20 Aug 2013
Imaginasi dan Imaginasi
Manis sekali bila melihat anak gadis yang bertudung.Lagi manis kalau yang bertudung itu mempunyai tingkah laku yang lemah lembut.Itu imaginasi sesetengah lelaki yang melihat atau berkhayal tentang gadis yang mereka mahu dan bakal mereka jadikan sebagai teman hidup.
Lelaki2 ini percaya bahawa semua gadis yang bertudung itu baik dan mulia.Bersangka yang baik2 sahaja.Namun harus diakui bukan semua yang kita sangka baik itu baik.Harus kita akur ada sesetengah benda kita tidak dapat meneka dengan betul dan tepat.Cuma imaginasi kita sahaja yang bakal meletak sesuatu perkara itu di bahagian mana.Jika salah maka salahlah dan jika benar maka benarlah.
Kadangkala apabila kita terlalu yakin dengan apa yang kita yakini tetapi sebaliknya yang terjadi maka persoalannya adakah kita akan tetap berpegang kepada apa yang kita telah yakini tadi.
Itu yang selalu kita dengar apabila tiba2 seseorang itu berubah sikap dan perangainya.Mereka percaya ini adalah kebenaran tetapi apabila mereka ketahui perkara yang sebenar mereka jadi kecewa dan tawar hati.Mereka fikir jika seorang gadis yang bertudung itu maka dia adalah dari golongan yang baik2 dan terlindung dari segala kemaksiatan.Mereka juga yakin bahawa mereka yang tertutup auratnya ini tidak pernah berlaku sumbang didalam kehidupannya.Mereka terlalu tinggi imaginasinya sehingga terlupa bahawa semua ini bukan rancangan yang di rancang.
Ini semua kebenaran yang mereka tidak mahu terima.
Semua orang pernah lalui zaman yang gelap dan tiada hujungnya.Terlupa siapa diri dan terlupa siapa yang miliki.Hilang hakiki yang ada dan mulai terlanjur jauh dari landasan yang selari dengan kehendak yang satu.Bukan itu yang dia mahu tetapi itulah yang berlaku.Sengaja atau tidak itu bukan lagi perkara yang sangat penting untuk dibincangkan.Semuanya telah berlaku maka tidak mungkin dapat dikembalikan semula masa yang telah habis itu.
Sungguh tidak adil bila lelaki2 ini ketahui perkara yang sebenar.
Pada awalnya begitu bersungguh tetapi akhirnya dihina pula.Ingatlah semua orang ada masa silamnya.Maka jika kita ini iklas dan merendah diri dan mungkin juga memiliki sedikit ilmu seharusnya kita terima semua ini sebagai satu ujian dan ketentuan yang kita sendiri tidak tahu mengapa dan tidak mahu pertikaikannya.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.Jika itu perkara yang berlaku terhadap kita maka terpaksa kita terima dengan hati yang terbuka.Bukan salah mereka dan bukan niat mereka berbuat begitu.Niat mereka mulia dan mereka mahu berubah.Seharusnya setiap perubahan yang mereka cuba lakukan kita terima dengan hati yang terbuka dan redha.Kita juga manusia bukan lebih tinggi dari darjat itu.
Biarkanlah imaginasi kita bebas berimaginasi.
Itu lebih baik dan mulia.Jika tidak kita mungkin akan terbabas jauh dari apa yang kita mahu dan miliki.Semua bukan apa yang kita pilih dan rancang.Rencana yang tiada siapa tahu akan permulaan dan penamatnya.Benar sangat berat apabila kebenaran kita ketahui.Tiada perlu kesal dan rasa terhina kerana ini semua bukan hak kita sebenarnya.
Mereka mahu kembali kepada jalan yang benar seharusnya kita sokong dan bimbing bukan pula melorong mereka semula kejalan yang mereka pernah tersasar dan terlencong.Pernah tersesat tidak bermakna tidak boleh kembali ke pangkal jalan.Pernah jahat tidak bererti tidak boleh menjadi baik semula.
Imaginasi kita yang mungkin terlalu imaginasi.
chow.
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab itu ada pepatah "indah khabar dari rupa."
ReplyDeleteAtau "don't judge book by its cover"
hmm.. setuju tu saudara... bertuah siapa ada belajar ilmu menilai orang.. boleh scan2... mujur la kalau ade ilmu mcm tu...
ReplyDeletepd sy.. bertudung ke ... tak bertudung ke... bukan ukuran...
aku terima wanita yang mempunyai kisah silam yang gelap.. asalkan dia berubah dan tidak akan ulangi apa yang dilakukannya sebelum ni.. bersama aku, aku akan buka buku baru tanpa menoleh ke belakang lagi :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri ye bro.. maaf zahir dan batin :)
imijinasiiiii *tangan keluar pelangi.
ReplyDeletehiks
Den nak tanya.
ReplyDeleteKalau kau lelaki hehe
Mana utama? Perwatakan atau skill?
tepuk dada tanya iman...
ReplyDeletexpayah pegi jauh.tengok keliling..kadang2 yg teruk tu lah akan berubah jadi paling baik,tapi yg slalu rasa baik takkan berubah sampai bebila..tp lebih baik husnuzon jek..
ReplyDeleteImaginasi biar ada isi .Hihi. Imaginasi kalau direct ke hati .Sakit ! :)
ReplyDeletetinggi betul imaginasi. huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteDon't judge lana by her blog,eh,hehehe
Bukan ke manusia itu kita tgk pada penamatnya?
Masa silam, semua org ada cerita.. masa kini, bila2 je kita boleh berubah.. tapi penamat nanti..moga2 kita boleh jadi seseorg yg memberi kebaikan pada yg memerlukan.
Berimaginasi tidak salah, tapi jangan berharap yang tinggi sangat, takut nanti tidak dapat apa yang diimaginasikan, jatuh terduduk, sakit jadinya.
ReplyDeleteKalau tidak seperti apa yang diimaginasikan, didik dan ubah la menjadi seperti yang diimaginasikan.
hu3 betul tu..imaginasi best kn =) mcm2 boleh bt..mcm2 boleh tgok..
ReplyDeletesuka entri ni!!
ReplyDeleteSetiap dari kita punya kisah hidup memasing. Jangan letakkan kayu ukur tu terlalu tinggi takut tak mampu nak digapai. Betul, apa yg ada dlm kepala seseorang tak kan sama dgn yang lain. Bersangka baiklah, insyaAllah.. ada jalannya. Kalau tak suka, tak perlu dibuka aib itu