28 Aug 2013
Konspirasi Apa Ini?
"...Lelaki zaman sekarang nak perempuan kaya..Tak kira lah hati gadis busuk dan gigi jongang sekalipun...lelaki mahukan gadis jelita adalah konspirasi semata-mata..." -Anisa Hang Tuah
Benar atau tidak kenyataan ini aku kurang pasti lagi.Apa kata kita bincangkan dan huraikan.Benarkah lelaki zaman sekarang ini begitu terdesak sangat sampai sanggup terima gadis yang dia tahu berhati busuk dan mungkin buruk paras rupa seperti gigi berjonggang dan hidung penyek macam haiwan bernama babi.Ialah kalau hati sudah busuk maka tarafnya hampir seperti haiwan ini.Tambah sikit lagi tahap keburukannya mungkin gadis ini pendek dan berkulit gelap bagai arang yang dipanggang hangus.Sengaja aku tambah2 supaya gambaran gadis buruk itu nampak sangat buruk tetapi memiliki duit dan berharta.Orang kaya atau anak orang kaya untuk lebih mudah difahami.
Siapa sanggup dan rela buat semata2 kerana duit dan harta kekayaan?
Bab ini aku rasa baik lelaki juga perempuan mereka sama2 sanggup lakukan.Cuma untuk aku melihat lelaki yang bertindak begitu rasanya bukan mudah.Kalau kita lihat lelaki yang jenis kacak dan bergaya sahaja yang berpeluang dan mampu lakukan acara ini.Buruk dan busuk macam bangkai sekalipun rupa gadis ini tetapi citarasa mereka masih tahap puteri kayangan ok.Perempuan kaya ada banyak duit mesti mahu yang terbaik dari ladang.Mereka tidak akan main sapu semacam sahaja tanpa dahulu melihat dari hujung kaki sampai hujung rambut.Markah harus melebihi 9/10!
Mereka sanggup ke terima lelaki yang rupa parasnya macam tembok kena langgar lori.Muka pecah macam sampan buruk tepi pantai.Rendah macam spesis toyol.Gemok macam belon udara.Tambah sikit lagi umur kalau muda tak pe lah ini usia dan nak cecah batu nisan ...cam ner? Sanggup ke perempuan gigi jonggang dan hati busuk ini terima mereka? Mati hidup semula pun mereka tidak akan sanggup buat dan terima!
Kalau orang perempuan pula bagaimana?
Ini aku rasa tidak perlu cerita panjang lebar kerana satu dunia tahu dan dari zaman purbakala lagi sudah dijadikan amalan dan ikutan.Jika engkau cantik jelita pasti yang datang mengejar adalah mereka2 yang berkuasa dan berharta.Semua lelaki didalam dunia ini kalau boleh mahukan perempuan yang cantik dan jelita sebagai pasangan hidup masing2.Oleh itu kenyataan bahawa ...lelaki mahukan gadis jelita adalah konspirasi semata2....adalah salah dan tidak benar!
Cuba bertanya dan lihat dengan lelaki yang kurang sempurna yang mungkin ada kekurangan dari segi mental dan fizikal.Kalau melintaslah gadis jelita didepan mereka bagaimana reaksinya? Diam je ke atau tersengeh2 macam kerang busuk tak cukup garam?
Jika yang cacat dan kurang waras pun masih memilih yang cantik jelita inikan pula yang mantap dan cukup sifatnya.Lelaki mana yang tidak mahu yang cantik jelita dibuat sebagai bahan kenikmatan.Lelaki mana yang buta dan tuli hatinya dengan godaan dan kemanjaan gadis jelita ini?
Aku hidup sudah lama sebagai lelaki tetapi belum pernah lagi aku dengar ada lelaki yang tidak suka dan menolak gadis jelita.Kalau yang takut dan benci memang ramai.Ini kerana bukan mudah untuk lelaki2 ini memiliki gadis2 yang jelita paras rupanya.Lagi cantik lagi mahal kosnya.Lagi jelita lagi tinggi permintaannya.Lagi sexy lagi hebat godaan dan cubaan dari kaum sejenis lelaki ini yang cuba untuk merampas dan memilikinya.
Dalam dunia ini terlalu banyak cerita bagaimana dan akibatnya merebutkan gadis jelita.Cerita semuanya pelik2.Segala permintaan sijelita para lelaki ini seboleh2nya akan ditunaikan.Bina jambatan dari hati nyamuk pun sanggup diadakankan.Negara hancur binasa berperang berebut siperempuan jelita yang bergelar ratu dan permaisuri sudah sangat banyak di ceritakan.
Ianya tidak mudah untuk dikonspirasikan.
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau dah jodoh.
ReplyDeletenak buat mcm mana.
aah...belasah jer la kannn.
Deletedtg baca ;)
ReplyDeletetenkiu.
Deletetiada komen apa2?
Kenyataan lelaki cari perempuan kaya tu betul..tapi xsemuanya mcm tu kan...dan mmg peliklah kalau lelaki xsuka benda cantik...sgt pelikk...!
