22 Aug 2013
Siapa Benci Cinta?
Cinta memang sukar untuk kita fahami sebenarnya.Walaupun ramai yang pernah bercinta dan seperti akan faham tetapi hakikatnya kita sendiri kurang yakin akan kefahaman kita terhadap cinta.Kadangkala kita amat memerlukan cinta dan di masa yang lain pula kita seperti tidak memerlukannya lansung.Kita binggung dan benci kepada cinta.
Tiada cinta kita mencari bila sudah memiliki cinta kita cuba hindari.
Tidak perlu bertanya dengan sesiapa pun kita cuma perlu tanya kepada diri kita sendiri.Kita mahu cinta atau tidak?
Jika jawapannya ialah tidak adakah kita benar pasti yang kita tidak perlukan cinta.Jika sebaliknya apakah yang kita cari darinya.Persoalan yang rumit untuk kita huraikan dan berikan jawapan.Ini semua berlaku kepada mereka yang pernah bercinta dan telah merasai sakitnya putusnya cinta.Sekiranya kita baru pertama kali bercinta dan belum lagi mengalami pengalaman putus cinta kita tidak akan dapat merasai situasi seperti ini.Malahan kita mungkin tidak faham dan bertanya mengapa ada sesetengah dari kita sangat berkira2 untuk memiliki cinta lagi.
Apa yang ditakutkan dan apa yang diragui?
Jawapan ini hanya akan kita jumpai apabila kita mengalami saat putus cinta.Disitu akan muncul semua jawapan yang kita mahu dari persoalan yang kita ajukan dahulu.Saat itu kita akan mulai faham mengapa dan kenapa ada diantara teman2 kita terlalu fobia bila memperkatakan tentang cinta.Kita juga mulai merasai perasaan yang sama seperti mereka.Kita juga mulai mempersoalkan cinta yang kita kagumi dan sayangi dahulu.
Mulai tertanya2 mengapa tiada seorang pun yang memberikan kita kata2 nasihat tentang al kisah cinta ini.
Tersenyum dan kita ketawa kecil.Kita terlupa sebenarnya dan cuba menafikan.Ramai yang memberikan kita kata2 nasihat tetapi kita buat2 tidak dengar.Bila sudah terkena batang hidung sendiri baru kita tersedar.Ketika ini semua yang kita angankan dan impikan seperti sudah musnah belaka.Kita kecewa dan tidak mahu lagi terlibat dengan apa jua perkara yang berkenaan cinta.Kita benci dengan setiap perkara yang bersangkut paut dengan cinta.Cinta kepada yang satu pun kita mulai lupai.
Putus cinta memanglah sakit.
Persoalannya sekarang apabila rasa sakit dan perit cinta itu hilang? Mungkinkah kita akan bercinta semula?
Ini yang akan membuat kita menjadi ragu2.Kata benci akan cinta.Kata sudah takut dan fobia kepada perasaan cinta.Kata sudah serik dan berjanji tidak akan terlibat dengan cinta.Kata akan cuba melupakan segala2nya tentang cinta dan cuba beralih kepada benda2 yang lain.Kata cinta itu kejam dan tiada berhati perut.Kata cinta itu cuma satu penyakit jiwa yang bakal merosakkan.
Bila tiba2 cinta datang lagi kenapa kita terima semula?
Lupakah kita kepada semua kata2 kita terhadap cinta.Siapakah yang khianati siapa sekarang!
Pening kepala aku!
chow!
Labels:
Story Pening
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya juga tergolong dalam kumpulan serik mahu bercinta... hati saya mati setelah hilang cinta saya... mati... hancur.. lebur... saya juga hilang sebahgian dari diri sy...
ReplyDeletesdg dlm proses merawat hati... setelah 5 tahun single..
5 tahun lama juga tuu kan.Aku tahu bagaimana rasanya tapi mahu atau tidak kita terpaksa keluar.
Deletekeluar dari dunia kita.
kalau tak mmg susah kita mahu mulakan episod baru ttg hidup dalam percintaan.
5 tahun dan masih sedang dlm proses merawat hati??
Deletetakutnya dengar. terasa cinta tu satu bebanan pulak dah bila begitu.
Setuju sgt, nak tak nak mesti kena keluar dan kena paksakan diri keluar
tak benci cinta.. malah masih single dan tak pernah bercinta.. maklum sahaja diri ini sakit dan susah org nak menerima... tapi deno percaya pada jodoh :)
ReplyDeleteinsyaallah akan datang cinta pada kita cuma mungkin waktu itu belum sampai dan kemungkinan juga ada sebab2 tertentu yang sengaja di lewatkan saat2 itu...sabar dan redha.
Deletesakitnya cinta hanya orang yang pernah merasa putusnya cinta.terima cinta semula bisa jadi ,tapi tak sama dgn sebelum ini dan tak akan sama untuk sekelian kali.
ReplyDeleteserik itu pasti tapi sampai bila ? aku pun masih tertanya - tanya ;)
pernah dengar lagu liriknya begini...
Delete"..engkau bukan yg pertama tapi pasti yang terakhir..."
bila aku putus cinta lagu ini yg selalu bermain di minda.Bikin aku strong!
untuk cari cinta lain ,cinta baru...huhu.
he3 cinta 2 mcm2 ragam..ada yg best..ada yg sakit..mmg cinta tu buta la =) nk bercinta boleh..tp kena berpada2 la..tkot terlebih pd cinta manusia smpai leka padaNya..ape kata bro kahwin je terus..he3 cinta lpas nikah syok woooo
ReplyDeletekita mmg merancang tapi dia yg maha.
