebersyukur seadanya ;)
ReplyDeletealhamdullilah.
Deletebyk yg fake zaman skrg ni
ReplyDeletebanyak .
Deletexsangguplah nak ubah2 ciptaan Allah...
ReplyDeleteK-pop tu byk sgt fake kan..!
tau x per.
Deletewlupun k-pop byk fake rmai je yg ttp suke tgk korea punye awek..cunnn!hahahaha ;p
ReplyDeletehehe setuju!
Deleteerkkk kpop ni byak yg palsu..agak2 diorg ni suka mcm 2..igt dlu sorg lelaki malaysia ni tukar jd prmpuan..sma juga 2 kn..last2 mniggal..xdan nk taubat
ReplyDeletesemua ada pembalasan.
Delete