Sekarang ini boleh dikatakan aku agak lemah ...lemah bukan kerana makan hati atau sakit hati tetapi lemah dengan cuaca dan durian.
Hampir seminggu ini aku tersadai di dalam bilik meratap hiba kerana kedegilan aku tentang buah durian.Musang King durian ini diberikan nama.Lazat lagi enak dan berpatutan dengan harga yang dikenakan.Aku ini boleh di anggap sebagai manusia yang lemah terhadap hujan dan durian.Jika aku buat keras kepala dan buat tidak peduli maka aku akan ditimpa celaka yang dinamakan demam yang tak sudah-sudah....hehe!
Hmmm...bercakap tentang 2 post aku yang terakhir lalu aku rasakan aku sudah mulai hilang kecewa tentang nasib dan juga tentang cinta.Komen-komen yang diberikan terasa begitu iklas sekali diberikan dan aku mengucapkan jutaan terimakaseh dengan kamu-kamu semua.
Bila kita mulai sedar tentang kesilapan dan kesalahan kita.Bila kita mulai memahami apa itu yang dinamakan pusingan hidup.Bila kita mula terasa bosan dan penat dengan semua perkara yang telah lepas yang kita masih lagi ingati dan kenang.Bila kita seperti terasa bodoh dan tolol kerana tidak mahu menerima hakikat kepada apa yang telah dikarmakan.
Maka akan timbul satu semangat dan satu perasan yang melampau dengan semua ini.Ianya mungkin telah lama aku nanti-nantikan selama ini.Iaitu rela dan redha.
Pelik dan ajaib baru kini mulai merasainya.
Hebat dan sungguh luarbiasa sekali perasaan aku ketika ini umpama Harimau Malaya yang baru terjaga dari tidurnya.Namun sayang malam ini kita cuma seri 1-1 dengan Thailand.
Lama juga masa yang diambil untuk aku pulihkan semangat yang telah luntur malahan hampir-hampir pupus.Kuasa Allah jika tidak di akui tidak mungkin terjumpa dasarnya.Manusia memang begitu sering terlupa kepada siapa harus di buat aduan dan rayuan.
Bilang hilang rasa kecewa ini pasti timbul rasa gembira.Benar kini aku sedang bermadu asmara bersama gembira yang selama ini aku lupakan.Maaf sayang selama ini aku terlalu ambil berat tentang sedih.Janji aku kepada mu gembira akan aku tatang kamu bagai minyak yang penuh mulai saat ini...aku janji!
chow!
InsyaAllah lama kelamaan sakit itu akan hilang. Sabar sikit je lagi
ReplyDeletebukan sikit tetapi semakin hampir pupus....
Deletemacam baru nak menyambut kemerdekaan!
haha!
Ngape dgn musang king? Demam ke terkena ujan dan makan durian? Jaga diri baik2 ye lelaki semalam. Org lelaki perlu kuat mental dan fizikal. Takleh lemah. Baru boleh lindungi wanita.
Deletebaik boss!
Deletemusang king kat MAHA ke...
ReplyDeletekalau kat MAHA...rasanya boleh di elak kan lagi....ni ada pendajal yg sengaja bawa datang kerumah...
Deletesaje nak tgk aku melahap lepas tu tersadai....hehe!
haha, memang tak boleh elak
Deleterela & redha...paling menguji perasaan, kesabaran..moga kita tabah!
ReplyDeleteinsyaallah!
Deletealhamdulillah, dh makin bersemangat..
ReplyDeletejom musang king lagik!! miahaha
jommmm!
Deleteperghhh ayat...terbaiklah L.S! :D
ReplyDeleteala biasa2 jer...
Deletemungkin kau patut tukar lelakisemalam kepada lelakisekarang atau lelakiharini. tahniah, akhirnya kau sedar. benda lepas n myedihkan jgn dikenang, buang masa semua tu..sedangkan hidup panjang dan indah.
ReplyDeletelihat pandangan hidup dari perspektif baru.
hikmah bila Allah tarik nikmat sihat utk sementara kan
ReplyDeletekamu jumpa gembira
aku suka
aku juga suka!
Deletemasih kecewa lagi eh? kamon..orang lelaki kena kuat..
ReplyDeletetapi kecewa tu bagus juga untuk mengukur tahap kesabaran
dan kekuatan mental kan..
dah habis kecewa la ni....
DeleteSetakat ni aku belum kalah lagi dengan durian. Hahaha! Aku nak tau jugak, bape bijik maksimum aku boleh makan dlm satu masa? Ini asyik2 makan tak puas je. Mohon poskan Musang King barang sebakul dua kat sini :P
ReplyDeleteWah wahh! Semangat baru nampak? Bagus. Lyfe goes on no matter what. Kan? :D
Cheh! Pandai la aku nasehat orang. Hehehe
Deletehaha ok gak tuuuu!
Deletebagus bro.. keep it uP!! aku yakin kau boleh!!! :)
ReplyDeletemalaysia boleh!
Deletegembira akan ku tatang...hihihi.pray the best for you..hope everything will be fine..doa jgn lupa.Semuanya kerana Dia :)
ReplyDeletetenkiu!
DeleteAda apa dengan durian tu? ee pelik betei. Aku makan last masa tahun 2009. Dah berapa tahun dah tak makan sebab macam, err busuk sangat! Haha
ReplyDeleteTuhan itu sentiasa menguji hambanNya. Bersabarlah ya?
sentiasa tabah dan sabar malahan semakin kuat!
Delete