Deletedahulu boleh kawin dan kemudian bercinta.Hari ini sudah tidak praktikal lagi kaedah ini.Malahan banyak bala dan derita dari bahagia.
buka dan lihat sekeliling kita...perkara ini tidak manis lagi seperti dahulu.
Kadangkala kita amat memerlukan cinta dan di masa yang lain pula kita seperti tidak memerlukannya lansung.
ReplyDeleteKadang-kadang keliru, dan bertanya diri sendiri;" ini ke yg kita mahukan?"
sbb tulah ada istilah "main tarik tali." rasa mcm nak, tapi kadang-kadang rasa taknak tu muncul..
takut dan ragu2 mmg mainan minda kita.Bila benar2 mahu hati pula ragu2...ini yang selalu terjadi maka bukan main tarik tali yg berlaku...
Deletelayang2 terputus tali pun iya juga.
sakit sebab cinta adalah sakit yang paling sakit. tapi walau beberapa kali kita sakit sebab cinta, cinta tetap datang dalam hati kita, tanpa kita duga. tanpa kita pinta. itu lumrah manusia. ingin mencintai, ingin dicintai. ingin menyayangi, dan ingin disayangi.
ReplyDeletemaka terima la cinta seadanya tika ia datang.
tiada siapa mampu halang atau hindari.Jika terencana begitu maka begitu yang berlaku dan jika sebaliknya maka itu yang bakal kita terima.
Deletetiada kata mampu dikatakan.
sapa yang mengguris perasaan LS ni....yup...kita memang perlukan cinta...kalaupun bukan kepada sesama manusia...tetap perlukan cinta untuk-Nya kan...
ReplyDeleteini bukan menguris tetapi kepada mahu atau tidak.
Deleteberani atau tidak mengambil risiko.
pening ni.
saaat single baik rsai dgn pnuh nikmat..klu dh dtgnya cnta smpt pkr tntg diri.hehe
ReplyDeletebenar masa single mmg syok dan bebas tetapi kalau pernah ada cinta maka agak sukar menipu diri untuk terasa best ketika single.
Deletepayah2.
cinta tu mangsa . . ble kita benci seseorang yg kita pernah sayang, ha begitu la jadinya .
ReplyDeletebukan manusia mangsa cinta ke?
Deletebenci dahulu tetapi masih nak dekati...cam ner tu?
itu yg pening2..
manusia bukan mangsa . sebab dia sendiri yg jebakkan diri .
Deletekasihan cinta, sering dipersalahkan .
dalam benci, ada sayang . pernah dengar begitu *senyum
ni benci tapi rindu ni...
Deletebenci la.
:)
Cinta ni subjektif. Aku penah sakit kerana cinta. Cinta yang tidak tahu sama ada benar @ palsu. So, bagi aku cinta ni memang tak boleh buang. Aku tak benci cinta dan aku takkan menolak kehadiran nya. Life is a game. Play safe will not learn anything. So do love. Uiceehhh~
ReplyDeletece wahh..hehe.
Deletecinta.terlalu subjektif.
ReplyDeletetapi ada satu cinta yg hadir dlm hidup aku kini buat aku sgt merana skg
aku sakit!
sabar...hayati kesakitan itu dgn senyuman dan keindahan.
Deleteitu sahaja ubat yang boleh kita nikmati waktu2 bila terjadi begini.
Salam.
ReplyDeleteSesakit dan seperit mana pun cinta, ak tetap mahu bercinta semula!
Ia satu perasaan yang memberikan banyak pengalaman. Walaupun perit, tapi ada sukanya. Dan aku nak melalui semuanya.
bohong kalau kita katakan drama cinta tidak best.
Deleteada pahit dan manis.
ada suka dan duka.
kalau x der semua ini mana ada rasa cinta...kan.
cinta memang manis kalau bercinta terus kawin,cinta juga sakit bila bercinta tak ada jodoh huhuhu pengalaman bercinta mengajar aku lebih dewasa
ReplyDeletekalau ditanya, jawapan ikhlas hati benci pada cinta. Benci kerana ada tapi hakikatnya tak ada. cinta, menyintai, dicintai dan bercinta tu tak sama.
ReplyDeletekan best kalau bercinta selepas kawin. Skg ni malas nak fikir dh pasal cinta yg ntahpape ni. tak payah nk bercinta bagai. kalau nak datang je rumah jumpa mak pak masuk meminang kawin. tu pun susah ke?
**asal aku marah sgt ni? =) kekekkeeke
Talking about love. Aku banyak kisahnya. Haha. Saat aku tidak mahu, ia muncul lagi. Bila aku mahu, dia tak mahu muncul. Hmmm hmmm. Dan sekarang aku rasa cinta itu menyakitkan dan bodoh. Tapi bila aku dah pulih, aku akan rasa itu sesuatu yang menarik. Tapi aku harap bila aku jatuh cinta lagi, aku harap DIA yang hadirkan, bukan sebab hati aku sunyi. :D
ReplyDeleteCinta itu indah..tapi manusia yg buat ianya jadi sakit....
ReplyDelete