17 Aug 2013
Rendah Diri Kita
Satu sikap yang cukup susah dibuang ialah bila kita terasa yang kita ini terbaik dan terhebat.Aku juga terkadang tidak terlepas dari bersikap demikian namun aku cepat bertindak untuk mengelak dari terus terikut2 rentak yang dimilki oleh sahabat kita yang bertanduk dua itu.Mereka memang suka kalau kita berganding dan seiring jalan bersama-sama.
Rakan2 kita yang memiliki dua tanduk ini memang cukup mahir untuk mempengaruhi dan menakluk kita demi janji yang telah dipersetujui bersama penciptanya.Mereka ini memang sangat berdedikasi dan berdisplin tinggi.Mereka bukan sebarang kejadian tetapi mereka adalah yang terhebat sebelum kita.Aku juga dapat melihat dengan terang dan jelas bagaimana kita yang sangat tinggi ilmunya ,begitu alpa dan bermimpi seakan "Dunia Ini Ana Yang Punya".Kau jangan usik apa yang aku pegang dan juga jangan cuba ubah-ubah apa yang aku pandang..."Nahas kau aku kerjakan!"
Itu sebenarnya yang aku cuba terokai dan selami tapi memang benar kata-kata itu..."kau fikir mudahkah memecahkan peti hati mereka"!
Pedang yang terhunus sahaja harus di rejamkan ketengah lautan kekerasan yang penuh dengan butir-butir pasir yang sekian lama telah terbenam dalam di dasarnya itu.
Tidak mungkin semudah itu.Dulu dia yang terakhir,lebih besar dan terbentang luas lagi merempuh segala kepayahan sebelum sampai yang terhujung sekali.
Siapa aku manusia yang tiada terlindung dari panahan sang durjana.Setiap dari kita harus mampu menahan gelora jiwa yang tersalut dengan seribu macam kepingan kerlipan cahaya bintang.Semoga aku terpelihara hendaknya dari segala pancaran sinaran keegoan dan kemusnahan.Harus aku jatuh melutut menunduk muka demi mu dan seandainya aku terlupa arah ,berikan aku sentapan dari cahaya kegelapan.
Aku adalah aku.
Jika aku hiba kerana minta direndahkan kata-kata ,aku akur .Namun aku tidak akan semudah itu untuk tunduk.Aku punya hati aku sendiri,kerana siapa mereka harus aku akur...keras hati keras lagi aku.
Cuma yang terpelihara sahaja yang aku akur dan taati dan ikuti.Mereka juga aku, tiada sebab untuk di turuti dan di takuti,tak perlu sungguh.Malah juga boleh di bantah dan di persoalkan.Itu aku amat yakin dan percaya,kerana itu aku sudi berdepan walaupun harus berdepan dengan aku yang menongkah arus.Ada aku peduli,tidak sama sekali kerana jalan yang aku lalui ,aku amat yakini.
Begitu juga kamu-kamu,harus percaya diri dan yakin juga fahami setiap apa yang dipijak, kita sudah tahu keras,lembut dan sakitnya.Begitu juga aku yang tiada setitik takut dengan apa yang akan timbul dari amarah hati mereka.
Kerana aku tahu jalan yang aku tujui dan aku idamkan.Namun tidak sesekali aku meludah tinggi ke langit dan menadah dada untuk dimiliki semula .TIDAK.
Tapi yang pasti aku akan tetap menolak diri aku serendah separas bumi.Biar aku rugi disini ,biar aku luka berdiri tapi jangan aku terlepas lepas melalui pintu yang lagi satu itu.JIKA tidak aku pasti terpaku melekat hingga hujung tradisi yang terdahulu.Dulu yang kekal sebelum ada kita.Sebelum ada semua.
chow!
Labels:
Story Lama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rendah dri dapat mengelakkn sifat riak dan seangkatan dgnnya..smua ni bermula dri hati..smoga Allah jgalah hati kita ni dr kejahatan dan sifat2 negatif..amin
ReplyDeletebenar sekali.