ReplyDeletex semua begitu hanya segelintir yang rasa cantik jelita.
Deletelelaki kalau x suka benda cantik mmg pelik...mungkin ada masalah teknikal dalam kepala.
hehe.
tapi mmg semua xkira lelaki atau perempuan msti nakkan yg terbaik. walaupun x berapa cantik katakan..sedap mata memandang sekurang kurangnya. harta dan kekayaan tu bonus.. tapi.. ada tapi.. kalau dah jodoh..
ReplyDelete*byk hutang dgn blog nih. ingt konon2nye hari ni nak baca entry semlm tp dah ade entry baru haha
benar kalau x dpt yg sempurna dpt yg terbaik pada mata dan hati kita pun sudah cukup memadai.
Deleteidea sedang bersemarak.
yg penting sekali syukur dgn apa yg Dia beri. x boleh tamak sgt hehe
DeleteSalam..baru berkesempatan datang berkunjung ke sini…:)) Salam ukhuwah…selamat hari raya..ermmm…janji sedap mata memandang dan baik akhlaknya…:))
ReplyDeletetenkiu singgah.
DeleteSokong dengan Cik nur...memang pelik kalau lelaki tak suka benda cantik...
ReplyDeletehaha tahu x per.
DeleteHi Lelaki, posting nya bagus, saya suka. Terimakasih sudah follow blog saya. Semoga kita bisa menjadi sahabat yang baik. Salam dari Indonesia :)
ReplyDeletesalam juga...blog kamu tersangat bagus sekali.
DeleteWah blog saya jelek mas. Konten-nya hanya berupa tutorial blogger saja, nggak ada yang lain hehehe :D
DeleteOh iya sampai lupa, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang 56 ya :)
terimakseh ..
Deletesalam kenal.. cantik tu subjektif.. penilaian untuk istilah 'cantik' tu berbeza mengikut individu yang berbeza tak kira lelaki ataupun perempuan.. kaya pula satu bonus, beruntung jika dapat pasangan yang kaya.. namun harus diingat, kekayaan dan kecantikan tu tak kekal lama.. cintailah pasangan kita tulus ikhlas kerana hatinya dan budi bahasanya, insya-Allah akan kekal hingga ke syurga.. :D
ReplyDeletePERNAH TERJADI KAT KAWAN :) TERDESAK PRLUKAN DUIT . SGGUP KAWIN NGAN JANDE . HAISH .. TAPI NASIB LA CANTIK :)
ReplyDelete* WAK . THANX MASUKKAN SY KAT BLOGLIST AWK ..
hehe...oke.
DeleteDA MASUKKAN AWK GAK .. KAT BLOGGER POWER :)
Deletetak semua, kan ?
ReplyDeletesy bagi satu situasi... situasi pertama ttg lelaki... sekumpulan lelaki sedang lepak. tiba-tiba melintas si jelita. baik.. sebagai lelaki, apa yang dipandang... difikir dan diemaginasikan....
ReplyDeletesituasi kedua. sekumpulan wanita sedang bergosip-gosip di kedai makan. meintas si tampan bergaya... baik. apa yang dipandang.. apa yg diikirkan.. apa yang diimaginasikan????
Nafsu.
ReplyDeleteHarta.
Cantik.
Semua nafsu.
Balik pada kewajipan keperluan dan kemewahan.
Tapi kalau dapat yang kaya, elok perangai dan lawa pun mmg okay jugak.
Mmg itu pun salah satu pesan nabi dalam mencari jodoh kan? Nak jumpa yang sempurna mmg payah lah.haha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehai abang
ReplyDeletesaje je i datang komen lambat
hehehe
aku pun x setuju yg ia nyer konspirasi...
ReplyDeleteFirst nk tanya lelaki tu sengkek sangat ke sampai nk kena cari yg kaya? Atau lelaki tu dayus sgt ke sampai nk perempuan kaya utk menjamin hidu kaya diri nya?
ReplyDeleteKalau lah mmg jodoh dia bersama si wanita kaya plus cantik.. sebenarnya yg mana satu tarikan si wanita itu sampai dia nk jadikan isteri. Atas alasqn cantik atau kaya?
Kalau si wanita ni kaya tapi rupa yg kita kata kurang cantik (bukan tak cantik okey) apakah alasan si lelaki ini memilih wanita itu menjadi suri hidupnya? Owh semuanya kerana cinta... cinta eh? Cinta apa? Pandang pertama? Apa yg korang pandang pertama tu sebenarnya???
Ekcili wa setuju dan tak setuju.. sebab wa ada je jumpa lelaki yang memang pilih si wanita tu utk support diri dia. Tapi aku pun tak setuju jugak sbb aku lihat ada je lelaki budiman yang sentiasa support dan menghulurkan kpd wanita.
Ok, sorry komen aku yg ntahpape mungkin. Aku nak je tulis tentang lelaki kat blog, tapi aku takut aku menulis bukan atas dasar fakta tapi atas dasar emosi. Nampak benar aku tak professional. Hehe