DeleteSalam.
ReplyDeleteSukar sbnrnya nak merendah diri, lagi2 bila dilambung puji.
Sebab itu ramai lupa diri, ak pun kdg2 tak lepas bab ni. Mudah sgt jtuh dlm permainan sitanduk dua tu.
#ko confirm psl header tu? ko emel ak details ko nk mcmna bleh?
Sukar sbnrnya nak merendah diri, lagi2 bila dilambung puji.
Deletebenci part ni... kan.
yup..tipula kalau tak ternaik skit ego,tak terkembang kempis hidung ni bila ada org puji.. manusia kan suka dipuji..
Deletesusah ak rsa nak lawan bab ni,huhu
semoga kita semua dijauhkan drp sifat riak.. :)
ReplyDeletekdg2x terleka dgn nikmat yg dtg smpi terlupa siapa diri kita sbnr ye..tak dinafikan kdg2x jd...moga same2x kita cpt tersedar atas ap yg berlaku pd diri kita sendiri..insya Allah...
ReplyDeleteya insyaallah.
DeleteManusia mmg takkan terlepas dgn godaan dunia. Nasiblah saya masih duduk di kampung, kerja dkm suasana yg biasa, mak bapak yg sederhana kaya, jadi tidak ada apalah yg saya nk banggakan sangat. Cukup saya dgn apa yg saya miliki. Nk bermegah2 rasanya masih ramai lg org yg lebih hebat dr saya, masih ramai lg yg cantik dr saya.
ReplyDeletenak tinggi2 diri pun sampai masa ke tanah jgk kita kan,
maaf kalau bicara sy terlebih sudah...
Sama la dgn saya. Kadang tu tertanya kenapa aku tak kaya atau tak cantik macam orang lain yang kaya dan yang cantik?
DeleteLepas tu terfikir semula, kalau aku kaya dan aku cantik, mungkin aku akan lupa diri. Mungkin aku akan buat banyak maksiat. Mungkin aku akan berkawan baik dgn makhluk 2 tanduk itu. Banyak kemungkinan la kenapa Allah jadikan sesuatu itu macam itu.
aku berikan kepada siapa yang aku suka...jangan engkau pertikaikannnya.
Deletesebahagian ayat yang cukup aku sukai.
sentiasa berpijak dibumi nyata
ReplyDeleteyup.
DeleteKata orang ikut resmi padi... Makin tua makin berisi... Biar kita merendah... Hidup mahu meninggi pun, tinggi mana kita mampu pergi...
ReplyDeleteaah..
DeleteSaya ambil kata-kata ini dari blog orang lain. Saya tertarik dengan kata-katanya, dan seharusnya kita ikut kata-kata itu.
ReplyDelete"Kalau tengok perkara-perkara duniawi ni, tengoklah orang yang kurang daripada kita. Yang lebih susah, yang lebih dhoif, yang kurang bernasib baik daripada kita, supaya kita lebih bersyukur. Kalau tengok hal-hal akhirat, bandingkan diri kita dengan orang yang lebih warak, orang yang banyak amal solehnya, supaya kita sedar diri amalan kita ni tak banyak sangat, dosa pula berlambak-lambak."
amin.
Deletesama2 kita muhasabah diri..stiap org ada lbih dan kurang ;-)
ReplyDeleteKadang2 kita pon pnah ada sifat riak tnpa kita sdari . Huhu
ReplyDeletebetul sekali.
Deleteaku selalu takut
ReplyDeletetakut alpa dan meninggikan diri
aku juga.
Deletenice. Peringatan untuk aku. :)
ReplyDeleteuntuk kita.
Deletehahaha...rendah ok apa.
ReplyDeleteMuhasabah diri setiap hari adalah yang terbaik..tak semua pujian adalah ikhlas..dan tak semua kejian adalah benar...so kena pandai-pandai bawa diri k..salam 18 ramadhan Blogisam..(lelaki semalam)
ReplyDelete